tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 1 Jun 2010

RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA DISAHKAN SELAMAT

Seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang tentera Israel disahkan selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dalam pada itu Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu,akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel semalam.

Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal itu tetap meneruskan pelayaran melalui perairan Gaza dan tidak akan melalui perairan Israel.Kapal itu tidak akan melalui perairan Iarael. Kenapa pula Israel mahumenghalang orang daripada pergi ke Gaza dan tidak melalui kawasan perairan Israel langsung. Mereka tidak berhak berbuat demikian," katanya.Malahan, Dr Mahathir berkata dua buah kapal lagi akan belayar ke Gaza dan terdapat warga Malaysia dalam kapal berkenaan.

Pelayaran kapal itu tertangguh kerana mengalami masalah pada enjin. Mereka berlepas dari Ireland dan perlu melalui jarak lebih jauh tetapi tetap meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya dalam temu bual dengan stesen penyiaran Al-Jazeera hari ini

KABINET BARU:TEE KEAT GUGUR

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet hari ini.

Beliau digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai Menteri Pengangkutan baru yang sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan-palantikan lain iaitu:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

[BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang merupakan bekas presiden MCA dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk wee Jeck Seng digugurkan.

JaNONEwatan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.

Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

SNONEementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat.

NONETimbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.

Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

chua tee yongDalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA, Datuk seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu.

donald limgan ping shouDua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

razali ibrahimDonald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.

Perdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.


KELAR DIRI SENDIRI KERANA BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL




Suasana depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kecoh seketika bila seorang lelaki Arab dipercayai warga Palestin kelar badannya dengan pisau kerana protes serangan tentera Israel keatas kapal konvoi misi kemanusiaan Gaza.

Kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi sejurus Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali selesai mengetuai kira-kira 300 orang wakil pelbagai NGO mengadakan demo depan kedutaan.

Mereka adakan demo itu mulai jam 11 pagi.

Ibrahim juga telah menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan itu.

Orang ramai telah bertindak segera untuk mengelak dari dia mencederakan lagi dirinya.Badan dan tangannya berlumuran darah.

Polis terus mengejarkannya ke hospital untuk rawatan.

Pada jam 12 tengahari pula seramai 80 orang dari pakatan rakyat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sampai untum menyampaikan nota bantahan.Turut serta Tian Chua,Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu di pejabat perwakilan Bangsa-bangsa Bersatu di Kuala Lumpur,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengetuai rombongan 200 orang ahli pergerakan itu menyampaikan nota bantahan.

Turut serta Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.Nota berkenaan disampaikan kepada ketua perwakilan itu Kamal Malhotra.

Isnin, 31 Mei 2010

BUKTI PAS JUGA DI TOLAK RAKYAT

Seramai 18 orang ahli PAS di Alor Binjal di sini bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai UMNO setelah sedar bahawa PAS gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat walaupun kini berkuasa menerajui kerajaan Kedah.

Majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu diadakan pada mesyuarat UMNO cawangan Alor Binjal di sini pada Ahad. Selain borang daripada 18 anggota PAS itu, turut diserahkan ialah 12 borang ahli baru.

Bekas anggota PAS Alor Binjal, Majid Seman, yang menyerahkan borang-borang itu kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Guntor Tobeng Mansor Tobeng, berkata mereka mengambil keputusan menyertai UMNO selepas melihat PAS gagal menerajui kerajaan negeri dengan berkesan selain kecewa dengan sikap pemimpin PAS kawasan berkenaan yang tidak mempeduli nasib rakyat.

"Kesusahan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu ini tidak dipedulikan oleh wakil rakyat kawasan ini. Pemimpin PAS gagal berbakti kepada rakyat," katanya.

Guntor Tobeng pula berkata penghijrahan anggota PAS kepada UMNO membuktikan orang ramai semakin sedar terhadap kelemahan kerajaan negeri.

"Selepas dua tahun memerintah Kedah, kelemahan kerajaan negeri sekarang terlalu ketara, dan banyak masalah rakyat gagal diselesaikan,

PEMIMPIN PAS SENANG DI MAIN MAINKAN ANWAR

Pemimpin Pas begitu senang untuk di bodohkan oleh Anwar dimana ternyata mengetepikan Pas sebagai rakan pakatan pembangkang apabila mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II dalam kalangan pemimpin DAP tanpa membincangkannya terlebih dulu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak mengetahui langsung tentang jawatan yang disebut dalam kenyataan Anwar itu.

"Itu hanya laporan media, kita belum ada apa-apa perbincangan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi diminta mengulas wawancara Anwar dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada 26 Mei yang dilaporkan berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai perasaan curiga jika ada di kalangan orang Cina layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sambil memberitahu bahawa pakatan pembangkang sudah mewujudkan Kabinet bayangan, Anwar berkata, beliau telah dipilih menjadi calon Perdana Menteri.

Ditanya mengenai tindakan Anwar mengeluarkan kenyataan itu tanpa berbincang dengan Pas, Abdul Hadi menyifatkan ia pandangan peribadi Penasihat PKR itu.

"Saya tidak tahu, itu pandangan peribadi (Anwar), saya pun ada pandangan peribadi.

"Dalam pakatan kita belum bincang," katanya.

Mengulas isu yang sama, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, majlis tertinggi pakatan pembangkang juga tidak pernah membuat keputusan bahawa Anwar akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri.

"Ia bergantung kepada keputusan pilihan raya umum nanti, kita tidak bincang secara spesifik (Anwar jadi Perdana Menteri), kita belum bincang," katanya.

Beliau menjelaskan, sebarang penambahan jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan pembangkang membabitkan Pas, PKR dan DAP.

Katanya, langkah sama juga akan dilakukan jika melibatkan sebarang keputusan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

"Apa-apa keputusan yang dibuat, secara prinsipnya kami telah bersetuju bahawa semuanya akan dibincang dalam majlis tertinggi yang dianggotai kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti

Ahad, 30 Mei 2010

ORANG MELAYU TIADA TEMPAT SEKIRANYA ANWAR DIBERI KUASA

Anwar akan lakukan apa sahaja untuk mengangkat dirinya menjadi pemimpin negara ini.Tapi Anwar lupa apa akan jadi sekiranya DAP yang berjaya menguasai majoriti diantara Pakatan pembangkang nanti.Apakah DAP akan memberi laluan pada Anwar untuk menduduki kerusi PM????Rasanya inilah masanya nanti kita tahu siapa yang menyokong siapa.

Anwar kini semakin terdesak apabila melakukan penipuan besar dengan menabur pelbagai janji palsu kepada rakyat dan parti pembangkang lain.Rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat kata-kata Anwar yang boleh menabur janji yang berbeza-beza kepada kaum-kaum tertentu di negara ini.Rakyat harus berhati-hati kerana janjinya tidak semestinya dapat ditunaikan. Kadang-kadang dia cakap lain kepada orang Melayu dan cakap lain kepada orang Cina.Terpulang kepada rakyat, yang penting rakyat tidak boleh telan bulat-bulat kerana Anwar sendiri tahu dia tak boleh tunaikan apa yang dijanjikan nya.Ini semua adalah gula gula yang hanya ingin menyedapkan hati dan untuk menarik sokongan kaum cina pada dirinya nanti.

Orang melayu harus sedar yang selama ini Anwar telah membelakangkan segala kuasa tradisi orang Melayu apabila menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP.Tindak tanduk Anwar sebenarnya tidak ubah seperti amalan sosialis yang dipraktikkan oleh DAP yang tidak pernah sedar tentang perjuangan kuasa tradisi Melayu.

Anwar sebenarnya langsung tidak mencerminkan sesuatu yang memberi keteguhan atau kekuatan pada orang Melayu atau peruntukan kuasa di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.Jadi orang Melayu mesti baca dan faham apa maksudnya dengan jelas supaya tidak terpengaruh dengan retoriknya dimana sedikit demi sedikit kuasa yang dimiliki oleh orang melayu akan terhakis dan mungkin akan hilang sekiranya kita tidak memiliharanya dengan baik.

Kita orang melayu tidak payah menunggu lama untuk melihat siapa dikalangan mereka yang mempunyai suara yang kuat.Kita tahu walaupun di Selangor MB adalah dari orang Melayu tapi segalanya arahan datang dari DAP.Ini dapat kita lihat apa sudah jadi dengan negeri Selangor.Mana perginya suara Pas yang selama ini berjuang untuk memertabatkan Islam.Pas hanya ibarat melukut di tepi gantang.Ada wakil dalam kerajaan tapi bila hidung sudah di cucuk maka semua kehendak DAP terpaksa di ikuti oleh Pas dan Pkr.Inilah nasib orang melayu di Selangor sekarang.

DAP boleh disifatkan sebagai 'parti yang teragung sekali' dalam pakatan kerana boleh mempengaruhi Anwar untuk membuat segala keputusan tanpa diadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang lain terutama Pas.Sikap Anwar yang sibuk membincangkan isu itu jelas membuktikan bahawa beliau hanya memikirkan tentang jawatan dan tidak mengutamakan rakyat terutama orang melayu.Apa yang di janjikan oleh Anwar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan bertentangan dengan kontrak sosial yang disepakati semua kaum ketika mencapai kemerdekaan dulu.Apa yang dilakukan oleh Anwar sebenarnya adalah satu tindakan yang terdesak semata-mata bagi meraih sokongan bukan Melayu.Anwar membuat pelbagai janji yang beliau sendiri tahu tidak akan ditunaikan kerana sedar bahawa pakatan pembangkang tidak akan mampu membentuk kerajaan di peringkat Pusat.Mungkin juga Anwar akan mewujudkan 10 jawatan Timbalan Perdana Menteri pada suatu masa nanti.

AKHIR SEKALI TEPUK DADA TANYALAH IMAN......APAKAH ORANG MELAYU INGIN MELIHAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT KUASA KITA HARI INI DIRAGUT OLEH ORANG LAIN...SELAMA INI KITA HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAMAI TAPI BILA MUNCULNYA SEORANG YANG GILA KUASA MAKA AKAN DIJUALNYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT NEGARA INI DAN AKHIRNYA ORANG MELAYU AKAN MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI.....MAKA AKAN TIADA LAGI TANAH MELAYU DAN SEBALIKNYA AKAN DI GANTI DENGAN TANAH ????

APAKAH KITA SANGGUP MELIHAT ANAK CUCU KITA NANTI HANYA MENJADI PELARIAN DAN PENGEMIS DI NEGARA YANG DI ASAKAN OLEH NENEK MOYANG KITA DAHULU.

MUNGKIN ANWAR SENGAJA MELUPAKAN SEJARAH SIAPAKAH YANG BERJUANG BERMATI MATIAN DALAM MENEGAKAN NEGARA TANAH MELAYU INI KALAU BUKAN PEJUANG PEJUANG DATUK NENEK KITA DAHULU.

HANYA KERANA INGINKAN KUASA ANWAR SANGGUP MENJUAL NEGARA INI DAN MELUPUSKAN APA YANG ADA PADA ORANG MELAYU.

Jumaat, 28 Mei 2010

ORANG PAS MEMANG BANGGANG ANGGAP TANAH KTM DI SINGAPURA MILIK MALAYSIA

langsung tidak masuk akal untuk menganggap" tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.

Menyambut baik perjanjian dua hala bersejarah yang dimeterai Malaysia denganSingapura pada Selasa bagi membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata perjanjian itu mewujudkan keadaan yang memihak kepada KTM dan Malaysia.

"Bertukar-tukar tanah pajakan kereta api dengan tanah yang tidak memiliki potensi pembangunan dengan nilai setara tetapi dengan tanah yang memiliki potensi pembangunan bermakna KTM sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertukaran itu," tegas Shahrir, yang terkenal dengan kelantangan dan pendirian tegasnya mengenai isu nasional, terhadap kritikan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perjanjian yang dimeterai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien-Loong atas alasan ia dilakukan secara "tergesa-gesa" dan "tanpa butiran terperinci" yang akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.

Di samping melahirkan rasa khuatir bahawa nilai tanah Marina South dan Ophor Rochir yang diperolehi Malaysia sebagai pertukaran bagi tanah di Tanjong Pagar jauh lebih rendah, Anwar menggesa Najib membentangkan kertas laporan komprehensif pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai perjanjian itu.

Sebagai jawapan kepada kebimbangan Anwar, Shahrir menawarkan persepktif sejarah kepada perkara itu.

Tanah KTM, katanya adalah sebahagian daripada sistem pengangkutan ekonomi penjajah apabila Singapura ketika itu sebuah pelabuhan yang turut dihubungkan ke daerah pedalaman di Malaya yang dijajah British.

"Semenanjung Malaysia dan malahan Johor bukan lagi daerah pedalaman bagi Singapura," katanya.

"Jadi, tidak wajar untuk perkhidmatan KTM dikekalkan di Tanjong Pagar."

Daripada kacamata penumpang KTM, kecuali apa yang disifatkan oleh Shahrir sebagai "sentimen nostalgia-romantik", beliau berkata adalah tidak penting di mana mereka akan turun kerana ia mungkin bukan lagi di Tanjong Pagar tetapi yang penting ialah di Johor Baharu.

Mengenai potensi pendapatan jangka panjang daripada perkhidmatan kereta api itu, Shahrir menjangkakan perjalanan seterusnya ke Singapura dari Johor Baharu ekoran KTM berpeluang memanfaatkan 40,000 tenaga kerja Malaysia yang berulang-alik setiap hari melalui pintuk masuk CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Johor Baharu sebagai terminal pengangkutan, yang akan menaiki bas awam atau bas kilang untuk menyeberangi Tambak.

"Pada masa ini, KTM hanya membawa mereka ke Woodlands tetapi bukan sebaliknya kerana CIQ Malaysia terletak di Tanjong Pagar dan bukannya Woodlands," katanya.

Shahrir berkata malahan 50 peratus saham dalam perkhidmatan komuter menyeberangi Tambak adalah jauh lebih banyak daripada yang dijana oleh KTM pada masa ini bagi laluan Johor Baharu-Tanjong Pagar.

"Rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik dari Johor Baharu ke Singapura juga akan mendapat faedah daripada kaedah lain pengangkutan untuk menyeberangi Tambak Johor," katanya.

Berkongsi pandangan Shahrir ialah Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Muar, yang menyentuh mengenai faedah daripada perjanjian itu.

"Membiarkan isu ini berlarutan selama ini tidak membawa kebaikan kepada sesiapa," katanya. "Lagipun, ini mungkin akan mengheret kedua-dua negara berjiran ke dalam polemik politik."

Mengakui kebuntuan dalam isu tanah KTM antara Malaysia-Singapura lambat-laun perlu diselesaikan, Razali menegaskan kejayaan perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara mencerminkan "tahap diplomasi dan kenegarawan yang tinggi".

Menjangkakan perjanjian itu akan membuka lembaran baru dan saling bermanfaat, Razali berkata apa yang penting ialah pelaksanaannya tidak diabaikan ke tahap yang akan mengecewakan negara sepertimana di masa lalu.

Melihat perjanjian itu daripada perseptif sebagai seorang ahli ekonomi, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Norraesah Mohamad, menyambut baik perkara itu dan menyifatkan Malaysia sebagai "menang besar".

Beliau berkata Khazanah Nasional, memegang 60 peratus saham dalam syarikat usahasama M-S Pte Ltd, akan menukar "aset yang tidak dimanfaatkan" kepada usahasama komersil bernilai tinggi.

Menyentuh mengenai beberapa "bagasi" negatif dalam sejarah hubungan Malaysia-Singapura, beliau berkata rakyat Malaysia patut "berfikir melampaui sentimen" dan "melihat prospek yang lebih besar daripada sekadar tanah KTM."

"Kita perlu melihat kepada faedah jangka panjang yang bakal diraih dengan memanfaatkan aset bernilai yang selama ini dibiarkan sahaja," katanya.

"Dengan isu tertunggak itu telah diselesaikan, lebih banyak syarikat Singapura akan melabur di Kawasan Pembangunan Iskandar."

Menyatakan stesen baru kereta api yang dicadangkan itu akan menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baharu dan Singapura secara bersepadu, Norraesah berkata keadaan itu akan menawarkan keselesaan kepada rakyat Malaysia dan Singapura.

Keselesaan, katanya merupakan instrumen penting bagi perniagaan dan pelaburan sepertimana bagaimana IDR mampu menarik pelabur sama ada secara langsung dari Malaysia atau Singapura, untuk menjadi sebuah kawasan maju dan menawarkan lebih banyak peluang kerja.

Daripada segi nilai hartanah di Johor Baharu sendiri, perjanjian itu pasti menjanjikan kelebihan dan kebaikan, kata Norraesah dan menambah kata "nilai tanah akan meningkat manakala penduduk akan menikmati taraf hidup lebih baik."

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno pula berkata keputusan Najib untuk memeterai perjanjian dengan Singapura mengenai tanah KTM di Tanjong Pagar dibuat demi kepentingan negara.

"Dengan perjanjian itu, PM telah memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi isu tertunggak yang telah mentakrifkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

"Perjanjian itu akan membolehkan Malaysia memanfaatkan aset bernilai lebih tinggi daripada stesen di Tanjong Pagar.

"Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tanah di Tanjong Pagar tidak dapat dibangunkan untuk tujuan lain selain daripaad stesen kereta api."

Beliau berpendapat perjanjian itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk membangunkan tanah itu secara komersil daripada terus memegang aset yang tidak boleh dibangunkan untuk tujuan menjana kewangan.

Khairy berkata perjanjian itu "wajar" kerana Malaysia akan dibanjiri pembangunan perdana dan ikonik "daripada memori nostalgia yang menawarkan "faedah komersil dan strategik amat kecil kepada kita

PKR ADA NIAT UNTUK UBAH NEGARA INI MENJADI REPUBLIK

Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mendedahkan mengenai wujudnya gerakan tersusun untuk mengubah struktur organisasi parti itu supaya menyerupai acuan politik di Indonesia yang berasaskan kepada konsep republik.Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, perkara itu terbukti apabila nama-nama jawatan dalam parti itu ditukar supaya sama dengan apa yang diguna pakai oleh parti-parti politik di Indonesia.Beliau berkata, sejak pindaan Perlembagaan PKR tahun lalu, jawatan penasihat parti ditukar kepada ketua umum, ahli dipanggil anggota, pemuda ditukar kepada angkatan muda, bahagian dipanggil cabang dan cawangan ditukar kepada ranting.

Paling menyedihkan terdapat di kalangan pemimpin PKR di peringkat negeri adalah dari Indonesia yang langsung tidak tahu adat kesopanan dan budaya kita sehingga menimbulkan masalah di dalam parti.Kita harus sedar Indonesia merupakan negara republik yang membuang sistem beraja. Adakah dengan penstrukturan organisasi PKR ini menggambarkan bahawa Malaysia suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah Indonesia apabila parti berkenaan mendapat kuasa nanti?" soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir bekas Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan bekas Pengarah Strategi Wanita PKR negeri itu, Roshanita Mohd. Basir.Pada 11 Mei lalu, Fauzi, 51, meletakkan semua jawatan dan mengisytiharkan keluar daripada parti itu selepas tidak berpuas hati dengan kumpulan yang didakwa sebagai "syaitan besar" dalam PKR Perak kerana cuba menjatuhkan beliau dan menghalangnya menghadiri Kongres Nasional PKR keenam di Kelantan pada Sabtu dan Ahad ini.

Kumpulan itu juga dikatakan telah melobi supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi tidak dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum lalu.Mereka juga dikatakan menjadi punca Jamaluddin; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meletak jawatan dan keluar PKR baru-baru ini.Dalam pada itu, menyentuh mengenai sebab-sebab lain beliau keluar parti, Fauzi berkata, PKR kini telah kehilangan hala tuju dan ia terbukti apabila Perlembagaan parti yang dipinda pada 2009 tidak lagi mencatatkan prinsip utama perjuangan parti itu.

Pada 1999 ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), prinsip perjuangan kita berlandas kepada 10 perkara termasuk bagi memartabatkan sistem beraja dan hak bumiputera serta orang Melayu.Apabila ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan ditukar nama menjadi PKR pada 2003, prinsip berkenaan dihapuskan dan digantikan dengan moto kesaksamaan untuk semua dan selepas 2009, kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya prinsip utama perjuangan parti, tegasnya.Tambah Fauzi, beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap rakus pemimpin PKR di Perak yang sibuk merebut kekayaan peribadi sehingga ramai di kalangan mereka menjadi 'jutawan segera' sehingga mampu membeli rumah dan kereta mewah.

Saya akan buktikan segala dakwaan ini adalah benar dengan membuat aduan secara terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila sampai saat dan ketikanya," ujar beliau.Dalam perkembangan berkaitan, Fauzi yang menegaskan beliau tidak berminat menyertai UMNO berkata, sesi penerangan akan diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan secara terperinci kepada ahli dan penyokong PKR mengenai tindakannya meninggalkan parti itu.Saya akan menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan ahli dan penyokong PKR bahawa ia adalah parti yang berbahaya kepada negara,

SUDAH KITA KETAHUI APA NIAT SEBENAR PAKATAN.JADI PADA SELURUH ORANG MELAYU YANG MASIH BERADA DIDALAM PKR DAN PAS FIKIR FIKIR KAN LAH APAKAH KITA INGIN MERUBAH NEGARA.RAJA DI BUANG DAN NEGARA DI BERI PADA ORANG LAIN....KEMANA KITA ORANG MELAYU INGIN BERTEDUH KALAU TIDAK DI TANAH MELAYU INI......JANGAN KITA SENDIRI MENUKAR TANAH MELAYU INI PADA TANAH ORANG LAIN.....PADA ORANG MELAYU PAS ,KELUARLAH DARI PAS YANG SUDAH JAUH LARI DARI PERJUANGAN ASAL PAS....BIARKANLAH PAS MENJADI PARTI ORANG BUKAN ISLAM.....YANG PENTING BUKAN NEGARA INI MENJADI MILIK MEREKA....TANAH MELAYU TETAP MILIK ORANG MELAYU.....

Khamis, 27 Mei 2010

SIAPA YANG SAPU KEKAYAAN NEGARA INI KALAU BUKAN ORANG BUKAN MELAYU

Apa lagi yang dimahukan oleh mereka.Sudahla kekayaan negara ini semuanya di kuasai oleh mereka.Apakah mereka inginkan negara ini????Nampak gaya Pas dan PKR sudah memberi laluan pada orang bukan melayu untuk menguasai negara ini pada masa depan.....Lihat pada Pas dimana sedikit masa nanti Pas bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam tapi sebaliknya Pas akan dikuasai oleh orang bukan Melayu.Percayalahhhhh.....Ini semua kerana pemimpin Pas sekarang sudah gila untuk mendapatkan kuasa.....Pas sudah tidak peduli pada orang melayu lagi asalkan pemimpin mereka akan dijulang sebagai wira oleh orang bukan melayu...Tapi mereka lupa yang mereka akan di humban bila Pas sudah berada didalam genggaman mereka.Bila la orang seperti Nik Aziz akan sedar dari di buai keseronokan oleh tipu muslihat orang orang ini.

Orang melayu perlu bersatu dibawah satu bumbung dimana hanya UMNO yang boleh di harapkan dalam mempertahankan kedaulatan negara ini.Apa lagi yang kita ada selain dari TANAH MELAYU INI DAN RAJA RAJA MELAYU.Bagi Pas dan Pkr ini semua tidak penting bagi mereka...Yang Pas dan Pkr mahu adalah kuasa.Tapi kita lihat sahaja dimana Pas dan Pkr hanya menjadi kuda tungganggan pada DAP.Apakah kita ingin lihat Nik Aziz dan Pemimpin melayu yang lain dicucuk hidung agar mengikut telunjuk pemimpin DAP????KITA RENUNG RENUNG KAN LA.......JANGAN HARI INI KITA SERONOK DENGAN MENDAPAT SOKONGAN DARI MEREKA DENGAN MENGADAIKAN PERJUANGAN ORANG MELAYU.

MARI KITA LIHAT SIAPA YANG MENGUASAI EKONOMI NEGARA INI.....

BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:

Robert Kuok

1) Robert Kuok AS$ 12 bilion, 86, berkahwin, 8 orang anak. Pelbagai.

T. Ananda Krishnan

2) T. Ananda Krishnan AS$ 8.1 bilion, 72, berkahwin, 3 orang anak. Telekomunikasi.

Tan Sri Lee Sin Cheng

3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$ 4.6 bilion, 71, berkahwin, 6 orang anak. Kelapa sawit.

4) Puan Sri Lee Kim Hua & keluarga AS$ 3.9 bilion, 81, janda, 6 orang anak. Perjudian.

Tan Sri Quek Leng Chan

5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$ 3.85 bilion, 69, berkahwin, 3 orang anak. Pelbagai.

Tan Sri Teh Hong Piow

6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$ 3.8 bilion, 80, berkahwin, 4 orang anak. Perbankan.

Tan Sri Yeoh Tiong Lay

7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay & keluarga AS$ 2.5 bilion, 80, duda, 7 orang anak. Pelbagai.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.7 bilion, 58, berkahwin, 5 orang anak. Pelbagai.

Tan Sri Vincent Tan

9) Tan Sri Vincent Tan AS$ 1.6 billion, 58, berkahwin, 11 orang anak. Pelbagai.

10) Tan Sri Tiong Hiew King AS$ 1.2 billion, 75, berkahwin, 4 orang anak. Pembalakan.

KERAJAAN TAK JUAL TANAH KTM TAPI PAS JUAL .....

Kerajaan tidak pernah terniat untuk mengadai negara ini tapi apa yang dilakukan Kerajaan adalah hanya untuk menyelesaikan masaalah yang tertunggak begitu lama yang sudah tentu akan membawa kebaikan dan dimensi baru terutama berkongsi pendapatan dalam sektor ekonomi dan perdagangan.Kadang kadang terfikir juga kenapa begitu jumud dan dungu sangat para penyokong Pas yang mendakwa negara kita ini semakin kecil bila Kerajaan menyelesaikan isu tanah KTM ini.

Keputusan memindahkan stesen KTMB itu memberi kesan besar terutama hubungan dua hala di antara kedua-dua negara sekali gus mendekatkan jarak perjalanan dari lokasi asal. Persetujuan itu juga menjadi petanda baru bagi kedua-dua negara bagi meneruskan hubungan perdagangan yang lebih baik pada masa akan datang

Yang menghairankan Pembangkang terutama para penyokong Pas begitu bodoh untuk menilai yang mana semua ini adalah demi kebaikan negara ini.Setelah diteliti persetujuan itu khasnya beberapa perkara yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990, memang tidak dinafikan ia memberi faedah kepada negara.berdasarkan persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, tanah KTMB itu akan dimajukan secara usahasama menerusi syarikat yang dikenali M-S Pte Ltd.Dari segi bisnes, kalau dilihat secara kasar kita dah ada untung apabila Khazanah Nasional memiliki ekuiti 60 peratus manakala Temasek Holdings Ltd. cuma 40 peratus.Dalam hal ini juga, kerajaan tidak perlu mengeluarkan modal kerana tanah di Tanjung Pagar akan dijadikan modal Malaysia dalam melaksanakan projek pembangunan bersama antara kedua-dua negara.

Kejayaan Najib dalam menyelesaikan isu tertangguh itu adalah hasil dari kebijaksanaan kedua-dua pemimpin berkenaan.Kejayaan ini adalah petanda kebijaksanaan Perdana Menteri kita berunding dan berbincang dengan rakan sejawatannya.Tapi yang sedihnya pembangkang menyifatkan Najib menggadai negara ini pada Singapura.

Tapi bila Pas Mengadai ahlinya pada orang bukan Islam seluruh penyokong Pas membisu walau pun ramai dikalangan ahli tidak bersetuju keahlian Pas di buka pada orang bukan Islam.Belum apa apa lagi mereka yang Kafir ini sudah menunjukan sikap yang mereka akan menghancurkan Pas pada masa depan dengan mendesak Pas agar mempercepatkan hak mereka untuk mengundi.Inilah kelemahan pemimpin Pas dimana kerana hanya ingin mendapatkan sokongan dan undi dari bukan Islam pemimpin Pas telah menggadai seluruh perjuangan Pas yang selama ini di perjuangkan oleh alim ulama dalam Pas.

Kalau dalam Pas akhirnya perjuangan mereka di jual maka tidak akan mustahil suatu hari nanti negara ini akan di jual oleh pemimpin Pas hanya untuk mendapatkan keuntungan yang membutakan hati mereka.Setelah apa yang berlaku didalam Pas akhir akhir ini dapatlah kita andaikan yang perjuangan Pas tidak lagi pada Islam dan memperjuangkan bangsa Melayu tapi Pas hanya perjuangkan nafsu politik sempit mereka untuk terus berada di tampuk kuasa.Lihat sahaja NIk Aziz yang masih lagi duduk di kerusi MB sedangkan Nik Aziz sudah layak duduk sahaja di rumah atau masjid.Makin lama Nik Aziz di sana maka makin banyaklah peluang Pas akan hancur dimasa akan datang.

Rabu, 26 Mei 2010

KELUARGA AMINULRASYID DI HARAP BERSABAR

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar meminta keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis bulan lepas, supaya bersabar menunggu kes itu dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

"Saya sebenarnya tidak mahu mengulas berhubung kes ini, ia sudahpun jadi kes mahkamah, jadi ia tidak sepatutnya diperkatakan.

"Pihak keluarga sepatutnya sabar dan tunggu sehingga kes ini dibicarakan kerana segala hal yang berkaitan akan dibangkitkan dalam mahkamah dan ketika itu pihak peguam keluarga boleh soal," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pencegahan Jenayah Industri di sini hari ini.

Khalid berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan keluarga Allahyarham membuat laporan polis di Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan pihak polis enggan meminta maaf kerana menggelar Aminulrasyid penjenayah dan kononnya sebilah parang ditemui dalam kereta yang dipandunya.

Aminulrasyid, 15, meninggal dunia selepas terkena tembakan polis di Seksyen 11 di sini setelah enggan berhenti ketika dikejar polis pada 2 pagi 26 April lepas.

Seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Mei dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian remaja itu.

DAKWAAN MALAYSIA GADAI ASET PADA SINGAPURA ADALAH FITNAH PEMBANGKANG

Inilah kerja PKR parti kelentong rakyat yang hanya tahu menabur fitnah pada rakyat.Kerana itulah PKR tidak akan diterima oleh rakyat negara ini.Dakwaan Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu adalah tidak benar dan tidak berasas, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah, katanya, hubungan dua hala Malaysia dan Singapura bertambah baik selepas beberapa isu tertunggak berjaya diselesaikan termasuk pemindahan stesen KTMB di Tanjung Pagar yang membawa kepada lebih banyak pelaburan republik berkenaan ke Iskandar Malaysia. dakwaan Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura tidak benar dan tidak berasas sama sekali walaupun Stesen KTMB di Tanjung Pagar akan berpindah ke Woodlands pada 2011.

Katanya, Malaysia mendapat dua bidang tanah di Marina South dan Rochor Ophir yang nilainya, sama dengan nilai tanah KTMB yang bertaburan di republik berkenaan seluas 217 hektar.

“Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, itu sudah dipersetujui pemimpin kedua negara dalam inti pati perjanjian (Point Of Agreement) pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.

Bagaimanapun, kita memperoleh tanah baru yang sudah mempunyai pembangunan bertaraf antarabangsa.
“Pelaburan dan pembangunan di dua bidang tanah itu, akan dilakukan syarikat usaha sama kedua negara iaitu MS PTE LTD, iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings," katanya.

Abdul Ghani berkata, pada masa sama, kedua negara juga bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.
“Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB perlu keluar dari Singapura dan kerajaan Johor sudah mengenal pasti stesen baru KTMB di negeri ini, seluas 80 hektar di Kempas yang terletak lapan kilometer dari pusat bandar raya," katanya.

Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu, turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata, soal jambatan baru langsung tidak disentuh oleh kedua-dua negara.

Beliau juga mengakui Sultan Johor, Sultan Ibrahim tidak memberikan sebarang reaksi kepada perjanjian berkenaan.

“Johor juga memperoleh semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, kedua-duanya masih beroperasi dengan baik dan ia adalah milik rakyat Johor bukan kerajaan Pusat.

BERITA YANG TIDAK SEDAP DIDENGAR

Umno Bahagian Titiwangsa enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa Datuk Seri Suleiman Mohamed meletak jawatan sebagai Ketua Umno bahagian berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai status perkara berkenaan dan menegaskan Suleiman masih kekal sebagai Ketua Umno bahagian itu.

"Itu mungkin hanya khabar angin, saya tak dapat nak komen lanjut... apa yang saya tahu, Datuk Suleiman masih menjadi Ketua Umno di Titiwangsa," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Bagaimanapun Idham yang juga anak kepada Suleiman berkata, sebelum ini bapanya pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya selama 25 tahun itu pada pemilihan parti akan datang.

"Isu nak letak jawatan sekarang memang saya tak pernah dengar, tapi sebelum ini memang beliau pernah umumkan di bahagian bahawa beliau tak akan pertahankan jawatannya kini.

"Setakat itu sahajalah, tak pula beliau sebut nak lepas jawatan sebelum tibanya pemilihan akan datang, inilah pertama kali saya dengar, sebagai anak... saya sendiri tak tahu tentang perkara ini," katanya.

Pada pemilihan parti 2008, Suleiman menang jawatan ketua bahagian tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini ketika dihubungi turut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan yang disifatkan hanya sebagai khabar angin.

"Saya tak tahu dan tak pernah dengar tentang perkara ini,

ELOK SANGAT MIC KAJI KEDUDUKAN DALAM BN SEBELUM DI HUMBAN KELUAR

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan hari ini menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.

Sambil menyifatkan tindakan penganjuran berkenaan tidak wajar memandangkan Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Presiden MIC yang dipilih secara sah oleh perwakilan, beliau menggesa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari berkenaan.

Menurut Mohan, beliau curiga tempahan oleh UMNO itu dibuat bagi menganjurkan perhimpunan dan pelancaran GAS bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC lebih awal daripada perancangannya.

‘‘Apabila saya telefon PWTC pagi tadi, memang ada tempahan dewan dibuat oleh UMNO tanpa menyatakan siapa yang membuat tempahan serta untuk apa tempahan itu dilakukan.

‘‘Kami (Pemuda MIC) memang kecewa dengan perkembangan ini sekiranya ia dilakukan bagi menyokong sebuah pertubuhan haram, GAS,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di sini hari ini.

Mohan mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.

Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.

Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.

Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.

Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.

‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau (Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?

‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini

Selasa, 25 Mei 2010

BN JUARA RAKYAT,GUAN ENG PEMUSNAH RAKYAT

Barisan Nasional (BN) akan meneruskan program Juara Rakyat sebagai usaha membela masyarakat berbagai kaum di negara ini sehingga kehidupan mereka mencapai tahap lebih baik.Inilah cara BN dalam usaha untuk membela rakyat.BN akan terus menjadi juara dalam membela nasib rakyat sama ada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli di negara ini sehingga mereka benar-benar maju dan berjaya.

Tapi berlainan dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang terus menerus menindas peniaga terutama peniaga melayu.Lihat sahaja dimana Kerajaan Pulai Pinang tetap dengan pendiriannya yang tidak memberi peluang pada orang melayu untuk berniaga.Tengok disi apa sudah terjadi pada orang melayu PP.

INILAH YANG ORANG MELAYU DAPAT BILA ORANG MELAYU BAGI MUKA PADA DAP....AKHIRNYA BANGSA MELAYU YANG MENDERITA......KITA SOKONG PAS DAN PKR IBARAT KITA BAGI KUASA PADA DAP......LIHAT SAHAJA DI SELANGOR DAN PERAK DAHULU....APA SUDAH JADI DENGAN KERAJAAN YANG ADA.....NAMA SAHAJA MB DI MILIKI OLEH ORANG MELAYU TAPI DI KAWAL OLEH DAP.....SIAPA YANG MERANA KALAU BUKAN ORANG MELAYU........KITA RENUNG RENUNG KAN LAH

SAMY VELLU DAN MIC PERLU DI AJAR

Samy Vellu Dan Anaknya sudah dianggap melampau bila menganggap Umno adalah punca segala masaalah yang melanda Mic.Kenyataan anak samy yang menuduh UMNO menggunakan pembunuhan politik untuk memecah-belahkan parti komponen BN sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

Kerana anak Samy sudah menyatakan apa yang tidak sepatutnya,oleh itu bukan sahaja Gas yang sepatutnya menentang Samy tapi kita sebagai ahli Umno dan juga sebagai orang melayu juga seharusnya menentang Samy agar meletakan jawatan secepat mungkin kerana selagi Samy masih berada di kerusi Presiden Mic selagi itulah BN akan menjadi mangsa kepada sikap kuku besi Samy.Bukan sahaja orang India yang sudah benci dengan Samy tapi orang orang melayu pun sudah meluat dengan sikap Samy yang masih berdolak dalik dalam persaraannya.Lagi lama Samy berada di kerusi Presiden selama itulah Mic akan terus di sisihkan oleh kaum India.

Oleh itu Samy dan anaknya harus meminta maaf pada seluruh ahli Umno dan sekiranya Samy masih dengan sikap keegoannya maka amat wajar sekali kita para blogger yang menyokong Umno harus bertindak untuk menghapuskan Samy dan anaknya dari terus berada di dalam Mic kerana selagi beliau masih disana selama itulah BN akan mendapat bahananya.JADI SAMY VELLU HARUS DISINGKIRKAN DARI MIC.......

KETUA PEMUDA UMNO TAMAT LATIHAN ASKAR WATANIAH

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Khairy berkata, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik. Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah. Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata, walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera.

PAS MENUJU KEHANCURAN

Pas tahu yang orang melayu sudah lari darinya dan kerana itulah Pas sekarang terpaksa membuka keahliannya pada orang bukan Islam.Pas pada masa depan tidak lagi akan dikuasai oleh ulama ulama tapi akan dikuasai oleh ahli ahli kafir harbi yang sudah tentu tidak akan memperjuangkan kesucian agama Islam.Kerana itulah Nik Aziz membenarkan Kalimah ALLAH boleh di gunakan oleh orang bukan Islam.Ini semua adalah jalan yang akan menghancurkan Pas pada masa hadapan.

Kerana orang melayu sudah tidak lagi mempercayai sikap Pas yang tidak lagi mempertahankan orang melayu dan kedaulatan Raja Raja maka itulah Pas sekarang terpaksa membuka keahliannya pada orang bukan Islam hanya kerana inginkan kuasa dimana Pas terpaksa menjual segalanya pada orang bukan Islam untuk mendapatkan keuntungan yang tidak akan kekal lama.

Ingat wahai PAS........Siapa yang mengeluarkan Fatwa dimana adalah menjadi kafir sekiranya kita umat Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk mentadbir sebuah negara.Apakah UMNO yang mengeluarkan Fatwa ini?Apa yang di keluarkan oleh ulama Pas ini akan menimpa pada Pas pada suatu masa nanti.Pas pasti akan hancur kerana kelemahan nya sendiri.Cadangan Pas untuk membenarkan ahlinya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan menunjukkan mereka kini seolah-olah mengemis simpati bukan Islam.Ini menunjukkan kepimpinan tertinggi parti tersebut tidak lagi mampu membela masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.Kenyataan Pemimpin Pas ini sebenarnya hanya untuk menarik minat penyokong bukan Islam supaya terus memberikan sokongan kepada mereka.

Sebenarnya Pemimpin Pas ibarat talam dua muka apabila berada bersama masyarakat Islam terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah,Pemimpin Pas terutama Nik Aziz akan berulang kali memberitahu penyokong mereka bahawa Pas akan memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.Inilah muka muka pemimpin Pas yang sudah ditolak oleh orang melayu tapi terpaksa mengemis pada bukan Islam untuk terus berkuasa.

Ingatlah wahai pemimpin Pas ,barangsiapa yang kianat pada bangsa dan agamanya sudah pasti akan ditunjukan jalan keluar suatu masa nanti.......PAS SEBENARNYA MENUJU JALAN KEHANCURAN BILA TIDAK LAGI MEMPERJUANGKAN APA YANG TELAH DI NYATAKAN SEBELUM INI.....INGATLAH WAHAI PEMIMPIN PAS YANG MENGGADAIKAN MARUAH ISLAM......HANYA ADA JALAN KEHANCURAN YANG DITUJU..............KEMBALILAH KEPANGKAL PERJUANGAN PAS YANG SEBENARNYA......JANGAN SESEKALI MENJUAL KESUCIAN AGAMA HANYA UNTUK MENDAPAT KUASA .....

Isnin, 24 Mei 2010

KERAJAAN TIDAK PERNAH MENGHALALKAN JUDI DAN ARAK

DALAM Islam, larangan meminum arak adalah untuk memartabatkan kehidupan ummah. Larangan itu dilaksanakan secara bertahap. Peringkat pertama, meminum arak dilarang secara perbandingan dan berunsur sindiran, sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Ketika itu, sebuah masyarakat baru Islam sedang dalam proses pembinaan. Surah itu adalah surah al-Baqarah, ayat 219.

Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas .

Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.

Berdasarkan urutan turunnya ayat-ayat itu, jelaslah bahawa Allah tidak membuat larangan secara sekali gus, tetapi berperingkat sesuai dengan tahap dan pembangunan ummah pada ketika itu. Lagi pun, di peringkat akhir, meminum arak pada ketika itu sudah bertukar menjadi satu kebiasaan, bahkan menjadi amalan dan lumrah.

Melihat proses pengharaman arak yang dilakukan secara tadrij (berperingkat), ia menggambarkan Islam mementingkan pendidikan daripada paksaan dan bukannya untuk menunjukkan kuasa mutlak ke atas umatnya atau kaum-kaum lain.

Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan.

Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain. Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.

Sebelum menghuraikan kesesuaian ini, kita perlu maklum bahawa dalam pemikiran politik pentadbiran Islam, terdapat satu prinsip yang perlu dipatuhi oleh pemimpin apabila mereka ingin memutuskan sesuatu tindakan atau dasar terhadap rakyatnya.

Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).

Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.

Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.

Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus.

Dalam soal hukum ke atas pemerintahan yang membenarkan pengimportan arak adalah berbeza. Perlu diketahui bahawa mereka yang mengimport arak bukanlah golongan orang Islam. Bagi bukan Islam, meminum arak adalah satu budaya. Sudah pasti mereka akan membawa masuk arak sama ada secara diizinkan oleh pemerintah ataupun tidak.

Jika pemerintah mengizinkan, bererti pemerintah dapat mengawal dan memantau kegiatan membekal, menyimpan, menjual dan meminum arak, selain mendapat hasil daripadanya.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.

Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).

Dalam hal ini, kerajaan Malaysia tidak memberi kebebasan sewenang-wenangnya terhadap arak, baik dari segi iklan atau penjualan kepada rakyatnya. Pada masa yang sama, kerajaan juga tidak memaksa rakyat bukan Islam meninggalkan budaya minum arak kerana melakukan sesuatu secara paksaan akan hanya mengundang keburukan. Lebih penting daripada itu, kerajaan juga mengambil langkah mendidik warganya supaya jangan terjebak ke dalam lembah judi dan arak.

Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.

Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.

Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.

Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:

Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang.

Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang.

Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum.

Mohd. Shauki Abd Majid ialah PengurusPenyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sabtu, 22 Mei 2010

LESEN JUDI:BN JANGAN IKUT SELANGOR DIMANA JUDI DIDAHULUKAN

Kerajaan BN harus mempertimbangkan semula Lesen judi yang telah di keluarkan agar kesengsaraan rakyat yang semakin gila berjudi dapat di bendung agar rakyat Malaysia tidak lagi di belenggu oleh kesengsaraan hidup dek kerana berjudi.Lihat sahaja apa yang berlaku pada orang yang suka berjudi.Hidup tidak tentu arah dan rumahtangga menjadi kelam kabut.Apakah ini yang kerajaan mahukan.

Kerajaan harus menggotakan janjinya dimana RAKYAT DIDAHULUKAN sambil kemusnahan hidup di ketepikan.Kerajaan BN tidak rugi apa apa sekiranya lesen itu ditarik balik kerana kita tidak mahu rakyat Malaysia menderita hanya kerana judi.Rakyat sebenarnya berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.Kerajaan BN saya rasa tentu tidak mahu membuat kesilapan agar pada PRU ke 13 nanti Kerajaan BN akan terus di beri mandat untuk terus mentadbir negara.RAKYAT HARUS DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN HARUS DIUTAMAKAN.

Bagi saya bukan sahaja orang Islam yang jijik pada judi malah tentu masyarakat yang bukan Islam juga mahu mengutamakan kejayaan.Walaupun Judi adalah satu cara kehidupan bagi orang bukan Islam bagi saya lannnnntak dia orang la kalau nak lingkup dek kerana judi.Samaada halal atau haram orang bukan Islam tetap menggangap judi adalah sebahagian dari cara hidup mereka.Jadi kerajaan tidak harus memikirkan bagaimana untuk menghalalkan judi hanya untuk kaum mereka.

Sudah banyak yang kita dengar dimana ramai yang membuat aduan pada Biro Aduan MCA dimana mereka di belenggu oleh hutang kerana tabiat mereka yang suka berjudi.Jadi harus Kerajaan memikirkan semula kes ini.

Kerajaan BN jangan mengikut Kerajaan Pakatan yang tidak langsung membenteras kegiatan judi di Negeri yang mereka tadbir.Biarlah mereka di Negeri Pakatan Rakyat tadbir mampus dek kegilaan berjudi mereka.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH