Satu rakaman CCTV yang menunjukkan individu mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sedang masuk dan keluar lif pada 21 Februari 2011 sudah tersebar di youtube pagi Sabtu.
Berdasarkan tarikhnya mereka dipercayai masuk dan keluar lif apartmen di mana didakwa lokasi berlaku adegan video seks yang heboh baru-baru ini.
Rakaman CCTV itu lebih jelas kerana mempunyai warna, individu mirip Anwar dan Eskay itu kelihatan masuk ke lif jam 10.09 minit malam dan keluar pada jam 10.52 minit malam.
Eskay mendakwa beliaulah orang yang bersama Anwar ke lokasi berkenaan.
Gambar Eskay juga ada dalam video adegan aksi seks yang tersebar sebelum ini.
Adalah menjadi kebiasaan setiap apartmen atau hotel letak CCTV di kawasan lif untuk keselamatan.
Setakat ini tidak dapat dipastikan CCTV ini diambil dari pihak hotel atau dirakam oleh pihak lain.
Video berdurasi 3 minit 48 saat dimuat naik ke laman sosial youtube pada alamat http://www.youtube.com/watch?v=wU5CXPz_h9w&feature=player_embedded oleh user bernama papagomo itu juga memaparkan semula rakaman video seks kontroversi itu dengan beberapa babak antara jam 10.26 minit malam hingga jam 10.45 minit malam.
Ia sekaligus mencadangkan, bahawa rentetan masa kejadian yang selari dengan CCTV keluar masuk lif itu.
Menurut tulisan di blog papagomo rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar Ibrahim juga jelas kelihatan.
“Waktu yang dicatatkan dalam video seks tersebut adalah seiringan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar Ibrahim masuk kedalam lif dan kemudian keluar dari lif,” tulisnya.
Apa yang menarik juga adalah, dalam rakaman tersebut ada satu persoalan yang diajukan, ‘Di manakah Anwar pada 12-13 Januari 2011’.
Juga dikesan ada babak baru dalam rakaman 3 minit 48 saat itu yang memaparkan individu juga mirip Anwar berjalan dalam ruang seperti bilik hotel dengan memakai bath robe.
Apakah ia satu adegan lain di lokasi lain pula?
Baru-baru ini timbul desas desus ada lagi rakan-rakaman adegan yang ‘ masih tersimpan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA