tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 21 Disember 2009

ANWAR SENDIRI AKUI KELANTAN TIDAK LAYAK TERIMA ROYALTI MINYAK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui Kelantan memang tidak berhak menerima royalti minyak apabila beliau membawa usul meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sekiranya kerajaan Kelantan berhak untuk menerimanya, ia perlu dibawa ke mahkamah, bukannya dengan meminda undang-undang bagi memberi takrifan perkataan ‘di luar pantai’.

Beliau berkata, pindaan tersebut jelas menunjukkan pakatan pembangkang mahu royalti diberi walaupun mereka tidak berhak kerana kesemua pelantar minyak dan gas itu berada di luar 5.56 kilometer (3 batu nautika) dari pesisir pantai.

“Di Dewan Rakyat baru-baru ini Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang edar rang undang-undang persendirian (private bill) tetapi tidak sempat untuk dibincangkan kerana kesuntukan masa.

“Dalam rang undang-undang itu, beliau jelas mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Jadi ini bermakna Anwar terima hakikat bahawa sebenarnya berdasarkan undang-undang ini, Kelantan tak layak. Ini pengakuan secara tidak langsung oleh Ketua Pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Perkhidmatan Awam Persekutuan negeri ini di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengedarkan salinan rang undang-undang tersebut.

Berikutan petikannya:

“Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan memotong tanda noktah dan memasukkan perkataan-perkataan berikut: “dan perkataan ‘di luar pantai’ bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada dalam had ZEE bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

“Pindaan ini juga bertujuan mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masa kini di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas di masa depan.”

Isu minyak menjadi polemik yang berpanjangan apabila kerajaan Pas Kelantan mendakwa mereka dizalimi kerana tidak diberi hak yang termaktub dalam undang-undang disebabkan kawasan penggalian minyak dan gas itu berada dalam kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada 4 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Parlimen bahawa kerajaan Pusat bersetuju memberi wang ihsan kepada negeri itu tetapi tidak dapat diterima kepimpinan Pas Kelantan.

Mustapa berkata, wang ihsan itu akan disalurkan kepada negeri ini pada awal tahun depan selepas Petronas mengumumkan jumlah pengeluaran dari telaga PM301.

“Yang penting Petronas kena maklumkan berapa pengeluaran sebenar setelah ditentukan jumlah pengeluaran, baru diketahui jumlah pendapatan dan wang ihsan.

“Setelah itu kerajaan Pusat akan tentukan wang ihsan dan proses seterusnya membincangkan kaedah penyampaian wang ihsan dan projek bersama dengan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Awang Adek turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kelantan tidak membawa perkara tersebut ke mahkamah.

“Bagi saya ini cukup jelas buktinya, mengapa hendak bentangkan pindaan rang undang-undang kalau sudah layak.

“Bawa pergi ke mahkamah cukuplah, kalau itu (usul pindaan rang undang-undang) dibuat dia tahu undang-undang tidak benarkan,” katanya.

2 ulasan:

  1. Apa komen N.Ajis....????
    Nak doa Al-Juburi tu pecah perut juga ker..????

    jangan lupa "N.Ajis Dan Almenantunya" akan muncul di kedai2 Cd/DVD cetek rompak yang terdekat... hua.. Hua.. Hua..

    BalasPadam
  2. Sudahkah saudara menyemak keputusan PRU13 tu? ramai yang vote PR..

    persoalan disini sy ingin timbulkan, saya hendak bertanyakan kepada saudara yang arif dalam BN/UMNO..saya ingin bertanya kepada saudara, kenapa kerajaan t'ganu dlu nya ketika zaman pemerintahan Pas di beri wang ehsan? dan bila sudah bertukar parti, sudah jadi Royalti!

    adilkah itu kepada rakyat t'ganu? saudara perlu igt, kami rakyat kelantan bukan peminta sedekah, Dato Pa sendiri yang bagi tau dia yang sekat bajet untuk kelantan..cari lah di Youtube..

    apa yang saya ingin tegaskan di sini, Rakyat lebih berkuasa berbanding Kerajaan..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH