tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 14 November 2009

ANWAR NIZAR BARU=A:ALAHAI NIK AZIZ...TAK BOLEH TAK BOLEH LA

SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.

Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.

Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.

Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.

Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma.

Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini.

Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.

Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak.

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.

Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.

Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.

Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri.

Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.

ANWAR NIZAR ALJUBURI:NIK AZIZ BUAT MACAMANA PUN HADI TETAP PRESIDEN PAS

Berbagai cara yang dilakukan TGNA untuk menyingkirkan Haji Hadi dari terus memimpin Pas tapi ahli ahli Pas terus memberikan kepercayaan pada HH untuk terus memimpin Pas.Bermacam macam gelaran yang diberika TG pada HH dengan menyifatkan HH adalah tali barut Umno dan HH bukanlah Nakhoda Kapal Pas.

Walau apa cara pun TG nak menyingkirkan HH akhirnya banyak perkara mungkar yang dilakukan TG akhirnya terbongkar bila salah satunya adalah dimana TG ditaja untuk menunaikan haji pada tahun ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti itu tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.

Mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan ia telahpun diselesaikan.

"Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebihlebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti barubaru ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Bagaimanapun parti itu memutuskan untuk mengadakan seminar politik pada 7 November lalu dan membincangkan masalah berbangkit.

Berhubung isu bai'ah, beliau menjelaskan bai'ah sumpah setia laknat yang diamalkan parti itu seperti didedahkan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini, tidak menyalahi ajaran Islam.

"Bai'ah talak tiga tidak menjadi dasar atau konsep dalam PAS," katanya.

Jumaat, 13 November 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:BATAL NAIK HAJI ,NIK AZIZ TAKUT SIAPA???

Alahai Nik Aziz,Kalau pun nak naik Haji sampai berapa kali Pun rakyat tidak pertikaikan sekiranya usaha kita pergi ke mekah adalah duit hasil penat lelah kita ,tapi yang rakyat pertikaikan adalah kerana kenapa TG nak pergi Mekah guna duit tajaan sedangkan TG mampu untuk keluarkan belanja sendiri.Kenapa niat suci TG nak kemekah di salut dengan subahat yang membawa kepada rasuah.

Difahamkan yang TG telah membatalkan hasrat Tg untuk menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang kata TG banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.TG bukan sahaja media yang persoalkan pemergian TG ke Tanah suci tapi rakyat juga pertikaikan pemergian TG kerana rakyat tahu yang TG mampu untuk ketanah suci dengan belanja sendiri.Tapi kenapa TG mahu babitkan diri dalam keadaan yang rakyat curiga.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Alahai TG,kenapa la dangkal sangat fikiran TG tentang mana yang patut didahulukan.Kan dah kata tadi ..tiada siapa yang nak halang TG nak pergi ke mekah tapi cara pembiayaan yang mencurigakan itulah yang rakyat pertikaikan.

Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

Kalau dah tahu TG tidak pelahap sepatutnya TG menolak pelawaan tajaan ini dan sebaliknya TG salurkan tajaan itu kepada rakyat Kelantan yang masih lagi tidak berkemampuan untuk pergi kemekah..Betul tak????

Jadi TG takut pada media atau pada Allah??????kita fikir fikirkan la.....fikir la sendiri.......

ANWAR NIZAR PELIWAT HAMPEH:ALAHAI NIK AZIZ,APA KE BENDA NAK NAIK HAJI PUN GUNA DUIT RASUAH

Dalam PAS dia bukan rasuah juga bukan makan suap tapi suap makan maknanya apabila disuap dia makan kerana suap makan sudah menjadi perkara biasa pada PAS” itulah perumpamaan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan Datuk Alwi Che Mat ketika mengulas isu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditaja untuk mengerjakan ibadah haji.


Namun isu berkenaan yang dikritik hebat oleh banyak pihak kerana menyifatkan pembiayaan tersebut kemungkinan mempunyai unsur rasuah dikatakan ia hanya sumbangan oleh Nik Aziz sendiri.

Alwi mempersoalkan kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan pembiayaan itu adalah sumbangan dan bukannya satu bentuk rasuah kerana pihak yang membiayai jelas mempunyai kepentingan dengan projek kerajaan negeri Kelantan.

Menyokong dakwaannya itu, Alwi mendakwa, pembiayaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Nordin Awang yang merupakan pemilik syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd.

“Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan. Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz),” katanya.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan, tidakkah pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz sendiri .

“Tidakkah ini ada unsur-unsur yang boleh dipersoalkan,” tambahnya.

Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembiayaan haji yang melebih RM400,000 tersebut yang dibuat melalui TH Travel melibatkan Nik Aziz dan isteri, Arif Fahmi dan isteri, Setiausaha Sulit Nik Aziz dan Nordin serta isterinya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi pembiayaan haji Nik Aziz dan keluarganya itu bagi setiap orang ialah sebanyak RM65,000.

“Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah pun pergi haji tahun ini tapi pekej beliau hanya RM23,000 sahaja berbanding mereka RM65,000,” tambahnya.

Alwi juga hairan kenapa setelah isu tersebut ‘meletup’ kenapa kini ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kini mereka cuba mengalihkan perhatian apabila mula menyebarkan cerita kononnya isu pembiayaan haji ini didalangi oleh UMNO dan BN. Apakah mereka ingin mengatakan bahawa menantu Nik Aziz adalah dalang UMNO dan BN,” soalnya.

Alwi juga mendakwa, syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd milik Nordin kini telah dijual kepada seorang tauke Cina.

Selain itu, Alwi turut mendedahkan pembinaan sebuah sekolah agama dibiayai oleh sebuah syarikat yang telah mendapat kontrak daripada kerajaan negeri.

“Sebuah syarikat bernama Sensa Timur telah diberi kontrak membina bazar Tok Guru di Kota Bharu. Syarikat ini juga telah menderma untuk membina sebuah sekolah agama berhampiran rumah Nik Aziz yang diberi nama Darul Anwar,” ujar beliau.

Berdasarkan pendedahan ini, ada yang menyatakan mungkin ada kebenaran apa yang didedahkan oleh kickdefella dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com

hadiah untuk tok guru..... hadiah.... hadiah..... hadiah.... UMNO je yang rasuah.... rasuah..... rasuah..... kalau benar syarikat berkenaan nak berbakti, mengapa tidak sumbangkan kepada rakyat Kelantan yang tidak mampu untuk menunaikan Haji ?
Macam di kawasan kawan, ada seorang usahawan bekas Wakil Rakyat, tiap tahun memilih 2 orang tua-tua miskin dari kampungnya untuk menunaikan Haji....Islam mewajibkan haji sekali seumur hidup kerana X mahu menyusahkan umatnya. Ini kerana bukan sahaja ibadat tersebut adalah ibadat yang melibatkan rohani dan jasmani tetapi juga kerana kosnya mahal. Jika kita mampu, memang elok menunaikan umrah dan haji sekerap yang boleh.
.

Khamis, 12 November 2009

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:SPRM AKAN BUKA KERTAS SIASATAN KES NIK AZIZ NAIK HAJI

Heran tengok dengzan penyokong Pas yang pertahankan TGNA yang mengaku ditaja oleh seseorang untuk menunaikan haji.Apakah layak TGNA dipanggil seorang ulama sedangkan tiap tiap tahun Nik Aziz pergi kemekah gunakan duit rasuah.65,000 bukan duit yang sikit dan sekiranya duit sebanyak itu diberikan pada rakyat yang miskin yang terdapat ramai diKelantan tidak mustahil Kelantan akan menjadi negeri sifar kemiskinan.

Islam hanya galakan umatnya pergi kemekah hanya sekali dalam seumur hidup,tapi berlainan dengan MB yang tiap tiap tahun pergi mekah dengan menggunakan duit rasuah.Kalau TG seorang yang utamakan rakyat tentu TGNA akan menolak habuan untuk menunaikan Haji kerana sebagai negeri yang termundur dan termiskin sudah tentu ramai dikalangan rakyat Kelantan teringin untuk menunaikan haji tapi apakan daya tidak mampu untuk menyediakan duit sebanyak itu untuk pergi ke Mekah.

Saya pun malas nak komen terlalu panjang kerana sebagai ahli Pas sudah tentu ahli Pas lebih arif tentang tindakan TG mereka menggunakan duit dari tajaan untuk kemekah.Sedangkan Islam menghendaki agar kita kemekah sekiranya kita ada kemampuan.Jadi apakah duit yang digunakan dari sumber yang kita tidak ketahui apakah boleh kita ke mekah.

Jadi saya nak tahu apakah ianya rasuah atau bukan......sama sama lah kita fikir fikirkan....Jadi apakah wajar SPRM buka kertas siasatan?Cuba komen sikit....

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR RISAU DENGAN PERUBAHAN DIBAWA NAJIB

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kebimbangan mengenainya dapat dilihat apabila PKR terpaksa menyusun strategi untuk menyerang Perdana Menteri walaupun keadaan parti itu sendiri kucar-kacir.PKR sebenarnya sudah tiada isu lain untuk diketengahkan dan Penasihatnya,Anwar Ibrahim mula goyang dengan perubahan yang dibawa oleh Najib.

Dengan RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Anwar sudah kebingunggan apabila ramai pemimpin Pkr sendiri bertindak keluar dari parti Pkr kerana sudah tidak percayakan Anwar lagi.Pkr hanya menunggu masa sahaja sebagaimana dengan parti Semangat 46 yang akhirnya gulung tikar dengan masuk semula kedalam Umno.Kepimpinan Perdana Menteri mula diterima malah rakyat sudah mula sedar dan tahu siapa sebenarnya Anwar serta agenda politik PKR yang sebenarnya.Cita cita Anwar hanya ingin membalas dendam pada Umno kerana menggagalkan cita cita nya menjadi PM yang semakin hampir dicapainya semasa zaman Tun Mahathir.

Tembelang penipuan PKR mula pecah sehingga ada kalangan ahli parti itu bertindak keluar parti sekali gus menggambarkan pergolakan dalam parti tersebut.Pkr bukan satu parti yang ingin membela rakyat tapi hanya ingin membela Anwar yang semakin hari semakin gelap masa depannya untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya.Anwar hanya layak dipanggil penipu dan bukannya sebagai seorang pemimpin.

Akhirnya rakyat sedar yang selama ini mereka merasa tertipu dengan propaganda Anwar yang membuat rakyat hanyut dalam propaganda PKR.Akhirnya rakyat sedar yang Umno dan BN selama ini benar benar membela rakyat dan mula menyokong Perdana Menteri yang membawa gagasan 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat.Agenda PKR hanya mendatangkan kemudaratan dan perpecahan di kalangan orang Melayu dan bukannya keamanan dan kestabilan,

PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.Ketiga-tiganya memberi alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui ‘3A’ iaitu Anwar; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Azmin Ali.

Kelmarin, Anwar menggelar ahli parti itu yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti sebagai ‘pengacau’ dan meminta mereka berundur sebelum disingkirkan.YANG GAGAL BUKAN AHLI DAN PEMIMPIN PKR YANG LAIN...TAPI YANG GAGAL ADALAH ANWAR.ANWAR GAGAL DALAM SEMUA BIDANG...GAGAL SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK...GAGAL DALAM MENGAWAL NAFSU PELIKNYA.....GAGAL DALAM POLITIKNYA KERANA SERING MENIPU DENGAN BERBAGAI JANJI JANJI PALSU...

Rabu, 11 November 2009

ANWAR NIZAR BARU=A:ALAHAI TGNA,NAIK HAJI PUN GUNA DUIT RASUAH

PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

YANG MENJADI MASAALAH NYA TGNA BUKAN ORANG BIASA TAPI BELIAU ADALAH SEORANG PEMIMPIN NEGERI..SEPATUTNYA TGNA PERLU MENUNJUKAN CONTOH YANG BAIK DENGAN PERGI KETANAH SUCI DENGAN DUIT HASIL DARI PENCARIAN SENDIRI DAN BUKANNYA TERIMA DARI ORANG..ITU SUDAH MASUK KETEGORI RASUAH...KALAU DAH TIAP TAHUN PERGI MEKAH DENGAN TAJAAN ORANG JADI SELAMA INILAH TGNA PERGI HAJI DENGAN DUIT RASUAH.....

TGNA BUKAN ORANG BIASA TAPI SEBAGAI MB TGNA PERLU MENUNJUKAN SATU TELADAN YANG BAIK PADA RAKYAT YANG PEMERGIAN KITA KEMEKAH ADALAH HASIL USAHA KITA SENDIRI DAN BUKANNYA SEWENANG WENANGNYA TERIMA DUIT DARI ORANG.APAKAH INI BUKAN SATU BENTUK RASUAH?

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

SAYA RASA RAMAI LAGI RAKYAT KELANTAN YANG TIDAK MAMPU UNTUK PERGI KE MEKAH KERANA TIDAK MAMPU....KENAPA TGNA TIDAK BUAT SATU TABUNG UNTUK MEMBANTU RAKYAT YANG TAK MAMPU UNTUK MENUNAIKAN HAJI?

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

MEMANG LA MASA INI PIHAK PENAJA TIDAK MEMINTA HABUAN TAPI BELUM TENTU SUATU MASA NANTI PIHAK PENAJA AKAN MEMINTA JUGA SESUATU DARI PIHAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN...MUNGKIN KERANA AMALAN INI NEGERI KELANTAN MASIH MUNDUR DARI NEGERI LAIN......KERANA AMALAN INILAH RAMAI PEMIMPIN PAS NEGERI KELANTAN KAYA RAYA SEDANGKAN RAKYAT TERPAKSA KELUAR DARI NEGERI KELANTAN UNTUK MENCARI SESUAP NASI ....KITA SAMA SAMA LAH RENUNG RENUNG KAN......LU ORANG PIKIR LA SENDIRI....

MUNGKIN KERANA PEMBERIAN INI DIANGGAP BUKAN RASUAH,MAKA MAKIN BERLELUASALAH NANTI PENDERMA YANG BAGI PEMIMPIN PAS NAIK HAJI DAN PERGI MAKAN ANGIN....

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:DR ASRI LANGGAR JANJI

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini mendakwa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah melanggar janji untuk tidak mendedahkan persetujuan persatuan itu untuk memohon maaf kepadanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip bagaimana enggan mengulas lanjut dan hanya berkata: "Kita tunggu dan lihat".

Khamis lalu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu media selepas berceramah di Pulau Pinang bahawa PGSM memberi jaminan bertulis untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.

Bekas mufti Perlis itu dilaporkan berkata, jaminan bertulis itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya oleh Mohd Isa sendiri selepas pertemuan dua jam di sebuah hotel di ibu negara pada hari hari yang sama.

NONEDr Mohd Asri juga dilaporkan berkata, jaminan bertulis itu juga turut ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal Islam, Datuk Mohamad Jamil Khir Baharum sebagai saksi.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz juga, kata Asri, turut menghadiri pertemuan tersebut.

Sebelum itu, PGSM telah menghantar memorandum - yang disokong oleh 13 NGO Islam - kepada Yang di-Pertuan Agong membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Dr Mohd Asri juga memberitahu media bahawa PGSM akan memohon maaf secara terbuka kepadanya dengan disiarkan dalam laman web rasmi persatuan tersebut dan melalui saluran media yang lain.

Bekas mufti Perlis itu berkata beliau memberi tempoh sehingga jam 7 malam Jumaat lalu untuk PGSM berbuat demikian.

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh tersebut, PGSM tidak memohon maaf sepertimana yang dituntut oleh Dr Mohd Asri.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, pihaknya ada menerima surat tuntutan guaman daripada Mohd Dr Asri berhubung perkara itu, Jumaat lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan kandungan surat tuntutan tersebut.

Mohd Isa juga enggan mengulas apabila ditanya bahagian manakalah daripada kandungan memorandum itu yang hendak ditarik balik.

Namun begitu, presiden PGSM itu berkata persatuannya tidak tertekan dengan tindakan Dr Mohd Asri yang dilihat mendapatkan sokongan politik.

"Setakat ini, kita tunggu dan lihat. Kita tidak mahu panjangnya di media. Kita lihatlah perkembangannya nanti," kata Mohd Isa.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan telah menghantar surat tuntutan guaman kepada PGSM berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini beliau menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk meneliti tindakan selanjutnya

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:NIK AZIZ AKUI DIBIAYAI TUNAI HAJI.APA INI BUKAN RASUAH?

Kalau diri sendiri tidak rasuah tapi bila kena pada pemimpin Umno semuanya rasuah.Mungkin sebagai penjaga pintu syurga jadi ramai lah orang yang mahu membawa TGNA ke Mekah.TGNA sendir mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran yang diberikan kepadanya bersama isteri untuk menunaikan haji pada 17 November ini.Ditanya alasan individu terbabit mahu menajanya, Nik Abdul Aziz berkata: "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Mana tahu (alasan pembiayaan itu) tanya dialah. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi."

Mengulas siasatan SPRM ke atas menantunya, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), katanya, terpulang kepada pihak berkuasa tersebut untuk menjalankan tugas mereka.Malah katanya, beliau juga bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan yang dipengerusikannya itu.

Katanya, pelantikan Mohd. Ariff Fahmi sebagai CEO dilakukan mengikut proses biasa dan menantunya itu berkelayakan untuk menerajui perbadanan tersebut.Tidak ada apa luar biasa (tentang pelantikan Mohd. Ariff Fahmi), saya sendiri lantik jawatankuasa lembaga penasihat PMBK, kalau saya tidak lantik tidak ada apa-apa, benda ini berlaku baru saja, sejak saya duduk sini, sebelum saya jadi Menteri Besar tidak ada jawatan ini.Saya lantik dia kerana beliau jurutera ada kebolehan dan saya beri kepercayaan kerana saya kenal anak dan menantu saya, mana boleh Menteri Besar lantik orang yang tidak tentu untuk jawatan ini.


ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:PAS BAKAL KEHILANGAN KELANTAN DAN KEDAH PADA PRU KE 13 NANTI

Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.

Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.

Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.

"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya.

Selasa, 10 November 2009

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:APA YANG TERJADI PADA NIK AZIZ MERUPAKAN INGATAN BUAT NIK AZIZ

Apakah apa yang dialami oleh TGNA ini merupakan satu ingatan dari ALLAH yang maha ESA.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

MUNGKIN INI MERUPAKAN SATU TANDA DIMANA IANYA SATU INGATAN PADA TGNA AGAR DIMASA AKAN DATANG TIDAK SEWENANG WENANGNYA MENUDUH ORANG LAIN.SEPATUTNYA NIK AZIZ LIHAT DIRI SENDIRI KENAPA SEJAK KEBELAKANGAN INI BARISAN KEPIMPINAN PAS SEMACAM BERTELAGAH SESAMA SENDIRI DIMANA SEMUANYA BERPUNCA DARI TGNA SENDIRI YANG TIDAK SENANG DENGAN PERPADUAN ORANG MELAYU DAN ISLAM.KENAPA TGNA BEGITU MEMBENCI PADA UMNO SEDANGKAN KITA ADALAH SEAGAMA .APA BURUKNYA UMNO DIMATA TGNA?KENAPA UMNO TGNA TOLAK SEDANGKAN DAP TGNA SANJUNG.APAKAH DAP BERJUANG BERSAMA SAMA PAS UNTUK MENEGAKAN ISLAM....TG FIKIR LA SENDIRI...

MUNGKIN INI TANDA TANDA INGATAN PADA TGNA AGAR DIMASA AKAN DATANG BERFIKIR DULU BILA INGIN MEMBUAT KENYATAAN YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM.DALAM ISLAM SENDIRI DIGALAKAN PERPADUAN SESAMA UMAT ISLAM WALAUPUN KITA BERBEZA PENDAPAT.BERBEZA PENDAPAT TIDAK SEHARUSNYA KITA BERPECAH DAN BERMUSUH...INGAT...KITA ORANG MELAYU DAN ISLAM MAKIN LAMA MAKIN KETINGGALAN DALAM BERBAGAI BIDANG DAN INGATLAH YANG MANA ANAK CUCU KITA AKAN MENYUMPAH PADA PEMIMPIN PAS SEKARANG TERMASUK PADA TGNA SENDIRI SEKIRANYA TGNA SEBAGAI PEMIMPIN SEKARANG TIDAK MENJAGA PERPADUAN ANTARA UMAT ISLAM.....KUAT ISLAM KUATLAH ORANG MELAYU DAN KUATLAH KITA RAKYAT MALAYSIA.....KERANA ITULAH KERAJAAN BN SANGAT BPRIHATIN DENGAN RAKYAT DIMANA RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:PEMIMPIN PAS YANG NAK KELUAR PARTI LEGA KERANA TIADA ARAHAN BAI"AH CERAI TALAK TIGA

Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai'ah sebagai akujanji dan taat setia kepada parti tetapi secara rasminya tiada arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan amalan itu dipraktikkan secara meluas adalah tidak benar dan pihaknya yang memandang serius perkara itu sedang melakukan siasatan lanjut.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan saya supaya menyiasat perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan kerana Pas Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai'ah cerai talak tiga.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan," katanya kepada ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

Bagaimanapun, Mustafa ketika ditanya apakah teks penuh bai'ah taat setia kepada Pas yang perlu diucapkan oleh wakil rakyat itu berkata, beliau tidak mengingatinya dengan jelas.

Mengenai adakah pihaknya telah berjumpa atau memanggil Khalid untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad itu, katanya, perkara itu belum dilakukan.

"Belum lagi, saya tidak jumpa atau hubungi dia. Kita tidak meletakkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menyiapkan siasatan ini kerana yang penting siasatan rapi akan dibuat," katanya.

Dewan Muslimat Pas sebagai reaksi daripada kenyataan Khalid itu telah mempertahankan amalan bai'ah cerai talak tiga yang disifatkan mampu membela wanita dan secara tidak langsung dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

Beliau berkata, amalan bai'ah yang diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007 itu tidak bermaksud merendahkan wanita dan menggalakkan perceraian, tetapi sebaliknya sebagai cabaran kepada lelaki berjuang menguatkan syiar Islam.

Antara pemimpin Pas yang mengakui telah melakukan bai'ah cerai talak tiga ialah Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman yang melafazkannya semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

Isnin, 9 November 2009

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ASRI NAK MASUK POLITIK,TAPI BELAH MANA !!UMNO KE PAS?

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

NONEBeliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah.

TERPULANG LAH DR ASRI NAK MASUK MANA....YANG PENTING JANGAN MASUK PARTI YANG HANYA PENTINGKAN KEPENTINGAN PUAK PUAK SENDIRI....BAGAIMANA PANDANGAN SEMUA ...MANA YANG BAIK...UMNO ATAU PAS...ATAU PKR......FIKIR FIKIRKAN LAH..

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR SAMAN SAIFUL PULAK

Kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, atas dakwaan berniat jahat kerana membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat Anwar, ditetapkan pada 28 Januari untuk pengurusan kes. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor, menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Pada 30 Jun tahun lalu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menfailkan saman terhadap Mohd Saiful mendakwanya membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi, di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya sebagai ahli politik.
Anwar, 62, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Mohd Saiful, 24, tahu bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun bekas pembantunya itu tetap membuat laporan polis itu pada 28 Jun tahun lalu.

Anwar mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat. Mohd Saiful dalam pernyataan pembelaan yang difailkan Mei lalu berkata laporan polis itu adalah bersifat justifikasi dan sekiranya laporan itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar terhadap tuduhan liwat itu.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful dan beliau dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin sementara menunggu perbicaraan kes. Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 November ini di Mahkamah Tinggi. Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan 1 Julai hingga 23 Julai lalu tetapi mahkamah menangguhkannya bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan Anwar berhubung kes itu.

APA NAK SUSAH...ANTARA ANWAR DAN SAIFUL SIAPA YANG BERANI BERSUMPAH....ADA ANWAR BERSUMPAH YANG DIA TIDAK MELIWAT ANWAR....DARI SITU KITA SUDAH TAHU SIAPA YANG BERANI.....APA KAH KITA NAK PERCAYA PADA ORANG YANG TIDAK BERANI NAK BERSUMPAH......KALAU ANWAR SEORANG YANG BERANI KERANA KEBENARANNYA KENAPA ANWAR MENOLAK UNTUK SAMA SAMA DENGAN SAIFUL BERSUMPAH DIDALAM MASJID......DENGAN RAKYAT ANWAR BOLEH LA NAK BOHONG TAPI DENGAN ALLAH SWT ....TERIMA LAH AKIBATNYA NANTI......MAHKAMAH DUNIA BOLEH LA KITA PUTAR BELIT TAPI MAHKAMAH AKHIRAT TERIMALAH AKIBATNYA NANTI......

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar parti jika tidak mematuhi dasar ditetapkan.Sejak akhir akhir ini makin ramai pemimpin Pkr yang sudah tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan telah keluar beramai ramaidari parti Pkr yang selama ini Anwar perkudakan mereka.Mungkin selama ini Anwar berjaya mempergunakan ramai pemimpin Pkr sehingga mereka tidak dapat membezakan baik busuknya orang yang bernama Anwar Ibrahim.

Siapa yang tidak tahu yang Anwar adalah seorang yang mahu orang lain ikut naluri hatinya.Anwar mahu pemimpin Pkr adalah pemimpin yang bersih tapi Anwar sendiri sudah disaluti dengan berbagai bagai skandal yang mengaibkan.Apakah layak Anwar diangkat sebagai seorang pemimpin yang boleh membawa negara ini kejayaan sedangkan diri Anwar sendiri disaluti dengan dosa dosa yang tidak mungkin dimaafkan oleh seorang yang bernama manusia.

Siapa Anwar ingin bercakap soal dasar sedangkan semasa didalam kerajaan BN Anwar banyak tidak mengikuti dasar dasar yang telah ditetapkan oleh PM ketika itu Tun Mahathir.Kalau negara ini mengikut nafsu Anwar ketika itu negara ini sudah tentu akan menanggung beban hutang yang akan ditanggung oleh rakyat jika tidak dengan kebijaksanaan Tun Mahathir yang menolak pinjaman dari IMF.

Anwar sebenarnya tidak layak dipanggil seorang pemimpin dan gelaran yang selayaknya dipanggil pada Anwar adalah ALJUBURI....Sudah berapa kali Anwar dihadapkan kemahkamah sejak dari zaman Tun Lagi soal peribadinya yang sangat menjijikan rakyat.Jadi adalah tidak layak untuk Anwar bercakap soal setia kerana Anwar sendiri tidak setia dengan Umno ketika itu yang mana kemasukan Anwar kedalam Umno hanyalah untuk kepentingan dirinya sahaja.

Begitu jugalah sekarang dalam parti Keadilan Rakyat dimana Anwar menguasai semuanya hingga setiap cadangan atau idea dari orang lain tidak akan diterima oleh Anwar.Sememangnya Anwar hanya layak dipanggil sebagai seorang pemimpin yang hanya pandai menabur janji tapi tidak akan menunaikannya.Kerana itulah ramai pemimpin Pkr diperingkat negeri ramai yang meninggalkan Pkr hanya kerana selama ini mereka merasakan telah diperbodohkan oleh Anwar selama ini.

Dulu Anwar ingin menghancurkan Umno dan tidak mustahil dimasa akan datang Anwar akan menghapuskan pemimpin pemimpin Pas yang tidak sehaluan dengannya demi mencapai cita cita politiknya.

ANWAR NIZAR HAMPEH:RUJUK SAJA GUAN ENG

Ketua Menteri, Lim Guan Eng boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi DUN 30 November ini sekiranya didapati berbohong pada sesi lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, mana-mana wakil rakyat boleh 'mengheret' Guan Eng kepada jawatankuasa itu jika jawapan bertulis berhubung isu syarat guna tanah yang diberikan kepada ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad pada sidang DUN Ogos lalu didapati tidak benar.

''Kita tidak tahu sama ada Ketua Menteri tidak tahu fakta sebenar atau telah berbohong, namun jika benar dia sengaja beri fakta tidak betul, dia boleh dirujuk kepada jawatankuasa itu kerana berbohong dalam Dewan yang mulia adalah serius.

''Ini kerana dengan memberikan jawapan tidak betul pada masa sama, rakyat juga telah diberikan fakta-fakta yang tidak tepat dan ini tidak sepatutnya berlaku,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Hari Keluarga Pusat Harian Harapan Bakti di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1 November lalu mengatakan Muhammad Farid mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran di bawah Guan Eng telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Seksyen 19, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Ruangan bisnes akhbar Inggeris tempatan itu pada Khamis lalu juga melaporkan bahawa syarikat PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut menghadap laut di tanah bersebelahan Hotel E&O di Lebuh Farquhar di sini.

Guan Eng yang juga ADUN Air Putih pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN ke-12, 10 Ogos lalu telah memberikan jawapan bertulis berlainan kepada Muhammad Farid berhubung isu syarat guna tanah di negeri ini.

Muhammad Farid dalam soalannya meminta penjelasan sama ada tanah-tanah kerajaan negeri yang berbentuk pajakan akan dibenarkan ditukar menjadi hak milik kekal bagi tujuan pembangunan dan dari bulan April 2008 hingga Jun 2009, jumlah permohonan yang telah diluluskan.

Jawapan Guan Eng pula ialah kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan satu dasar berkaitan status pegangan tanah iaitu membenarkan tanah-tanah milik yang berstatus pajakan dipanjangkan tempoh pegangan seperti berikut:-

Tanah-tanah industri kepada 99 tahun, tanah-tanah komersial kepada 99 tahun dan tanah-tanah kediaman kepada pegangan kekal.

Memandangkan kerajaan negeri masih menunggu untuk membawa perkara ini kepada Majlis Tanah Negara pada akhir tahun ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan negeri setakat ini belum dapat lagi meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada pegangan kekal.

ANWAR NIZAR BARU=A:PKR MAKIN TENAT,MAKIN RAMAI YANG TINGGALKAN PKR

Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar dan ahli-ahli parti itu menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya.

"Kami mengambil langkah ini selepas menyedari perjuangan PKR tidak berfungsi seperti yang digambarkan di peringkat awal kononnya untuk membela nasib rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Md. Isa di Kampung Sungai Siran, Santan, yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad.

Kata Zainurin, PKR Bahagian Padang Besar dijangka lumpuh kerana sebahagian besar daripada ahlinya akan menyertai UMNO pada bila-bila masa selepas mendapati UMNO lebih mementingkan akar umbi.

Beliau juga memberitahu, semua 200 bekas ahli PKR itu akan menubuhkan cawangan baru UMNO yang dikenali UMNO Cawangan Sungai Siran yang terletak di sempadan kawasan Parlimen Padang Besar dan Kangar.

"Kami akan berbincang dengan UMNO Perlis untuk membolehkan cawangan di Sungai Siran itu dimasukkan ke kawasan Parlimen Kangar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, yang mana wakil rakyatnya ialah Menteri Besar Perlis sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Md. Isa pula mengalu-alukan kehadiran ahli PKR menyertai UMNO demi memperkuatkan lagi perjuangan dan perpaduan masyarakat Melayu.

Beliau berkata, semua sedia maklum bahawa UMNO merupakan parti yang berteraskan perjuangan Melayu demi kepentingan rakyat dan berbekalkan dasar tersebut, UMNO kekal sebagai parti teras Barisan Nasional (BN).

Ahad, 8 November 2009

ANWAR NIZAR BARU=A:J/K DISIPLIN AKAN SIASAT SEMUA ADUAN NIK AZIZ.

Jawatankuasa Disiplin PAS tidak akan menyiasat semua pimpinan pusat parti itu yang disenaraikan sebagai 'pemimpin bermasalah' oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blog beliau bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin-pemimpin berkenaan tidak perlu disiasat kerana tiada sebarang pertuduhan terhadap mereka.

"Kita tak perlu nak siasat semua, tak ada pertuduhan... tak perlulah nak siasat," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan beberapa perwakilan yang menghadiri Seminar Memperkasakan Parti itu semalam yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pusat parti yang hanya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas PAS Selangor.

Nik Aziz ketika menulis dalam blognya telah menyebut tentang 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah termasuk menyebut nama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Mereka ini disifatkannya sebagai pro-Umno.

Bagaimanapun Tun Ibrahim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pertuduhan bagi pemimpin-pemimpin lain yang disebutkan itu kecuali Hassan yang kini diperingkat siasatan.

Dalam mesyuarat khas PAS yang diadakan pada 28 Oktober lalu keputusan telah diambil agar Jawatankuasa Disiplin menjalankan siasatan ke atas PAS Selangor.

"Mesyuarat hanya putuskan untuk kita siasat PAS Selangor, kita bersikap adil, bukan untuk melindungi mana-mana pihak," katanya.

ANWAR NIZAR BARU=A:ANTARA UMNO PAS SIAPA YANG LEMAH.

Tidak dinafikan pembangkang telah berjaya melemahkan Umno dan BN pada pru ke 12 yang lalu.Tapi kekuatan yang dapat oleh pembangkang terutama Pas telah membuat Pas terlalu riak dengan mengandaikan yang Umno akan terkubur pada pru ke 13 nanti.Tapi belum lagi sampai pada pru 13 Pas sudah bergelora dengan krisis kepimpinan yang akan melemah dan menghancurkan Pas sekiranya ahli Pas tidak berani sebagaimana beraninya ahli Umno yang menukar kepimpinan yang telah terlalu lemah.

Kerana kelemahan presiden Pas lah Pas hanya menjadi pak turut sahaja dalam Pakatan pembangkang dimana Pas hanya menuruti kehendak Pkr dan Dap.Contoh ketara yang presiden Pas lemah ,lihat sahaja seminar yang diadakan semalam dimana presiden Pas sendiri telah dikritik oleh ahli ahli Pas sendiri.Percayalah sekiranya Haji Hadi masih lagi bertahan sebagai Presiden Pas sehingga pru ke 13 nanti tidak mustahil yang Pas akan tenggelam pada pru nanti.

Kemungkinan yang dinyatakan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS mungkin ada kebenarannya dimana berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.

Sementara itu bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif.Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada," kata Abu Hassan pada seminar yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.

Satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara.Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.Barisan kepimpinan serta peserta seminar ini perlu memandang berat mengenai perkara ini, kebanyakan daripada jawapan-jawapan positif atau yang menyokong adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.Jadi dapat kita andaikan bahawa Pas tidak akan berjaya sekiranya presiden Pas masih di galas oleh Hadi dan sekiranya Pas masih pertahankan Hadi ,percayalah yang Pas akan kehilangan banyak kerusi dalam pru nanti.

Haji Hadi juga boleh diketogori sebagai presiden yang tiada pendirian langsung kerana hanya dengan sergahan Pkr dan Dap Haji Hadi sudah hilang arah dalam pendiriannya berhubung dengan kerajaan perpaduan sedangkan cadangan asal kerajaan perpaduan adalah dari Haji Hadi sendiri.Apa akan jadi sekiranya Pas masih pertahankan seorang presiden yang tidak berpendirian dan sudah tentu Pas akan menjadi sebuah parti yang goyah pada pru nanti.

Jadi sebagai jalan terbaik pada Passeharusnya Ahli Pas harus bangkit dengan menyingkirkan seorang presiden yang lemah dan tiada pendirian agar Pas akan terus diterima oleh rakyat.Pas perlu lihat pengajaran dari Umno dimana presiden yang lemah akan membawa kemudaratan pada keseluruhan perjalanan sebuah parti.

Sabtu, 7 November 2009

ANWAR NIZAR HAMPEH:NIK AZIZ TINGGALKAN SEMINAR! KERANA TIDAK......

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri seminar politik parti itu yang diadakan hari ini namun terpaksa meninggalkan majlis berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi kerana masalah kesihatan.

Beliau meninggalkan seminar tersebut selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai menyampaikan ucapan perasmian.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan kembali pada majlis penutup seminar itu pada sebelah petang ini.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu.

Seminar hari ini dibuat berikutan cadangan Nik Abdul Aziz sebelum ini untuk mengadakan Muktamar Khas (EGM) bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapaun pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat pada 28 Oktober lalu memutuskan untuk tidak mengadakan EGM sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.

Dua pemerhati politik yang diundang memberi pandangan pada seminar politik itu ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya (UM).

Selain itu, seorang lagi panel ialah, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH