tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 1 Jun 2010

KABINET BARU:TEE KEAT GUGUR

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet hari ini.

Beliau digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai Menteri Pengangkutan baru yang sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan-palantikan lain iaitu:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

[BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang merupakan bekas presiden MCA dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk wee Jeck Seng digugurkan.

JaNONEwatan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.

Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

SNONEementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat.

NONETimbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.

Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

chua tee yongDalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA, Datuk seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu.

donald limgan ping shouDua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

razali ibrahimDonald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.

Perdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.


2 ulasan:

  1. terima kasih DSN kerana hanya meletakkan sorang je melayu muka baru... thank ku sangkakan DAP rasis tapi DSN pun rasis juga tapi peliknya kepada cina jugak... aku tak tahu pulak keluarga DSN ada dari keturunan cina ataupun rosma.. betullah melayu hanya akan survive kalu dah terdesak. PKR kehilangan sokongan melayu tapi UMNO menolak orang melayu,,, apa yang kau nak sibukkan dengan cina, kau beri la apapun dia takkan sokong kita, inilah masa kau kena pilih orang melayu ,,, dah la kuasa tinggal sikit kau bagi lagi kat cina,,,Ada otak pakai,,, aku baru nak jinak-jinak dengan UMNO dah la aku aku tak pecaya pada PKR dan PAS, takkan kau nak suruh aku sokong DAP pulak,,,aku ingat UMNO boleh tolong orang melayu tapi haram jadah satu benda pun orang melayu tak dapat,,, dari wilayah iskandar ke KTMB yang terbaru pelan pembangunan kampung melayu,, termasuk juga PArlimen Hulu selangor,, Najib ni nak menghancurkan orang melayu ke, aku jadi pening la cam ni,, memang tak nampak pun kau nak tolong melayu,, hati hati membuat keputusan najib ...MELAYU TAK TOLAK UMNO TAPI NAJIB TOLAK ORANG MELAYU,,, RENUNGKAN AKU,,, teringat pada TUN yang berjasa banyak pada MELAYU..... hang jebat

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH