Dakwaan palsu itu mengatakan yang Wan Ahmad adalah seorang ahli Umno.
Dan kertas siasatan ke atas Saifuddin telah dibuka selepas Wan Ahmad sendiri membuat aduan polis berhubung isu tersebut.
Berikutan itu, Saifuddin telah dipanggil ke Balai Polis Daerah Putrajaya pada Ahad untuk diambil keterangannya, kata OCPD Putrajaya, Asisten Komisioner AbdulRazak Majid.
Saifuddin, yang merupakan ahli parlimen Machang, disiasat di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.
Sementara Wan Ahmad ketika dihubungi oleh wartawan The Star berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saifuddin yang kemudiannya terbukti adalah palsu telah meletakkan dirinya dan juga SPR dalam situasi yang mengaibkan.
Kenyataannya itu, kata Wan Ahmad adalah sama seperti cuba menimbulkan kesangsian bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga SPR.
Oleh yang demikian, kata Wan Ahmad, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat kes itu dari perspektif fitnah jenayah.
Saifuddin membuat dakwaan itu Mei lalu dengan berkata Wan Ahmad adalah merupakan ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, dalam Bahagian Pasir Mas, Kelantan dan oleh yang demikian beliau tidak layak memegang jawatan dalam SPR kerana tidak bersikap berkecuali.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Wan Ahmad yang sebenarnya muncul dan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan yang Saifuddin telah tersilap orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA