"Saya sebenarnya tidak mahu mengulas berhubung kes ini, ia sudahpun jadi kes mahkamah, jadi ia tidak sepatutnya diperkatakan.
"Pihak keluarga sepatutnya sabar dan tunggu sehingga kes ini dibicarakan kerana segala hal yang berkaitan akan dibangkitkan dalam mahkamah dan ketika itu pihak peguam keluarga boleh soal," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pencegahan Jenayah Industri di sini hari ini.
Khalid berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan keluarga Allahyarham membuat laporan polis di Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan pihak polis enggan meminta maaf kerana menggelar Aminulrasyid penjenayah dan kononnya sebilah parang ditemui dalam kereta yang dipandunya.
Aminulrasyid, 15, meninggal dunia selepas terkena tembakan polis di Seksyen 11 di sini setelah enggan berhenti ketika dikejar polis pada 2 pagi 26 April lepas.
Seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Mei dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian remaja itu.
Tak taulah. Dulu aku rasa sempati. Sekarang dah rasa meluat pulak.
BalasPadamagbr47: Bila kadok dah naik junjung, bumi di pijak tak terasa lagi
aku sikit pun tak simpati.... Aku sama sekali akan memastikan anak aku balik rumah sebelum waktu maghrib.....biarkan dia keluar rumah pukul 2-3 pagi... apatah lagi bawak kereta x ada lesen... no way !!!! Aku mmg dah meluat dgn kes ini...
BalasPadamAku amat bersimpati kepada anggota polis yang terlibat... bersabarlah..!!! Jika kamu menjalankan tugas anda... bersabarlah.. itu amanah... dan percayalah setiap amanah akan ditanya-Nya.... !!!