Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi, berkata pihak berkuasa patut mendakwa Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengikut Akta Hasutan 1948.
“Mereka mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menimbulkan rasa tidak senang kaum lain.
“Bukan saja orang Melayu, kaum Cina dan India juga melahirkan rasa terkejut mereka dengan kenyataan pemimpin DAP.
“Kulasegaran dan Nga patut memohon maaf secara terbuka atau polis mendakwa mereka,” katanya selepas bantahan aman berhampiran Wisma DAP Perak di sini, semalam.
Sebelum itu, jam 3.40 petang semalam, hampir 200 ahli Pemuda BN Perak berhimpun secara aman untuk menghantar surat kepada Kulasegaran dan Nga supaya memohon maaf.
Mereka melaungkan slogan 1Malaysia dan membawa pemidang meminta orang Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat menyuarakan pendirian terhadap kenyataan Kulasegaran dan Nga. Namun, pejabat DAP ditutup semalam kerana cuti hujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA