tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 7 April 2009

KEKUATAN BN MENGATASI NIZAR DI BUKIT GANTANG

Dengat semangat anak watan ,Pengundi di bukit Gantang telah keluar mengundi sejak awal pagi dan berita yang terbaru di Bukit Gantang hampir 55 peratus telah keluar mengundi.Ini satu petanda demokrasi tetap subur .Dari suasana yang hinggar binggar dengan peraih undi menarik perhatian pengundi tidak dapat lari ada juga berlaku pergaduhan kecil melibatkan kedua dua calon.Dari suasana yang dilihat BN ada kelebihan untuk mencapai kejayaan.


MERIAH... Suasana hari pengundian di kawasan Parlimen Bukit Gantang terus meriah dengan sorakan dan gelagat perayu undi daripada parti-parti bertanding.
SEMAKAN SALURAN MENGUNDI..Pengundi menyemak kedudukan saluran mengundi di kaunter SPR di Sekolah Panglima Bukit Gantang.
PERAIH UNDI dan penyokong Barisan Nasional mula berkumpul di tepi jalan menuju ke tempat pembuangan undi di kasawan Parlimen Bukit Gantang.
KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi.Tidak ketinggalan penyokong Pas turut serta berkonvoi menuju ke tempat membuang undi.

KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang.
MULA MENGUNDI...Seorang warga emas menjalankan tanggungjawabnya dengan mengundi di Sekolah Panglima Bukit Gantang.

NIZAR HARUS BERTANGUNGJAWAB

Kerana rakan karib Nizar membenarkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat- ayat suci al-Quran semasa berceramah di Bukit Gantang disifatkan sebagai satu usaha memperbodoh- bodohkan masyarakat Islam.Apakah Nizar juga terniat untuk berbuat sedemikian.Diminta Nizar hormatilah pandangan alim ulama dan Nizar perlu menasihatkan Nga Kor Ming dari memperbodohkan umat islam.

Justeru Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hairan kerana terdapat sebahagian daripada masyarakat Islam boleh menerimanya walaupun jelas tujuannya adalah disebabkan politik.Katanya, mustahil masyarakat Islam di negara ini lupa dengan kenyataan seorang pemimpin utama DAP yang berkeras menolak Islam hingga sanggup menyatakan langkah mayatnya dahulu sekiranya mahu tubuhkan negara Islam.

Adakah kita mahu mempelajari al-Quran dengan seorang pemimpin yang menjadi anggota sebuah parti yang seperti ini? Jangan biarkan diri kita diperbodoh-bodohkan oleh orang sedemikian.Apakah PAS dan Nizar merestui tindakan Nga Kor Ming untuk memperbodohkan umat Islam.

Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh mereka. Apa yang saya lihat, tujuannya (gunakan ayat al-Quran) adalah disebabkan kepentingan politik semata-mata.Menjadi Tanggungjawab PAS dan Nizar untuk memerangi golongan yang mempelajari al-Quran jika tujuannya adalah untuk dipersenda atau dijadikan bahan ketawa.Janganlah kerana politik PAS menghalalkan semua ini hanya untuk meraih sokongan rakyat.

Pada umat Islam di Bukit Gantang ,Harus kita tolak Nizar dan kuncu kuncu nya agar tiada lagi perosak perosak yang mengaku dirinya pejuang Islam tapi sebaliknya terus mempersendakan Islam semata mata ingin kuasa.Perosak umat Islam sebenarnya tiada tempat di bumi Malaysia ini apatah lagi di Bukit Gantang.Kepada PAS dan juga Nizar buanglah rakan(DAP) jauh jauh sekiranya rakan membawa rebah dan kembalilah kepangkal jalan agar umat Islam bersatu dan dan terus maju.

Untuk membendung perkara ini berterusan - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

Akhir sekali buat Nizar hormatilah pandangan para ulama dan mufti agar keterlanjuran kita dapat diperbaiki .

NAMA NIZAR TIADA DALAM HATI PENGUNDI BUKIT GANTANG

Hari ada lah hari penentuan prk bagi tiga kawasan.Semoga BN akan diberi tempat oleh pengundi untuk meneruskan agenda Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.Khas bagi pengundi Bukit Gantang tolak la pemimpin yang hipokrit.





Kenapa pengundi perlu tolak Nizar?
1. Nizar bukan anak tempatan
2. Nizar seorang jutawan hasil projek BN
3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon
4. Jika Nizar menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk
5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu
6. Nizar meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.
7. PAS boneka kepada DAP
8. PAS gagal membela rakyat
9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka
10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009
11. Nizar adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)?
12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong
13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS
14. PAS pembohong dan tidak menepati janji
15. Nizar mohon derhaka kepada Sultan Perak
16. Nizar enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak
17. PAS menganjurkan politik ganas!
18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak
19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah
20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah
21. PAS tidak mampu membawa pembangunan
22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik
23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September
24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.
25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk
26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.
27. PAS tidak memperjuangkan negara Islam dan hudud kerana takut kepada DAP.

Isnin, 6 April 2009

HARI TERAKHIR NIZAR DI BUKIT GANTANG


Hanya tinggal beberapa jam sahaja nizar dibenarkan berada di Bukit Gantang dan selepas malam esok rakyat Bukit Gantang sudah tidak mahu lagi melihat kelibat nizar di Bukit Gantang .Ini kerana rakyat akan menolak Nizar sebagai pemimpin mereka.Rakyat Bukit Gantang tidak mahu seorang yang tidak mengenali isi hati penduduk tempatan menjadi tempat bergantung mereka diwaktu susah.

Penduduk Bukit Gantang mengangap Nizar ibarat seorang peniaga pasar malam yang akan meninggalkan tempat perniagaannya dengan sampah sarap setelah mendapat untung hasil perniagaannya dan penduduk Bukit Gantang lah yang akan membersihkan segala kekotoran peninggalan peniaga tadi.

Apa yang dimahukan rakyat Bukit Gantang ialah seorang pemimpin yang memahami kehendak masyarakat setempat dengan pemimpin sentiasa berada disamping rakyat walau waktu susah dan senang.

Besok adalah hari pembuangan undi .Apakah Nizar akan mengundi?Nizar tak layak untuk mengundi kerana beliau bukan lah anak jati Bukit Gantang dan kerana itu juga lah rakyat menolaknya .Rakyat Bukit Gantang tidak mahu mereka dijadikan anak tiri sekiranya Nizar yang dipilih.Rakyat memahami bahawa sekiranya Nizar menjadi pilihan mereka sudah tentu mereka akan diabaikan lebih lebih lagi nizar sudah menjadi ADUN Pasir Panjang ,kerana ini jugalah pengundi Bukit Gantang menolak Nizar sebagai pemimpin mereka.

Pengundi di Bukit Gantang juga menolak seorang Pemimpin yang bermuka muka .Didepan berkata ini dan dibelakang berkata itu.Ini lah dilakukan oleh Nizar bila berbaik-baik dengan pengundi wanita pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.Rakyat mempersoalkan kenapa baru sekarang bekas menteri besar itu hendak menjanjikan macam-macam kepada wanita Perak sedangkan selama 11 bulan memerintah, Mohammad Nizar tidak pun menghargai golongan itu.Kenapa dalam kerajaan negeri pimpinan beliau sebelum ini, tidak ada seorang pun dilantik sebagai Exco? Adakah Mohammad Nizar tidak yakin dengan kebolehan wanita? Atau memang dia tidak menghargai wanita?Nizar hanya tahu menagih undi wanita tetapi tidak tahu pun menghargai sumbangan wanita semasa berkuasa.


Orang sebegini tidak layak digelar pemimpin.Rakyat juga tidak mahu pemimpin yang sudah terpalit dengan perbagai masaalah yang akan merugikan mereka dihari kemudian.perkara sebeginilah yang mahu dielak oleh Penduduk Bukit Gantang.

Bagi penduduk bukit Gantang mereka mengaggap Ismail Safian ibarat keluarga sendiri kerana selain menjadi penduduk di Bukit Gantang ramai Rakyat sudah mengenalinya .

Dengan kebanyakan pengundi adalah terdiri dari orang melayu ,orang orang melayu sudah meluat dengan perangai Nizar yang membela pemimpin DAP walau pun pemimpin DAP itu telah mempersendakan ayat suci al-Quran ketika memberi ceramah di Bukit Gantang, Taiping, malam kelmarin.

Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam,umat Islam mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya dan mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah,

AKHIR SEKALI KEPADA SELURUH PENGUNDI PILIHLA PEMIMPIN YANG BENAR BENAR INGIN BERKHIDMAT DENGAN TULUS IKHLAS DAN KITA TOLAK PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI AGENDA DAN PEMIMPIN YANG HANYA BERTANDING HANAY UNTUK MEMBALAS DENDAM.KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.

PKR AKAN TERKUBUR DI BUKIT SELAMBAU



Satu keputusan yang tepat telah dilakukan oleh hampir 1,000 ahli PKR dengan keluar beramai ramai bagi membantah tindakan ketua umum PKR yang diibaratkan tidak mengenang budi kerana langsung tidak berterima kasih, sebaliknya, berbuat sesuka hati tanpa berbincang bersama akar umbi.

1,000 ahli PKR Merbok keluar parti

SUNGAI PETANI: Selepas kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai mengumumkan keluar parti minggu lalu, malam tadi lebih 1,000 ahli parti itu dari Bahagian Merbok pula, termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, Kamal Nasser Taufik mengikut langkah mereka.

Selain melepaskan jawatan AJK, Kamal turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Ketua Kaum India Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, setakat ini, mereka belum mengambil keputusan menyertai mana-mana parti tetapi akan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.

Beliau berkata, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu yang dilihat bukan lagi memperjuangkan rakyat sebaliknya, mengutamakan kepentingan peribadi.

"Kami sudah bercadang lama untuk keluar parti. Bagaimanapun, dua minggu lalu, barulah kami membincangkan perkara itu secara serius kerana PKR tidak lagi releven dengan kaum India dan penduduk di sini," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan ahli PKR Merbok menyesal kerana mereka tersalah memilih parti dan pemimpin pada pilihan raya umum lalu dengan mengundi pemimpin tidak mengenang budi.

"Saya adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan dan menaja wakil rakyat Bebas sebelum ini, V Arumugam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Kamal berkata, mereka amat kecewa dengan pemimpin PKR khususnya Anwar yang tiada budi bicara untuk mendengar pandangan ahli bawahan yang pernah berjuang bermati-matian demi parti itu.

"Saya kesal kerana beliau adalah pemimpin yang tidak mengenang budi kerana langsung tidak berterima kasih, sebaliknya, berbuat sesuka hati tanpa berbincang bersama akar umbi di sini," katanya.

Selain itu, katanya, kebanyakan pemimpin India PKR yang menjawat jawatan tinggi dalam parti hanya diperalatkan Anwar dengan menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan dan 'pak turut'.

Beliau berkata, walaupun pelbagai tohmahan akan dilemparkan kepadanya kerana meninggalkan parti itu, mereka tetap dengan asas perjuangan untuk menyuburkan demokrasi dan memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat.

NIZAR BERSELINDUNG DISEBALIK TOPENG








Apakah dengan berselindung disebalik topeng ,Nizar dapat menutup segala kelemahannya kepada seluruh rakyat Bukit Gantang.Rakyat Bukit gantang bukan bodoh.Akhirnya segala kelemahan Nizar terbungkar juga walau dirinya ditutupi oleh topeng Rupanya selama ini rakyat tertipu dengan tindak tanduk Nizar yang berselingdung disebalik wajahnya yang tenang dengan menutupi segala keburukan nya dengan berselindung disebalik topeng.Apakah ini pemimpin yang akan membela kita .

INILAH PEMIMPIN YANG TELAH MEMBUANG TOPENG DI MUKA MEREKA.

BN lebih layak bela nasib rakyat

PELBAGAI tuduhan dilemparkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu sebaik saja keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal Februari lalu.

Kata-kata sindiran dan cemuhan itu semakin memuncak semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang sedang berlangsung.

Tambahan pula, kawasan Changkat Jering yang beliau wakili merupakan salah satu kawasan yang terletak di bawah kerusi Parlimen tersebut.

Kepada wartawan ZAINI RABAN, Mohd. Osman yang menyokong Kerajaan Negeri Perak Barisan Nasional (BN) menjelaskan mengenai penglibatannya dalam kempen itu.

UTUSAN: Benarkah Yang Berhormat (YB) menyokong BN semata-mata kerana wang?
MOHD. OSMAN: Tidak, tanggapan itu tidak benar dan satu fitnah pembangkang yang sentiasa dibelenggu dengan sikap iri hati dan busuk hati. Semua orang termasuk pembangkang tahu BN lebih layak dan berkemampuan membela nasib rakyat termasuk pengundi di Changkat Jering.

Yakin dan sedarlah bahawa hanya BN mampu mentadbir dengan lebih adil demi kesejahteraan rakyat dan bukan untuk popular atau meraih simpati rakyat seperti pakatan pembangkang di Perak dulu.

Hanya BN yang mempunyai pengalaman membela nasib rakyat lebih-lebih lagi dalam mengharungi kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Kenapa YB mengambil tindakan nekad meninggalkan pakatan pembangkang?
Memerintah Perak bersama tiga parti berbeza ideologi (DAP, PKR dan Pas) memang sukar dan ia merupakan satu pengalaman buruk dan menyakitkan saya.

Siapa yang tidak tahan apabila setiap kelulusan dibuat tanpa mempedulikan suara saya dan YB Jamal (ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi). Keadaan bertambah sukar dengan sikap sombong dan bongkak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Banyak keputusan dan kelulusan dikuasai oleh ‘pihak tertentu’ dan disokong oleh beliau. Saya harap rakyat khususnya orang Melayu faham perkara ini.

Saya sendiri nampak bagaimana tidak adilnya mereka. Ia bertentangan dengan prinsip saya. Jadi, saya menyeru supaya pengundi tidak menyokong pembangkang di Bukit Gantang dan di mana saja.

Mohammad Nizar ada mengatakan bahawa YB yang tidak menjalankan tugas dengan berkesan, apa komen YB?
Sebagai Exco yang menjaga portfolio pelancongan memang banyak perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang dilakukan.

Malangnya projek berkenaan tidak mendapat kerjasama Kerajaan Pusat... tapi tak apalah itu saya faham sebab Perak di bawah pakatan pembangkang.

Apa yang saya nak cerita ialah Nizar sendiri sebagai Menteri Besar tak ambil peduli pun tentang projek pelancongan, jadi kenapa mahu salahkan saya sedangkan beliau sebagai ketua tidak bagi sokongan.

Cerminlah diri dulu sebelum hendak salahkan orang lain.

Mengapa rakyat dan pengundi perlu menolak pakatan ‘palsu’ pembangkang?
Cukuplah kira-kira 11 bulan Mohammad Nizar dan konco-konconya menipu rakyat dan putar belit apa yang berlaku.

Rakyat boleh lihat sendiri macam mana tingkah laku dan tindakan mereka semasa memerintah dan selepas BN memerintah semula Perak.

Saya sudah masak dengan perangai mereka, banyak kata-kata pembohongan yang mereka keluarkan untuk mempengaruhi rakyat. Saya yakin satu hari nanti segala pembohongan itu akan terbongkar dan rakyat pasti tahu siapa mereka yang sebenarnya.

YB sudah bersedia dan berkempen untuk BN di Bukit Gantang?
Sudah pasti saya bersedia dan turun padang berkempen bersama BN bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka harus menolak pembangkang.

Saya juga berpendapat pengundi wajar memilih calon BN, Ismail Saffian yang merupakan anak tempatan dan cukup pengalaman mentadbir demi kebaikan pengundi.

................................................................................................................................................................


Saya dihalau pakatan pembangkang – Jamaluddin

TINDAKAN bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang mengejutkan banyak pihak.

Ada yang menuduh beliau dibeli oleh Barisan Nasional (BN) dan ada pula yang mengatakannya sudah tidak sepakat dengan pakatan ‘bidan terjun’ antara Pas, DAP dan PKR bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Bagaimanapun, terlalu ramai yang belum mengetahui punca sebenar beliau mengambil tindakan nekad tersebut.

Kepada wartawan Utusan Malaysia ZAINI RABAN, Jamaluddin meluahkan perasaan dan punca sebenar beliau ‘menderhaka’ kepada pakatan pembangkang.

UTUSAN: Ramai masih tertanya kenapa Yang Berhormat (YB) meninggalkan pakatan pembangkang. Benarkah YB dipaksa atau sebaliknya?
JAMALUDDIN: Terus terang saya nyatakan berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Walaupun saya telah membuat keputusan ini, sebenarnya ia berlaku tanpa dirancang. Tetapi atas perlakuan musuh dalam selimut maka terjadilah semua ini.

Kalau kita mengikut kronologi apa yang terjadi pada hari ini, saya tidak pernah keluar daripada pakatan pembangkang tapi sebenarnya saya dihalau keluar oleh mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan dan cita-cita peribadi untuk membunuh karier politik saya dalam PKR.

Kalau ikut kronologinya pada 26 hingga 27 Januari 2009 adalah cuti Tahun Baru Cina. Pada 28 hingga 30 Januari 2009 saya cuti sakit. Saya ke Pahang untuk dapatkan rawatan tradisional bagi mengubati penyakit saya (sakit di bahagian pinggang) dan disambung pula dengan cuti hujung minggu.

Sepanjang tempoh itu mereka ada menghubungi saya bermula pada hari Jumaat (iaitu pada 30 Januari 2009).

Saya ada menerima banyak panggilan telefon daripada pemimpin DAP, PKR dan juga Pas termasuk juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Saya membuat keputusan untuk tidak menjawab sebarang panggilan kerana risau kemungkinan ada kata-kata yang kurang disenangi dan menyakitkan hati mana-mana pihak kerana saya menghormati mereka terutama Anwar.

Sebenarnya saya amat menunggu panggilan daripada Mohammad Nizar. Tujuan saya menunggu panggilannya adalah kerana ingin menegur sikap kepimpinan beliau terhadap saya dan PKR negeri. Beliau tidak mengamalkan prinsip keadilan.

Tapi pada hari Ahad melalui media arus perdana saya mendapat maklumat bahawa saya telah pun meletak jawatan dengan menghantar surat ke rumah Speaker Perak pada petang hari tersebut.

Sedangkan saya ketika itu masih berada di Pahang. Jadi dengan insiden tersebut saya merasakan tidak diperlukan dalam perjuangan mereka, dengan erti kata lain saya dihalau.

Berbalik kepada soalan sama ada saya dipaksa atau tidak, sebenarnya saya memang dipaksa untuk keluar oleh PKR.

Ramai orang tuduh YB sudah kena beli dan dapat wang berjuta ringgit. Ada juga menuduh YB penderhaka rakyat. Apa penjelasan YB?
Pada saya ini adalah tuduhan liar dan tidak adil pada saya. Selama 10 tahun saya berjuang dalam PKR, wang ringgit tidak pernah menjadi buruan malahan saya telah berkorban segala-galanya termasuk wang ringgit demi PKR. Tapi inilah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada saya.

Soal penderhaka pada rakyat tidak timbul kerana setelah saya dihalau keluar dari pakatan pembangkang saya telah memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas kerana apa lagi pilihan yang saya ada.

Jika saya dibayar sudah pastilah saya diminta untuk menyertai parti tersebut. Mana mungkin saya dibayar dan saya menjadi wakil rakyat Bebas.

Saya harap rakyat memahami situasi sebenar daripada terpengaruh dengan sentimen yang sengaja diadakan untuk memburuk-burukkan saya.

Tindakan keluar pakatan pembangkang telah menyebabkan penyokong amat marah. Jadi macam mana keadaan sekarang, adakah mereka sudah faham?
Sebenarnya di peringkat awal penyokong saya terkejut dan keliru. Bagaimanapun setelah diberi penjelasan, mereka akhirnya faham tentang apa yang terjadi terhadap saya dan pakatan pembangkang.

Alhamdulillah, mereka menerima dengan hati yang terbuka.

Terus terang saya katakan sebenarnya pergolakan dalam PKR telah berlaku bermula dari tertubuhnya kerajaan negeri campuran antara DAP, Pas dan PKR.

Ada pemimpin tertentu di peringkat negeri cemburu dan berminat untuk menjatuhkan saya. Dalam kepimpinan PKR bahagian Tanjung Malim pun sudah ada keretakan dan sebahagian besar ahli PKR mahu bersama-sama saya.

Kenapa sokong BN sekarang dan tidak dari dulu lagi. Adakah pakatan pembangkang ini tidak bagus?
Saya menyokong BN kerana saya dihalau dari pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang tidak mahu saya bersama mereka lagi. Soalnya apakah pilihan yang saya ada untuk terus berkhidmat untuk rakyat atas mandat dan amanah yang diberikan pada saya oleh rakyat Behrang untuk membela nasib mereka?

Soal bagus atau tidak bagusnya pakatan pembangkang itu boleh dinilai oleh rakyat sendiri.

Tapi terus terang saya nyatakan beberapa dasar pakatan pembangkang bertentangan dengan prinsip saya yang lebih mengutamakan perjuangan bangsa, agama dan negara.


.............................................................................................................................................................

Saya dihalau pemimpin DAP 24 jam – Yit Foong

Sejak dua bulan lalu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang dan wartawan mencari Hee Yit Foong dan semalam beliau mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengapa beliau keluar daripada parti yang dianggotainya sejak 22 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang daripada DAP itu mencetuskan kontroversi kerana tindakannya melepaskan kedudukannya dalam parti telah menyebabkan kerajaan pakatan pembangkang tumbang di Perak.

Wartawan Utusan Malaysia, ABDUL RAZAK DIN yang mengikuti sidang akhbar itu diberitahu oleh ADUN tersebut bahawa, ia bukan dibuat kerana hampir dengan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tetapi dibuat setelah selesai kes di mahkamah baru-baru ini yang mana mengesah serta mengekalkan beliau sebagai ADUN Jelapang.

UTUSAN: Apa kedudukan sebenar isu keluar parti ini?
HEE YIT FOONG: Saya sebenarnya hanya melepaskan keanggotaan parti DAP kerana saya tidak mahu menghadapi pelbagai lagi tuduhan di mahkamah.

Saya tidak tahan dengan penghinaan dan hipokrit yang dilakukan oleh pemimpin parti itu yang sepatutnya mereka saling hormat menghormati dan saya meminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menunaikan kerajaan yang Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) terlebih dahulu di Pulau Pinang.

Sebenarnya saya tidak hilang, dalam tempoh 24 jam semasa diberi tempoh yang diberikan oleh pemimpin DAP yang mengatakan mana-mana ADUNnya yang tidak dapat dihubungi dianggap keluar parti.

Ingin saya tegaskan mereka tidak pernah menghubungi saya sejak dari tarikh itu sehingga sekarang.

Ingin saya tegaskan, jika saya mendapat apa-apa tawaran, kerajaan pembangkang tidak boleh wujud sehingga 10 bulan pun.

Saya melepaskan jawatan dalam parti kerana masalah dalaman dalam parti dan bukan disebabkan masalah lain.

Apa masalah lain menyebabkan YB keluar parti?
Saya keluar (parti) disebabkan kerajaan pembangkang Perak tidak menunaikan pemberian kuota pegawai kerajaan yang perlu berkhidmat kepada Exconya walaupun saya diberi seorang pegawai untuk berkhidmat kepada saya.

Saya juga dituduh meminta konsesi balak beribu-ribu hektar daripada kerajaan walaupun saya sendiri tidak mengisi borang untuk permohonan tersebut.

Selepas itu, saya tidak berpuas hati dengan isu wanita di Perak yang seolah-seolah tidak diambil berat oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun pengundi wanita di Perak melebihi 51 peratus.

Saya juga ingin menolak dakwaan (ke luar negara) bahawa saya tidak pernah ke luar negeri sejak tahun 2004 lagi setelah ada orang mengatakan saya pergi ke Hong Kong. Ingin juga saya tegaskan bahawa saya tidak berhutang dengan pejabat (khidmat) ADUN yang saya gunakan untuk urusan di kawasan saya.

Apa yang YB lakukan dalam tempoh dua bulan lalu?
Saya mengelilingi Malaysia untuk melihat pendekatan yang dilakukan oleh wakil rakyat lain dalam mendekati rakyat. Dalam lawatan itu saya ingin mengambil pendekatan ‘mengambil yang jernih dan membuang yang keruh’ supaya nasib rakyat terus diperjuangkan.

Setelah mengambil keputusan melepaskan jawatan parti adakah YB dikenakan ancaman mana-mana pihak?
Saya tidak dikenakan ancaman apa-apa pun, cuma SMS itu adalah, itu pun telefon berkenaan telah diambil oleh polis untuk dibuat siasatan. Sebenarnya saya rindu untuk kembali ke Jelapang dan bertemu pengundi saya secepat mungkin.

Mengapa YB tidak kembali selepas melepaskan jawatan?
Saya ada balik ke kawasan tetapi secara senyap-senyap kerana tahu kesan tindakan itu. Kini saya lebih kerap bertemu mereka untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung. Ahli keluarga saya pun tidak diancam.

Apa sebenarnya yang menyebabkan YB keluar parti?
Saya tidak akan keluar parti jika tidak dihalau 24 jam dari parti yang saya anggotai sejak 22 tahun yang lalu.

Apakah tugas YB sekarang?
Tugas saya berkhidmat untuk rakyat yang mengundi saya, terutama penduduk kampung dan saya sedang menunggu untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Adakah YB akan menyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak?
Saya menyokong mereka jika membela nasib rakyat kerana saya kini calon Bebas dan saya berharap keadaan yang berlaku sekarang kembali pulih seperti sedia kala.

KEPADA SELURUH PENGUNDI DIBUKIT GANTANG JANGAN LAH KITA PILIH PEMIMPING YANG MENUTUPI KESALAHANNYA DISEBALIK TOPENG.APAKAH INI PEMIMPIN YANG IKHLAS.KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI.

APA KAH NIZAR BERSIH?


Dari luaran memang tak dinafikan Nizar seorang berhemah dan lemah lembut.Tapi tak semestinya dengan perwatakan yang sebegini Nizar langsung bersih dari sebarang perkara yang mendatang kan syak wasangka orang ramai.Lihat sahaja gambar dibawah.Kenapa kalau orang Umno bersalam dengan bukan muhrim haram tapi Nizar dihalalkan.Ini ikut mazhab mana?




Kenapa Nizar hanya mendengar nasihat dari DAP dan tidak mahu mendengar nasihat Sultan Perak.Umno diharamkan bila ada kerjasama dengan MCA dan MIC tapi PAS menghalalkan bekerjasama dengan DAP yang terang lagi bersuluh tidak mahu sebuah negara Islam.Ini semua kerja politik PAS.

Nizar juga seorang yang mahu dirinya diagong agongkan untuk menampakan imej yang sangat bersih.Tapi dibelakng kita habis tanah di agihkan pada DAP hanya berkehendakan sokongan .Lihat saja gambar dibawah yang kesemuanya memuja akan diri Nizar.Inikah pemimpin yang kita mahukan.Kalau nak jadi pemimpin tak payah la kita tunjukan diri kita ni bersih dan lebih baik dari semua orang.

http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/04/pengundi-bukit-gantang-meluat-dengan.html

INSYALLAH SEKIRANYA KITA IKHLAS DALAM PERJUANGAN TAK PERLU KITA MENUNJUK NUNJUK .INI SEMUA NYA DILARANG OLEH AGAMA.

Nizar senyum dengan ikhlas.. Zambry senyum kambing.

Nizar bercakap benar… Zambry berkata benar?


Nizar menghormati ulama’.. Zambry membantai ulama’..


Nizar mendampingi dan berjuang bersama ulama’,.. Zambry.. berjuang bersama duit..


Nizar menjadi imam Solat Jenazah dan mentalqin jenazah… Zambry?


Nizar makan di warung.. Zambry tak maiinnn laa..

Nizar serbu kubu lawan di Bukit Gantang.. Zambry baling batu dari belakang semak


Nizar didakwa salah guna kuasa

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Prihatin Perak mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Exco, Datuk Ngeh Koo Ham telah menyalahgunakan kuasa.

Jurucakap kumpulan itu, Hamdan Taha berkata, pendedahan itu dibuat selepas pihaknya menerima salinan sepucuk surat berkaitan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang terbabit.(baca selanjutnya)




Kenapa pengundi perlu tolak Nizar?
1. Nizar bukan anak tempatan
2. Nizar seorang jutawan hasil projek BN
3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon
4. Jika Nizar menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk
5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu
6. Nizar meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.
7. PAS boneka kepada DAP
8. PAS gagal membela rakyat
9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka
10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009
11. Nizar adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)?
12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong
13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS
14. PAS pembohong dan tidak menepati janji
15. Nizar mohon derhaka kepada Sultan Perak
16. Nizar enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak
17. PAS menganjurkan politik ganas!
18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak
19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah
20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah
21. PAS tidak mampu membawa pembangunan
22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik
23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September
24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.
25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk
26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.
27. PAS tidak memperjuangkan negara Islam dan hudud kerana takut kepada DAP.

AKHIR SEKALI UNTUK SELURUH PENGUNDI DI BUKIT GANTANG HAYATILAH 27 PERKARA DIATAS DAN BUATLAH PENILAIAN AGAR KITA TIDAK TERSALAH MEMILIH PEMIMPIN.PEMIMPIN DATANG DAN PERGI ,TAPI SEKIRANYA TERSALAH PILIH AKAN MERANALAH JENERASI MENDATANG...RENUNG RENUNG KAN LA.


LU PIKIR LA SENDIRI.

Ahad, 5 April 2009

PENGUNDI BUKIT SELAMBAU JADI MANGSA TERBARU ANWAR


Memang layak Anwar di anugerahkan sebagi PENIPU BESAR.Dengan promosi keseluruh negara akan ada satu kejutan besar akan diumukan.Dengan menggunakan orang suruhannya untuk disebarkan diseluruh pelusuk tanah air maka dengan bangganya orng kanan Penasihat PKR iaitu Saifudin Nasution telah menggigatkan para wartawan bahawa para pengarang mereka pasti marah jika tak datang ke ceramah iti kerana sesuatu yang gempar berkenaan DSN akan diselongkar oleh Anwar Ibrahim pada malam iti.

Dengan perasaan berat hati .para wartawan ini terpaksalah bersengkang mata menunggu berita yang dikatakan gempar itu walau sebahagian para wartawan sudah dapat merasakan ini adalah perangkap PKR untuk menunjukan Pemimpin penipu perdana mereka akan mendapat liputan yang meluas dari pada akhbar2 tempatan...

Sebelum ketibaan DSAI ,Ahli Majlis pimpinan Tertinggi PKR Datuk Johari Abdul hanya menggumumkan Naib Presiden parti PPP Datuk V Nagarajah telah menyertai PKR bersama dengan 6,000 ahlinya.

Tunggu punya tunggu punya tunggu maka tibalah detik yang akan menggemparkan seluruh seanterio negara dengan Anwar mengambil tempat sebagai penceramah perdana ..Rupa rupanya satu penggumuman pun yang dibuat oleh DSAI.Hanya DSAI menjelaskan "Kita sudah bincang dan kita menjangkakan kalau kita buat penggumuman pada malam ini terlalu besar risikonya.Sebab itu kita tunda penggumuman ini pada 7 hb selepas pembangkang memenangi ketiga tiga prk nanti.

Kesimpulannya ,semua yang hadir malam itu sudah ditipu oleh Anwar yang lansung tidak mendedahkan sebarang penggumuman sebagimana yang dihebah hebah kan sebelum ini.Jelas Anwar hanya membuat gempar bagi menghagatkan suasana dengan harapan rakyat akan hadir untuk menghadiri ceramahnya kerana Anwar takut menghadapi kenyataan yang rakyat akan menolaknya sebagaimana ketika beliau di Batang Air yang rakyat tidak dilayan oleh penduduk iban di Batang Air.

Dengan perlantikan PM yang baru dan penyertaan semula Tun Dr Mahathir serta dua ahli keluarganya kedalam Umno telah membuat diri nya berada dalam keadaan tertekan .

PPP Nafi Dakwaan 6,000 Ahlinya Sertai PKR

(Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah hari ini menafikan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sebanyak 6,000 ahlinya telah menyertai PKR.

Timbalan Pengerusi PPP Kedah K.Vadi Vellu berkata dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah kerana kesemua 9,000 ahli PPP dari seluruh negeri Kedah masih setia dan aktif dalam jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Vadi Vellu yang juga Ketua PPP Bahagian Merbok berkata tindakan bekas pengerusi PPP Kedah Datuk M.Nadarajan bersama-sama lima anggota parti yang telah dipecat kerana masalah disiplin yang menyertai PKR tidak akan menjejaskan parti.

Nadarajan yang digugurkan daripada jawatannya oleh presiden PPP Datuk M. Kayveas merupakan seorang yang oportunis, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"PKR mengambil (Nadarajan dan) lima bekas ahli PPP yang bermasalah dan itu tidak mendatangkan masalah kepada PPP kerana kami ada lebih 9,000 ahli lagi," katanya.

Semalam, Anwar dalam ceramahnya mengumumkan kononnya sebanyak 6,000 ahli PPP telah menyertai PKR yang diketuai oleh Nadarajan.


Rupa rupanya Anwar hanya dapat bekas pemimpin PPP sahaja...satu malaya gempar.....hahahah..

AKHIR SEKALI KEPADA SELURUH PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU KITA RENUNG RENUNG KAN LA ,APAKAH SEORANG YANG MENJADIKAN PENIPUAN CARA HIDUPNYA LAYAK KITA ANGKAT MENJADI PEMIMPIN....LU PIKIR LA SENDIRI.

PAS SENDIRI MENOLAK NIZAR


Pas Bukit Gantang kecewa anak jati Bukit Gantang iaitu Ustaz Idris Ahmad tidak dipilih sebagai calon Parlimen Bukit Gantang sebaliknya memilih Nizar sebagai calon yang diketahui bukan anak jati Bukit Gantang.Pas bukit Gantang juga tidak berpuas hati kerana Nizar sendiri bukan pilihan parti Pas sebaliknya adalah calon yang dikemukan oleh DAP Perak.

Boleh dikatakan ahli Pas sudah awal awal mengetahui Nizar bukan lah calon Pas memandangkan TG Nik Aziz sendiri menolak Nizar sebagai calon di Bukit Gantang.Bila nama Nizar yang diumukan sebagai calon Pas pada prk nanti sebahagian ahli Pas kawasan Bukit Gantang merasa tertipu kerana Pas Pusat tidak mahu menerima pandangan Pas bukit Gantang .Sebaliknya Pas pusat menerima dan menyetujui cadangan Dap agar Nizar dicalonkan.

Dengan kekecewaan sebahagian besar ahli Pas ,Ini akan memberi satu kelebihan pada calon BN kerana Ismail Saffian sendiri merupakan anak jati Bukit Gantang.Dengan rekod Nizar yang kurang menyenangkan sebahagian ahli Pas tidak mustahil ada segelintir ahli Pas akan beralih arah dengan mengundi BN.

Dengan tinggal 2 hari lagi sebelum kita membuang undi ,pengundi di Bukit Gantang harus sedar dan berfikir dengan fikiran yang tenang apakah Pas telah lakukan sebelum ini bagi membawa perubahan di sana .Tidak banyak perubahan yang dibawa selain hanya mengheret rakyat terus berada dalam kebingungan bagaimana sebuah kerajaan yang diterajui oleh Pas gagal dalam melaksanakan tuntutan islam.Apakah dengan kita berdemontrasi ,merosakan harta benda awam dan berbaring di tengah jalan serta menimbulkan keadaan huru hara merupakan perjuangan Islam.Islam tidak melarang umatnya berbeza pendapat tapi mestilah ada adab adab untuk menyelesaikan masaalah mengikut acuan Islam sendiri.Kita tidak mahu nafsu yang mengawal diri kita dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Akhir sekali ,kepada seluruh pengundi di Bukit Gantang ,pilih dan sokonglah calon yang tahu isi hati rakyat Bukit Gantang .Pilih la pemimpin yang mempunyai wawasan dan kemampuan yang sama senadanya dengan kerajaan diperingkat negeri dan juga kerajaan pusat.

Terimalah seorang wakil rakyat yang padanya diterima oleh parti dan juga rakyat.Kita tidak mahu pemimpin yang ahli ahlinya sendiri tidak dapat menerimanya.

KITA RENUNG RENUNGKAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI......SALAM SEMUA....SELAMAT MENGUNDI.......UMNO....BN....

PEMBANGKANG TIADA TEMPAT DI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AIR.



Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Air pada 7 April ini.Di Batang Air sendiri, pengundi-pengundi menyedari hanya BN mampu memenuhi harapan mereka untuk membawa pembangunan dan pembaharuan kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam memberi keyakinan kepada rakyat terutama di tiga kawasan berkenaan bahawa Najib mampu membawa perubahan dan akan membawa kemajuan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.Perubahan amat ketara terutama sikap pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kepada BN berikutan perubahan yang berlaku dalam parti Umno baru-baru ini.

Kekuatan sokongan itu ditambah dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Isteri beserta anaknya menyertai semula UMNO dan ini merupakan saat yang dinanti-nantikan rakyat terutamanya pengundi Melayu di Bukit gantang dan Bukit Selambau.

Pengundi-pengundi Batang Air perlu menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tiada keupayaan membawa pembangunan kepada masyarakat di situ dan PKR juga bukan parti yang berasal dari Sarawak yang tidak mampu membawa perubahan kepada nasib rakyat di situ.

Sebagai kerajaan yang prihatin dengan masaalah rakyat BN telah melakukan perubahan dengan membebaskan 13 tahanan ISA .Ini adalah satu hadiah untuk rakyat malaysia oleh PM dihari pertama perlantikan beliau sebagai PM yang ke 6.Kerajaan juga akan memulakan proses kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dengan penarikan larangan keatas dua akhbar pembangkang juga memberi satu keyakinan pada BN untuk menguasai semula dua kerusi iaitu di Bukit selambau dan Bukit Gantang.Rakyat sudah tahu menilai parti mana yang mampu untuk melaksanakan agenda rakyat bagi membawa rakyat kearah masa depan yang lebih gemilang.

Rakyat akan rugi sekiranya pembangkang yang menjadi pilihan kerana dalam setahun peluang yang diberi tiada satu pun agenda khusus bagi membawa rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

BN berkeyakinan rakyat akan membuat satu pilihan yang tepat kerana dengan keazaman PM untuk membawa malaysia kemercu kejayaan dengan dengan tema Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,PM mahu membangunkan negara kepada tahap yang lebih tinggi. Tindakan beliau ini adalah sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negaranya.Inilah kelebihan kerajaan BN yang sudah dibuktikan hampir 60 tahun dan buktinya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan dapat bersaing dengan bangsa bangsa lain di dunia ini.Inilah harapan rakyat dan rakyat akan membantu PM untuk membentuk negara yang lebih maju dalam persekitaran yang aman dan damai.

Akhir sekala marilah kita sama sama hayati sedikit intipati kata kata PM semasa membuat ucapan sulung beliau sebagai PM.

Dengan ini saya mengajak seluruh warga untuk sama sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat:Satu Malaysia ,Rakyat Didahulukan ,Pencapaian Diutamakan.

Saya panjatkan doa kehadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan,kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini.

Dengan izin ALLAH jua,marilah kita mulakan langkah perjalanan hebat ini bersama sama.

KEPADA SELURUH PENGUNDI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AIR PERJUANGAN KITA BELUM TAMAT DAN AKAN KITA TERUSKAN DENGAN KEPIMPINAN YANG MAMPU UNTUK MEMBAWA RAKYAT TERUS DALAM KESELAAN UNTUK DIPANJANGKAN KE WARISAN KITA.

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.

UMNO AKAN KALAH SEKIRANYA NIZAR BUKAN CALON BUKIT GANTANG



Umno akan menerima kekalahan sekiranya Pas tidak mendengar nasihat DAP yang mahukan Nizar bertanding di Bukit gantang.Disebabkan DAP adalah tuan pada Nizar PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP walaupun PAS tahu Nizar akan menerima pukulan dari Umno disebabkan banyak tindakan Nizar tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di Perak.Ini menjadi satu kelebihan pada Umno dengan rekod Nizar yang tidak membanggakan rakyat perak dan berdasarkan majoriti kecil 1,566 undi yang diperolehi bekas wakil rakyat Pas, Allahyarham Roslan Shaharum di kawasan P059 ini semasa gelombang politik melanda negara pada pilihan raya umum lalu.

Dengan slogan utama 'Mohon Restu Rakyat', wajah calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang diletak berselang seli dengan wajah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, dapat dilihat terpampang pada poster-poster besar di sepanjang jalan dari bandar Taiping hingga ke Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang - tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bukit Gantang.

Poster dan bendera Pas juga sama meriah. Namun berbeza dengan pilihan raya yang sudah-sudah, slogan 'Membangun Bersama Islam' tidak lagi kelihatan di mana-mana.Sebaliknya yang menggantikan adalah poster calon juga mantan menteri besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bersama slogan baru 'Pas Untuk Semua'.Tidak pasti sama ada itu adalah pendirian terbaru parti itu atau hanya slogan untuk menghadapi pilihan raya kecil kali ini.Ini menandakan PAS sudah tidak bersungguh sungguh untuk melaksanakan dasar Islam dalam pentadbirannya nanti ,mungkin juga PAS takut dengan amaran DAP yang DAP tidak mahu PAS melaksanakan dasar Islam dalam kerajaan mereka nanti.

Namun VCD Nizar: Negara Islam Bukan Perjuangan Pas yang mengandungi rakaman kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berlegar di segenap pelosok. Malah, mungkin sudah menemui penyokong Pas di kubu kuat parti itu di Ayer Kuning, Tebuk Terung dan Sungai Rotan.

Poster, kain rentang dan sepanduk baru di samping risalah dengan mesej yang lebih ganas mula kelihatan. Antaranya "Insaflah Pas," "Berhenti guna agama," "Tolak Pas - Idok le teman derhaka Yeop" dan "Tolak Nizar penderhaka."

Kelmarin, UMNO membuat laporan di Balai Polis Changkat Jering selepas dokumen dengan kepala surat parti itu tersebar kononnya penduduk dijanjikan RM1,000 kepada sesiapa yang sukarela menjadi sebahagian jentera BN.Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ia taktik kotor pembangkang yang kian terdesak ekoran momentum sokongan yang meningkat terhadap BN.

Seperti biasa, ceramah anjuran Pas memang hangat. Menghidangkan isu-isu sensasi dan kontroversi serta pelbagai tuduhan konspirasi - walaupun tanpa fakta - senang-senang sahaja tapak ceramah parti itu dipenuhi sehingga 300 penyokong termasuk yang datang dari luar kawasan Bukit Gantang.

Ceramah BN seperti biasa, lebih kepada fakta dan berbentuk penjelasan. Namun kehadiran penceramah seperti bekas Angkatan Muda PKR bersama pendedahan-pendedahan dalam parti itu sedikit sebanyak berjaya menarik penduduk untuk mengikutinya.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah relevannya? Bagi penduduk Perak kebanyakannya dan pengundi Bukit Gantang khususnya, pilihan raya kecil kali ini sepatutnya bukan medan menguji populariti. Soal siapa lebih popular antara Ismail Saffian dengan Mohammad Nizar tidak penting sebab yang lebih mustahak ialah siapa yang dapat lebih berkhidmat kepada pengundi.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, tentu sahaja Mohammad Nizar tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada Parlimen Bukit Gantang - yang di bawahnya pula ada tiga lagi kawasan DUN yang luas.Ismail mempunyai kelebihan kerana sebagai anak tempatan, mengetuai jentera pilihan raya UMNO di Bukit Gantang pada 2004 dan 2008, beliau mengetahui selok-belok dan ceruk pelosok daerah ini.Umpama orang berpoligami - pengundi Bukit Gantang terpaksa berkongsi kasih jika memilih bekas MB. Tumpuan bagaimanapun tidak akan berbelah bagi kalau Ismail yang dipangkah 7 April ini.

Satu perkara yang pasti, nama Anwar tidak relevan langsung bagi pengundi Bukit Gantang.Apatah lagi episod 'rampasan kuasa' bermula dengan agenda 16 September yang diuar-uarkannya sejak 8 Mac 2008 menjadi punca keadaan tidak stabil di negeri ini sejak 11 bulan lalu.

AKHIR SEKALI...KEPADA SELURUH PENGUNDI BUKIT GANTANG....PILIH LAH PEMIMPIN YANG DAPAT MEMBERI KHIDMAT YANG BAIK AGAR SEGALA KEMUSKILAN KITA NANTI DAPAT DISALURKAN DENGAN LANCAR TANPA ADA SATU PUN HALANGAN .PERJUANGAN BN ADALAH MEMBELA RAKYAT.

KITA RENUNG RENUNGKAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI

Sabtu, 4 April 2009

BUKU PENUH KONTROVERSI BERTABURAN DI BUKIT GANTANG -malaysiakini


Buku kecil mengenai kontroversi gambar intim exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini diedarkan di Bukit Gantang.

bukit gantang by election elizabeth wong slanderous booklet 040409 01Salinan buku kecil itu ditemui di markas Pemuda BN di Simpang dan sewaktu majlis ceramah bekas pemimpin PKR, Lokman Adam di Taman Kaya, Simpang yang dibatalkan malam tadi.

Buku kecil itu tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penerbitnya.

Dari muka pertamanya, buku itu memaparkan Elizabeth sebagai seorang wanita tidak bermoral tetapi masih menerima sokongan daripada PAS, yang meletakkan Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Buku itu mendakwa, Elizabeth tidak dianiayai tetapi dia sendiri yang menjadi puncanya dan mengadakan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Sehubungan itu, ia bertanya sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam tafsiran PAS mengenai Islam.

Muka surat 3 buku tersebut mendakwa Elizabeth juga mempunyai hubungan intim dengan ketua penerangan PKR, Tian Chua, terutama apabila mereka berdua berada di Taiwan tahun lalu, untuk memujuk ahli Parlimen BN melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

bukit gantang by election elizabeth wong slanderous booklet 040409 02Artikel kelima dan artikel yang terakhir dalam buku itu memaparkan rencana Utusan Malaysia pada 1985 yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai berkata parti itu akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika ia berkuasa.

Pada 16 Februari lalu, dua akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan berita mengenai gambar-gambar intim Elizabeth yang diedarkan kepada umum. Berikutan itu, Elizabeth menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Sementara itu, khabar angin tersebar bahawa wang diedarkan kepada pengundi, mengakibatkan orang ramai menyerbu pusat operasi Parti Progresif Rakyat (PPP) di Taman Kota Jaya, Simpang semalam.

Apabila Malaysiakini tiba di situ, kumpulan orang lelaki dan wanita kelihatan keluar masuk tempat tersebut. Di dalamnya, mereka dilihat menyerahkan kad pengenalan kepada dua lelaki yang menyalin butiran di atas sekeping keras kosong.

Mereka yang ditemui berkata, mereka mencuba nasib ekoran tersebarnya khabar angin bahawa ramai pengundi telah menerima wang tunia RM100 sejak tiga hari lalu untuk mengundi sebuah parti tertentu.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

"Saya diberitahu jika 'bos' datang esok, kami boleh mendapatkan wang tersebut," kata seorang wanita Cina yang sudah berusia.


SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH