tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 14 Ogos 2011

SENANG NYA PAS BERUBAH

Betapa mudahnya pemimpin Pas menukar haluan dalam kes gereja.Jika minggu lalu PAS enggan menyatakan pendirian parti itu dalam kontroversi isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama selagi belum bertemu pihak JAIS dan gereja terbabit, petang Sabtu, pucuk pimpinan parti itu sudah mula tukar nada.

Barangkali kerana asakan dan pendedahan bukti mengenai usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak Kristian serta sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat kepada tindkan JAIS itu, PAS menyatakan pendirian rasmi selepas mesyuarat Biro Politiknya petang tadi.

PAS berpendirian bahawa jika ada bukti, JAIS hendaklah segera mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam mengikut undang-undang atau enakmen Islam yang ada.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Keputusan itu katanya, selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah katanya, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami meletakkan dasar PAS adalah Islam...rujukan utama al-Quran dan Sunnah.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan akidah Islam,” kata Mohamad.

Katanya, PAS tetap dengan keputusan sedia berjumpa pihak gereja dan JAIS bagi mendapatkan gambaran isu kontroversi di Selangor itu.

Menurut Mohamad, PAS mengambil pendirian jika JAIS ada bukti, jabatan itui hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan parti itu akan berjumpa dengan pihak gereja pada Selasa ini manakala pertemuan dengan JAIS belum dapat diputuskan kerana jabatan itu dalam proses siasatan dan menyiapkan laporan.

Berhubung dengan pendirian terbaru PAS dalam isu itu, beliau menjelaskan, ini mengambilkira pertemuan dengan JAIS akan mengambil masa.

Sebenarnya, tidak hairan PAS berubah nada kerana parti itu mungkin sudah terdesak jika terus berdiam diri dalam isu tersebut sedangkan pelbagai pihak menyatakan sokongan terhadap usaha JAIS itu.

Apatah lagi sebagai parti yang mendakwa memperjuangan dasar-dasar Islam, PAS boleh hilang sokongan dan pengaruh di kalangan penyokong-penyokong jika dilihat cuba memihak kepada sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR.

Pendirian terbaru ini sekali gus memperlihatkan kenyataan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menyokong JAIS melaksanakan pemeriksaan tersebut ada benarnya.

Ia juga mungkin ambil kira sokongan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi kepada JAIS.

Bagaimanapun, pemimpin PAS yang terpaksa menelan pahit isu ini adalah ahli parlimern PAS Shah Alam, Khalid Samad yang menuduh tindakan JAIS itu ada kaitan dengan UMNO bagi menutup isu perhimpunan Bersih.

Selain itu, bukan sesuatu yang menghairankan kerana ramai maklum pertembungan Dr Hasan dengan Khalid.

Sekaligus ada pemimpin PAS yang lain melihat ini adalah isu negeri Selangor dan masalah peribadi kedua-dua mereka sahaja.

Namun, kerana Dr Hasan dan Khalid pemimpin PAS, mahu atau tidak, PAS Pusat perlu bersuara menyatakan pendiriannya walaupun tindakan itu ibarat sudah terantuk baru tengadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH