Anwar kini semakin terdesak apabila melakukan penipuan besar dengan menabur pelbagai janji palsu kepada rakyat dan parti pembangkang lain.Rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat kata-kata Anwar yang boleh menabur janji yang berbeza-beza kepada kaum-kaum tertentu di negara ini.Rakyat harus berhati-hati kerana janjinya tidak semestinya dapat ditunaikan. Kadang-kadang dia cakap lain kepada orang Melayu dan cakap lain kepada orang Cina.Terpulang kepada rakyat, yang penting rakyat tidak boleh telan bulat-bulat kerana Anwar sendiri tahu dia tak boleh tunaikan apa yang dijanjikan nya.Ini semua adalah gula gula yang hanya ingin menyedapkan hati dan untuk menarik sokongan kaum cina pada dirinya nanti.
Orang melayu harus sedar yang selama ini Anwar telah membelakangkan segala kuasa tradisi orang Melayu apabila menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP.Tindak tanduk Anwar sebenarnya tidak ubah seperti amalan sosialis yang dipraktikkan oleh DAP yang tidak pernah sedar tentang perjuangan kuasa tradisi Melayu.
Anwar sebenarnya langsung tidak mencerminkan sesuatu yang memberi keteguhan atau kekuatan pada orang Melayu atau peruntukan kuasa di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.Jadi orang Melayu mesti baca dan faham apa maksudnya dengan jelas supaya tidak terpengaruh dengan retoriknya dimana sedikit demi sedikit kuasa yang dimiliki oleh orang melayu akan terhakis dan mungkin akan hilang sekiranya kita tidak memiliharanya dengan baik.
Kita orang melayu tidak payah menunggu lama untuk melihat siapa dikalangan mereka yang mempunyai suara yang kuat.Kita tahu walaupun di Selangor MB adalah dari orang Melayu tapi segalanya arahan datang dari DAP.Ini dapat kita lihat apa sudah jadi dengan negeri Selangor.Mana perginya suara Pas yang selama ini berjuang untuk memertabatkan Islam.Pas hanya ibarat melukut di tepi gantang.Ada wakil dalam kerajaan tapi bila hidung sudah di cucuk maka semua kehendak DAP terpaksa di ikuti oleh Pas dan Pkr.Inilah nasib orang melayu di Selangor sekarang.
DAP boleh disifatkan sebagai 'parti yang teragung sekali' dalam pakatan kerana boleh mempengaruhi Anwar untuk membuat segala keputusan tanpa diadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang lain terutama Pas.Sikap Anwar yang sibuk membincangkan isu itu jelas membuktikan bahawa beliau hanya memikirkan tentang jawatan dan tidak mengutamakan rakyat terutama orang melayu.Apa yang di janjikan oleh Anwar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan bertentangan dengan kontrak sosial yang disepakati semua kaum ketika mencapai kemerdekaan dulu.Apa yang dilakukan oleh Anwar sebenarnya adalah satu tindakan yang terdesak semata-mata bagi meraih sokongan bukan Melayu.Anwar membuat pelbagai janji yang beliau sendiri tahu tidak akan ditunaikan kerana sedar bahawa pakatan pembangkang tidak akan mampu membentuk kerajaan di peringkat Pusat.Mungkin juga Anwar akan mewujudkan 10 jawatan Timbalan Perdana Menteri pada suatu masa nanti.
AKHIR SEKALI TEPUK DADA TANYALAH IMAN......APAKAH ORANG MELAYU INGIN MELIHAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT KUASA KITA HARI INI DIRAGUT OLEH ORANG LAIN...SELAMA INI KITA HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAMAI TAPI BILA MUNCULNYA SEORANG YANG GILA KUASA MAKA AKAN DIJUALNYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT NEGARA INI DAN AKHIRNYA ORANG MELAYU AKAN MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI.....MAKA AKAN TIADA LAGI TANAH MELAYU DAN SEBALIKNYA AKAN DI GANTI DENGAN TANAH ????
APAKAH KITA SANGGUP MELIHAT ANAK CUCU KITA NANTI HANYA MENJADI PELARIAN DAN PENGEMIS DI NEGARA YANG DI ASAKAN OLEH NENEK MOYANG KITA DAHULU.
MUNGKIN ANWAR SENGAJA MELUPAKAN SEJARAH SIAPAKAH YANG BERJUANG BERMATI MATIAN DALAM MENEGAKAN NEGARA TANAH MELAYU INI KALAU BUKAN PEJUANG PEJUANG DATUK NENEK KITA DAHULU.
HANYA KERANA INGINKAN KUASA ANWAR SANGGUP MENJUAL NEGARA INI DAN MELUPUSKAN APA YANG ADA PADA ORANG MELAYU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA