Sokongan rakyat yang semakin rebah terhadap Pas ekoran kelancangan mulut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, menyokong perjuangan komunis, menyebabkan parti itu terpaksa mengalah dalam isu perjuangan kemerdekaan negara ini, yang sebenarnya dilakukan UMNO.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sesiapa sahaja di Malaysia, yang membayangkan sokongan terhadap komunis, tidak akan berjaya.
"Rakyat masih ingat gara-gara komunis di zaman darurat dahulu, ribuan telah maut, ada yang patah kaki, dan ada yang hilang upaya,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di sini semalam.
Beliau berkata, keganasan komunis menimbulkan kesan yang amat buruk kepada negara, dan sesiapapun tidak sepatutnya cuba membangkitkan isu perjuangan mereka.
Ditanya sebab kerajaan membenarkan kisah perjuangan komunis disebarkan secara meluas di Internet, Rais berkata: “Negara kita bebas bersuara, tetapi jangan sampai pecah-elahkan masyarakat kerana kita ada undang-undang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA