tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 21 Ogos 2011

MEMANG SETAN RUPANYA ALI SETAN NI...

AGAKNYA memang ini satu trend. Bila sudah berubah, bertobat, mesti belasah kaum sendiri, belasah orang sana sini, kanan kiri, barulah betul. Barulah jiwa tidak kacau, agaknya.

Hari tu, Bob Lokman, kutuk dunia artis yang pernah diinjaknya lepas dia jumpa ‘jalan insaf’. Pada hal dunia itulah yang buat dia Bob Lokman. Bertahun-tahun dia jadi Bob Lokman dengan hasil seni, buat lirik, buat lawak..rasanya kalau dia duduk kedai kopi jual teh serbat saja, tak ada orang kenal siapa dia. Tapi bila dah jumpa jalan, kutuklah industri bagai nak rak. Yang tak betul dia, tapi yang salah dunia seni. Ada ka?

Dan dalam bulan Ramadan yang syahdu lagi mulia ini, tetiba seorang lagi bekas artis kena angin yang serupa. Dalam menyampaikan taskirah di sebuah masjid, ulang, masjid...di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang kelmarin, Azmil Mustafa (aka Ali setan) kutuk orang Melayu. Katanya, orang Melayu bodoh, Orang Melayu tak ada telur. Dan paling tak tahan, kutuk pula pembesar negara sampai ke Yang Dipertuan Agong! ..Dan, Azmil juga mengutuk seorang tua yang menegurnya dengan mengatakan haji dan zakat yang dilakukan orang itu sia-sia saja.

Sejak balik dari Syria ni, dah lagu tu ka? Isyy, isyhh…

Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan. Kita hormat pendiriannya berubah kerana seingat saya, ceritanya dia dulu memang jahat macam setan masa muda. Maklumlah dia lama duduk Amerika. Jadi, bila dia berubah sebagai Muslim sejati, kita bersyukur. Dan bila dia pilih untuk kongsi pengalaman dalam kerja dakwahnya, kita pun yang pernah kenal dia tumpang bangga.

Cuma saya sedikit keliru, apakah yang dilakukan sekarang sebagai berdakwah atau berpolitik? Kenapa pula nak kait soal kerajaan, PM dan Agong dan lebih menyedihkan kenapa jadi begitu kasar sedangkan penyampaian dakwah itu mengikut Islam dan Rasulullah ada tertib, adab dan sopan yang halus mulus, bukan dengan berkasar dan mengutuk dan memaki hamun orang lain.

Apa tujuan kita berubah? Tentunya untuk jadi insan yang lebih baik, lebih menghormati orang lain dan mengasihi bangsa dan saudara seagama. Cara kita biarlah sederhana, kerana ini pun sememangnya dituntut dalam agama kita, bersederhana, bukan over sampai jadi berlebih-lebih pula.

Sebagai orang yang mengenali Azmil dari zaman dia berambut anika warna dulu, saya hanya terkilan jika dia memilih untuk berpolitik daripada berdakwah. Jika dia benar prihatin terhadap orang Melayu, sepatutnya dalam bulan yang penuh rahmat ini, dia bagi taskirah bagaimana orang Melayu patut berjuang dalam saf yang satu, bukan berpecah belah seperti hari ini. Atau kalau betul mahu berdakwah dan sayangkan anak Melayu, kenapa tidak sentuh soal murtad?

Nak kata dia kena rasuk setan, teringat pulak sekarang ni bulan Ramadhan, mana ada setan berligar…setan semua kena rantai. Jadi setan apakah yang telah masuk dalam badan Azmil sampai boleh keluar cakap macam itu dan paling tak sedap ialah bila kutuk org lain yang cuba menegurnya.. setahu saya, kita ni tak baik hina orang lain, apa lagi saudara seagama. Itu sifir hukum biasa yang tok nenek kita ajar. Jadi, apatah lagi bila jadi penceramah aka, pendakwah, dalam masjid pulak tu.

Berdakwah biarlah berhemah, bukan kutuk mengutuk.

Tapi, sebelum itu, buat Azmil, Bob dan artis lain yang sewaktu dengan mereka ini, yang sebenarnya, sebenarnya korang ni nak berdakwah atau nak main berpolitik?

3 ulasan:

  1. SETAN DAH DIRASUK SETAN ATAU MEMANG DIA SETAN ???

    BalasPadam
  2. sesak nafas nampak ...baik gi jumpa doktor cepat2.... x lama tu

    BalasPadam
  3. -kau ni ustaz@ kueh tat, nampak sangat tak update ngan berita2 terkini, adeke klcc bangunan tertinggi di dunia..hahaha
    -ya, orang melayu agungkan mat saleh lebih2 tp sebab mat saleh tu la kawan2 DAP KAU tu wujudkat sini..sebab tu cina kaya sebab dasar kafir tu la yg bawak dorang datang sini, sampai sekarang dorang da pandai nak mintak buat negara dorang..
    - ape die...yang pandai2 anta g madrasah kapir..ustaz2 kapir..betulke weh, kau tu dulu dari mane weh..dari industri yang penuh dgn kekufuran..yes orang MELAYU CAM KAU BODOH, aku tak nak ngaku aku bodoh.
    -so, kau nak kate anak kau islamik la, belajar d syira n anak kau bagus ah duk d negara SYIRA..waw teruja I tau..bla la, ko ingat eropah tu semua kapir ke, takde orang yang menyemarakkan islam kat sana ke?? cakap da pergi 30 negara takkan mate tak nampak??BODO PUNYA AZMIL.
    -haha ni melayu senang lupa punya la..ini ayat geng2 DAP KAU!!! BODO PUNYA AZMIL..
    -memang melayu ade pakai alza, myvi kete murah2 kite ni majoriti weh, ade jugak orang kite yang dah maju weh bukan setakat lambogini BMW pon ade do..ko ni lame sangat ni kat syiria ni..BODO PUNYA AZMIL..tu pakai APPLE tu sapa punya USTAZ WEHHH..nak suruh orang melayu buat jenama laptop sendiri KANG NANTI LETAK MANGGA PLAK HAHA bodo punya AZMIL.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH