Tindakan DAP menuduh Barisan Nasional (BN) tidak membela nasib masyarakat Cina bertujuan mewujudkan sentimen perkauman semata-mata bagi mendapatkan undi kaum tersebut.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, DAP turut mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk membawa sistem dua parti iaitu untuk Cina dan bukan Cina bagi memecah-belahkan undi Melayu.
"Dalam hal ini, saya lihat konsep dua parti yang cuba dibawa oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah berjaya apabila ramai pengundi Cina menolak BN.
"Di Sarawak, DAP melabelkan BN sebagai parti yang tidak membela nasib orang Cina. Ini merupakan taktik mereka untuk menarik undi kaum itu secara total dan pada masa sama mereka juga menggunakan PKR serta Pas untuk memecahkan undi Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Anuar, isu utama pengundi Cina di Sarawak tidak memilih BN bukan kerana trend atau pola pengundian, tetapi ia kesan tindakan DAP membakar semangat perkauman serta kebencian kaum lain terhadap BN.
kan dah ada DAP yang membela nasib kaum
BalasPadamCina di Sarawak, kenapa nak salahkan BN
pulak tak membela kaum Cina. Harap kerajaan negeri Sarawak tumpuan bantuan kepada kaum bumiputra Sarawak yang memerlukan sangat pembelaan kemudahan asas dari melayan Cina Kwang Tung yang Rasis ini. Dulu Cina Sarawak ini tidaklah sangat tapi sejak diracun oleh DAP mereka dapat mula protes kerajaan yang diterajui oleh anak jati negeri sarawak.