Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.
"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.
Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.
Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.
"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.
"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu,
APA PASAI DOK MEYESAI JADI ORANG MELAYU . CINA ,INDIA DAN LAIN LAIN BANGSA PUN BANGGA BANGSA DEPA , KITA PATUT BANGGA SEBAGAI MELAYU SEBAB KITA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU ISLAM TAK DAK BANGSA DI DUNIA YANG SATU BANGSA SATU UGAMA 100%. KALAU KITA DILAHIR SEBAGAI ORANG PUTEH BELUM TENTU KITA MENGANUT UGAMA ISLAM BOLEH GERENTI KE?? BUKAN ITU PUN TAK FAHAM, BUDAK BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN BOLEH FAHAM BUKAN KOT KITA YANG DEWASA DAN PANDAI AGAMA DAN POLITIK DAN SEGALA NYA TAK FAHAM KOT, MALULAH BILA KITA CAKAP MACAM TU DEKAT BUDAK BUDAK.BANYAK BANYAK BERSYUKORLAH PADA ALLAH KITA DILAHIR ISLAM SEKURANG KURANGNYA KITA DIAJAR SELOK BELOK AGAMA ISLAM DI SEKOLAH RENDAH DAN WAKTU PETANG PULA DIMESJID ATAU SURAU ATAU MENGAJI QURAN DIKAMPUNG CARA OTOMATIK , SEPATUTNYA ISU INI TIDAK TIMBUL LANGSUNG, KITA DIJADIKAN MELAYU TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT BAGUSLAH TU.YANG MENJADI MASAALAHNYA ADALAH PENYOKONG KERAJAAN /UMNO/BN MAJORITINYA MELAYU KALAU BANGSA MELAYU SOKONG PAS PERKARA SAPERTI INI TAK TIMPUL MALAH MELAYU MESTI MENJADI BANGSA YANG DIHORMATI KONON NYA.
BalasPadamOrg melayu tak semestinya betul2 Islam..mungkin hanya tertera beragama ISLAM di dlm kad pengenalan jer..tp hakikatnya tidak mengikut ajaran Islam..mengamalkan dan menghalalkan yang HARAM secara terang-terangan...segala hukum di dalam Al-Quran tidak diendahkan...para alim ulamak dipersendakan...fitnah-memfitnah menjadi kebiasaan dan hobi di zaman sekarang...Alangkah berdosanya kita menuduh / memfitnah org lain dengan sewenang-wenangnya..sekiranya kita tidak tahu jgn kita menyebarkan hal-hal yang kita tidak tahu..kelak kita kan binasa di akhirat kelak..nauzubillah...
BalasPadamSepatutnya kena bangga jadi orang melayu, mempertahankan melayu secara tidak langsung kita mempertahankan islam. kenapa? sebab kalau melayu dipupuskan, islam juga akan terhakis. ini kerana tak mungkin cina dan india nak menganut islam kecuali dengan mendapat hidayah Allah. kalau ada pun, silap2, majoriti cina yg bukan beragama islam akan membunuh minoriti cina yang menganut islam. jadi nik aziz yg nak membenci melayu secara tidak langsung membenci islam wujud.
BalasPadam