Sejak akhir akhir ini asyik dengan kisah cerita kaum cina sahaja.Sejak keputusan pilihanraya Sarawak dimana kaum cina tidak menyokong BN bermacam macam cerita yang kita dengar.Ada yang kata orang cina tak kenang budi bila sudah di beri status kewargenegaraan Malaysia,ada yang kata bermacam macam lagi yang sudah tentu menyakitkan hati orang melayu mendengarnya.Sebaik sahaja selesai pilihanraya Sarawak TPM telah mengadakan lawatan kenegeri Cina.
Tidak terkecuali juga kisah yang paling top dalam politik negara bila video Anwar bersama wanita dari Cina telah di bongkar.Hari hari juga kita dengar berita penangkapan gadis gadis GRO dari negara cina dan kisah ini sudah tentu membuatkan kita terfikir bahawa memang negara kita Malaysia ini adalah syurga bagi orang cina untuk mencari kekayaan.Terbukti apa yang saya katakan tadi dimana orang orang cina menguasai ekonomi di negara ini.Kita tengok sahaja dimana mana sahaja semuanya di kuasai oleh orang cina.Cuba kita perhatikan di kebanyakan tempat ada ke orang melayu atau bangsa lain buka berbagai jenis kedai.Kalau orang melayu dan bangsa lain yang banyak kita lihat hanya kedai makan/restoran sahaja.
Banyak lagi cerita yang kita dengar tapi cukup la setakat ini kerana pada minggu depan PM cina akan Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan membuat lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 27 April ini bagi mengukuhkan perhubungan dua hala serta memeterai perjanjian mengenai ekonomi, pendidikan dan keselamatan.
Duta China ke Malaysia, Chai Xi, berkata lawatan itu adalah atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ini adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia sejak 2005 dan merekodkan satu lagi kunjungan timbal balik penting peringkat tertinggi sejak lawatan negara Presiden Hu Jiantao ke Malaysia dan kunjungan Najib ke China pada 2009, juga lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke China," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu juga dijadual menghadiri Forum Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi China-Malaysia serta menyaksikan majlis menandatangani beberapa dokumen kerjasama.
"Perdana Menteri Wen juga akan melawat Universiti Malaya dan berinteraksi dengan tenaga pengajar serta pelajar," katanya.
Chai berkata, sejak kedua-dua negara membangunkan hubungan kerjasama strategik pada 2004, pertukaran timbal balik peringkat tertinggi semakin berkembang, kesefahaman politik semakin mendalam, manakala kerjasama ekonomi dan perdagangan semakin membuahkan hasil.
Katanya, berdasarkan kepada pencapaian itu, lawatan Wen ke Malaysia akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan tradisional dan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.
"Kami yakin sepenuhnya dengan usaha bersama kedua-dua pihak, lawatan ini akan berjaya dalam semua perkara dan membawa kerjasama strategik China-Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA