Kalau bab orang lain,PAS pasti ke depan mahu korek dan dedah
segalanya.Namun dalam isu sendiri yang sudah berlarutan sekian lama mahu
dipengap dan dibincang sesecara dalaman.
Siapa yang tidak tahu tentang kontroversi antara DAP dengan PAS
tentang isu hudud.Ia bukan sahaja sudah menjadi rahsia terbuka malah
satu dunia sudah tahu.
Bagaimanapun bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa
menuntut pendirian tegas partinya terhadap DAP,kalangan pemimpin PAS
sendiri menghalakan senapang kearahnya minta diam.
Demokrasi ala-PAS memang melucukan.
Karpal Singh yang mengaum kata langkah mayat beliau jika PAS nak
laksana huduh dan negara Islam tentu tersenyum keriangan mendengar ini
semua.
Ekoran dari ini semua maka Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pun
muncul menerusi sidang akhbar Khamis membuat dakwaan seolah Nashrudin
mudah dibeli.
Sepertri juga masa isu Datuk Dr Hasan Ali dulu,beliau kini
senang-senang menuduh bekas Timbalan Presiden PAS itu buat bising pasal
sikap DAP khususnya Karpal Singh kerana gilakan jawatan dan pangkat yang
mungkin diraih menerusi UMNO.
Itu sahaja nampak modalnya.
Dakwa Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu sikap Nasharudin
kebelakangan ini kerana beliau kecewa gagal mempertahankan jawatan
Timbalan Presiden yang dimenang oleh Mat Sabu.
Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama
dengan Umno dan seperti Hasan Ali , dia telah hilang peluang untuk
memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN
mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.
"Itulah yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila
kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak
seperti dahulu," katanya.
Dakwanya lagi Nasharudin sengaja mencetuskan kontroversi demi
mengejar populariti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
"Sekarang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno malah di Parlimen
pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk
memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih
lantang dan ke depan dalam pilihan raya," katanya.
Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah
berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP
menolak perlaksanaannya.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam
satu kenyataan mahu Nasharudin berbincang secara dalaman dengan parti
jika beliau ingin menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu
perkara.
Seperti juga Khalid ,beliau juga tidak mahu Nasharudin bersikap seperti Dr Hasan Ali.
Beliau bimbang isu ini diambil kesempatan oleh musuh parti.
Kata Nasrudin tiada sesiapa gembira dengan kenyataan yang
dikeluarkan beliau kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan
berlaku dalam PAS
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA