tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 7 September 2011

MAT INDERA BUKAN AHLI PKM...APA CERITA NI....


Adik tiri kepada Ahmad Indera atau Mat Indera menegaskan bahawa abangnya bukan pengkhianat negara malah turut menafikan tokoh kontroversi itu menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM).

Selain itu Baharom Shah Indera, 65, berkata, Mat Indera juga tidak berfahaman komunis malah turut serta berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British.

"Abang saya selalu menafikan bahawa beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau juga tidak pernah menganggotai PKM.

"Kami ahli keluarga percaya beliau bukan anggota komunis. Saya yakin beliau adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dengan caranya sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Justeru Baharom Shah mendesak kerajaan membersihkan nama Mat Indera daripada terus dilabel sebagai pengkhianat negara.

Menurutnya, dua asas utama bahawa Mat Indera bukan seorang pengkhianat adalah berdasarkan pegangan agama dan ketegasan tokoh berkenaan menentang British.

"Saya mendesak agar kerajaan bersihkan nama abang saya, jangan lagi label beliau sebagai pengkhianat negara kerana beliau turut menyumbang kepada kemerdekaan negara. Kerajaan perlu betulkan sejarah yang ditulis oleh British.

"Dua asas penting ialah abang saya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa beliau terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.

"Keduanya beliau sangat bencikan penjajah British, beliau bergerak menentang British menerusi gerakan gerila," katanya.

Melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, Baharom Shah menjelaskan bahawa abangnya itu tidak terlibat dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong oleh PKM.

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.

"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar iaitu anak anggota polis merin Bukit Kepong.

"Saya difahamkan ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.

Kontroversi mengenai Mat Indera tercetus selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Mohamad dalam ceramahnya turut menyebut bahawa Mat Indera dan rakan seperjuangan dalam PKM yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan

2 ulasan:

  1. Apa susah suah , korek kubur tanya pada Mat Indera.

    Kenai mat sabun ka ? kenai Pm ka? kenai Tun Mahathir ka. last sekali tanay dia kenai ka Tunku Abdul Rahman

    Lepas tu tanya dia dia , abang ini dudlu ahli PKM ka, komunis ka..

    Tanya lah apaapa lagi..
    Nanti dia akan jawb!!!!

    Toksah ungkit lagi perkara yang berlalu.. kesian kat seluruh keluaraga tinggalan aku.

    Sebab dia sendiri pun tak tahu bak jawab.. samda ada dia pejuang ka atau komunis kaa..

    Cuma Mat Sabun sahaja yang tahu...

    BalasPadam
  2. jadi abdullah cd yg menulis dalam bukunya bahawa mat indera adalah ketua platun yg menyerang balai polis tu pembohong la. mcm2 ada manusia ni kan. yg masa kejadian umur 4 tahun lebih tahu dpd yg memang terlibat secara terus sebagai pengikut kominis.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH