tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 19 April 2010

ZAID PERLU MOHON MAAF PADA RAKYAT KELANTAN

Rupanya Zaid telah menipu seluruh rakyat Kota Bharu dan Kelantan kerana berpura pura baik sedangkan kini seluruh rakyat dinegara ini sudah mengetahui siapa sebenarnya diri Zaid yang sebenarnya.Walaupun Zaid sudah mengakui perkara ini tapi Zaid perlu meminta maaf pada seluruh rakyat terutama Kelantan kerana Zaid telah mempersendakan rakyat Kelantan yang juga dikenali sebagai negeri Serambi Mekah.Hari ini Zaid secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.Yang penting Zaid perlu minta maaf pada seluruh rakyat Kelantan yang selama ini Zaid persendakan rakyat Kelantan.

Yang sebenarnya Umno tidak mempermainkan sebagaimana yang didakwa Zaid tapi Umno bertanggungjawab untuk menjelaskan pada seluruh rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor agar tidak tersalah memilih seorang pemimpin yang akan menjaga kepentingan rakyat Hulu Selangor.Kita tidak mahu Rakyat terutama yang berada di Hulu Selangor menjadi manga kepada sifat kepura puraan Zaid pada masa akan datang.Sudahlah,biar rakyat di Kota Bharu sahaja yang ditipu oleh Zaid dan jangan pula rakyat di Hulu Selangor akan menerima akibatnya akibat kelemahan Zaid dalam kehidupan sosialnya dimasa lampau.

Yang penting sekarang,walaupun Zaid telah meminta ampun pada ALLAH,tapi selagi diri kita tidak meminta ampun dari orang yang kita tipu selama ini selagi itulah keampunan kita tidak diterima oleh ALLAH.Jadi amat wajar sekali Zaid meminta maaf pada seluruh rakyat Kelantan.Inilah jalan yang terbaik sekiranya kita minta ampun dari ALLAH SWT.

Kerana Zaid juga sudah ramai pemimpin PKR dari berbagai peringkat sudah meletakan jawatan kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan yang seorang yang begitu ......kehidupannya dimasa lampau diberi tanggungjawab untuk menjadi seorang pemimpin.Bagi mereka,mereka mahu Zaid membuktikan terlebih dahulu pada Parti yang diri nya sudah bersih dari sebarang scandal dan masaalah.

Pada rakyat Hulu Selangor jangan perjudikan nasib masa hadapan dengan memilih pemimpin yang kita sudah ketahui kehidupan masa lampaunya.Pilihlah pemimpin yang ada dekat dihati dan mudah ditemui.Pilihlah pemimpin yang tahu apa masaalah rakyat Hulu Selangor dari pemimpin yang selama ini tidak tahu menahu apa keadaan sebenar di Hulu Selangor.Jangan jadi seperti yang lalu...jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran kepada kita bahawa memang susah untuk bertemu dengan pemimpin yang bukan dari tempat kita......Yang penting kita pilih pemimpin yang kita tahu asal usulnya dari kita memilih pemimpin yang selama ini langsung tidak kita kenali.





SUDAH KITA KETAHUI KEHIDUPAN MASA LAMPAUNYA DAN JANGANLAH KITA MEMILIHNYA SEBAGAI PEMIMPIN KITA,KERANA APA YANG TELAH DICALONKAN OLEH BN ADALAH SEORANG YANG BERSIH PERIBADINYA.INILAH PEMIMPIN YANG KITA MAHUKAN....DEKAT DENGAN DIRI PENGUNDI DAN TAHU SELOK BELOK HULU SELANGOR...JANGAN PILIH PEMIMPIN YANG HANYA MAHU PERTAHANKAN SEORANG PEMIMPIN YANG KITA KETAHUI MASAALAHNYA....KITA JUGA AKAN RUGI...JADI LAKUKAN PENILAIAN DAN PILIH YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK...SEMOGA KEHIDUPAN RAKYAT HULU SELANGOR AKAN TERBELA....

PARA BLOGGER AKAN BUKTIKAN ZAID SEORANG KAKI BOTOL

Para pengendali laman blog hari ini menyatakan kesediaan untuk mengemukakan bukti bahawa Datuk Zaid Ibrahim seorang kaki botol tegar.

Menurut mereka, pendedahan sebagai menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam akan dibuat tepat pukul 12 tengah hari esok melalui laman blog masing-masing.

Pengendali laman blog Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru bertajuk Cabaran Azmin, GAP Sambut! Isnin 19 April Jam 12 Tengah Hari menulis, pendedahan itu pasti akan 'meletup'.

"Cabaran ini GAP sambut. Barisan Nasional (BN) duduk diam-diam! Pastikan anda berada di depan laptop dan pc (komputer peribadi) pada hari Isnin 19 April tepat jam 12 tengah hari!" tulis pengendali GAP dalam blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan pada muka depan cabaran Mohamed Azmin yang menyifatkan isu kaki botol itu sengaja ditimbulkan oleh BN bagi tujuan membunuh karakter Zaid yang akan bertanding mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan kenapa baru sekarang isu itu ditimbulkan sedangkan Zaid telah lama berada dalam UMNO.

Dalam pada itu, pengendali laman blog www.pisau.net dalam entri bertajuk Hulu Selangor: Buktikan Zaid Kaki Botol, Blogger Sahut Cabaran Azmin, menulis, beliau akan turut membuat pendedahan serupa seperti GAP pada waktu sama esok.

Beliau menambah, cabaran itu bukan sahaja akan disambut oleh mereka berdua malah seluruh pengendali laman blog pro-BN.

"Aku dengan GAP sahut cabaran. Seluruh blogger pro-BN akan buktikan esok tepat jam 12 tengah hari. Nantikan pendedahan kami!

"Pisau seronok tengok Azmin kenakan Zaid," tulisnya merujuk kepada hubungan 'suam-suam kuku' antara kedua-dua pemimpin PKR itu.

Ahad, 18 April 2010

JENAZAH ACIK SELAMAT DISEMADI

Isteri Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, H.M Rose Zaitul Suraini bersama anaknya Puteri Saffiya, 2, menabur bunga di pusara di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.





SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang ini.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.

Ibu Achik Spin, Badriah Awalludin menyiram air mawar di pusara anaknya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar dan meletup di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Isteri Allahyarham, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.

"Bagaimanapun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan saya," katanya.

Ibu Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari, Badriah Awalludin (tiga kanan) dan isterinya H.M Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Katanya minggu lepas beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya setelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya.

"Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk 'melihat' isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.

Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lepas di rumah salah seorang adiknya.

"Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lepas," katanya.

Anak perempuan Allahyarham Achik Spin, Puteri Saffiya, 2, dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar oleh neneknya Hamidah Alias, sebaik jenazah ayahnya dimasukkan ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban.

Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.

"Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada pukul 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu pukul 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.

Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.

"Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.

"Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.

Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.

"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas

KERANA ZAID MAKIN RAMAI KELUAR PKR



Pengerusi tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru, Ismail Mohd Ali bersama lebih 200 anggota cabang itu hari ini mengumumkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Ismail yang menyertai parti itu sejak tahun 1999 berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana terkilan dengan pucuk pimpinan parti yang hanya memperjuangkan kepentingan diri dan bukan nasib rakyat.

"Pemimpin PKR hanya pandai bercakap daripada melaksanakan tanggungjawab untuk membela rakyat khususnya di kawasan pedalaman dan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diabaikan begitu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan sia-sia parti itu selain merasa tertipu dengan agenda perjuangan parti yang kononnya mahu membela nasib rakyat.

Ismail yang memegang jawatan itu sejak lapan tahun lepas berkata mereka akan menyertai parti lain yang lebih serius memperjuangkan hak rakyat terutama golongan miskin di kawasan luar bandar dan orang Melayu.

Beliau mendakwa perjuangan PKR kini hanya untuk menunaikan cita-cita penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya untuk membela nasib rakyat

NAK TAHU KENAPA ANWAR PILIH ZAID

Anwar mungkin boleh bodohkan pengikutnya yang taksub dengan membuat keputusan mengikut kehendaknya tanpa mengambil kira pandangan dari akar umbi yang tidak mahu Zaid sebagai calon di Hulu Selangor.Kerana Zaid lah akan ramai lagi pemimpin PKR dari berbagai peringkat akan mengikut jejak langkah pemimpin mereka yang sudah sedar yang selama ini Anwar hanya mencari keuntungan peribadinya dari membela rakyat.

Seorang lagi pemimpin PKR Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan, berbaju putih) sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,

Dalam pada itu UMNO Kelantan akan membuat penjelasan pada pengundi Hulu Selangor siapa sebenarnya Zaid kerana ingin memastikan lebih 60,000 pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak membuat kesilapan dalam memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 25 April ini, UMNO Kelantan akan mendedahkan siapa sebenarnya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penduduk Hulu Selangor berhak mengetahui kepincangan yang dilakukan Zaid sewaktu menjadi anggota Parlimen Kota Baharu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO sebelum ini.Saya sendiri mengenali (Datuk) Zaid Ibrahim kira-kira lapan tahun dan pernah menjadi timbalan saya dan juga pernah menjadi anggota Parlimen Kota Baharu yang rakyat Kelantan semua tahu apa yang dilakukannya.Pengundi Hulu Selangor berhak tahu apa yang dilakukan Zaid sebelum ini dan UMNO Kelantan tidak mahu pengundi membuat kesilapan memilih calon mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Mustapa berkata, sewaktu menjadi anggota Parlimen Kota Baharu selama sepenggal sejak pilihan raya uUmum 2004, Zaid telah gagal menumpukan perhatian berkhidmat untuk rakyat.Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beberapa individu yang pernah menjadi rakan baik Zaid sebelum ini juga sudah menyatakan kesediaan untuk berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada PRK itu.


