tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 16 Januari 2012

HASAN ALI AKAN DEDAHKAN SIAPA PARASIT DALAM PAS


Bekas pemimpin PAS yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.

Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.

"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.

"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media terbarunya di kediamannya di Taman Tun Dr Islam ,Kuala Lumpur pagi Isnin.

Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi satu road show di seluruh negara dalam masa terdekat.

Beliau juga akan membongkar peranan DAP dan PKR di dalam PAS ketika itu nanti.

Ketika ditanya mengenai temubual ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam BBC -Anwar sokong hapuskan undang-undang lapuk mengenai liwat di negara ini.

Kata Hasan, beliau sudah tahu pandangan Anwar mengenai perkara itu dan sebab itulah tidak pernah menyokong Anwar

Rabu, 11 Januari 2012

VIDEO SEX ANWAR MASIH BELUM DI TUTUP...TUNGGUUUUU


Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan...?" itu komen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya seorang wartawan apakah BN tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Sejak keputusan semalam, pemimpin dan penyokong Anwar 'pukul kompang' macam segala-galanya kini memihak kepada mereka. Sudah tidak ada kata-kata sinis terhadap hakim dan sistem kehakiman negara seperti yang dihebohkan pembangkang selama ini.

Lebih melucukan lagi keputusan mahkamah itu - bagi pembangkang seolah-olah 'mensucikan' Anwar yang sebelum ini bergelumang dengan segala macam masalah peribadi, dari kes liwat ini hinggalah kes video seks.

Relax dulu beb, kurang-kurang tunggulah keputusan bertulis hakim, semalam hakim Datuk Zabidin Mohd Diah hanya baca keputusan lisan sahaja, tidak sampai lima minit pun.

Dari cakap-cakap di kedai kopi, kes video seks Anwar lebih 'sedap' lagi dari kes liwat kerana buktinya yang diproses berdasarkan sains forensik paling moden tunjuk 99.99 peratus orang itu Anwar Ibrahim.

Juga jangan lupa,fail kes Anwar didakwa bagi maklumat palsu dalam isu video seks didedahkan oleh Datuk T 'masih aktif'

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika ditanya wartawan dulu pernah membayangkan mungkin kes video seks melibatkan Anwar itu akan ' ON ' selepas selesai perbicaraan kes liwat.

Laporan polis mengenai dakwaan Anwar bagi maklumat palsu dalam laporan polis dibuat oleh seorang pegawai polis sendiri.

Dalam kes ini,polis sendiri perlu mempertahankan intregitinya bila dituduh turut berkonspirasi.

Kalau dalam kes liwat Anwar lepas kerana tidak ada bukti 100 peratus boleh mengikat...tapi dalam kes video seks 99.9 peratus disahkan tulen.

Ingat lagi masa perbicaraan kes liwat pasukan peguam Anwar yang bawa pakar luar negara bukan main tekankan keterangan mereka mantap.

Sebaliknya puak pembangkang bersikap 'lidah bercabang' dakwa analisis pakar luar negara keatas video seks karut.

Itupun kes didakwa 'sendiri bikin' gara-gara perangai nak syok sendiri tetapi satu dunia dituduh berkonspirasi.

Mahkamah Malaysia terbukti bebas bila bebaskan Anwar Isnin kerana teknikal bukti tak cukup.Semua orang sudah puji kebebasan mahkamah Malaysia termasuk Jabatan Negara Amerika.

Jika begitu apa nak ditakut isu video seks dibicarakan di mahkamah ? Berani kerana benar ...takut kerana salah...tak gitu?

Anwar sepatutnya harap sangat kes itu dibicarakan di mahkamah segera..untuk membersihkan namanya once and for all.

Pakatan pembangkang pun sepatutnya tuntut mahkamah segera bicara agar mereka tidak merasa ragu-ragu pada Anwar.

Selagi kes video seks tak beres...tentu Anwar masih mengigau tidor malam dan tidak merasa diri 'bebas' bagai burung terbang.

Bukti dalam kes ini memang mantap..selain video 99.9 peratus tulen,ada rakaman CCTV lelaki seiras beliau naik turun apartmen lokasi video seks dengan Datuk Sharzly Eskay.

Bukan itu saja...dikatakan video aksi seks di Bangkok pun ada.

Rakyat semua nak tahu segera kebenaran kes ini.Ia bukan soal gutter politic seperti didakwa pembangkang.Ia soal moral orang noimbor satu dalam pakatan pembangkang.

Lagipun ia didedahkan oleh ' rakan sepermainan' sendiri yang dakwa dirinya jadi pengiring sulit 'keluar malam' dan ' tukang atur' di Bangkok.

Sebab itu, pembangkang jangan seronok dulu, sampai ada yang ramal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan buat pilihanraya awal sebab takut 'BN bergoyang' dengan keputusan mahkamah semalam.

Punya spin sampai ke tahap itu, ikut logik, kalau keputusan itu jejas BN, tentulah PM akan ambil lebih masa dari ramalan banyak pihak sekitar bukan Mac hingga Jun tahun ini.

Sebab itu Muhyiddin balas soalan sinis wartawan tadi di Majlis Sambutan Tabun Baru anjuran Kementerian Pelajaran di PICC Putrajaya dengan memberitahu bahawa BN dengan berani telah melalui 12 PRU sebelum ini dan sedia menghadapi PRU ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali ke-13. Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya.

Menurut Muhyiddin, BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

Beliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya.

Bagi Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata beliau pasti keputusan semalam dapat membantu membuka mata rakyat yang selama ini dikaburi Ketua Pembangkang itu dengan dakwaan kes liwat tersebut adalah konspirasi Umno.

"Mereka kata cabang kehakiman tidak bebas dan dikawal oleh cabang eksekutif. Segalanya itu adalah tidak benar. Semalam, membuktikan ia tidak benar," katanya.

Malah katanya, ada rakyat yang pastinya sudah muak dengan tindakan Anwar mengheret mereka isu berkaitan masalah peribadinya.

Sementara itu, Di KOTA BAHARU, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembangkang hanya boleh menerima keputusan mahkamah sebagai adil apabila memihak kepada mereka.

"...tetapi mengutuk kerajaan dan mengadakan domontrasi apabila keputusan tidak memihak kepadanya," katanya.

Pada Isnin, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mahkamah mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan Mohd Saiful selaku pengadu

Selasa, 10 Januari 2012

ANWAR JANGAN NAK MENYOMBONG KERANA MAHKAMAH ALLAH PASTI AKAN TIBA JUA


Mungkin ramai yang terkedu dengan keputusan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah pagi tadi yang melepaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful. Dengan membaca keputusan sebanyak 3 perenggan, dalam masa tak sampai berapa minit, kes yang mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibicarakan, dengan lebih 50 kali penangguhan akhirnya tiba ke penghujungnya.

Pelbagai teori, andaian dan spekulasi muncul didunia cyber; dengan masing-masing pihak membuat rumusan masing-masing.

Bagi yang pro-Anwar dan kaum Anwarinas, mereka meraikan keputusan itu sebagai bukti “Imam Mahdi” mereka tidak bersalah! Tidak pula terdengar maki hamun mereka Langsung tidak kedengaran tohmahan Hakim “sudah dicucuk hidongnya”. Zikir harian mereka bahawa Mahkamah kena beli juga langsung tidak kedengaran yop! Semua puji belaka! Malah mereka berikrar akan adakan lalakan seluruh negara untuk “membersihkan” manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini! IKUTI TULISAN AHLI PARLIMEN BEBAS DATUK ZULKIFLI NORDIN DI LAMAN BLOGNYA.KLIK DI SINI : http://zul4kulim.blogspot.com/

Isnin, 9 Januari 2012

ANWAR HANYA BEBAS DI DUNIA TAPI TIDAK DI AKHIRAT NANTI.......


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, MohdSaiful Bukhari Azlan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kesliwat yang dibuatnya tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Mohd Saiful berkata, beliau yakin kebenaran berhubung dakwaannya itu akan tiba.

"Tidak di dunia, namun di (Padang) Masyar (akhirat) pasti.

"(Saya) redha dengan ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dansabar," katanya yang dipetik menerusi twitter miliknya.

Mahkamah pada Isnin membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.

Ahad, 8 Januari 2012

HASSAN ALI MASUK UMNO......


Sah sebagaimana yamg di jangkakan Pas terpaksa memecat Ahli Jawatan kuasanya demi menjaga hubungan dengan DAP dan PKR yang selama ini tidak menyukai segala tindakan Hassan Ali selama ini.Kerana itulah Pas terpaksa menyingkirkan Hassan Ali dari di pinggirkan oleh rakan2 dalam Pakatan Rakyat.Keputusan untuk memecat Hassan Ali difahamkan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa Pas Pusat dan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas

RAMAI YANG SUDAH MULA SEDAR SIAPA SEBENARNYA PAKATAN RAKYAT


Kerana termakan dengan pujukan janji2 manis semasa PRU ke 12 dulu ramai rakyat yang tertipu dengan segala janji2 yang di taburkan oleh pemmpin pembangkang terutama Anwar.Maka tidak hairanlah mereka termakan dengan tipu helah Anwar tapi semuanya sia sia sahaja kerana segala janji itu di hanya di mulut sahaja.Jadi tidak hairanlah makin ramai rakyat mula sedar apabila 300 ahli dan penyokong mereka di Sungai Acheh, di sini menyertai Barisan Nasional (BN), hari ini.

Selain kecewa dengan kepimpinan, tindakan itu juga disebabkan kegagalan pemimpin pakatan tersebut menunaikan janji.

Wakil kumpulan itu, Musa Ali, 52, berkata, mereka yang terdiri daripada ahli Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum 2008 lalu, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

"Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya. Jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi?" katanya kepada pemberita selepas majlis Silaturahim 1Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di pekarangan rumah bekas Ketua Ranting RKR Sungai Acheh, Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, BN Pulau Pinang menyambut baik langkah kumpulan berkenaan menyertai parti itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang juga nampak semakin tenggelam punca kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman sehingga ramai penyokong di peringkat akar umbi mula bosan dengan kerenah pemimpin mereka.

"Tindakan mereka menyertai BN merupakan mesej jelas kepada pembangkang yang menunjukkan pakatan pembangkang gagal mentadbir dengan baik sehingga ramai anggotanya bertindak keluar parti," katanya.

Beliau yakin lebih ramai anggota parti pembangkang di Pulau Pinang akan meninggalkan parti itu dan menyertai BN kerana mereka percaya hanya BN mampu mengubah hidup mereka.

"Ramai yang telah maklumkan kepada saya untuk menyertai BN dan kita akan menganjurkan majlis seperti ini pada masa akan datang dan saya percaya sokongan mereka akan mampu menguatkan lagi BN di Pulau Pinang,

Jumaat, 30 Disember 2011

LAGI AHLI PAS KELUAR PARTI DAN SERTAI UMNO


Seramai 80 penyokong setia PAS di bandar baru Tok Bali secara beramai-ramai menyertai Umno kerana kecewa dengan kegagalan PAS membantu penduduk miskin dan membangunkan bandar baru berkenaan.

Mereka yang diketuai oleh Daud Hussin, 50, menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada satu majlis yang diadakan secara besar-besaran.

"Saya dah jadi ahli PAS dah lama tapi tiada apa-apa perubahan yang dilakukan (sejak 21 tahun lepas)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Daud berkata apa yang ada sekarang (projek-projek pembangunan) kesemuanya dibangunkan oleh Umno walaupun parti itu tidak berkuasa di Kelantan.

Rohayah Mat, 40, berkata beliau telah menyertai PAS sejak 20 tahun lepas dan mendapati tiada apa-apa yang dilakukan parti itu selain menabur janji demi janji untuk memancing undi.

Sementara itu, Zawawi ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata sehingga ini, lebih 3,000 anggota PAS telah menyertai Umno dan ini satu gambaran baik bahawa Umno mampu merampas empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Jumaat, 11 November 2011

TERBARU KISAH VIDEO SEX ANWAR


Ingat lagi kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dulu.Khabarnya polis akan mulakan siasatan keatas isu skandal berkenaan yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam di sebuah apartmen di Kuala Lumpur.

Rakyat di seluruh negara hingga kini terus tertanya dan ingin tahu apa cerita sebenar kes video seks yang telah disahkan oleh ujian pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan beliau adalah orangnya dalam video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pernah memberitahu kes berkenaan akan disiasat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Kini menjelang hujahan terakhir pihak pembelaaan keatas kes liwat itu pada 8 dan 9 Disember ini,peguam Anwar mengesahkan polis telah memanggil Anwar untuk disiasat mengenai isu video seks itu.

Ia dipercayai melibatkan dakwaan beliau membuat laporan polis palsu tentang video seks berkenaan.

R Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR dipetik berkata polis telah meminta Anwar memberi keterangan minggu ini, namum mereka meminta ia diadakan Rabu depan di Balai Polis Kepong.

Dan seperti diduga belum apa-apa lagi PKR sudah melompat seolah bos mereka tidak boleh disentuh langsung dalam isu dakwaan berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR ,N Surendran yang juga peguam Anwar sudah mendakwa ia bermotif politik untuk serang Anwar.

Malah beliau main sedap mulut dakwa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ada apa-apa dengan BN untuk menjatuhkan Anwar.

Anihnya disebalik ini semua satu dunia sudah melihat video berkenaan dimana lelaki itu seiras habis dengan Anwar.

Juga menguatkan dakwaan itu ialah pendedahan video CCTV lelaki seiras Anwar sedang naik dan turun lif bersama Datuk Sharzly Eskay di apartmen berkenaan.

Waktu pada CCTV itu adalah selaras dengan waktu rakaman video seks itu.

Juga satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah tentang jam Omega Anwar yang dikatakan dikatakan tertinggal di lokasi rakaman aksi seks.

Dalam pada itu ada aksi seks yang dirakam di Bangkok dan belum didedahkan sepenuhnya lagi.

Jawapan yang pasti tentu akan diperolehi menerusi siasatan rapi pihak polis tentang isu yang belum beres ini.

Sebelum ini ramai pihak menyifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kononnya video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti.

Bagi kebanyakan orang sekalipun bermati-matian nak mempertahankan Anwar kerana politik...janganlah nak memperbodohkan orangramai sampai peringkat itu

Khamis, 27 Oktober 2011

VIDEO SEX ANWAR:POLIS SUDAH KENAL PASTI WANITA CINA DOLL

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.


“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.


“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.


Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.


Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu

Isnin, 24 Oktober 2011

PKR MAKIN PUPUS


Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib.

Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat.

"Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat,'' katanya.

Selasa, 11 Oktober 2011

BOB LOKMAN DI TAHAN


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais.

“Beliau ditahan berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada mStar Online pada Selasa.

Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau menyampaikan apa-apa perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan penulis lirik lagu 'Isabella' nyanyian kumpulan Search itu ditahan selepas menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui.

Turut ditahan Jais ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid yang menghadiri majlis berkenaan.

Mereka kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan.

Bob turut dilaporkan memberikan kenyataan kepada Jais di pejabat daerah Hulu Langat pada tengah hari Selasa.

Sementara itu, Bob yang dihubungi mStar Online berkata, kehadirannya tidak mempunyai agenda tersembunyi mahupun mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.

"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor.

"Tambah pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah disisi agama," katanya.

Pada 19 Februari lalu, Bob telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

September lalu, Jais menegaskan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di negeri berkenaan.

Marzuki dipetik sebagai berkata, tindakan tersebut adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang enggan membenarkan surau dan masjid sebagai tempat berpolitik.

Antara ahli politik dan tokoh agama yang pernah ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah oleh Jais ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Jabatan agama itu juga sebelum ini telah menarik balik tauliah yang diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Isnin, 10 Oktober 2011

TINDAKAN JAIS BETUL TITAH SULTAN SELANGOR

Akhirnya kebenaran terserlah, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini.

Baginda bertitah, tindakan itu selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.

Titah baginda, merujuk kepada siasatan JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.

“Walau bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Baginda juga melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.

Sebelum ini timbul polemik tindakan JAIS tersebut selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik keras tindakan tersebut.

Turut sama berbuat demikian Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang 'kecewa' dengan tindakan JAIS memeriksa rumah ibadat ugama lain.

Sebelum ini Agendadaily melaporkan, berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi, ada percubaan untuk memesongkan akidah umat Islam berlaku di gereja tersebut semasa pemeriksaan dilakukan.

Ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), majlis Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran.

Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.

Penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.

Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.

Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.

Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.

Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam.

Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.

Dalam kertas kuiz, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Sabtu, 8 Oktober 2011

LAGI BANTAHAN PADA MAT SAPUUUUU



Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan di sini malam tadi.

Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.

Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.

Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.

Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.

‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya.

Sebelum ini kehadiran Mat Sabu turut dibantah oleh beberapa NGO yang membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini pada 24 September lalu berikutan kenyataannya menghina pejuang negara.

Malah peserta dari NGO berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Perkembangan itu menyebabkan beberapa siri pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.

Berikutan itu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang 21 September lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu.

Khamis, 6 Oktober 2011

MAKIN RAMAI KELUAR DARI PARTI PAS


Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan di sini, malam tadi.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya

Ahad, 18 September 2011

VIDEO SEX ANWAR BELUM TUTP BUKU LAGI...AKAN ADA LAGI LANJUTANYA...TUNGGU SAHAJA TAYANGANNYA NANTI


Entah bila dan apa pula aksinya?Ini yang menjadi tandatanya bila klip video terbaru di Youtube yang disiarkan pagi Sabtu memberi indikasi jelas kemungkinan adanya klip video lain didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada penghujung klip video itu ada sedutan gambar yang kelihatan macam Ketua Pembangkang itu berpakaian robe hotel sedang menbawa alat seperti charger telefon bimbit.

Senario bilik berkenaan berbeza sekali dengan bilik klip video pertama yang menunjukkan aksi seks dengan seorang GRO China didakwa disebuah apartmen di Ampang.

Persoalan yang ditimbulkan oleh klip terbaru ini ialah di manakah Anwar pada 12-13 Januari 2011’.

Video seks pertama dulu didakwa dirakam pada pada 21 Februari 2011.

Apakah ada sesuatu ‘ menarik’ berlaku pada tarikh berkenaan?

Kalau singkap balik semasa sidang akhbar trio Datuk T waktu mula isu video seks ini meletop dulu,Datuk Sharzly Eskay Abdullah mendakwa beliau adalah orang yang kerap sambut dan melayan Anwar setiap kali beliau ke Thailand.

Eskay juga mendakwa ‘ ada hal’ lain sewaktu mereka di sana.

Waktu itu beliau enggan menjelaskan lebih lanjut ‘ aktiviti’ di Thailand.

Katanya hal berkenaan akan didedahkan kemudian.

Persoalannya apakah klip video AKAN DATANG itu melibatkan adegan di Thailand ?

Siapa tahu mungkin ada video yang kedua,ketiga atau keempat.

Yang pertama Anwar nafi...soalnya bagaimana kalau ada babak-babak lain dan di tempat-tempat lain pula?

Seorang lagi anggota Datuk Trio,Datuk Shuib Lazim yang ditemui pada satu majlis di bulan Ramadan lalu memberitahu isu video Anwar ‘ belum tutup buku’.

Sekalipun enggan memberikan butirannya beliau membayangkan ada yang bakal meletup nanti berkata,” tungguuuu

Sabtu, 17 September 2011

CERITA TERBARU VIDEO SEX ANWAR



Satu rakaman CCTV yang menunjukkan individu mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sedang masuk dan keluar lif pada 21 Februari 2011 sudah tersebar di youtube pagi Sabtu.

Berdasarkan tarikhnya mereka dipercayai masuk dan keluar lif apartmen di mana didakwa lokasi berlaku adegan video seks yang heboh baru-baru ini.

Rakaman CCTV itu lebih jelas kerana mempunyai warna, individu mirip Anwar dan Eskay itu kelihatan masuk ke lif jam 10.09 minit malam dan keluar pada jam 10.52 minit malam.

Eskay mendakwa beliaulah orang yang bersama Anwar ke lokasi berkenaan.

Gambar Eskay juga ada dalam video adegan aksi seks yang tersebar sebelum ini.

Adalah menjadi kebiasaan setiap apartmen atau hotel letak CCTV di kawasan lif untuk keselamatan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan CCTV ini diambil dari pihak hotel atau dirakam oleh pihak lain.

Video berdurasi 3 minit 48 saat dimuat naik ke laman sosial youtube pada alamat http://www.youtube.com/watch?v=wU5CXPz_h9w&feature=player_embedded oleh user bernama papagomo itu juga memaparkan semula rakaman video seks kontroversi itu dengan beberapa babak antara jam 10.26 minit malam hingga jam 10.45 minit malam.

Ia sekaligus mencadangkan, bahawa rentetan masa kejadian yang selari dengan CCTV keluar masuk lif itu.

alt

Menurut tulisan di blog papagomo rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar Ibrahim juga jelas kelihatan.

“Waktu yang dicatatkan dalam video seks tersebut adalah seiringan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar Ibrahim masuk kedalam lif dan kemudian keluar dari lif,” tulisnya.

Apa yang menarik juga adalah, dalam rakaman tersebut ada satu persoalan yang diajukan, ‘Di manakah Anwar pada 12-13 Januari 2011’.

Juga dikesan ada babak baru dalam rakaman 3 minit 48 saat itu yang memaparkan individu juga mirip Anwar berjalan dalam ruang seperti bilik hotel dengan memakai bath robe.

Apakah ia satu adegan lain di lokasi lain pula?

Baru-baru ini timbul desas desus ada lagi rakan-rakaman adegan yang ‘ masih tersimpan

Rabu, 7 September 2011

MAT INDERA BUKAN AHLI PKM...APA CERITA NI....


Adik tiri kepada Ahmad Indera atau Mat Indera menegaskan bahawa abangnya bukan pengkhianat negara malah turut menafikan tokoh kontroversi itu menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM).

Selain itu Baharom Shah Indera, 65, berkata, Mat Indera juga tidak berfahaman komunis malah turut serta berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British.

"Abang saya selalu menafikan bahawa beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau juga tidak pernah menganggotai PKM.

"Kami ahli keluarga percaya beliau bukan anggota komunis. Saya yakin beliau adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dengan caranya sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Justeru Baharom Shah mendesak kerajaan membersihkan nama Mat Indera daripada terus dilabel sebagai pengkhianat negara.

Menurutnya, dua asas utama bahawa Mat Indera bukan seorang pengkhianat adalah berdasarkan pegangan agama dan ketegasan tokoh berkenaan menentang British.

"Saya mendesak agar kerajaan bersihkan nama abang saya, jangan lagi label beliau sebagai pengkhianat negara kerana beliau turut menyumbang kepada kemerdekaan negara. Kerajaan perlu betulkan sejarah yang ditulis oleh British.

"Dua asas penting ialah abang saya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa beliau terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.

"Keduanya beliau sangat bencikan penjajah British, beliau bergerak menentang British menerusi gerakan gerila," katanya.

Melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, Baharom Shah menjelaskan bahawa abangnya itu tidak terlibat dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong oleh PKM.

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.

"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar iaitu anak anggota polis merin Bukit Kepong.

"Saya difahamkan ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.

Kontroversi mengenai Mat Indera tercetus selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Mohamad dalam ceramahnya turut menyebut bahawa Mat Indera dan rakan seperjuangan dalam PKM yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan

BODOH MAT SAPU BODOH TAK BOLEH DI AJAR....


Kalau sudah hendak lemas, apa yang ada depan mata pun dipautnya, itulah bidalan sesuai untuk Mohamad Sabu yang dakwa Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengiktiraf pemimpin komunis Melayu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Sebaliknya, YWJ dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk, Pengukir Nama Johor namun Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Sebaliknya jelas YWJ, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.

Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk Bajuri Haji Siraj, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.

Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan, berkata buku berkenaan hasil kajian penyelidik dan penulis secara individu di bawah Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (PEWARIS) yang diselenggarakan yayasan itu.

“Projek PEWARIS membabitkan penulis dan penyelidik yang dilatih sekumpulan tenaga akademik dari beberapa institusi pengajian tinggi awam negara ini. Hasil kajian dan penulisan mereka dibukukan untuk tatapan masyarakat, termasuk buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 2004.

“Justeru, Pengukir Nama Johor hasil kajian dan penyelidikan penulis secara individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi. Terserah kepada masyarakat khususnya golongan sejarawan mentafsir dan menilainya kerana pentafsiran oleh golongan yang tidak arif, dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat.

“Selain artikel mengenai Mat Indera hasil penyelidikan dan penulisan Ismail, sebuah lagi artikel dalam buku sama oleh Sahgidon pula menyatakan Mat Indera adalah pemimpin komunis Melayu yang ganas dan kejam terhadap bangsanya sendiri," katanya.

Muhamad Fuad berkata, perbezaan itu wujud kerana YWJ memberi kebebasan kepada penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.

Katanya, pendekatan itu dengan harapan hasil penyelidikan berkenaan dapat merangsang penulis lain memperkembangkan maklumat yang ada dalam penulisan buku terbabit supaya ia menjadi lebih komprehensif.

Pada sidang akhbarnya semalam, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan ‘yakin’ mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku Pengukir Nama Johor pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera yang ditulis Ismail Adnan

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH