
Polis  akan mengumpul dan meneliti kesemua keterangan daripada individu yang  didakwa mendesak Raja Petra Kamaruddin (RPK) supaya membuat akuan  bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan  wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Pengarah  Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin  berkata tindakan polis itu adalah untuk menentukan kesahihan pendedahan  RPK yang mendakwa beliau didesak oleh beberapa individu untuk membuat  akuan bersumpah berkenaan. "Buat  masa ini, polis masih lagi dalam proses mengumpul keterangan daripada  beberapa individu dan sedang menyiasat keterangan-keterangan yang telah  diambil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.
 
 Bagaimanapun,  beliau enggan mendedahkan individu yang telah dipanggil polis dan  menegaskan siapa yang telah dipanggil itu bukan merupakan satu isu dalam  menyelesaikan kes terbabit.
 "Siapa  yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting.  Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita (polis) sekarang ini adalah  untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra)," katanya.
 Baru-baru  ini, RPK yang juga pengendali portal Malaysia Today membuat pengakuan  bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan  dalam kes pembunuhan Altantuya adalah berdasarkan maklumat dan desakan  beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana  Menteri.
 Raja  Petra turut mendedahkan individu yang memberi maklumat berkenaan  terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din  Merican selain seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali  sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin.
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 


polis juga yang bertungkus lumus,
BalasPadamtapi ada puak yg benci polis, tapi percaya juga polis punya kenyataan. haih...
yang benar tetap benar.
http://anakcucujawa.blogspot.com/