ZAID HANYA BERUBAH BUKAN BERTAUBAT

Presiden Pas HH telah menyatakan yang Zaid sudah berubah sejak balik dari menunaikan Haji.Tapi bagi rakyat kenyataan HH ini bukan satu penafian dari Zaid tapi adalah hanya untuk menutup kelemahan Zaid dari dipersoalkan oleh ahli ahli Pas.Hakikatnya Zaid adalah seorang kaki......dan wajar Zaid membuat penafian.

Bak kata HH,Zaid hanya dah berubah tapi bukan bertaubat.Seharusnya HH perlu menyatakan yang Zaid sudah bertaubat dari menjadi seorang kaki ......Bagi BN bukan hendak mengungkit perkara yang lalu tapi apakah ini yang mahu kita angkat sebagai seorang pemimpin yang dilihat kurang dari segi akhlaknya untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.Pas mungkin lupa dimana Pas pernah menyerang peribadi
calon BN Rohaizat Osman semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir di Pulau Pinang dulu.Beliau merujuk kepada isu isteri kedua Rohaizat yang menjadibahan kempen utama di pilihanraya kecil itu.

Dengar khabarnya bukan sekadar kaki...... sahaja malah Zaid juga didakwa mempunyai kuda lumba.Apa yang menghairankan ada pemimpin Pas seperti
Haji Hadi,Khalid dan Salahuddin mengulas isu dakwaan Zaid peminum arak tegar mereka tidak menafikan atau mengesahkannya.Sebaliknya mereka seolah mahu Zaid diberi ‘ peluang kedua’.

PENGUNDI HULU SELANGOR HARUS TELITI AKAN SOAL INI,KERANA KITA TIDAK MAHU SEORANG PEMIMPIN YANG SEBEGINI RUPA ....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....

INILAH DIRI ZAID YANG SEBENAR

Inilah satu contoh dimana Zaid tidak ada pendirian dalam apa yang dibangkitkan dahulu .

Sedutan ucapan Zaid Ibrahim ketika mewakili UMNO Kelantan pada Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ucapannya itu pernah disiarkan oleh media termasuk Utusan Malaysia. RENUNG RENUNG KAN LAH...

Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka.Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini.

Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya.Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah.

APAKAH INI PEMIMPIN YANG KITA MAHUKAN.....LIDAH BERCABANG.....KAKI ITU DAN KAKI .....??LU PIKIR LA SENDIRI......SEMUA PEMIMPIN PKR SUDAH MENYATAKAN KEBENARAN YANG ZAID ADALAH SEORANG KAKI ..... MASA LALU....APAKAH KITA PERCAYA YANG DAN YAKIN YANG ZAID TIDAK LAGI KAKI .....RAKYAT TIDAK AKAN TERIMA KENYATAAN DARI ORANG LAIN MELAINKAN DARI MULUT ZAID SENDIRI YANG BELIAU SUDAH MENINGGALKAN TABIAT BURUKNYA ITU.......PADA SELURUH PENGUNDI HULU SELANGOR....JANGAN SESEKALI MENGANGKAT SEORANG KAKI ......UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN KITA.....SIAPA YANG RUGI.....KITA DAN KELUARGA KITA JUGA YANG AKAN MERASA BAHANANYA SEKIRANYA SEORANG KAKI ??????MENJADI PEMIMPIN KITA........PIKIR PIKIR KAN LAH.....

ANWAR BERUSAHA ALIH ISU

PILIHAN raya kecil berlangsung lagi buat kali yang ke-10 dan kali ini di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Dari segi pemilihan calon walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan namun akhirnya semua parti komponen dalam Barisan Nasional kembali berpadu tenaga selepas Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon terbaik.

Namun di pihak pembangkang pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menimbulkan pelbagai kemelut dan retorik.

Pemilihan beliau ini sedikit sebanyak akan membuatkan para pengundi terutamanya pengundi Melayu berfikir dua kali sebelum memilihnya berdasarkan personaliti dan cara pemikirannya. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara bekas Ketua Angkatan Muda PKR, EZAM MOHD NOR. Ujar Ezam bukan rahsia lagi pemilihan Zaid adalah untuk memenuhi perhitungan bagi menyelesaikan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pertuduhan kes liwatnya.

“Zaid yang pernah menjadi menteri dipilih sebagai calon bagi menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini,” kata Ezam.

Selain isu pilihan raya Ezam turut menghuraikan dengan panjang lebar mengenai pertuduhan bahawa kerajaan mempunyai hubungan yang rapat melalui isu Apco yang bagi beliau langsung tidak ada isu. ”Anwar sebenarnya yang harus ditumpukan apabila dikaitkan dengan Israel kerana beliau sememangnya mempunyai pertalian yang rapat dengan orang seperti Paul Wolfowitz ketika menjadi Pengerusi Foundation for Future beberapa tahun lepas.

Kenapa dalam ramai calon lain yang lebih berwibawa Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon?

EZAM: Saya sendiri pun tidak berapa faham kenapa beliau memilih Zaid. Namun saya percaya ia lebih kepada perhitungan untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Anwar memerlukan seseorang yang nampak kredibel untuk dilihat bersama dengan beliau dalam berhadapan dengan pertuduhan kes liwatnya. Zaid adalah seorang peguam dan juga bekas menteri yang pernah menjaga undang-undang. Pada pandangan masyarakat dunia beliau memerlukan orang seperti Zaid yang pernah menjadi menteri untuk menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini. Ini perlu untuk menunjukkan kelangsungan masa depan politik beliau.

Ini menunjukkan sekali lagi pemilihan Zaid bukan dibuat atas keperluan parti atau keperluan rakyat tetapi kerana Zaid adalah yang terbaik untuk dilihat bersama dalam membantu Anwar dalam kesnya nanti. Apa yang menjadi kebimbangan bagi Anwar adalah kes liwat yang dihadapinya. Maka Zaid dilihat bakal membantu memulihkan imej beliau. Saya percaya itu alasan sebenar kerana tidak ada alasan yang lebih munasabah. Jika dibandingkan Zaid dengan Dr. Halili yang merupakan orang tempatan. Lainlah kalau tidak ada calon tempatan tetapi beliau mahukan Zaid menjadi calon. Andai katalah Zaid menang dalam pilihan raya ini pastinya orang yang akan mempertahankan Anwar sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen dalam soal kes liwatnya nanti adalah Zaid. Pastinya gandingan antara Zaid dan Azmin yang memang terkenal sebagai orang kuat Anwar akan menjadi lebih hebat. Sekarang ini Zaid hanya berada di luar dan keupayaannya terbatas. Soal sekarang bukan kerana hendak membantu orang Melayu di Hulu Selangor atau kaum-kaum lain tetapi lebih kepada agenda peribadinya. Saya pun pasti Anwar bukannya suka sangat pada Zaid tetapi beliau melihatnya sebagai orang yang boleh digunakan untuk mempertahankannya nanti dalam kes itu.

Masalahnya ramai orang dalam PKR dan juga Pas tidak suka dengan pemilihan Zaid kerana imejnya yang terlalu liberal. Tidakkah ini menjejaskan peluang mereka sendiri?

EZAM: Bagi Anwar soal parti sendiri atau pun dalam pakatan pembangkang adalah soal nombor dua. Yang menjadi keutamaannya adalah dirinya sendiri. Kita lihat balik dalam ketika berlaku perbalahan antara Zahrain dan Lim Guan Eng jika dilihat pada logik, Zahrain adalah bekas ketua PKR Pulau Pinang yang juga kawan rapat beliau yang sanggup berkorban segala-galanya. Tetapi Anwar tidak langsung membela Zahrain tetapi menyebelahi Guan Eng. Ini kerana dalam berhadapan dengan kes liwatnya, sekutu yang paling diperlukan adalah DAP.

Ini kerana DAP tidak kisah tentang soal moral dan sebab itu Karpal Singh yang menjadi peguam belanya. Cuba bayangkan Anwar menyebelahi Zahrain maka pasti beliau cuba membuat masalah dengan DAP yang kemudian juga melibatkan Karpal Singh sebagai peguamnya. Ini akan menjejaskan kes liwat yang dihadapinya. Maka sekali lagi pertimbangannya bukan kawan atau PKR ataupun orang Melayu kerana Zahrain perjuangkan orang Melayu tetapi yang sekutu yang mampu membelanya dalam berhadapan kes liwatnya nanti. Maka kita boleh lihat pemimpin seperti Anwar yang lebih memfokus kepada masalah peribadinya dan bukan soal rakyat, orang Melayu, dan perkara-perkara lain yang lebih penting. Yang menimbulkan masalah lebih besar ialah beliau turut mengheret rakyat bersama dalam kesnya.

Apa isu yang dijangka dimainkan oleh pembangkang dalam pilihan raya di Hulu Selangor?

EZAM: Tidak ada isu besar pun. Tapi kita harus ingat tentang kebolehan Anwar kerana seperti biasa dia akan terbalikkan isu dan selama beberapa hari ini kita lihat beliau telah melakukannya dengan membawa isu Apco, rasuah dalam UMNO dengan mengatakan mereka pro kepada ahli perniagaan Cina seperti Lim Goh Tong dan Vincent Tan. Dalam bab mengaburi memang Anwar pandai melakukannya maka BN perlu membuat penjelasan. Namun BN perlu ingat apa saja isu yang cuba dibangkitkan Anwar dalam pilihan raya ini adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu Anwar cuba mengheret rakyat dalam menyelesaikan masalah peribadinya. Namun saya percaya dengan jentera penerangan yang lebih berkesan dan semangat anggota parti dalam BN yang bersungguh-sungguh BN dapat menawan kembali Hulu Selangor.

Seharusnya penduduk di Hulu Selangor sudah mendapat mesej ini kerana pilihan raya kali ini berlaku selepas PKR dilanda badai yang teruk akibat ramai anggota Parlimen mereka keluar. Saya lihat mereka sudah semakin jelas kerana satu demi satu tembelang pakatan pembangkang terbongkar. Jika dahulu hanya saya seorang yang membongkar perihal Anwar dan PKR tapi sekarang semakin ramai yang terlibat. Ahli Parlimen sahaja sudah berapa orang yang mendedahkan masalah PKR dan Anwar, belum Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri. Maka rakyat seharusnya lebih jelas dengan apa yang telah berlaku.

Apa yang perlu dilakukan supaya pengundi di Hulu Selangor dapat mesej ini?

EZAM: Bagi saya pilihan raya ini merupakan satu tempoh bagi para pengundi membuat pilihan yang tepat. Ini kerana setelah setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri nampak jelas arah beliau mahu membawa negara ke arah masa depan. Jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya membawa masalah peribadinya untuk dihidangkan kepada rakyat. Ini perbezaan jelas di antara BN dan pakatan pembangkang. Ditambah dengan masalah yang semakin jelas berbanding dahulu bilamana semakin ramai Ahli Parlimen mereka keluar parti dan menjadi ahli Bebas. Mereka ini bukan calang-calang orang, Datuk Seri Zahrain merupakan kawan baik Anwar selama 30 tahun, Zulkifli Nordin menjadi peguam beliau selama tujuh tahun. Mungkin orang sudah lupa seorang peguam Anwar, Zainur Zakaria yang pernah membela beliau telah meninggalkannya.

Mereka semua adalah orang yang kredibel dan semua meninggalkan Anwar. Jadi apa yang telah berlaku menampakkan siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar adalah seorang yang gemar mengheret rakyat untuk bersama dalam dua masalah iaitu pertama masalah nafsu peribadinya dan kedua masalah cita-cita peribadinya. Beliau bukan seorang pejuang sebenar, semua yang dilakukan adalah kerana kehendak peribadi dan beliau berharap supaya rakyat dapat menyelamatkan dirinya. Jadi slogan yang dibawa oleh Anwar iaitu Selamatkan Malaysia tidak betul yang sebenarnya ialah selamatkan Anwar.

Kenapa tiba-tiba Anwar memainkan isu Apco?

EZAM: Kita tahu isu Apco ini timbul kerana dia cuba mendapatkan balik undi orang Melayu serta membetulkan balik persepsi orang Melayu terhadap dirinya. Justeru beliau menyerang kerajaan tentang hubungan antara Apco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel. Ini semata-mata untuk memainkan isu supaya orang Melayu kembali mempercayainya. Padahal kerajaan bersikap telus dalam soal ini. Maknanya tidak ada yang sulit dan ia bukan sesuatu yang bermotif jahat. Kerajaan telah melantik Apco melalui proses yang biasa seperti syarikat lain dan kaitannya dengan Israel kita masih belum jelas.

Itu yang menjadi isu sebenar apatah lagi jika orang yang terlibat itu adalah seorang pemimpin. Sebab itu saya mahu bertanya apakah Anwar pernah menghebahkan hubungannya dengan Rupert Murdoch seorang Yahudi yang menguasai agensi media Fox News yang sangat antikan Islam. Anwar berhubung dengan Murdoch sejak dari awal pemecatannya melalui Wan Azizah dan Azmin Ali. Apakah beliau pernah hebahkan kepada umum malah Anwar tidak pernah cakap perkara ini kepada partinya sendiri. Itu adalah sesuatu yang layak dipersoalkan kerana ini hubungan peribadi dan secara terus dengan Israel bukan seperti Apco yang hanya melibatkan perniagaan. Perdana Menteri tidak terlibat dalam keputusan memilih Apco dan ia dilakukan secara telus bukan seperti Anwar. Begitu juga hubungan Anwar, Wan Azizah dan Azmin dengan Georga Soros pada tahun 2002 tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat parti. Saya tidak hairan kalau selepas ini Anwar akan menafikan semua perkara ini. Selain itu kita boleh lihat bagaimana rapatnya hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz.

Maksudnya Anwar cuba mengalihkan isu dengan mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dalam isu Apco?

EZAM: Itulah yang cuba dilakukannya. Jika kita lihat hubungan kerajaan dalam soal Apco dan hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz adalah satu perkara yang jauh berbeza. Wolwofitz adalah arkitek yang menjahanamkan Iraq ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan salah satu sebab AS menyerang Iraq adalah untuk menjaga kepentingan Israel. Ini adalah satu fakta yang sah. Jika kita lihat balik ada tiga sebab kenapa AS mahu menjahanamkan Iraq, pertama kerana sumber minyak yang banyak di Iraq. Kedua, sumber air yang paling banyak di Tanah Arab terletak di Iraq. Jadi Israel perlu menyerang Iraq untuk menjamin sumber air mereka dan ketiga adalah kerana pertubuhan saintis yang paling hebat dan ramai di negara Arab adalah di Iraq. Semua ini dimusnahkan dan dibunuh kerana ia menjadi ancaman kepada Israel.

Maka Wolfowitz merupakan arkitek yang merancang dan melakukan tindakan yang membuat ribuan nyawa penduduk Iraq terbunuh atas kepentingan Israel. Lebih menakutkan Anwar pula menjalin hubungan yang rapat dengan Wolfowitz dan lebih dari sekadar peribadi. Saya sendiri menjadi saksi bahawa Wolfowitz sendiri melawat Anwar ketika beliau dirawat di Munich, Jerman selepas dikeluarkan dari penjara. Siap ada gambar yang satu dunia sudah tahu, malah beliau membuat kenyataan bahawa Wolfowitz adalah kawan baiknya. Malah mereka juga mempunyai hubungan rasmi dengan menubuhkan Foundation for Future yang mana Anwar adalah pengerusinya. Yayasan ini dibentuk oleh AS dengan dana yang diusahakan oleh Wolfowitz untuk menjaga kepentingan dan hegemoni AS di Tanah Arab. Itulah matlamat penubuhan Foundation for Future.

Selepas Anwar dilantik menjadi pengerusi di yayasan tersebut beliau telah menjadi tali barut kepada Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya yang juga seorang Islam bernama Shaha Ali Riza untuk bekerja di yayasan tersebut bagi menyelamatkan Wolfowitz dari diambil tindakan kerana masalah yang timbul akibat skandalnya itu.

Malah Anwar adalah orang yang bertanggungjawab menandatangani surat tersebut yang dikeluarkan pada satu Oktober 2006. Berita itu turut dikeluarkan dalam akhbar Washington Post. Jika Anwar hendak menafikan terpulanglah tetapi akhbar itu sudah menunjukkan bukti penglibatan Anwar sebagai tali barut Wolfowitz. Jika sebuah akhbar di AS telah menunjukkan penglibatan Anwar dalam hal ini kenapa saya hendak dituduh sebagai penipu. Akhbar Washington Post bukan suratkhabar UMNO pun. Saya mahu memberi penjelasan di sini Anwar menjadi tali barut untuk Wolfowitz kerana Shaha Ali Riza adalah orang paling rapat dengan Wolfowitz memandangkan dia adalah teman wanitanya. Jelaslah di sini jika dibuat perbandingan antara isu Apco dengan Anwar yang menjadi tali barut Wolfowitz adalah jauh berbeza. Hubungan Anwar dan Wolfowitz akhirnya adalah untuk kepentingan Israel, dan ini adalah sangat jelas. Hubungan kerajaan dengan Apco bukan untuk kepentingan Israel tetapi untuk kepentingan Malaysia, tidak ada kena mengena dengan Israel hanya merupakan sebuah perjanjian perniagaan. Ini menunjukkan sebenarnya tidak ada isu pun tentang Apco ini tetapi hanya diperbesarkan oleh Anwar untuk kepentingannya semata-mata dan juga memburukkan kerajaan.

Ini sebenarnya isu yang perlu diberi perhatian dimana betapa hebatnya orang Melayu berjaya membuat hubungan dengan orang Yahudi. Itulah kebolehan beliau yang cuba memusing fakta seolah-olah kerajaan pula yang salah kerana ada kaitan dengan Israel melalui Apco. Padahal Anwar yang mempunyai seorang sahabat baik dengan seorang Yahudi sehingga sanggup menjadi tali barutnya. Malah orang Yahudi ini pula menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan AS yang bertanggungjawab menjadi arkitek kepada kemusnahan dan kehancuran sebuah negara Islam Iraq hanya untuk memenuhi kepentingan Israel.


Sabtu, 17 April 2010

ALFATEHAH BUAT ACIK SPIN

Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam ini.



Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

ZAID PEMINUM AAAARRRAA???? TEGAR....????










Datuk Zaid Ibrahim mempunyai biodata yang cantik.Beliau bekas menteri dan pemilik syarikat guaman yang terbesar di negara ini.Kaya raya.Tinggal dalam lingkungan yang kawasan perumahan eksklusif di Tropicana. Segala hal tentang dirinya secara zahir melambangkan kejayaan seorang anak Melayu. Indahnya lagi seperti cerita-cerita kejayaan yang biasa tersiar di suratkhabar…Zaid berasal dari keluarga miskin.

Diatas kertas memang tak silap Datuk Seri Anwar Ibrahim tegak menepis segala pandangan lain dalam PKR memilih Zaid untuk menjadi ayam sabungnya untuk pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor. Masalahnya kehidupan di luar sana ada bezanya bila jadi orang politik. Zaid sendiri bukan baru dalam dunia politik. Kata orang bodoh sangatlah kalau Zaid tak sedar segala tentang dirinya diteropong habis ketika melangkah kaki untuk mencuba nasib dalam satu pilihanraya kecil yang sengit seperti di Hulu Selangor.

Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin boleh maafkan tindak tanduknya dulu yang pernah saman PAS untuk menyekat hukum Hudud. Namun satu hal yang Zaid perlu jawab khususnya kepada orang-orang PAS dan amnya masyarakat Islam di Hulu Selangor ialah apa ceritanya tentang dakwaan yang hangat diperbualkan mendakwa beliau PEMINUM ARAK TEGAR.

Kalau rajin layari internet segala macam bentuk lakaran dan kata-kata yang mempersendakan Zaid dalam bab itu boleh ditemui. Sebenarnya dakwaan ini bukan baru tetapi sudah lama kedengaran. Sebagai orang yang bermartabat tinggi dan ada maruah Zaid perlu tampil menjelaskan semua ini. Betul ke tak betul segala dakwaan itu hingga ke peringkat ada yang kata sarapan pagi pun Zaid wajib kena wine. Ini bukan soal kecil lebih-lebih lagi bila menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat kepada orang di hulu sana sekalipun jarak antara rumahnya di Tropicana dengan Hulu Selangor cuma 45 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Beliau harus mengikis segala kesangsian khususnya dikalangan orang PAS yang hendak turun padang dari serata kota dan desa berkempen membantu PKR bagi memenangkannya. Juga tentu sulit nanti beliau untuk berceramah tentang moral orang-orang UMNO jika dakwaan seburuk itu tentang dirinya tidak dijawab. Kalau Zaid merasakan kemenangan di Hulu Selangor ini amat penting untuk dirinya apa salahnya beliau memberanikan diri masuk mana-mana satu masjid di Hulu Selangor untuk bersumpah tidak pernah meneguk langsung air setan itu apa lagi dituduh peminum tegar. Zaid perlu ingat bukan dirinya saja yang mahu menang tapi Anwar dan Nik Aziz sangat berharap mereka dapat menjulangnya pada malam 25 April ini.

Anwar,Lim Kit Siang,Karpal Singh,Tian Chua,Sivarasa mungkin boleh pejam sebelah mata pada dakwaan sebegitu rupa…soalnya bagaimana agaknya perasaan Tok Guru dan pak cik mak cik di Sungai Tengi,Kalumpang,Hulu Yam serata ceruk kampong lain di Hulu Selangor jika katakan nanti ia didapati benar.
BOLEH KE SEORANG KAKI BOTOL MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK....KALAU INILAH PEMIMPIN YANG DIANGKAT AKAN HANCURLAH BANGSA DAN NEGARA INI.

PKR TAWAR WANG DAN TANAH PADA MUGILAN UNTUK BANTU ZAID

Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya.

ZAID CALON DAP

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor disebabkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan calon pilihan DAP.

Bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, Penasihat PKR itu menjadikan Zaid sebagai taruhan politiknya untuk meraih sebanyak mungkin undi daripada kaum bukan Melayu di Hulu Selangor.

"Langkah tersebut dengan harapan DAP akan membantu PKR meraih undi kaum Cina pada pilihan raya kecil itu, semua ini menunjukkan Anwar sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyakiti pemimpin PKR lain dalam parti dengan mengikut sahaja telunjuk DAP.

"Bagi Anwar, DAP adalah keluarga angkatnya ketika ini kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh sanggup menjadi peguambelanya dalam kes liwat.

"Jangan lupa bahawa ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkrisis dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Anwar memilih untuk menyebelahi Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pemilihan Zaid oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagi mewakili PKR menentang calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Nazmi berkata, keputusan Anwar memilih Zaid juga menunjukkan beliau meneruskan budaya calon 'payung terjun' dalam PKR.

Sebagai bukti, dakwanya, pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ramai ahli Parlimen PKR adalah calon 'payung terjun' kerana mereka bukanlah berasal dari kawasan tersebut ataupun pernah memegang sebarang jawatan rasmi di cawangan yang mereka wakili.

"Antaranya ialah Gwo-Bourne Loh (Kelana Jaya), S. Manikavasagam (Kapar), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang," dakwanya.

Beliau berkata, keadaan itu jelas membuktikan Anwar terlalu mementingkan diri sendiri.

"Ramai lagi pimpinan PKR yang sudah lama setia dengannya tidak diberikan peluang untuk bertanding di Hulu Selangor, malah Anwar seolah-olah tidak pedulikan kesetiaan mereka sehingga ada antara mereka yang tidak puas hati tetapi takut untuk bersuara," katanya.

Selain itu, dakwanya, pemilihan Zaid sebagai calon juga menjadi beban kepada Pas kerana Zaid suatu ketika dahulu pernah menyaman Pas Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud.

"Anwar tidak mempedulikan hati dan perasaan pimpinan Pas ketika ini. Apa yang penting Anwar mahu membuat keputusan politik menjadikan Zaid sebagai taruhan untuk meraih sebanyak mungkin undi bukan melayu di Hulu Selangor

Jumaat, 16 April 2010

KERANA ZAID BANYAK CAWANGAN PKR AKAN DITUTUP

Dengar khabar ramai ahli PKR sendiri tidak setuju dengan tindakan Anwar mencalonkan Zaid.Jadi untuk menyatakan sokongan pada bantahan mereka mungkin banyak cabang cabang PKR akan ditutup bagi menyatakan bantahan mereka ini bukan main main.Ahli ahli akar umbi PKR dan juga akar umbi dari Pas dari awal lagi memang tidak menyetujui cadangan Anwar untuk membawa orang luar untuk bertanding di HUlu Selangor.Kerana mereka tahu yang PKR tidak akan mampu untuk menumbangkan BN sekiranya PKR tidak memilih anak calon dari Hulu Selangor atau anak Selangor sendiri.

Sudahlah Zaid bukan orang Selangor,Apakah Zaid akan sentiasa berada di Hulu Selangor sekiranya Zaid akan terpilih nanti.Kerana itulah dengar khabarnya sudah ramai ingin keluar dari PKR kerana mereka merasakan Anwar tidak peka dengan masaalah penduduk Hulu Selangor disamping mereka merasakan Anwar tidak mahu mengiktiraf kemampuan anak Hulu Selangor sendiri untuk menjadi pemimpin.

Bukan seperti BN yang menerima jaminan semua 72 cawangan MIC di Hulu Selangor akan menyokong calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan, pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu.Parti komponen BN juga memberi kerjasama terbaik kepada MIC dalam usaha untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.Kerana menghargai penduduk Hulu Selangor lah BN mencalonkan anak Hulu Selangor untuk memberikan perkhidmatan pada penduduk kerana sebagai anak Negeri Selangor calon BN lebih ariff apa keperluan yang dikehendaki oleh penduduk HUlu Selangor dari pemimpin yang bukan anak jati Selangor.

Tidak seperti BN PKR langsung tidak memahami kehendak kaum India yang mahukan seorang pemimpin dari kawasan Hulu Selangor yang mewakili kaum India.Bagi PKR yang penting adalah kemenangan tanpa merasa tangungjawab untuk memberi tangungjawab pada kaum minoriti untuk menjadi pemimpin di Hulu Selangor.Bagi PKR mereka hanya mahu undi orang Melayu sahaja tanpa memperdulikan kaum kaum lain.Berlainan dengan BN yang menganggap semua pengundi tanpa mengira kaum Melayu, Cina atau India di kawasan parlimen itu adalah penting bagi menentukan calon BN.

Sudahlah bukan orang Selangor,Zaid juga tidak mungkin akan tinggal di kawasan Hulu hanya untuk membela nasib orang yang tidak berkemampuan.Zaid yang memang terkenal dengan kehidupan yang elit tidak mungkin dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan buat penduduk Hulu Selangor kerana sudah kita ketahui yang Zaid bukan tinggal dikawasan Hulu Selangor.

Jangan nanti kita menyesal tak sudah sebagaimana dengan wakil rakyat yang lepas yang terlalu sukar untuk penduduk temui kerana Wakil Rakyat yang lama juga bukan anak Hulu Selangor.Rakyat bukan hanya ingin menemui pemimpin di pejabat sahaja tapi sesekali ingin juga menemui pemimpin dirumah untuk mengadu masaalah.Pemimpin seperti yang dicalonkan BN lah yang rakyat Hulu Selangor inginkan kerana bukan sahaja anak Hulu Selangor malah tinggal didalam kawasan itu.

JANGAN MENYESAL KEMUDIAN HARI....JADI KEPADA SELURUH PENGUNDI HULU SELANGOR FIKIRKAN LAH SEDALAM DALAMNYA AGAR KITA NANTI TIDAK TERKEDU KEDU MENCARI PEMIMPIN YANG TIDAK TAHU DIMANA TINGGALNYA.JADI PILIHLAH PEMIMPIN YANG MERASAI JIWA SETIAP PENDUDUK HULU SELANGOR KERANA PEMIMPIN SEBEGINI LAH YANG RAKYAT MAHUKAN......IBARAT KATA CALON BN .....SAYA AKAN BEKERJA SIANG DAN MALAM UNTUK MENYELESAIKAN MASAALAH RAKYAT.......FIKIR FIKIRKAN LA........

BN IKUT KEHENDAK RAKYAT PKR IKUT KEHENDAK ANWAR

BN telah berjanji pada rakyat di Hulu Selangor yang BN akan ikut kehendak rakyat yang mahu kan perubahan pada calon PRK nanti.Kerana itulah BN telah melantik seorang anak muda yang bukan sahaja dikenali di Hulu Selangor malah Kamalanathan sudah dikenali di seluruh Negara.

Saya akan berenang, timbul dan tenggelam bersama-sama penduduk Hulu Selangor.Itulah laungan yang dilafazkan oleh P. Kamalanathan sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.Pemilihan Kamalanathan adalah bertepatan dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana BN membuat keputusan memilih beliau selepas turun bertemu pengundi semua kawasan dalam tempoh dua minggu ini.BN sepakat memilih Kamalanathan kerana itulah kriteria calon yang dimahukan oleh rakyat.Biarpun PKR menguar-uarkan bahawa calon mereka, Datuk Zaid Ibrahim sebagai 'calon heavyweight' namun pemilihan Kamalanathan dilihat mempunyai banyak kelebihan. Selain anak tempatan, rekod Kamalanathan sebagai seorang ahli politik tidak pernah tercemar biarpun sudah bergelumang dengan politik sejak berusia 18 tahun apabila menjadi ahli MIC cawangan Rawang.

Bagi PKR pula,Anwar yang mempunyai kuasa penuh menolak kehendak akar umbi dengan memilih Zaid sebagai calon dengan menolak calon calon anak negeri Selangor.Bagi Anwar hanya pilihannya sahaja yang terbaik.Kerana inilah beberapa pemimpin PKR kecewa dengan pemilihan Zaid sebagai calon pakatan pembangkang pada PRK Hulu Selangor 25 April ini.Pemilihan Zaid dibuat semata-mata untuk menarik sokongan pengundi di kawasan tersebut dengan mengenepikan soal kepentingan parti.Ada yang tidak senang dengan pemilihan Zaid antaranya Naib Presiden PKR, Mohd. Azmin Ali dan Ketua Pemudanya, Shamsul Iskandar.

Pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada PRK Parlimen Hulu Selangor dilihat sebagai satu bonus kepada BN.Ini disebabkan pemilihan Zaid akan memudahkan jentera parti untuk menerangkan mengenai rekod calon PKR kerana Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu pernah bersama UMNO dan Kabinet.

Zaid bukan sahaja akan menentang BN malah mungkin akan ditentang oleh rakan rakan nya sendiri dari PKR.Ini diluahkan sendir oleh seorang Ahli Parlimen PKR yang merasakan Zaid tidak mungkin dapat memahami kehendak pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan pemimpin tempatan dan ditambah pula dengan gaya hidup elit serta liberal yang diamalkannya.Katanya lagi pemilihan Zaid juga bermakna PKR tidak mempunyai ruang untuk menyerang BN seperti yang menjadi kebiasaan setiap kali kempen pilihan raya sebaliknya parti itu pula yang perlu bersifat defensif.Inilah yang bakal terjadi jika kita memilih calon yang mempunyai gaya hidup terlalu moden untuk bertanding di kawasan pinggir bandar yang majoritinya pengundi Melayu beragama Islam,Anwar juga tidak mempedulikan perasaan Pas yang tidak selesa dengan Zaid ekoran amalan gaya hidup moden selain bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud suatu ketika dahulu.

Bagi saya pemilihan P. Kamalanathan dari MIC yang di calonkan mewakili BN pada PRK Parlimen Hulu Selangor, pencalonan itu sekali gus membuktikan permuafakatan antara kaum yang dipertahankan BN selama ini.Dengan DUN Hulu Bernam dan Batang Kali diwakili UMNO dan DUN Kuala Kubu Baharu oleh MCA, disusuli kerusi Parlimennya ditandingi MIC, menggambarkan betapa seriusnya pengorbanan BN dalam menjayakan gagasan 1Malaysia yang dipelopori pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi saya Anwar tidak memahami pemuafakatan antara kaum kerana sanggup meletakan calon dari orang melayu sedangkan tiada langsung wakil rakyat dari kaum India dari Parlimen Hulu Selangor.

Jadi ini adalah masa yang sesuai buat rakyat terutama di Hulu Selangor untuk berubah dengan menyokong calon BN dan diharapkan pengundi di kawasan tersebut tidak membuat kesilapan lagi sebaliknya menggunakan peluang berkenaan untuk menyokong BN demi meneruskan agenda pembangunan dan membasmi kemiskinan.untuk memberikan perkhidmatan yang baik pada seluruh rakyat di Hulu Selangor.

HALOO SAMY APA SUDAH JADI??????

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.

Seorang pemimpin MIC cawangan memberitahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.

"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi, lebih semangat untuk kempen," kata ketua cawangan MIC Taman Juta KD Raj.

Beliau diminta mengulas tahap kesediaan jentera MIC yang mungkin berdepan dengan 'keretakan' ekoran pemilihan Kamalanathan sebagai 'calon kompromi' dengan mengenetepikan dua lagi pemimpinnya - timbalan presiden G Palanivel dan ketua pemuda V Mugilan.

Raj berkata, majoriti pemimpin akar umbi MIC sedang menunggu Samy memperkenalkan calon pilihan BN kepada mereka petang ini.

Tinjauan Malaysiakini tengah hari ini juga mendapati, bilik gerakan MIC masih lengang dan tidak aktif. Hanya kelihatan kira-kira sepuluh orang petugas parti sahaja ketika kunjungan tersebut kira-kira jam 12.30 tadi.

Raj juga mengakui, semenjak dua hari lepas, aktiviti bilik gerakan parti itu dan kunjungan daripada rumah ke rumah masih perlahan.

Mengaku berkempen untuk Palanivel sebelum ini, Raj juga mengkritik Mugilan yang didakwanya "bertindak seorang diri" dan cuba menonjolkan dirinya mendapat sokongan daripada sayap Pemuda parti itu.

Sementara itu, bendahari MIC Hulu Selangor D Arumugam pula menjelaskan, 'kelembapan jenteranya' sebelum ini ekoran tindakan Mugilan - yang didakwa tidak mendapat sokongan akar umbi - yang berkempen "secara bawah tanah" supaya dipilih menjadi calon.

"Apa yang menyebabkan pemimpin tempatan marah sebelum ini, sebab Mugilan menentang (calon) pilihan presiden. Dia cuma seorang ketua Pemuda. Datuk Palanivel yang menaikkannya. Tetapi dia buat kerja bawah tanah untuk pencalonnnya.

"Sebab itu kami benci dia. Tanpa pengetahuan Datuk Palanivel, dia pergi kepada Pemuda MIC dan Umno untuk menyebarkan (dakwaan) bahawa Datuk Palanivel tidak membuat apa-apa dalam kawasan ini. Itulah masalahnya," kata Arumugam.

Bagaimanapun, tambah Arumugam, mereka kini telah menerima Kamalanathan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Menjelang pengumuman itu, sehari sebelum itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara pemimpin penting Umno yang dilaporkan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC.

Kenyataan tersebut dilihat seakan-akan memberikan isyarat sokongan kepada Mugilan.

Khamis, 15 April 2010

KEMANA MENGHILANG PALANIVEL

Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN Hulu Selangor, tidak kelihatan langsung kelibat Palanivel yang sebelum ini disebut-sebut akan dipilih.

Seorang lagi pemimpin MIC yang turut dispekulasikan V Mugilan bagaimanapun hadir dan bersalaman dengan Kamalanathan.

Ditanya berhubung perkara itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin “sedikit kecewa”

“Mungkin beliau ada tugas lain atau sedikit kecewa. Kalau kita sendiri pun, mungkin ada perasaan sebegitu,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pilihan BN di hadapan kira-kira 2,00o penyokong di Bukit Beruntung.

Muhyiddin juga berkata, beliau mahu Palanivel terus membantu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan parlimen tersebut.

PKR SEMAKIN HANCUR,LAGI PEMIMPIN PKR KELUAR PARTI

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas kerana kecewa dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu.

AKHIRNYA SAMY MENGALAH JUGA

Akhirnya Nama Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.


Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

KOMPLOT RAMPAS TAKHTA KELANTAN

KEKANDA  Sultan Kelantan, Tengku Merjan (kanan) hadir di IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan polis berhubung krisis dalaman Istana Kelantan.


Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Tuanku Yahya Petra semalam mendedahkan wujud pakatan jahat membabitkan kumpulan tertentu untuk merampas kuasa dan takhta kesultanan negeri itu. Beliau membuat pendedahan itu selepas menerima salinan cakera padat (CD) mengandungi butiran lengkap mengenai komplot untuk menjatuhkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di kediamannya di Ukay Heights di sini, baru-baru ini. Berikutan itu, Tengku Merjan yang diiringi pegawai pengiringnya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 2.55 petang semalam.

Beliau dalam laporan dibuatnya mendakwa rakaman itu mengandungi perancangan tersusun kumpulan terbabit, termasuk pertemuan rahsia mereka untuk menghasut media dan orang ramai menghina Sultan Kelantan.

Rakaman turut didakwa memaparkan tindakan kumpulan itu membocorkan maklumat kesihatan Tuanku Ismail kepada pihak ketiga tanpa kebenaran baginda bertujuan mencemarkan maruah dan kredibiliti baginda yang bertentangan dengan Akta Perubatan.

Katanya, CD itu turut memuatkan fakta salah mengenai tahap kesihatan adindanya, yang dipercayai sengaja disebarkan bertujuan mengelirukan rakyat, selain menimbulkan kegelisahan di kalangan kerabat.
Tengku Merjan berkata, beliau juga kecewa apabila rakaman itu menyatakan kuasa melantik Sultan Kelantan kini terletak pada seorang peguam, yang dianggapnya satu tindakan merendah-rendahkan martabat institusi Kesultanan Melayu.

Justeru, beliau meminta siasatan rapi dijalankan berhubung perkara itu kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh dianggap sebagai menderhaka dan harus dikenakan tindakan keras kerana cuba mengambil kesempatan terhadap kemelut yang berlaku ketika ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika ditemui pemberita mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

ZAID BUKAN DITENTANG UMNO TAPI DARI PKR SENDIRI

Usaha pembangkang mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bakal berdepan tugas sukar apabila pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon yang akan menggalas cabaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditentang oleh ahli parti itu sendiri.

Wakil rakyat PKR yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Zaid tidak mungkin dapat memahami kehendak pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan pemimpin tempatan dan ditambah pula dengan gaya hidup elit serta liberal yang diamalkannya.

"Jika menang sekali pun, pembaharuan yang mungkin dibawa oleh Zaid di Hulu Selangor ialah lebih banyak pusat hiburan bakal diwujudkan dan bukannya kemajuan seperti yang dikehendaki rakyat,'' katanya sinis ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan PKR menamakan Zaid sebagai calon yang sekali gus, mengetepikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud.

Selain itu, pemilihan tersebut turut mengetepikan Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang sebelum ini turut disebut-sebut berpotensi sebagai calon.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan calon PKR berkata, Zaid dipilih kerana parti itu mahu calon yang sudah teruji dalam politik.

Selain itu, pemilihan Zaid dibuat kerana beliau mempunyai keistimewaan tersendiri kerana sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri demi mempertahankan hak rakyat.

Mengulas lanjut, Choo Keong berkata, pemilihan Zaid juga bermakna PKR tidak mempunyai ruang untuk menyerang Barisan Nasional (BN) seperti yang menjadi kebiasaan setiap kali kempen pilihan raya sebaliknya parti itu pula yang perlu bersifat defensif.

"Inilah yang bakal terjadi jika kita memilih calon yang mempunyai gaya hidup terlalu moden untuk bertanding di kawasan pinggir bandar yang majoritinya pengundi Melayu beragama Islam,'' jelasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, pemilihan Zaid membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu tunduk kepada DAP hanya semata-mata untuk mengejar undi bukan Melayu di Hulu Selangor.

Katanya, Anwar tidak mempedulikan perasaan Pas yang tidak selesa dengan Zaid ekoran amalan gaya hidup moden selain bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud suatu ketika dahulu.

"Anwar akan menonjolkan Zaid sebagai hero kepada kaum bukan Melayu di Hulu Selangor kerana pembangkang menyasarkan untuk memperoleh 90 peratus undi kaum Cina dan India memandangkan pengundi Melayu kini lebih condong kepada kerajaan.

"Zaid akan dicanang sebagai pemimpin yang kononnya bakal membela nasib bukan Melayu khususnya kaum Cina dengan mengambil contoh penentangan bekas menteri itu semasa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),'' kata Anuar.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor terpaksa diadakan pada 25 April selepas kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Rabu, 14 April 2010

SINGKIRKAN SAJA SAMY DAN MIC

Ekoran desas-desus kemungkinan pemimpin pilihan MIC tidak dipilih sebagai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) malam ini.

Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan berkata, pada mesyuarat tersebut MIC akan membuat keputusan penting mengenai pendirian sebenar parti itu mengenai pemilihan calon terbaik pada pilihan raya yang bakal diadakan 25 April ini.

"Malam ini Presiden parti akan buat keputusan mengenai pendirian parti, keputusan malam ini melambangkan hasrat dan keinginan sebenar MIC," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Ketika kurang 24 jam BN akan mengumumkan calonnya, cakap-cakap kuat mengatakan bahawa parti itu akan mempertaruhkan Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan sebagai calon.

Ini bererti kepimpinan tertinggi BN menolak Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang dicadangkan parti itu.

Mesyuarat tergempar itu akan dipengerusikan oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pada pukul 10 malam ini di Ibu Pejabat MIC.

Menurut Kamalanathan, parti itu mahu melihat wakil pilihan MIC sendiri dan bukannya proksi mana-mana parti komponen BN termasuk Umno untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

"Walaupun desas-desus berkenaan tidak semestinya 100 peratus benar, tapi kami menerima banyak rungutan daripada akar umbi.

"Kebanyakan mereka mahu calon yang dipilih oleh MIC sendiri bertanding dan bukannya calon pilihan Umno," katanya.

Jelas beliau, memandangkan BN bersetuju memberi peluang kepada MIC bertanding pada pilihan raya Parlimen Hulu Selangor, maka parti itu juga berhak menamakan calon pilihan mereka untuk bertanding.

"MIC diberi tanggungjawab ini (bertanding), maka wajib diberikan peluang untuk MIC memilih calon sendiri," katanya.

Ditanya sama ada parti itu masih mempunyai masa untuk 'melobi' agar calon pilihan mereka dipilih sebagai calon, beliau berkata: "Selagi BN belum umumkan secara rasmi, selagi itu kita mempunyai masa untuk melobi dan tetapkan pendirian

PAS DISARAN KELUAR DARI PAKATAN

PAS patut keluar daripada pakatan pembangkang jika berasa duduk di dalam pakatan terbabit merugikan. Pendapat ini datang daripada dua ahli politik yang saling ‘bermusuhan’ tetapi kalimat diucapkan mencerminkan wujud kedangkalan yang semakin nyata dalam kerjasama antara Pas-DAP-PKR. Tidak mengejutkan apabila bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin, memberi pandangan mengenai perkara ini dan beliau tidak berdolak-dalih mengenai kemelut perjuangan Islam Pas yang bekerjasama dengan DAP, yang bertekad tidak akan menerima agenda negara Islam sehingga ada pemimpinnya meluahkan kenyataan ‘langkah mayat saya dulu’.

Apabila Ahli Parlimen Pas sendiri membuat kenyataan sama tetapi dengan alasan berbeza, tidak sukar untuk menelaah apa yang terbuku di hati ramai ahli Pas yang semakin keliru dengan arah aliran pemikiran serta perjuangan parti yang menjadi satu lagi alternatif kepada bangsa Melayu ini.Apa lagi yang bercakap ialah Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad dan konteks pendapatnya amat mengelirukan apabila membelasah parti sendiri yang mengibaratkan Pas sebagai ‘gunting dalam lipatan atau bagai biawak hidup’ dalam pakatan pembangkang.

Kenyataan diluahkan di blognya pada 10 April lalu antara lain menyatakan: ‘Bagaimanapun, jika Pas berasakan dengan berada di dalam pakatan pembangkang ini merugikan, maka keluar sajalah dan jangan khianat. Tetapi, apabila di dalam pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.’Luahan Khalid yang mengutuk partinya sendiri mencerminkan betapa pemikiran dalam parti yang berdiri atas landasan perjuangan Islam semakin berpecah dan misi utama untuk ke arah penubuhan negara Islam sanggup diketepikan demi merampas kuasa pemerintahan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN). Julangan dan sayangnya Khalid kepada PKR dan DAP tampak tidak bertepi, apabila mengeluarkan komen: “Bagaimana PKR dan DAP mengetepikan kepentingan parti demi pakatan pembangkang..... untuk pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan pakatan pembangkang tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’.”

Dalam tiga siri artikel di blog terbabit, Khalid juga nyata memesongkan pemikiran pembacanya dan mana-mana bangsa Melayu beragama Islam yang membaca tulisan blog ini – yang mengutuk ahli Pas yang berjuang untuk bangsa dan agama, apa lagi Umno – boleh mendidih darah.Sebenarnya usaha menyatukan umat atas dasar Islam sudah lama diusahakan Pas. Pada masa sama Umno berusaha menyatukan orang Melayu atas dasar Melayu. Yang setuju bahawa dasar penyatuan adalah Islam, akan masuk Pas. Yang setuju dasar penyatuan adalah Melayu pula masuk Umno. Dasar penyatuan ini tidak sama. Maka, kalau Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam, sepatutnya dulu lagi tidak perlu wujudnya Pas. Semua masuk Umno saja. Tetapi oleh kerana Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu, maka ulama mengasaskan Pas,” kata Khalid dalam satu daripada tiga artikel terbabit.

Jika Khalid menasihatkan Pas keluar pakatan pembangkang jika tidak sanggup berkorban bersama PKR dan DAP, musuh ketatnya, Zulkifli pula berpendapat Pas perlu keluar daripada pakatan sekiranya parti Islam ini mahu terus selamat dan relevan di kalangan pengikutnya.Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali menjadi parti yang benar-benar berjuang untuk Islam. Mereka kena keluar sekiranya ingin selamat. Ini adalah realiti politik kita, Malaysia adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Selagi umat Islam kuat dan bersatu, negara ini akan selamat.Sekarang ramai terpaksa bergantung kepada Umno untuk pengukuhan dan penyatuan umat Islam, kerana memang hakikat di sini Melayu adalah Islam. Pas sepatutnya menjadi parti alternatif, tetapi ketika ini Pas gagal dalam perjuangan asas mereka sebaik saja berkompromi apabila bergabung dengan DAP,” tegas Zulkifli.

Kemelut dalaman Pas dan PKR ini memuncak apabila beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), keluar parti kerana tidak lagi percaya dengan perjuangan parti masing-masing.Sidang Dewan Rakyat yang bermula bulan lalu digemparkan dengan pelbagai pendedahan mengenai kepincangan yang berlaku terutama dalam PKR dan Pas, dengan kepemimpinan DAP lebih banyak berdiam diri sambil melihat serius kerenah parti sekutu mereka.Pas adalah parti yang paling tersepit di antara ketiga-tiga parti gabungan dalam PR kerana sebagai parti paling ramai ahli, memiliki jentera pilihan raya paling besar tetapi menjadi minoriti di Dewan Rakyat.

Mereka bukan saja terpaksa melepaskan begitu banyak kerusi Parlimen untuk PKR dan DAP, malah ketika ini dilihat mengorbankan matlamat perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara Islam kerana penentangan begitu lantang sekutunya, DAP.Suasana dalaman parti itu semakin buruk dengan perpecahan, apabila wujud kumpulan reformasi Islam, pejuang bangsa dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai kumpulan Erdogan. Perpecahan dan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti semakin terserlah sejak akhir-akhir ini.


Analisis akhir Zulkifli amat menarik: “Di antara Pas, DAP dan PKR, tidak ada satu pun parti ini akan membenarkan parti lain menjadi satu parti yang kuat.DAP lebih suka kalau Anwar berada dalam (penjara) kerana PKR akan lemah, DAP pula akan menjadi ‘hero’ kerana berjuang untuk Anwar. Bila Anwar di luar (seperti sekarang), DAP kelihatan tidak banyak bercakap dalam banyak isu, tetapi (suatu yang sukar dinafikan) mereka suka melihat PKR menjadi lemah dan semakin lemah.

WASLAUPUN PAS KETAHUI SIAPA ANWAR SEBENARNYA TAPI BAGI PAS TUJUAN UTAMANYA ADALAH INGINKAN KUASA....KERANA ITULAH BAK KATA NIK AZIZ WALAUPUN DENGAN SETAN DAN IBLIS PAS RELA TERIMA INIKAN PULA DENGAN DAP.....BAGI PAS DAP LEBIH ISLAM DARI UMNO...INILAH DIA WAJAH SEBENAR PEMIMPIN PAS....HANYA PANGKAT DUNIA DIKEJAR......

ANWAR DARI KAKI ..... KE KAKI KELENTONG



Satu Malaya sudah tahu siapa sebenarnya diri Anwar.Dari seorang kaki ..... kini Anwar ingin terus menjadi popular dengan menganggap Malaysia kini sudah dimasuki oleh perisik perisik dari Israel.Mungkin kita sebagai rakyat biasa kurang mengenali siapa diri Anwar sebenarnya tapi ramai dikalangan rakan rakan Anwar sendiri tahu siapa diri Anwar sebenarnya.Apakah segala apa yang dibongkarkan oleh mereka yang pernah menjadi rakan dan sahabat baik Anwar ini hanya mengada adakan cerita sahaja.Sebenarnya akan lebih banyak pendedahan mengena Anwar dijangka dibuat oleh bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika pimpinan parti itu terus menafikan kebenaran yang didedahkan.

Bagi Anwar sekiranya ingin menafikan boleh tapi
jangan sehingga menyebabkan bekas pemimpin PKR dan rakan rakannya nanti tampil mendedahkan secara keseluruhan cerita siapa sebenarnya diri Anwar dari A ke Z.

Bagi rakyat yang masih tidak mengenali akan diri Anwar sebenarnya harus meneliti apa yang disuarakan oleh rakan rakan lama Anwar seperti Ezam yang meminta maaf pada rakyat kerana tindakannya membela Anwar dalam kes liwat dahulu. Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar.Ezam merujuk kepada kes liwat pertama Anwar. Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Kini Anwar sekali lagi menghadapi tuduhan sama iaitu didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Sejarah berulang kembali. Ezam mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam perbuatan itu dan sedia mendedahkannya jika dicabar. Menurut Ezam dia tahu apa yang (Anwar) tahu apa yang saya tahu.

Begitu juga dengan bekas Naib Presiden PKR, Saidatu Badru Tun Said Keruak menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan lain yang telah meninggalkan PKR lebih tahu cerita dalaman Anwar, Wan Azizah dan Azmin.Kebanyakan mereka yang masih dalam PKR belum cukup kenal siapa diri Anwar sebenarnya.

Anwar sebenarnya begitu iri hati dan berdendam dengan Najib kerana Anwar merasakan yang beliau lebih layak menjadi Pm dari Najib.Kerana itulah Anwar akan lakukan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan Najib walaupun terpaksa membuat tuduhan yang Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya.Ini terbukti bilamana Anwar hadir pada ketika penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam membuat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menimbulkan pelbagai persoalan. persoalan itu timbul kerana sehari selepas akuan bersumpah tersebut, Balasubramaniam muncul pada satu lagi sidang akhbar untuk melakukan satu lagi pengakuan bersumpah bagi menarik balik akuan bersumpah pertamanya.Jadi saya berasa amat peliklah kerana dalam akuan bersumpah kedua, Balasubramaniam juga mengatakan bahawa pengakuan pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu dilakukan dalam keadaan terpaksa (under duress).Jadi adakah keadaan terpaksa dimaksudkannya itu berkaitan dengan sidang akhbar di ibu pejabat PKR berkenaan?

Setelah segala rahsia nya dibongkar oleh rakan rakannya Anwar beralih pula dengan mendakwa yang Keselamatan negara terancam dengan kehadiran perisik Israel dalam pasukan Polis Malaysia.Anwar buat begini kerana ingin memperbodohkan rakyat di Hulu Selangor dengan mentafsirkan negara ini dalam bahaya kerana kebodohan kerajaan Malaysia.Bagi saya rakyat sudah dapat menilai siapa diri Anwar yang akan buat apa sahaja untuk menjatuhkan Kerajaan terutama Najib sendiri.Inilah tujuan Anwar sebenarnya.

Sebenarnya apa yang dikatakan Anwar itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana Kerajaan Malaysia menyangkal dakwaan Anwar bahawa projek menaik taraf sistem laporan polis (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan perisik Israel.Dakwaan Anwar itu sebenarnya tidak berasas kerana projek PRS diberi kepada syarikat tempatan iaitu Sapura System Sdn. Bhd. (SSSB) dan Master Plan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).Sehingga kini projek tersebut telah siap sehingga fasa ketiga dan SSSB telah diberi tanggungjawab melaksanakan fasa pertama serta kedua manakala fasa ketiga pula diberi kepada MPC.

Dalam projek fasa ketiga MPC melantik subkontraktor iaitu syarikat Asiasoft (M) Sdn. Bhd. untuk melaksanakan sebahagian aplikasi PRS yang mana 70 peratus saham dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya 30 peratus dimiliki syarikat milik Singapura iaitu Asiasoft (S) Pte. Ltd.Semua pekerja yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada warga tempatan dan seorang warga India. Projek ini langsung tidak melibatkan pekerja dari syarikat Asisoft. Ia siap sepenuhnya pada Oktober 2006.Tindakan Anwar yang cuba mengaitkan pembabitan warga Israel dalam projek itu berpunca daripada pengambilalihan 100 peratus saham syarikat Asiasoft (S) Pte. Ltd. oleh syarikat Asiasoft Global Pte. Ltd. pada Ogos 2007.Syarikat Asiasoft Global dimiliki dua pemegang saham utama iaitu Toh Kian Hong (rakyat Singapura) dan baki 51 peratus dimiliki Top Image Systems Ltd. (TIS).

Didapati dua orang ahli lembaga pengarah TIS adalah rakyat Israel. Berikutan pengambilalihan ini PDRM telah melakukan siasatan dalaman pada 9 Jun 2008 berkaitan dengan kesahihan maklumat dan peranan kedua-dua ahli lembaga pengarah tersebut.Hasil siasatan awal PDRM, tidak terdapat penglibatan mana-mana warganegara asing khususnya dari Israel dalam pembangunan projek PRS.Dalam tempoh itu juga MPC telah memaklumkan kepada PDRM bahawa kontrak Asiasoft (M) Sdn. Bhd. telah ditamatkan iaitu pada 31 Disember 2008.Usaha mengaitkan ahli lembaga Israel dalam projek ini tidak patut timbul kerana tarikh pengambilalihan syarikat Asiasoft Singapura berlaku selepas projek fasa ketiga siap.Fakta ini tidak sepatutnya dikelirukan kerana pengambilalihan syarikat Asiasoft Singapura oleh Asiasoft Global berlaku Ogos 2007 sedangkan fasa ketiga siap pada Oktober 2006.Atas asas apa Ketua Pembangkang cuba mengaitkan projek PRS dengan penglibatan warga Israel?

SEBENARNYA TUJUAN ANWAR HANYA INGIN MENGELIRUKAN RAKYAT TERUTAMA DENGAN KEHADIRAN PRK DI HULU SELANGOR,TAPI RAKYAT BUKAN BODOH DENGAN MEMPERCAYAI APA YANG DI BANGKITKAN OLEH ANWAR KERANA RAKYAT SUDAH TAHU SIAPA DIRI ANWAR SEBENARNYA.....KALAU DAH KAKI PE..... TU MEMANG DAH SUSAH NAK DITUNJUK JALAN KEBENARAN...BAGI ANWAR HANYA ADA JALAN BELAKANG YANG HARUS DILALUINYA.......ITULAH DIRI ANWAR SEBENARNYA.....KITA RENUNG RENUNGKAN LA....LU ORANG PIKIR LA SENDIRIIIIIIIII.....

BN AKAN KALAH JIKA PALANIVEL JADI CALON BN DI HULU SELANGOR

Nampak gaya Samy masih mempertahankan orang no 2 nya untuk bertanding di Hulu Selangor walau pun sebenarnya sudah terang lagi bersuluh yang calon Samy ini sudah ditolak oleh pengundi di Hulu Selangor.BN akan kalah sekiranya BN berterusan mendengar cadangan dari Samy yang juga sudah tidak diterima oleh masyarakat India sendiri.

Bagi saya sekiranya MIC dan Samy Masih mempertahankan pendirian sendiri tanpa mendengar pandangan dari akar umbi lebih baik tolak sahaja calon dari MIC dan wajar di beri pada UMNO pula.Nampak gaya Samy tidak mahu mendengar pandangan dari akar umbi yang mahukan perubahan pada senarai calon dari MIC.

Sekiranya Samy mahu membawa Parti MIC keluar dari BN silakan kerana selama ini Samy diibaratkan sebagai satu masaalah pada BN kerana keenganannya untuk berundur dari memimpin MIC.

BAGI SAYA SENANG....SEKIRANYA MIC MASIH MAHUKAN PALANIVEL....MAKA MASA HARI MENGUNDI NANTI KITA PULAU KAN CALON MIC INI DAN TERPULANG PADA PENGUNDI SENDIRI UNTUK MEMILIH SIAPA SELAIN DARI PALANIVEL.SETUJU TAKKKKKK..........

ANWAR GAGAL GAGAL GAGAL LAGI

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

PUTAR BELIT NIK AZIZ DARI DULU HINGGA SEKARANG

4122487848_c1b3017b56.jpg

“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan in mendampingi.

BACA SETERUSNYA DISINI

SAMY BUKAN TENTUKAN CALON BN

Penamaan calon kerusi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada Sabtu ini.Bendahari Umno Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi berkata calon BN itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

Lazimnya, BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu (kiri, berdiri) awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan.

Selasa, 13 April 2010

SIGNAL CUKUP JELAS BUAT SAMY DI HULU SELANGOR

Dalam politik hanya ada satu juara dan tiada naib juara. Atas faktor itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu harus menerima dengan hati terbuka kuasa prerogatif Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN untuk meletak siapa sahaja daripada MIC yang diyakini calon terbaik untuk bertanding di Hulu Selangor pada 25 April ini.

Ayat mudahnya, beliau kena tunduk pada istilah ‘menang-menang’ dalam menentukan siapakah calon yang boleh menjamin kemenangan kepada BN bukannya mengambil kira politik dalaman MIC. Dalam kontek pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, Presiden MIC itu patut sekali sedar dan faham bahawa BN perlu muncul juara selepas tsunami politik Mac 2008 dan BN tewas tujuh daripada sembilan pilihanraya kecil sebelum ini.

Kesediaan Perdana Menteri tetap berpegang kepada semangat setiakawan BN dengan mengekalkan calon pilihanraya kecil itu kepada MIC ketika desakan pemimpin dan ahli-ahli UMNO mahu kerusi itu dikembalikan kepada UMNO adalah sesuatu yang perlu beliau hargai dan dokong tanpa menimbulkan sebarang masalah. Ramai yang hairan bagaimana beliau begitu taksub dengan usahanya untuk memartabatkan kedudukan Datuk G Palanivel selaku Timbalan Presiden MIC tanpa mengambilkira realiti politik semasa di Hulu Selangor.

Soalnya mampukah beliau berharap calon pengganti kerusi presiden MIC itu bertanding di situ selepas empat penggal dipilih pengundi-pengundi Hulu Selangor dan tewas dalam pilihanraya umum lalu. Apa lagi dengan berlegarnya cogankata ‘ MIC boleh…tapi tidak Palanivel ’ yang luas menjalar di Hulu Selangor. Najib pasti sudah mendengar denyut nadi pengundi-pengundi di Hulu Selangor sebelum menyerahkan nama bakal calon kepada timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk buat pengumuman pada hari Khamis 15 April ini.

Boleh kata kebanyakan laporan baik oleh media dan menerusi tinjauan rambang oleh pelbagai pihak yang berkaitan memberi senario yang suram bagi BN jika Palanivel yang menjadi taruhan.
Setback itu dan polimek yang pasti berbangkit dengan sendirinya boleh mempengaruhi mood jentera pilihanraya BN yang menjadi salah satu faktor terpenting dalam menentukan menang kalah dalam pilihanraya kecil yang sengit begini. Selepas teka teki pertama terjawab dengan MIC kekal mewakili kerusi parlimen itu, teka teki kedua mengenai siapa calon hampir terjawab apabila Muhyiddin memberi pembayangnya dengan mengatakan calon BN di Hulu Selangor adalah anak tempatan.

Inilah antara debaran menarik yang ingin diketahui ramai menjelang pengumuman itu kerana Palanivel bukan anak tempatan di kawasan parlimen itu.
Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah apa ceritanya nanti dalam MIC bila nama anak tempatan berkenaan yang tentunya bukan Palanivel diumumkan sebagai calon.
Ini mengenangkan Samy Vellu dikatakan masih belum kendur dari pendiriannya mahu juga anak didiknya itu dinobatkan. Sumber MIC kalangan pimpinan parti itu dikatakan pening kepala dengan gelagat bos mereka itu.

Masalahnya,bukan rahsia lagi dalam MIC jarang ada yang berani berbunyi lawan cakap Samy Vellu sekalipun kebanyakan mereka sedar ground report situasai sebenar di Hulu Selangor yang sudah tidak berselera pada Palanivel. Macam-macam cerita mengenai percaturan politik kedengaran dalam usaha untuk memastikan Palanivel dipilih jadi calon termasuk pada peringkat awal beliau dikatakan sanggup tidak mahu jawatan menteri jika dicalonkan dan menang pada pilihanraya berkenaan. Berdasarkan perkembangan terbaru, beliau dikatakan mungkin dilantik senator bagi membolehkan diberikan jawatan dalam Kabinet jika bersetuju tidak bertanding dan memberi laluan kepada muka baru.

Namun, ada cakap-cakap yang berlegar dalam MIC tidak menolak kemungkinan Palanivel melepaskan jawatan dalam parti kerana merajuk dan kecewa tidak dipilih sebagai calon. Ini bererti beliau memilih membakar jambatan. Disebalik semua ini kalangan pimpinan MIC sendiri dikatakan berpendapat sebenarnya tidak ada yang perlu dirajuk oleh Palanivel jika beliau berpegang kepada semangat team player . Lagipun pengundi-pengundi Hulu Selangor sudah beri signal yang cukup jelas mereka tidak mahukan Palanivel lagi. Jadi apa perlu Samy Vellu dan Palanivel hendak menyulitkan keadaan melawan arus yang silap haribulan boleh meranapkan MIC dan menjejaskan peluang BN untuk bangkit semula di Selangor

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH