tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 26 Mei 2010

DAKWAAN MALAYSIA GADAI ASET PADA SINGAPURA ADALAH FITNAH PEMBANGKANG

Inilah kerja PKR parti kelentong rakyat yang hanya tahu menabur fitnah pada rakyat.Kerana itulah PKR tidak akan diterima oleh rakyat negara ini.Dakwaan Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu adalah tidak benar dan tidak berasas, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah, katanya, hubungan dua hala Malaysia dan Singapura bertambah baik selepas beberapa isu tertunggak berjaya diselesaikan termasuk pemindahan stesen KTMB di Tanjung Pagar yang membawa kepada lebih banyak pelaburan republik berkenaan ke Iskandar Malaysia. dakwaan Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura tidak benar dan tidak berasas sama sekali walaupun Stesen KTMB di Tanjung Pagar akan berpindah ke Woodlands pada 2011.

Katanya, Malaysia mendapat dua bidang tanah di Marina South dan Rochor Ophir yang nilainya, sama dengan nilai tanah KTMB yang bertaburan di republik berkenaan seluas 217 hektar.

“Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, itu sudah dipersetujui pemimpin kedua negara dalam inti pati perjanjian (Point Of Agreement) pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.

Bagaimanapun, kita memperoleh tanah baru yang sudah mempunyai pembangunan bertaraf antarabangsa.
“Pelaburan dan pembangunan di dua bidang tanah itu, akan dilakukan syarikat usaha sama kedua negara iaitu MS PTE LTD, iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings," katanya.

Abdul Ghani berkata, pada masa sama, kedua negara juga bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.
“Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB perlu keluar dari Singapura dan kerajaan Johor sudah mengenal pasti stesen baru KTMB di negeri ini, seluas 80 hektar di Kempas yang terletak lapan kilometer dari pusat bandar raya," katanya.

Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu, turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata, soal jambatan baru langsung tidak disentuh oleh kedua-dua negara.

Beliau juga mengakui Sultan Johor, Sultan Ibrahim tidak memberikan sebarang reaksi kepada perjanjian berkenaan.

“Johor juga memperoleh semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, kedua-duanya masih beroperasi dengan baik dan ia adalah milik rakyat Johor bukan kerajaan Pusat.

4 ulasan:

  1. Malaysia: Makin Lama Makin Mengecil...
    Tanah KTMB dah selamat diserah kepada Negara Berdaulat Singapura oleh pemerintah Negara Malaysia juga berdaulat yang diiktiraf.

    Baru je awal bulan hari tu kecoh bila orang yang sama berjaya mengecilkan Wilayah Sempadan Negara Malaysia dengan tindakan menyerahkan 2 medan minyak termasuk sempadannya sekali kepada Negara Jiran kita yang berdaulat iaitu Brunei.

    Syukur juga Negeri Kelantan dan Kedah yang bersempadan dengan Negara Berdaulat Thailand berada dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. kalau tak, tak mustahil ada Negeri lain selain Sarawak dan Johor juga akan menjadi semakin kecil.

    Yang menghairankan ialah, Pencacai-pencacai penjilat jubur UMNO/BN tak ada sekor pun yang berani berkokok padahal selama ini kita dimomok bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu menjaga kedaulatan Negara Malaysia.

    Blogger-blogger UMNO/BN senyap sepi. tak mungin mereka ini diam kerana sedang berzikir, mungkin sedang berzakar agaknya.

    Pembela Negara Malaysia tak lagi mempertahankan kedaulatan Wilayah Negara Malaysia malah, 1 persatu Wilayah Negara Malaysia diserah kepada Negara-Negara jiran kita.

    Hasilnya, Singapura makin luas, Brunei makin membesar, akan datang, tak mustahil jika Wilayah JDA dan juga CCA di sempadan Kelantan - Thailand/Vietnam akan jadi hakmilik ke2-2 Negara Berdaulat tersebut. tak mustahil ini akan berlaku kiranya UMNO/BN berjaya merampas Kelantan dalam PRU-13 nanti.

    Aku teringat bila Kerajaan Negeri Perak dulu dibawah MB Dato' Seri Ir Nizar serahkan geran tanah 100 tahun pada kaum bukan MeLAYU di Perak, sampai sekarang isu ni masih dimainkan dalam mana-mana ceramah UMNO/BN.

    Itu baru serah pada kaum bukan MeLAYU yang juga WARGANEGARA MALAYSIA yang memegang Kad Pengenalan warna biru.

    Apa akan jadi agaknya kalau Pakatan Rakyat serah kedaulatan Wilayah Negara Malaysia macam yang UMNO/BN buat kebelakangan ni..? tak payah banyak la... bagi cenderahati berupa "sepasu" tanah dari Wilayah Negara Malaysia pun cukup la.

    Agaka-agaknya berapa lama isu "sepasu tanah" dari Wilayah Negara Malaysia sebagai "cenderahati" ni akan dimainkan..?

    1 hari..? 1 minggu..? 1 bulan..? 1 tahun..?

    Aku agak, sampai dekat Padang Mahsyar nanti pun Pencacai UMNO/BN dok zikir lagi pasal isu ni... sambil pegang zakar...

    BalasPadam
  2. Adakah kerana ia ada sangkut paut dengan gambar najib dan altantuya di singapura? Mengikut akuan bersumpah bala, najib ada bersama altantuya di singapura melihat pameran intan berlian. Dan sudah pasti ada SB Singapura yang tangkap gambar najib..tu yang najib takut tu..sebagai pertukaran gambar yang boleh hancurkan karier politik najib, lebih baik jual tanah pada Singapura..

    Lepas ni tentu ada pemimpin umno gila yang kata, "oh kita sebenarnya x rugi pun.. sebaliknya ini adalah 'win-win' situation" ...nak tipu melayu rakyat??zaman dulu bolehlah..najib bodoh tak kira perasaan orang melayu ke..selama 73 tahun pertahankan tanah laluan landasan keretapi sepanjang 30km dan tanah seluas 217 hektar di Singapura. Kalau semua nak tahu, landasan KTM ini terus sampai kawasan pelabuhan dan pelancongan di Sentosa. Pendek kata, merentasi sepanjang-panjang Singapura sehingga ke penghujung. Termasuklah landasan. Maknanya, Malaysia ada tanah yang membelah di tengah-tengah jantung Singapura. Sedangkan Tanah KTM ni dikira sebagai kedaulatan kita..mcm tanah kedutaan..Singapura phobia dengan tanah KTM ini sebab selain merentasi Singapura, ia juga adalah satu monumen sejarah yang menghantui Singapura dan mengingatkan Singapura bahawa mereka pernah berada didalam Malaysia suatu ketika dahulu..Tapi bodohnya Najib, ditukarnya tanah itu..memang mangkok.

    Akhirnye rakyat Malaysia diperbodohkn oleh orang Singapore dan Najib suami isteri. Setidur-tidur Pak Lah, dia tak gadai tanah kat Singapura. Najib dan Muhyiddin sama je, dulu Muhyiddin jadi MB Johor, dibenarkannya Singapura menguasai loji air, empangan dan tanah untuk saluran air kepada Singapura dengan kuasa mutlak 100% kepada negara itu. Memang pm dan tpm dasar kaki jual negara.

    Dah la judi tak selesai lagi, ditambah pula bala yang baru ini..tu belum lagi timbul isu kebodohan pm malaysia pada 1961, yang buat perjanjian 100 tahun jual air pada Singapura dengan harga 3 sen untuk 1,000 gelen bersamaan 0.8 sen (tidak sampai pun 1 sen) bagi semeter padu. Sangat murah harga..tapi bila dengan rakyat sendiri, berkira..nasib baik pr Selangor beri air percuma 20 meter padu walaupun Pahang jual air pada Selangor dengan kadar 10 sen semeter padu tidak termasuk kos operasi dan penyelenggaraan. Nasiblah kerajaan bodoh BN suruhan Apco Israel memimpin Malaysia.

    Masa Pak Lah, serah blok minyak 320 bilion pada Brunei..tiba time Najib monggol, serah tanah KTM yang berharga bilion itu pada Singapura..buat malu je nama KTM, Keretapi Tanah Melayu, tapi tanah tergadai pada orang lain..lepas ni tentu serah pula Pulau Spratly, pulau Pisang, Ligitan, Ambalat, Sabah (Filipin masih memendam tuntutannya terhadap Sabah) dan beberapa lagi tanah lain yang tidak diketahui kepada negara jiran..kononnya win-win situation..cis..dulu masa pergi program GPMS dan JASA milik UMNO, lagu inilah yang disuruh hafalnya dan nyanyi tiap-tiap pagi..

    Anak kecil main api

    Terbakar hatinya yang sepi

    Air mata darah bercampur keringat

    Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya raya

    Tergadai seluruh harta benda

    Akibat sengketa sesamalah kita

    Cinta lenyap di arus zaman

    Tapi rupa-rupanya lagu ni tak bawa apa-apa makna..kerana UMNO sahaja tiup perkauman, tapi seluruh tanah orang melayu digadainya demi fulus..

    BalasPadam
  3. Najib Roswah Gadai Tanah KTM Sepanjang 30 KM Kepada Singapura Isnin lepas


    Adakah tanah pusaka kita di Singapura, telah dijual kepada Singapura..jawapannya YA. Najib bodoh telah bersetuju pindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar milik melayu sejak 78 tahun lalu ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011 nanti. Maksudnya tanah itu akan dipindah milik kepada Singapura dan tanah itu bukan milik negara kita lagi.

    Bahkan jual tanah itu turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands. Dan untuk nyahkan Malaysia dari Singapura, apabila perkhidmatan rel pantas atau sistem transit pantas (rapid transit system, RTS) itu dapat beroperasi dengan sempurna, Malaysia akan memindahkan stesen KTMB dan CIQ Malaysia di Woodlands ke terminal baru kereta api di Johor Bahru.

    Wooi Najib bangang, tindakan ko ini akan melupuskan tanah nenek moyang kita di Singapura..Kenapa? tak boleh ke ada tanah di Singapura? tu yang Singapura miliki tanah di seluruh negara kita terutamanya di wilayah Iskandar, tak apa..apalah bangang pemimpin stupid malaysia ni.

    Singapura pandai ambik kesempatan. Buat linkedua yang tak laku pastu turunkan tol..tambak johor????kekal macam tu lah..kalau buat jambatan bengkok, tentu pelabuhan di negara kita akan laku..macam Pelabuhan Melaka zaman dahulu. Dan air di pantai lido akan jadi bersih..tapi sekarang? Memang Malaysia dah kena tipu..singapura lagi bijak dan pandai menipu..tengok litar F1 je lah..Malaysia buat litar berjuta-juta..tapi Singapura? guna jalan raya kawasan bandar mereka je..memang najib macam pak pandir.

    Untuk sejukkan isu ini, dikatakannya bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk tubuhkan M-S Pte. Ltd. yang mana Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura.

    Jangan jadi macam limbang dah la..kononnya petronas dapat join projek itu tapi kena serah wilayah kepada Brunei.....Dan Najib Althanthuyaa, tolong dedahkan tanah tu dah dijual ke Singapura ke belum..jangan nak canangkan tubuh syarikat je, beritahu kat rakyat negara ini status tanah tu.

    Memang orang melayu, cina dan india mudah ditipu oleh BN. Tanah KTM itu berada di wilayah yang amat berharga. Dan kenapa perlu diubah suai ke tempat lain dan akhirnya KTM kembali ke johor bharu..bahkan landasan KTM akan sampai ke JB sahaja, sebelum disambungkan dengan sistem transit pantas macam lrt..dahla rugi hilang tanah, KTMB juga rugi tiket perjalanan ke Singapura..najib memang stupid. Apa yang buatkan diri tunduk pada Singapura dalam masa 1 hari je sedangkan masalah tu berpuluh tahun tak selesai.

    BalasPadam
  4. isu ini sangat menarik perhatian ramai , pembangkang ..hamPAS , DAPpig , PKR , semuanya memainkan isu ini dengan dahsyat dan kratif membohong ,
    rakyat diluar sana tidak tahu fakta yg betul mengenai kes ini , kalau blog Pro kerajaan tidak mengupas dan menyampaikan pada rakyat hal sebenar , pasti akan memberi impak yg dahsyat pada Umno , tolong huraikan dengan cara paling mudah , agar mudah utk rakyat memahami , tahniah ..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH