tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 18 April 2010

ANWAR BERUSAHA ALIH ISU

PILIHAN raya kecil berlangsung lagi buat kali yang ke-10 dan kali ini di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Dari segi pemilihan calon walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan namun akhirnya semua parti komponen dalam Barisan Nasional kembali berpadu tenaga selepas Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon terbaik.

Namun di pihak pembangkang pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menimbulkan pelbagai kemelut dan retorik.

Pemilihan beliau ini sedikit sebanyak akan membuatkan para pengundi terutamanya pengundi Melayu berfikir dua kali sebelum memilihnya berdasarkan personaliti dan cara pemikirannya. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara bekas Ketua Angkatan Muda PKR, EZAM MOHD NOR. Ujar Ezam bukan rahsia lagi pemilihan Zaid adalah untuk memenuhi perhitungan bagi menyelesaikan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pertuduhan kes liwatnya.

“Zaid yang pernah menjadi menteri dipilih sebagai calon bagi menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini,” kata Ezam.

Selain isu pilihan raya Ezam turut menghuraikan dengan panjang lebar mengenai pertuduhan bahawa kerajaan mempunyai hubungan yang rapat melalui isu Apco yang bagi beliau langsung tidak ada isu. ”Anwar sebenarnya yang harus ditumpukan apabila dikaitkan dengan Israel kerana beliau sememangnya mempunyai pertalian yang rapat dengan orang seperti Paul Wolfowitz ketika menjadi Pengerusi Foundation for Future beberapa tahun lepas.

Kenapa dalam ramai calon lain yang lebih berwibawa Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon?

EZAM: Saya sendiri pun tidak berapa faham kenapa beliau memilih Zaid. Namun saya percaya ia lebih kepada perhitungan untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Anwar memerlukan seseorang yang nampak kredibel untuk dilihat bersama dengan beliau dalam berhadapan dengan pertuduhan kes liwatnya. Zaid adalah seorang peguam dan juga bekas menteri yang pernah menjaga undang-undang. Pada pandangan masyarakat dunia beliau memerlukan orang seperti Zaid yang pernah menjadi menteri untuk menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini. Ini perlu untuk menunjukkan kelangsungan masa depan politik beliau.

Ini menunjukkan sekali lagi pemilihan Zaid bukan dibuat atas keperluan parti atau keperluan rakyat tetapi kerana Zaid adalah yang terbaik untuk dilihat bersama dalam membantu Anwar dalam kesnya nanti. Apa yang menjadi kebimbangan bagi Anwar adalah kes liwat yang dihadapinya. Maka Zaid dilihat bakal membantu memulihkan imej beliau. Saya percaya itu alasan sebenar kerana tidak ada alasan yang lebih munasabah. Jika dibandingkan Zaid dengan Dr. Halili yang merupakan orang tempatan. Lainlah kalau tidak ada calon tempatan tetapi beliau mahukan Zaid menjadi calon. Andai katalah Zaid menang dalam pilihan raya ini pastinya orang yang akan mempertahankan Anwar sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen dalam soal kes liwatnya nanti adalah Zaid. Pastinya gandingan antara Zaid dan Azmin yang memang terkenal sebagai orang kuat Anwar akan menjadi lebih hebat. Sekarang ini Zaid hanya berada di luar dan keupayaannya terbatas. Soal sekarang bukan kerana hendak membantu orang Melayu di Hulu Selangor atau kaum-kaum lain tetapi lebih kepada agenda peribadinya. Saya pun pasti Anwar bukannya suka sangat pada Zaid tetapi beliau melihatnya sebagai orang yang boleh digunakan untuk mempertahankannya nanti dalam kes itu.

Masalahnya ramai orang dalam PKR dan juga Pas tidak suka dengan pemilihan Zaid kerana imejnya yang terlalu liberal. Tidakkah ini menjejaskan peluang mereka sendiri?

EZAM: Bagi Anwar soal parti sendiri atau pun dalam pakatan pembangkang adalah soal nombor dua. Yang menjadi keutamaannya adalah dirinya sendiri. Kita lihat balik dalam ketika berlaku perbalahan antara Zahrain dan Lim Guan Eng jika dilihat pada logik, Zahrain adalah bekas ketua PKR Pulau Pinang yang juga kawan rapat beliau yang sanggup berkorban segala-galanya. Tetapi Anwar tidak langsung membela Zahrain tetapi menyebelahi Guan Eng. Ini kerana dalam berhadapan dengan kes liwatnya, sekutu yang paling diperlukan adalah DAP.

Ini kerana DAP tidak kisah tentang soal moral dan sebab itu Karpal Singh yang menjadi peguam belanya. Cuba bayangkan Anwar menyebelahi Zahrain maka pasti beliau cuba membuat masalah dengan DAP yang kemudian juga melibatkan Karpal Singh sebagai peguamnya. Ini akan menjejaskan kes liwat yang dihadapinya. Maka sekali lagi pertimbangannya bukan kawan atau PKR ataupun orang Melayu kerana Zahrain perjuangkan orang Melayu tetapi yang sekutu yang mampu membelanya dalam berhadapan kes liwatnya nanti. Maka kita boleh lihat pemimpin seperti Anwar yang lebih memfokus kepada masalah peribadinya dan bukan soal rakyat, orang Melayu, dan perkara-perkara lain yang lebih penting. Yang menimbulkan masalah lebih besar ialah beliau turut mengheret rakyat bersama dalam kesnya.

Apa isu yang dijangka dimainkan oleh pembangkang dalam pilihan raya di Hulu Selangor?

EZAM: Tidak ada isu besar pun. Tapi kita harus ingat tentang kebolehan Anwar kerana seperti biasa dia akan terbalikkan isu dan selama beberapa hari ini kita lihat beliau telah melakukannya dengan membawa isu Apco, rasuah dalam UMNO dengan mengatakan mereka pro kepada ahli perniagaan Cina seperti Lim Goh Tong dan Vincent Tan. Dalam bab mengaburi memang Anwar pandai melakukannya maka BN perlu membuat penjelasan. Namun BN perlu ingat apa saja isu yang cuba dibangkitkan Anwar dalam pilihan raya ini adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu Anwar cuba mengheret rakyat dalam menyelesaikan masalah peribadinya. Namun saya percaya dengan jentera penerangan yang lebih berkesan dan semangat anggota parti dalam BN yang bersungguh-sungguh BN dapat menawan kembali Hulu Selangor.

Seharusnya penduduk di Hulu Selangor sudah mendapat mesej ini kerana pilihan raya kali ini berlaku selepas PKR dilanda badai yang teruk akibat ramai anggota Parlimen mereka keluar. Saya lihat mereka sudah semakin jelas kerana satu demi satu tembelang pakatan pembangkang terbongkar. Jika dahulu hanya saya seorang yang membongkar perihal Anwar dan PKR tapi sekarang semakin ramai yang terlibat. Ahli Parlimen sahaja sudah berapa orang yang mendedahkan masalah PKR dan Anwar, belum Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri. Maka rakyat seharusnya lebih jelas dengan apa yang telah berlaku.

Apa yang perlu dilakukan supaya pengundi di Hulu Selangor dapat mesej ini?

EZAM: Bagi saya pilihan raya ini merupakan satu tempoh bagi para pengundi membuat pilihan yang tepat. Ini kerana setelah setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri nampak jelas arah beliau mahu membawa negara ke arah masa depan. Jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya membawa masalah peribadinya untuk dihidangkan kepada rakyat. Ini perbezaan jelas di antara BN dan pakatan pembangkang. Ditambah dengan masalah yang semakin jelas berbanding dahulu bilamana semakin ramai Ahli Parlimen mereka keluar parti dan menjadi ahli Bebas. Mereka ini bukan calang-calang orang, Datuk Seri Zahrain merupakan kawan baik Anwar selama 30 tahun, Zulkifli Nordin menjadi peguam beliau selama tujuh tahun. Mungkin orang sudah lupa seorang peguam Anwar, Zainur Zakaria yang pernah membela beliau telah meninggalkannya.

Mereka semua adalah orang yang kredibel dan semua meninggalkan Anwar. Jadi apa yang telah berlaku menampakkan siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar adalah seorang yang gemar mengheret rakyat untuk bersama dalam dua masalah iaitu pertama masalah nafsu peribadinya dan kedua masalah cita-cita peribadinya. Beliau bukan seorang pejuang sebenar, semua yang dilakukan adalah kerana kehendak peribadi dan beliau berharap supaya rakyat dapat menyelamatkan dirinya. Jadi slogan yang dibawa oleh Anwar iaitu Selamatkan Malaysia tidak betul yang sebenarnya ialah selamatkan Anwar.

Kenapa tiba-tiba Anwar memainkan isu Apco?

EZAM: Kita tahu isu Apco ini timbul kerana dia cuba mendapatkan balik undi orang Melayu serta membetulkan balik persepsi orang Melayu terhadap dirinya. Justeru beliau menyerang kerajaan tentang hubungan antara Apco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel. Ini semata-mata untuk memainkan isu supaya orang Melayu kembali mempercayainya. Padahal kerajaan bersikap telus dalam soal ini. Maknanya tidak ada yang sulit dan ia bukan sesuatu yang bermotif jahat. Kerajaan telah melantik Apco melalui proses yang biasa seperti syarikat lain dan kaitannya dengan Israel kita masih belum jelas.

Itu yang menjadi isu sebenar apatah lagi jika orang yang terlibat itu adalah seorang pemimpin. Sebab itu saya mahu bertanya apakah Anwar pernah menghebahkan hubungannya dengan Rupert Murdoch seorang Yahudi yang menguasai agensi media Fox News yang sangat antikan Islam. Anwar berhubung dengan Murdoch sejak dari awal pemecatannya melalui Wan Azizah dan Azmin Ali. Apakah beliau pernah hebahkan kepada umum malah Anwar tidak pernah cakap perkara ini kepada partinya sendiri. Itu adalah sesuatu yang layak dipersoalkan kerana ini hubungan peribadi dan secara terus dengan Israel bukan seperti Apco yang hanya melibatkan perniagaan. Perdana Menteri tidak terlibat dalam keputusan memilih Apco dan ia dilakukan secara telus bukan seperti Anwar. Begitu juga hubungan Anwar, Wan Azizah dan Azmin dengan Georga Soros pada tahun 2002 tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat parti. Saya tidak hairan kalau selepas ini Anwar akan menafikan semua perkara ini. Selain itu kita boleh lihat bagaimana rapatnya hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz.

Maksudnya Anwar cuba mengalihkan isu dengan mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dalam isu Apco?

EZAM: Itulah yang cuba dilakukannya. Jika kita lihat hubungan kerajaan dalam soal Apco dan hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz adalah satu perkara yang jauh berbeza. Wolwofitz adalah arkitek yang menjahanamkan Iraq ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan salah satu sebab AS menyerang Iraq adalah untuk menjaga kepentingan Israel. Ini adalah satu fakta yang sah. Jika kita lihat balik ada tiga sebab kenapa AS mahu menjahanamkan Iraq, pertama kerana sumber minyak yang banyak di Iraq. Kedua, sumber air yang paling banyak di Tanah Arab terletak di Iraq. Jadi Israel perlu menyerang Iraq untuk menjamin sumber air mereka dan ketiga adalah kerana pertubuhan saintis yang paling hebat dan ramai di negara Arab adalah di Iraq. Semua ini dimusnahkan dan dibunuh kerana ia menjadi ancaman kepada Israel.

Maka Wolfowitz merupakan arkitek yang merancang dan melakukan tindakan yang membuat ribuan nyawa penduduk Iraq terbunuh atas kepentingan Israel. Lebih menakutkan Anwar pula menjalin hubungan yang rapat dengan Wolfowitz dan lebih dari sekadar peribadi. Saya sendiri menjadi saksi bahawa Wolfowitz sendiri melawat Anwar ketika beliau dirawat di Munich, Jerman selepas dikeluarkan dari penjara. Siap ada gambar yang satu dunia sudah tahu, malah beliau membuat kenyataan bahawa Wolfowitz adalah kawan baiknya. Malah mereka juga mempunyai hubungan rasmi dengan menubuhkan Foundation for Future yang mana Anwar adalah pengerusinya. Yayasan ini dibentuk oleh AS dengan dana yang diusahakan oleh Wolfowitz untuk menjaga kepentingan dan hegemoni AS di Tanah Arab. Itulah matlamat penubuhan Foundation for Future.

Selepas Anwar dilantik menjadi pengerusi di yayasan tersebut beliau telah menjadi tali barut kepada Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya yang juga seorang Islam bernama Shaha Ali Riza untuk bekerja di yayasan tersebut bagi menyelamatkan Wolfowitz dari diambil tindakan kerana masalah yang timbul akibat skandalnya itu.

Malah Anwar adalah orang yang bertanggungjawab menandatangani surat tersebut yang dikeluarkan pada satu Oktober 2006. Berita itu turut dikeluarkan dalam akhbar Washington Post. Jika Anwar hendak menafikan terpulanglah tetapi akhbar itu sudah menunjukkan bukti penglibatan Anwar sebagai tali barut Wolfowitz. Jika sebuah akhbar di AS telah menunjukkan penglibatan Anwar dalam hal ini kenapa saya hendak dituduh sebagai penipu. Akhbar Washington Post bukan suratkhabar UMNO pun. Saya mahu memberi penjelasan di sini Anwar menjadi tali barut untuk Wolfowitz kerana Shaha Ali Riza adalah orang paling rapat dengan Wolfowitz memandangkan dia adalah teman wanitanya. Jelaslah di sini jika dibuat perbandingan antara isu Apco dengan Anwar yang menjadi tali barut Wolfowitz adalah jauh berbeza. Hubungan Anwar dan Wolfowitz akhirnya adalah untuk kepentingan Israel, dan ini adalah sangat jelas. Hubungan kerajaan dengan Apco bukan untuk kepentingan Israel tetapi untuk kepentingan Malaysia, tidak ada kena mengena dengan Israel hanya merupakan sebuah perjanjian perniagaan. Ini menunjukkan sebenarnya tidak ada isu pun tentang Apco ini tetapi hanya diperbesarkan oleh Anwar untuk kepentingannya semata-mata dan juga memburukkan kerajaan.

Ini sebenarnya isu yang perlu diberi perhatian dimana betapa hebatnya orang Melayu berjaya membuat hubungan dengan orang Yahudi. Itulah kebolehan beliau yang cuba memusing fakta seolah-olah kerajaan pula yang salah kerana ada kaitan dengan Israel melalui Apco. Padahal Anwar yang mempunyai seorang sahabat baik dengan seorang Yahudi sehingga sanggup menjadi tali barutnya. Malah orang Yahudi ini pula menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan AS yang bertanggungjawab menjadi arkitek kepada kemusnahan dan kehancuran sebuah negara Islam Iraq hanya untuk memenuhi kepentingan Israel.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH