Kalau mengikut senario semasa besar kemungkinan ini kali pertama
dalam sejarah rakyat Malaysia akan terpisah dua dalam menyambut Hari
Kemerdekaan 31 Ogos.
Ini gara-gara langkah politik pakatan pembangkang yang pada Rabu
mengumumkan temanya sendiri "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" bagi sambutan
hari bersejarah itu untuk lawan tema " Janji Ditepati " yang ditetapkan
kerajaan.
Mereka mahu kerajaan menerima cadangan menukar tema berkenaan.
Sebaliknya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim membayangkan kerajaan tidak akan berganjak.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu wartawan pada
majlis pengumuman tema berkenaan bahawa pimpinan pakatan pembangkang
akan bincang mengenai kemungkinan negeri-negeri yang mereka kuasai
mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif itu jika
kerajaan pusat tidak mahu menukar tema Janji Ditepati.
Bercakap dalam dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat
pasca Kabinet kementeriannya di Kuala Lumpur Rabu, Rais menasihatkan
pembangkang tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap
tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti
yang memerintah.
Beliau mengingatkan pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan
yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan
hari keramat Malaysia itu.
"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak
bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)...
juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong
daripada hormati Hari Merdeka.
"Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang
yang bercadang menggunakan tema 'Senegara, Sehati, Sejiwa' bagi sambutan
Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang
berasingan menggunakan tema dipilih mereka itu.
Pengumuman tema oleh pakatan pembangkang itu dibuat oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan mereka,Datuk A Samad Said
dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya.
Beliau mendakwa tema itu lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.
Katanya ia dipilih dari 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.
Sementara itu kalangan pemerhati yang menilai ini satu perkembangan
yang amat menducitakan mengecam sikap pembangkang yang terus dengan
sikap 'bangkang cuma untuk bangkang' mereka.
Gelagat mereka ini dianggap semata-mata kerana tujuan politik dalam suasana menjelang pilihanraya umum ke 13 sekarang.
Bagi mereka apa saja kerajaan buat ada tidak kena sekalipun diketahui ada kebaikannya.
Pengakuan tentang kebaikan itu tentulah akan mengurangkan markah politik mereka.
Maka segalanya main pukul borong kena lawan,kena bantah,kena tuduh,kena perlekeh dan segala macam yang sewaktu dengannya.
Al-kisah dari ini semua jangan hairan dengar Lynas bahaya,Felda nak
bangkrap,cadangan projek terminal minyak dan gas (Rapid) di Pengerang
jejas alam sekitar dan segala rancangan kerajaan buruk belaka.
Kini pakatan pembangkang halakan senapang tema Hari Merdeka 31 Ogos 'Janji Ditepati'.
Dulu hal-hal seperti ini tidak pernah berbangkit namun sekarang ini tiba-tiba jatuh sensitif sangat.
Tema Janji Ditepati didakwa tidak sesuai untuk Malaysia kerana ia sama dengan slogan BN.
Ramai yang merasakan pembangkang merasa 'cukup tersentuh' dengan tema
'Janji Ditepati' kerana mereka sendiri sedar betapa banyak janji-janji
semasa pilihanraya umum 2008 tidak ditunai.
Ibarat orang muka tidak malu...sudahlah janji tidak ditepati dan kini
untuk memancing undi mereka masih sanggup lagi menabur segala macam
janji ' bulan dan bintang'.
Soalnya sekarang apakah cadangan pakatan pembangkang mengenai tema Hari Merdeka itu perlu dilayan.
Ada juga yang bertanya pernah ke selama ini pakatan pembangkang tunduk pada mana-mana cadangan atau tuntutan BN dan pihak luar.
Rasanya Mustapha pun tahu dan Samad Said pun tahu pembangkang tidak pernah ambil peduli langsung.
Contoh yang paling jelas sekalipun disahkan oleh pakar luar negara
99.9 peratus tulen video seks libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan
GRO China,pembangkang buat tidak peduli sahaja dan tidak ambil sebarang
langkah untuk cari kebenaran.
Mereka bukan saja tidak layan desakan diadakan siasatan terbuka
keatas dakwaan skandal yang serius itu sebaliknya memperlekehkan dengan
alasan bodoh mendakwa video tidak boleh jadi bahan bukti.
Dalam pada itu apa jua dakwaan melibatkan kerajaan mahu dikorek sampai ke lubang cacing.
Makanya pembangkang tidak perlulah nak berdrama lebih-lebih jika cadangan mereka ini ditolak kerajaan.
Lagipun ramai yang melihat cadangan tukar tema itu tidak lebih dari
satu lagi gerakan perang saraf politik mereka dalam keadaan terdesak
sekarang
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
nak tambah sikit tema PR "Sebangsa Sejiwa Senegara Sejenis"
BalasPadam.. tema tu bunyinya macam "Sexbangsa, Sexnegara dan Sexjiwa".....
BalasPadam