tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 24 April 2011

ADA PIHAK CUBA LAGAKAN UMNO DAN CINA


Beberapa pemimpin dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah dilihat cuba melaga-lagakan kaum Cina dengan Umno dan mewujudkan perpecahan antara kaum, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Tanpa menamakan pemimpin itu, beliau berkata, mereka cuba mempengaruhi kaum Cina supaya membenci UMNO dengan mengutarakan kritikan pedas terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang menerajui UMNO Negeri.Mereka nampak seperti hendak menghancurkan UMNO, mereka sangka yang Ketua Menteri bertindak sendiri dalam setiap keputusan yang diambil. Kritikan mereka sudah sampai ke tahap melukakan UMNO, ini berbahaya," katanya selepas melepaskan peserta Larian yang bertemakan "1Putatan 1Malaysia" di sini, hari ini.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, berkata perbuatan mengkritik pemimpin sendiri amat luar biasa, dan tidak seharusnya sebuah parti komponen BN berbuat demikian

ORANG RAMAI DAH TAK SABAR NAK KETAHUI SIAPA SEBENARNYA PELAKON SEX ANWAR

INI LAH PEROSAK BANGSA

Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis dengan 1,000 belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, Sabtu.

Program itu merupakan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), MIC, Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan untuk Masyarakat India bawah Jabatan Perdana Menteri, dan pertubuhan bukan kerajaan India -- Persatuan Silambam, Hindu Youth Organisation dan Bell Club.

Rabu lepas, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lepas tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

Sabtu, 23 April 2011

BAPAK JUBUR BERLAKON LAGI DENGAN TAJUK SAKIT BELAKANG

INI LAH PEROSAK BANGSA

Ramai yang telefon Kawan pagi Jumaat dok gebang bila dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim batal lawatan dua hari ke Pulau Pinang.Ikut ceritanya alasan kononnya sakit belakangnya berulang.

Bukan apa...depa dok garu kepala hairan sebab nampak Pak Sheikh bukan main ligat lagi kempen di Sarawak baru-baru ini.

“Masa dia marah wartawan TV3 dalam sidang akhbar di Kuching , tak nampak pulak muka orang sakit belakang,” sindir salah seorang dari mereka.
Dia merujuk kejadian Anwar hilang sabar bila wartawan wanita tu yang berulang kali tanya mengenai jam Omega yang dikaitkan dengan kes video seks.

Menurut kawan itu lagi, Anwar bukan saja kempen sakan di Sarawak. Dia cabut ke pada hari pilihanraya negeri Sarawak berlangsung.

“Masa di London, Anwar tweet bukan main happy lagi, tengok bola di stadium Emirates milik pasukan Arsenal,”

“Masa itu tak ada pulak cerita sakit belakang,” kata kawan tu.

Lepas tu ke Osaka,Jepun.

Balik saja Malaysia tiba-tiba terus sakit belakang. Ada kawan-kawan yang dakwa depa cukup master dengan ‘gelagat’ Anwar kata dia tu sakit bila mula rasa ‘goyang’.

Ada juga teori yang berlegar dikalangan kawan-kawan repoter bahawa Anwar tidak mahu menghadiri program di Pulau Pinang sebab nak elak kena ulas mengenai laporan di Berita Harian pasal dia.

Ikut laporan itu analisis biometrik yang dibuat oleh sebuah syarikat penyiaran Korea Selatan lelaki dalam video seks itu sepadan dengan Anwar Ibrahim.

Analisis yang dibuat berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar dalam rekod polis dengan lelaki dalam video seks tu.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer).

Petang Jumaat Kawan baca kenyataan dikeluarkan oleh PKR balon akhbar Berita Harian kerana siar cerita tu.

Parti tu juga pertikai kredibiliti analisis yang dibuat oleh syarikat tu kerana dakwa mesti dah kowteam dengan polis Malaysia.

Dalam bab ni Kawan malas nak komen sebab dah boleh agak kalau analisis itu dibuat oleh agensi perisikan terkenal dunia seperti FBI,KGB,Scotland Yard,CIA atau mungkin Bangsa-Bangsa Bersatu sekalipun depa akan nafi dan pertikai.

Esok ni kalaulah DNA pada jam Omega kata menang sah DNA Anwar pun depa kata temberang.

Esok lagi kalau Datuk Eskay (Datuk Trio) tunjuk SMS Anwar minta simpan jam Omega tu pun depa boleh tuduh SMS tu palsu.

Esok dan esok lagi kalau pelacur China yang dikatakan pelajar sebuah IPT swasta di Malaysia tunjuk pasangannya dalam video seks tu Anwar pun depa akan kata dia diupah.

Esok dan esok lagi dan esok lagi dan esok lagi kalaulah 900 orang dari 1,000 orang yang tengok video seks penuh kata cukup yakin itu Anwar sekalipun depa akan kata semua orang tu kelabu mata.

Sebab tu ada seorang kawan yang telefon masa dengan cerita saki belakang Anwar berulang langsung tak terkejut.Kawan yang mulut lazer ni kata ini babak baru ‘Drama King’.

Cuma dia harap janganlah nanti sampai ‘tuan direktor’ minta Anwar berpapah naik tangga bila ke mahkamah Isnin nanti sudahlah.

Mana mungkin orang yang sakit belakang ‘hayun’ China Doll tu.Tak gitu.

UMNO TAK KISAH APA PAS KATA PADA UMNO YANG PENTING BAGI UMNO ADALAH PENYATUAN MELAYU



Bermacam macam kata nista yang Pas lontarkan pada pemimpin Umno sejak dari dulu lagi.Tapi semua itu tidak melemahkan semangat pemimpin Umno untuk bersama dengan Pas bagi penyatuan orang melayu.Bagi Umno yang penting dan utama adalah keinsafan pada pemimpin Pas untuk sama sama dengan Umno bagi memperkukuhkan bangsa melayu itu sendiri.Itulah yang paling utama dan bagi Umno pemimpin tidak penting dan pemimpin akan pergi dan datang tapi bangsa melayu itu akan terus kekal selagi ianya terus di jaga dan bersatu.

Kerana itulah UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.

“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.

“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.

Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.

“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam

Jumaat, 22 April 2011

ASYIK CINA CINA CINA CINA CINA

INI LAH PEROSAK BANGSA

Sejak akhir akhir ini asyik dengan kisah cerita kaum cina sahaja.Sejak keputusan pilihanraya Sarawak dimana kaum cina tidak menyokong BN bermacam macam cerita yang kita dengar.Ada yang kata orang cina tak kenang budi bila sudah di beri status kewargenegaraan Malaysia,ada yang kata bermacam macam lagi yang sudah tentu menyakitkan hati orang melayu mendengarnya.Sebaik sahaja selesai pilihanraya Sarawak TPM telah mengadakan lawatan kenegeri Cina.

Tidak terkecuali juga kisah yang paling top dalam politik negara bila video Anwar bersama wanita dari Cina telah di bongkar.Hari hari juga kita dengar berita penangkapan gadis gadis GRO dari negara cina dan kisah ini sudah tentu membuatkan kita terfikir bahawa memang negara kita Malaysia ini adalah syurga bagi orang cina untuk mencari kekayaan.Terbukti apa yang saya katakan tadi dimana orang orang cina menguasai ekonomi di negara ini.Kita tengok sahaja dimana mana sahaja semuanya di kuasai oleh orang cina.Cuba kita perhatikan di kebanyakan tempat ada ke orang melayu atau bangsa lain buka berbagai jenis kedai.Kalau orang melayu dan bangsa lain yang banyak kita lihat hanya kedai makan/restoran sahaja.

Banyak lagi cerita yang kita dengar tapi cukup la setakat ini kerana pada minggu depan PM cina akan Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan membuat lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 27 April ini bagi mengukuhkan perhubungan dua hala serta memeterai perjanjian mengenai ekonomi, pendidikan dan keselamatan.

Duta China ke Malaysia, Chai Xi, berkata lawatan itu adalah atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ini adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia sejak 2005 dan merekodkan satu lagi kunjungan timbal balik penting peringkat tertinggi sejak lawatan negara Presiden Hu Jiantao ke Malaysia dan kunjungan Najib ke China pada 2009, juga lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke China," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Chai berkata, semasa lawatan ini, Wen dijadual mengadakan perbincangan rasmi dengan Najib berkaitan hubungan dua hala serta isu serantau dan dunia yang penting bagi China dan Malaysia.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu juga dijadual menghadiri Forum Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi China-Malaysia serta menyaksikan majlis menandatangani beberapa dokumen kerjasama.

"Perdana Menteri Wen juga akan melawat Universiti Malaya dan berinteraksi dengan tenaga pengajar serta pelajar," katanya.

Chai berkata, sejak kedua-dua negara membangunkan hubungan kerjasama strategik pada 2004, pertukaran timbal balik peringkat tertinggi semakin berkembang, kesefahaman politik semakin mendalam, manakala kerjasama ekonomi dan perdagangan semakin membuahkan hasil.
Katanya, berdasarkan kepada pencapaian itu, lawatan Wen ke Malaysia akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan tradisional dan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.

"Kami yakin sepenuhnya dengan usaha bersama kedua-dua pihak, lawatan ini akan berjaya dalam semua perkara dan membawa kerjasama strategik China-Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya

ANWAR HARUS INGAT PAS TIDAK AKAN TERUS MEMBONTOTNYA..KENYATAAN TERBARU PEMIMPIN PAS

SAMA TAK?

Bukan sahaja orang luar tetapi ramai pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sendiri sedar bertapa mereka tertipu dengan Pelan 16 September dendangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kerana sudah terlanjur berpakat untuk tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, PAS terus ikut telunjuk dan akur dalam pembangkang bersama PKR dan DAP.

Malah, dalam sesetengah kes yang turut menimbulkan keraguan pemimpin serta ahli, PAS kerap juga mempertahankan Ketua Pembangkang itu termasuk dalam kes dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan video seks lelaki menyerupai Anwar.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyelamatkan Anwar dalam satu sidang media apabila bekas timbalan perdana menteri itu ditanya sama ada berani bersumpah bahawa lelaki dalam video yang melanggan pelacur China itu bukan dirinya.

Hadi memberi alasan perkara itu bukan kes mahkamah Syariah malah menyifatkan pendedahan video itu bertujuan menyekat politik Anwar.

Namun, jika Ketua Umum PKR itu ingatkan sokongan PAS selama-lamanya terhadap beliau, Anwar kena ingat apa Setiausaha Agung PAS cakap dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di ibu negara, pagi Jumaat.


Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.

Beliau ditanya jika siasatan itu mendedahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar, apakah PAS akan mengkaji kedudukan parti itu dalam pembangkang.

“Saya tak mahu jawab soalan andaian. Sehingga real macam tu, baru kita boleh buat keputusan macam itu,”

“(Jika) Penyiasatan selesai dan putuskan macam ini kedudukan, kita tengoklah macam mana. Siasatan belum ada lagi keputusannya,” katanya.

Diminta pandangannya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainol supaya Anwar bersumpah muhabalah bagi membersihkan imejnya dalam isu video tersebut, Mustapha menjelaskan PAS sudah membuat keputusan sebaik sahaja kes itu dilaporkan.

“Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya.

PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan.

“Orang yang laku (seks) segi moral saja, undang-undang negara tak ada salah dan tidak boleh ambil tindakan,” ujarnya.

Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam.

Kenyataan Mustapha ini tidak boleh Anwar pamndang sebelah mata kerana tanpa sokongan PAS, ramai pemerhati politik perjuangan beliau dan PKR untuk menawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

PKR dan DAP sahaja tidak cukup kuat untuk ,menjatuhkan Barisan Nasional jika PAS buat keputusan keluar pakatan pembangkang.

Lagipun, ada pemimpin PAS tidak senang hati kerana jentera parti itu diperalat dalam pilihan raya kecil jika PKR dan DAP bertanding.

Bahkan ramai merungut kerana layanan tidak adil diterima parti itu terutama hanya diberikan lima kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Ada pemimpin PAS kecewa hingga sekarang kerana Anwar awal-awal lagi sebagai panglima perang tetapi cabut meninggalkan gelanggang sehari sebelum tarikh pengundian pada 16 April lalu.

Senang cakap, PAS sudah macam cacing kepanasan dalam pembangkang tetapi kerana memegang janji-janji untuk bersatu menentang kerajaan, PAS kini dilihat hampir hilang arah perjuang dan tindakan keluar dari pakatan adalah jalan terbaik buat parti itu

ANWAR MASIH LAGI KEHULU HILIR...

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

Memang seronok kalau dapat jadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bukan senang orang nak boleh buat ‘muka sardin’ ketika berdepan serentak dengan dua kes moral yang kritikal.

Juga bukan senang ada orang yang sanggup berdiri keliling mengambil risiko tebalkan muka untuk mempertahankannya pada waktu begini.

Namun ada yang tidak hairan dengan gelagat seumpama itu kerana menilai wajah-wajah itu sudah mengganggapnya sebagai satu-satunya ‘talian hayat’ untuk mereka bermain dengan impian hendak melangkah ke Putrajaya.

Makanya ayat ‘konspirasi’ sentiasa dibibir mereka jika ada saja hal yang boleh mengugat nama baik orang harapannya mereka itu – tanpa mahu mempedulikan dan membuka diri ia disiasat dulu samaada ia betul atau tidak.

Anwar dengan senang hati boleh bersiul seperti cabut ke luar negara pada hari pilihanraya negeri Sarawak – atas tiket untuk hadir seminar segala macam – meninggalkan anak-anak buahnya terkontang kanting menanggung kekalahan.

Untuk rekod Ketua Umum PKR itu ialah Ketua Pembangkang yang paling ‘ seminit sekejap’ ke luar negara mengalahkan kesibukan Perdana Menteri dan timbalannya.

Lim Kit Siang pernah jadi Ketua Pembangkang di Parlimen,begitu juga Datuk Seri Haji Hadi Awang.Namun boleh check rekod berapa kali mereka ke luar negara dalam tempoh pegang jawatan.

Siapa tahu nanti salah seorang trio ‘Datuk T’yakni Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang mendakwa dirinya pernah menjadi ‘ tukang atur segalanya’ sepanjang Anwar ke Thailand dua tahun lalu boleh cerita sedikit sebanyak tentang ‘kesibukan’orang yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri ini.

Sebelum bekas Konsul Thailand ke Malaysia itu buka cerita selanjutnya tentang itu yang didakwanya cukup sensasi ...seluruh rakyat negara ini masih terus ternanti-nanti kesudahan kes video seks yang aktornya sudah diiktiraf menyerupai Anwar.

Kes itu dilihat oleh orang kebanyakan sebagai straightforward kerana adanya bahan bukti dakwaan yakni klip video aksi seks selama 22 minit.

Namun kes itu sudah menjadi semacam bersimpang siur dengan berbagai ‘ bom asap’ yang diletupkan oleh mereka yang bergantung harap pada Anwar agar orangramai lari fokus.

Ini lebih-lebih lagi dengan jerit pekik mereka agar polis bertindak menghukum Datuk T yang menayangkan video itu ...dari nak tahu kebenaran siapa sebenar lelaki dalam video itu.

Ada yang geram melihat gelagat puak-puak ini kata sepatutnya awal-awal lagi Datuk Trio sebarkan saja seluruh video itu agar orangramai dapat menjadi hakim betulkah itu Anwar atau tidak.

Kes video Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selesai dengan sekelip mata bila beliau mengaku ,” it’s me”.

Namun siapa tahu mungkin Datuk T mempunyai pertimbangan sendiri termasuk mahu ia disiasat secara rasmi oleh sebuah Suruhanujaya Diraja agar kebenaran yang muncul tidak boleh dipertikaikan.

Lagipun kalau tidak kena gayanya siasatanya ,Anwar boleh main wayang senang-senang kata, “ it look like me,it sound like me...but it’s not me..”

Ada yang kata dengan mindset yang berjaya Anwar bina selama ini agar orang tidak percaya apa saja berita buruk mengenai dirinya...beliau masih boleh ‘ membeli waktu’.

Dalam pada itu bagi orang yang berdepan dengan dua kes moral yang boleh meranapkan dirinya Anwar sudah masuk kategori orang yang nothing to lose.

Kata orang untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

Apa lagi kalau orang tetap percaya padanya sekalipun misalnya ia kelak dibuktikan secara sahih lelaki dalam video itu adalah Anwar.Itu sudah kira satu ‘anugerah Tuhan’.

Sebab itu Anwar dan puak-puak yang bergantung harap padanya boleh buat pekak sekalipun trio Datuk T sudah menegaskan kesediaan mereka bersumpah laknat depan Kaabah...untuk membuktikan dakwaan mereka benar.

Semua orang tahu bala yang dikatakan akan menimpa jika permainkan sumpah seumpama itu.

Lojiknya bagi orang kebanyakan – kalau Anwar berani kerana benar beliau pun sepatutnya menyatakan kesanggupan bersumpah.

Namun seperti dalam kes Saiful Bukhari Azlan sendiri Anwar sudah berselindung di sebalik fatwa yang mengatakan beliau tidak perlu melakukannya.

Maka timbullah soal memfailkan Qazaf di Mahkamah Syariah yang antaranya untuk menuntut empat saksi bagi mengesahkan dakwaan.

Sedangkan satu dunia tahu tidak ada satu pun kes rogol dan sewaktu dengannya dapat diselesaikan di mahkamah jika orang yang didakwa berlindung pada keperluan itu sebagai faktor penentu.

Selain dari bukti video itu sendiri, bagaimana dengan jam Omega,DNA pada jam itu,keterangan saksi,CCTV keluar masuk tempat kejadian,kesan-kesan peribadi di tempat kejadian dan sebagainya lagi.

Apapun kes ini menjadi semakin hangat kerana mengikut laporan akhbar Berita Harian Khamis yang memetik sumber berkata analisis biometrik yang dibuat oleh polis di Korea Selatan menunjukkan lelaki dalam video itu sepadan dengannya.

Sudah itu,pasangan aksi seks itu,seorang pelajar pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta sudah ditemui dan diambil keterangan.

Usaha PKR menggangap ia agenda jahat UMNO menerusi Berita Harian mungkin menjadi penglipur lara saja bila satu per satu mengenai kes itu terbongkar nanti (jika betul ia Anwar)

Ini belum lagi kisah rentetan bagaimana Anwar (jika betul) dan Eskay keluar malam 21 Februari menuju ke lokasi ataupun mungkin kisah-kisah ‘ aktiviti’ seumpama itu sebelumnya di Kuala Lumpur.

Kisah tentang ‘kesibukan’ di Thailand sepanjang Eskay dakwa beliau tukang ambil Anwar di lapangan terbang setiap kali sampai,sewa bilik dan bayar bil bilik sepanjang dua tahun lampau pasti mengasyikan jika benar.

Sehingga waktu itu tiba Anwar masih boleh berdondang sayang dan terus menghantar twitter seperti hari Khamis yang memetik laporan media rasmi PKR yakni Keadilan Daily berbunyi: Blog: Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang Tolak Video Fitnah, Nasihat Orang Ramai

KELUAR PAS KERANA TAK SANGGUP LIHAT PAS BERSEKUTU DENGAN DAP DAN PKR



Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.

"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya.

"Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.

Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

"Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.

"Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.

Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.

"Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.

"Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.

"Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya

Khamis, 21 April 2011

KENAPA WAN AZIZAH DAN ANWAR SERTA YANG LAIN MEMBISU BERHUBUNG CERITA TERBARU DIMANA PELAKON DENGAN ANWAR SEPADAN????

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR
Kenapa Wan Azizah terdiam tak terkata.Apakah Wan Azizah sudah tahu dimana sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis. Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Kenapa Wan Azizah tidak mengulas atau mengadakan sidang akhbar untuk mempertahankan Anwar sebagaimana Wan Azizah adakan sidang akhbar untuk pertahankan Anwar tempohari.Mungkin Wan Azizah sudah terima kenyataan yang Anwar adalah pelakon sebenar dalam klip video itu.Bukan Wan Azizzah sahaja yang membisu tapi mana perginya Puak2 Pas yang selama ini mempertahankan Anwar dengan begitu teguh sekali.Mungkin Pas juga sudah mula menerima kenyataan yang ketua mereka di parlimen ini adalah seorang pelakon yang hebat.Kerana itulah sudah ada suara di kalangan pemimpin Pas sendiri mahu perkara ini di selesaikan dengan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi merungkai kemelut sex yang melibatkan ketua mereka di parlimen itu.

Yang menghairankan kenapa Anwar menghilangkan diri semasa kes video sex ini menuju ke penghujungnya.Apakah Anwar sudah tahu keputusan ini??Walaupun pihak polis mengesahkan bahawa tentang isu jam omega itu terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, dipercayai milik Anwar yang ditemui dalam bilik video berkenaan dirakam, tetapi setakat ini ia dikesan dibeli di Taiwan pada tahun 2004.Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar untuk polis mengenal pasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu.

Apakah jam omega itu adalah jam omega yang banyak terdapat di Petaling Street.KITA TUNGGU APA ULASAN WAN AZIZAH BERKENAAN ISU TERBARU INI.APAKAH WAN AZIZAH AKAN TERUS PERTAHANKAN WALAUPUN PAKAR PAKAR SUDAH MEMBUKTIKAN YANG PELAKON VIDEO SEX ADALAH SAMA DENGAN DIRI ANWAR....APA AKAN TERJADI SEANDAINYA WAN AZIZAH MENGAKU ANWAR ADALAH PELAKON SEBENAR VIDEO ITU.......JAWAB LA SENDIRIIII.....

LAGI AHLI PARLIMEN DI DAKWA MILIKI BAHAN LUCAH

INI LAH PEROSAK BANGSA

Makin ramai di kalangan ahli parlimen tak kira di negara mana ada sahaja yang gilakan sex yang membabitkan kanak kanak.Kalau di negara kita ada yang melanggan pelacur bagi memuaskan nafsu. Seorang ahli politik dari Selatan Australia didakwa atas empat pertuduhan kesalahan memiliki bahan lucah yang membabitkan kanak-kanak, kata polis negara itu, hari ini.Bagaimanapun, identiti ahli Parlimen dari parti Buruh Australia itu tidak didedahkan susulan sekatan automatik di wilayah itu.Bahan lucah yang disimpan di dalam komputer milik ahli Parlimen itu dan bahan bukti lain turut dirampas di kediamannya.
Dia didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah yang memaparkan kanak-kanak, tambahan satu lagi pertuduhan yang sama dan dua pertuduhan mengakses bahan lucah kanak-kanak.

DAP TERSALAH TEMBAK

Sewaktu kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR tidak lama dulu meluluskan RM15 juta dalam Bajet 2010 untuk ‘ perang’ maklumat dengan Barisan Nasional tidak ada langsung pembangkang yang berbunyi kata ia satu pembaziran wang rakyat.

Sebaliknya ketika pengumuman mengenai projek E-mel 1Malaysia pembangkang khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sudah melompat tinggi langit menjerit dakwa ia membazir dan nak dijadikan alat oleh kerajaan untuk kepentingannya.

Sedangkan pembangkang nyata salah tembak.Tidak ada langsung wang rakyat digunakan seperti dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Sewaktu ditanya wartawan mengenai kontroversi cuba dibangkitkan pembangkang mengenai projek e-mel 1Malaysia,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan Selasa adalah inisiatif sepenuh sektor swasta dan tidak membabitkan sektor awam.


"(Penyertaan) secara sukarela dan jika tidak mahu (turut) serta jangan sertai," katanya dalam siding akhbar selepas melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Kompleks Sukan negeri Perak di Ipoh Rabu.


Beliau menjelaskan bahawa projek itu telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau PEMANDU dan diumumkan sebagai salah satu projek daripada tujuh projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Di bawah inisiatif berkenaan, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik.

Semasa mengumumkannya, Najib berkata insiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan juga meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.


Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, akaun e-emel bagi semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan juga pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warganegara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.


Pengumuman projek berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi negatif dan tidak puas hati pelbagai pihak terutama daripada pemimpin pembangkang yang mempertikai kedudukan syarikat berkenaan dan juga penggunaan dana kerajaan.


PEMANDU juga pada Selasa telah memberi penjelasan bahawa kerajaan tidak membiayai projek akaun e-mel 1 Malaysia dan ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat.


"Alamat e-mel 1Malaysia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1Malaysia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan," kata PEMANDU

SAH..PELAKON SEX SEPADAN DENGAN ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR
Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis. Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Difahamkan antara kaedah yang di gunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui proses biometrik.Selain itu polis juga sudah mengenal pasti lokasi rakaman berkenaan iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibu kota dan polis juga akan menyiasat wanita warga asing yang di percayai warga asing.Pihak polis hanya akan menyiasat samaada pelakon berkenaan adalah Anwar

Rabu, 20 April 2011

ANWAR MEMANG KAKI PUTAR BELIT..

INI LAH PEROSAK BANGSA

ANWAR MEMANG LICIK,SAMPAI AZIZAH PUN TAK TAHU MENAHU

INI LAH PEROSAK BANGSA
Anwar bukan sahaja bijak dalam berpolitik tapi lebih dari itu cukup bijak untuk menutup segala pekong busuknya dari pengetahuan isterinya Wan azizah.Tentang jam tangan omega yang di katakan hilang itu ada kemungkinan Anwar sudah membelikan yang baru dan untuk menutup segala kemungkinan yang telah terbongkar dan sebelum cerita video sex ini terbongkar Anwar sudah memberikan Jam baru yang di belinya pada Wan Azizzah bagi menutup pekongnya dari pengetahuan Azizah.Kerana itulah Wan Azizzah mempertahankan jam tangan Anwar itu ada pada nya sedangkan jam yang lama sudah tiada pada Anwar.

Kenapa tiba tiba sahaja Anwar menghilangkan diri dimasa siasatan video sex nya baru selesai.Apakah Anwar pergi berjumpa dengan pengedar jam omega berkenaan supaya tidak membocorkan idenditi siapa pemilik jam omega yang sudah ada di tangan polis ituAnwar bukan bodoh.Anwar boleh lakukan semuanya kerana Anwar memang ramai kawan.Jadi tidak mustahil pihak polis tidak mendapat no siri pemilik jam omega tersebut.

Kemana Anwar pergi sejak lepas pilihanraya Sarawak yang baru lalu??Anwar berjanji yang beliau akan mengulas apa yang di perkatakan oleh RPK.Anwar menjelaskan bahawa tindakannya untuk tidak menjawab dakwaan bekas teman rapatnya itu bukannya untuk mengelak, tetapi perkara itu boleh dibincang pada Ahad ini selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Ini adalah untuk tidak membenarkan sesiapa mengalihkan pandangan, sekarang ini menumpukan perhatian kepada pilihan raya, biar rakyat membuat pilihan.Sudah beberapa hari sepertimana yang di janjikan oleh Anwar tiada langsung apa apa kenyataan dari Anwar untuk menangkis apa yang telah di nyatakan oleh Raja Petra Kamaruddin.Apakah Anwar takut untuk menghadapi Rakyat yang mungkin di ketahui oleh Anwar yang parti PKR akan di tolak oleh rakyat Sarawak.Kerana itulah sebelum keputusan PRUS di umumkan Anwar sudah angkat kaki dari Sarawak.

Kita sebenarnya rasa simpati pada Wan Azizah yang di permainkan oleh Anwar dan sebagai seorang Isteri adalah wajar Wan Azizah pertahankan Anwar walaupun Wan Azizah sebenarnya tahu yang pelakon dalam video sex itu adalah wajah Anwar.Mungkin kerana itulah Anwar tak berani nak balik rumah takut di kerjakan oleh Wan Azizah.

KITA TUNGGU SAHAJA KEMUNCULAN ANWAR NANTI KERANA DALAM WAKTU TERDEKAT INI SIAPA PEMILIK SEBENAR JAM OMEGA ITU AKAN DI KETAHUI DAN INI ADA KEMUNGKINAN KENAPA ANWAR MENGHILANGKAN DIRI....

POLIS KUMPUL BUKTI

rpk440xx

Polis akan mengumpul dan meneliti kesemua keterangan daripada individu yang didakwa mendesak Raja Petra Kamaruddin (RPK) supaya membuat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata tindakan polis itu adalah untuk menentukan kesahihan pendedahan RPK yang mendakwa beliau didesak oleh beberapa individu untuk membuat akuan bersumpah berkenaan. "Buat masa ini, polis masih lagi dalam proses mengumpul keterangan daripada beberapa individu dan sedang menyiasat keterangan-keterangan yang telah diambil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan individu yang telah dipanggil polis dan menegaskan siapa yang telah dipanggil itu bukan merupakan satu isu dalam menyelesaikan kes terbabit.


"Siapa yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita (polis) sekarang ini adalah untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra)," katanya.


Baru-baru ini, RPK yang juga pengendali portal Malaysia Today membuat pengakuan bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan dalam kes pembunuhan Altantuya adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.


Raja Petra turut mendedahkan individu yang memberi maklumat berkenaan terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican selain seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin.


Ketika ditanya sama ada polis akan memanggil individu lain yang tidak didedahkan namanya oleh Raja Petra tetapi mempunyai kemungkinan terbabit sama dalam kes itu, Bakri berkata polis akan berbuat demikian jika ada keperluan


DATUK T SANGGUP SUMPAH LAKNAT DEPAN KAABAH UNTUK BUKTI YANG PELAKON SEX ITU ADALAH ANWAR

INI LAH PEROSAK BANGSA

Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

DAP GUNA TAKTIK KOTOR UNTUK DAPAT UNDI CINA

LU ORANG PIKIRKAN LA


Tindakan DAP menuduh Barisan Nasional (BN) tidak membela nasib masyarakat Cina bertujuan mewujudkan sentimen perkauman semata-mata bagi mendapatkan undi kaum tersebut.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, DAP turut mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk membawa sistem dua parti iaitu untuk Cina dan bukan Cina bagi memecah-belahkan undi Melayu.

"Dalam hal ini, saya lihat konsep dua parti yang cuba dibawa oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah berjaya apabila ramai pengundi Cina menolak BN.

"Di Sarawak, DAP melabelkan BN sebagai parti yang tidak membela nasib orang Cina. Ini merupakan taktik mereka untuk menarik undi kaum itu secara total dan pada masa sama mereka juga menggunakan PKR serta Pas untuk memecahkan undi Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anuar, isu utama pengundi Cina di Sarawak tidak memilih BN bukan kerana trend atau pola pengundian, tetapi ia kesan tindakan DAP membakar semangat perkauman serta kebencian kaum lain terhadap BN.

Selasa, 19 April 2011

TAK ADIL DAKWA DATUK T SEDANGKAN ANWAR BEBAS

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.

NONEOleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar,

KALAU ORANG CINA DAH TERIMA PAS ,PAS TANDING SAJA DI KAWASAN CINA

LU ORANG PIKIRKAN LA
Pas tak perlu nak berdolak dalih...Kalau benar orang cina sudah menerima Pas maka amat wajar sekali Pas bertanding di kawasan majoritinya orang cina.Kita tengok apakah Pas akan mendapat kejayaan besar bila bertanding di kawasan cina nanti.Jangan lah hanya mendapat sokongan sebilangan kecil kaum cina Pas sudah mengaku yang Partinya sudah di terima oleh kaum cina.

Nik Aziz dan Haji Hadi mendakwa yang pengundi cina sudah menerima dasar dasar Pas.Walaupun mengalami kekalahan pada DUN Sarawak yang baru lalu kedua dua pemimpin Pas ini telah mendakwa yang pengundi di kalangan orang cina sudah menerima Pas sebagai wadah politik mereka.Apakah semua ini betul atau Nik Aziz dan Haji Hadi hanya ingin menutup kelemahan atau mahu memastikan para penyokongnya tidak beralih arah menyokong perjuangan mereka kerana rasanya ramai pemimpin dan penyokong Pas sudah bosan dengan kedua dua pemimpin ini yang semakin hari semakin hilang arah dalam mempertahankan prinsip yang selama ini Pas pertahankan.

Lihat sahaja keputusan di Sarawak di mana Pas telah di gunakan oleh Dap untuk memecahkan belahkan orang bumiputera dan juga orang melayu. Pas sanggup gadaikan perjuangan Islam anya hanya kerana ingin bersama dengan Dap.

Kalau Pas anggap partinya kuat dan sudah di terima oleh kaum cina maka amat wajar sekali Pas meletakan calonya di kawasan cina bagi membuktikan apa yang di katakan oleh Nik Aziz dan Haji Hadi itu benar benar menjadi kenyataan.

DAP BERTANGGUNGJAWAB HANCURKAN KEHARMUNIAN

LU ORANG PIKIRKAN LA

DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.

Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.

"DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.

"Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.

Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.

Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.


SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH