tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 17 Ogos 2011

ISU GEREJA:PAS DAH TERBELIT

Semakin jelas PAS nampak terbelit dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Pada mulanya PAS yang mahu menjaga sekutu mereka –PKR dan DAP- enggan menyatakan pendirian dalam isu ujudnya dakwaan cuba memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja terbabit.

Memberikan alasan ingin berlaku adil, PAS mahu berjumpa pihak JAIS yang melakukan pemeriksaan terhadap gereja dan pihak DUMC yang mendakwa JAIS menyerbu premis mereka.

Malangnya, atas nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama di negeri itu, JAIS tidak akan bertemu PAS sebaliknya akan menyiapkan laporan kejadian dan menyerahkan kepada kerajaan negeri.

Sekaligus, ini membuatkan PAS terpaksa menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS dan mahu jabatan itu bertindak ikut undang-undang jika ada bukti ujud usaha memurtadkan orang Islam.

Rupa-rupanya, PAS bukan sahaja tidak dapat berjumpa JAIS bagi mendapatkan penjelasan sebaliknya pihak DUMC juga minta tangguh persetujuan bertemu PAS pada Selasa dengan alasan isu itu sudah mendapat liputan meluas.

Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. PAS seolah-olah terpaksa terima hakikat bahawa mereka sudah silap perhitungan politik dalam isu ini.

Sekaligus menampakkan PAS terpaksa tanggung sendiri kesan kerana enggan menyokong tindakan JAIS sedangkan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sudah menjelaskan mengenai kejadian itu ketika mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dua minggu lalu.
Pemimpin PKR dan DAP nampaknya tidak banyak bersuara dalam isu ini.

PAS kena terima hakikat teman ketawa ramai sekali, teman menangis...menangislah sendiri.

Sebenarnya, PAS boleh menunjukkan bahawa mereka memang memperjuangkan dasar-dasar Islam dengan menyokong tindakan JAIS.

Lagipun yang membuat kenyataan mengenai pemeriksaan itu adalah pemimpin parti itu sendiri.

Dr Hasan pernah jadi Naib Presiden, pesuruhjaya negeri dan kini ahli jawatankuasa PAS Pusat, tak kan mereka meragui keterangan beliau.

Bagaimanapun, disebalik kemelut ini, ada segelintir pemimpin PAS melihat isu ini jadi beban PAS disebabkan pertembungan Dr Hasan dengan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

“Perang’ mereka berdua dalam PAS Selangor bukan rahsia lagi.

Namun Khalid yang ditanya Agendadaily mengenai isu ini, mendakwa menghormati Dr Hasan sebagai Exco Agama di Selangor.

Isu ini katanya tidak ada kena mengena antara beliau dan Dr Hasan.

Sebaliknya beliau mempertikaikan tindakan JAIS apabila ada laporan jabatan itu menyerbu gereja berkenaan.

“Saya bukan hentam JAIS. Tetapi beri pandangan bahawa Islam kena hormat rumah ibadat agama lain. Malah tak boleh membunuh dalam rumah ibadat walaupun orang itu musuh,” kata Khalid yang ditemui di ibu pejabat PAS, Selasa.

Katanya, kekeliruan isu ini apabila JAIS kata tidak serbu manakala DUMC mendakwa sebaliknya.

“Sekarang bila JAIS kata mereka berbincang dan kemudian baru masuk periksa, saya setuju tindakan JAIS. Cuma kalau pihak gereja masih pertahan dakwaan kena serbu atau ceroboh, kena tunggu mahkamah lah,” katanya.

Khalid juga mahu JAIS mengambil tindakan jika benar ada gerakan memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja.

“Saya pertikai tindakan JAIS bukan pertikai Dr Hasan,” katanya sambil meminta semua pihak tunggu sehingga JAIS menyiapkan laporan mengenai insiden itu.

Cuma yang menambahkan pelik bila Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tuduh UMNO ada peranan dalam serbuan JAIS.

Alasannya UMNO nak bikin porak peranda kerajaan PKR,DAP dan PAS di Selangor.

Malangbya apabila ditanya apakah beliau ada bukti UMNO terbabit, Mustapha selamba saja kata akan maklumkan bukti itu jika dapat jumpa JAIS.

Kasihan PAS semakin pening setelah terbelit dan terjerat isu ini.

Cuma takut ada pemimpin PKR dan DAP nyanyi lagu Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH