tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 6 April 2009

NIZAR BERSELINDUNG DISEBALIK TOPENG








Apakah dengan berselindung disebalik topeng ,Nizar dapat menutup segala kelemahannya kepada seluruh rakyat Bukit Gantang.Rakyat Bukit gantang bukan bodoh.Akhirnya segala kelemahan Nizar terbungkar juga walau dirinya ditutupi oleh topeng Rupanya selama ini rakyat tertipu dengan tindak tanduk Nizar yang berselingdung disebalik wajahnya yang tenang dengan menutupi segala keburukan nya dengan berselindung disebalik topeng.Apakah ini pemimpin yang akan membela kita .

INILAH PEMIMPIN YANG TELAH MEMBUANG TOPENG DI MUKA MEREKA.

BN lebih layak bela nasib rakyat

PELBAGAI tuduhan dilemparkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu sebaik saja keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal Februari lalu.

Kata-kata sindiran dan cemuhan itu semakin memuncak semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang sedang berlangsung.

Tambahan pula, kawasan Changkat Jering yang beliau wakili merupakan salah satu kawasan yang terletak di bawah kerusi Parlimen tersebut.

Kepada wartawan ZAINI RABAN, Mohd. Osman yang menyokong Kerajaan Negeri Perak Barisan Nasional (BN) menjelaskan mengenai penglibatannya dalam kempen itu.

UTUSAN: Benarkah Yang Berhormat (YB) menyokong BN semata-mata kerana wang?
MOHD. OSMAN: Tidak, tanggapan itu tidak benar dan satu fitnah pembangkang yang sentiasa dibelenggu dengan sikap iri hati dan busuk hati. Semua orang termasuk pembangkang tahu BN lebih layak dan berkemampuan membela nasib rakyat termasuk pengundi di Changkat Jering.

Yakin dan sedarlah bahawa hanya BN mampu mentadbir dengan lebih adil demi kesejahteraan rakyat dan bukan untuk popular atau meraih simpati rakyat seperti pakatan pembangkang di Perak dulu.

Hanya BN yang mempunyai pengalaman membela nasib rakyat lebih-lebih lagi dalam mengharungi kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Kenapa YB mengambil tindakan nekad meninggalkan pakatan pembangkang?
Memerintah Perak bersama tiga parti berbeza ideologi (DAP, PKR dan Pas) memang sukar dan ia merupakan satu pengalaman buruk dan menyakitkan saya.

Siapa yang tidak tahan apabila setiap kelulusan dibuat tanpa mempedulikan suara saya dan YB Jamal (ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi). Keadaan bertambah sukar dengan sikap sombong dan bongkak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Banyak keputusan dan kelulusan dikuasai oleh ‘pihak tertentu’ dan disokong oleh beliau. Saya harap rakyat khususnya orang Melayu faham perkara ini.

Saya sendiri nampak bagaimana tidak adilnya mereka. Ia bertentangan dengan prinsip saya. Jadi, saya menyeru supaya pengundi tidak menyokong pembangkang di Bukit Gantang dan di mana saja.

Mohammad Nizar ada mengatakan bahawa YB yang tidak menjalankan tugas dengan berkesan, apa komen YB?
Sebagai Exco yang menjaga portfolio pelancongan memang banyak perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang dilakukan.

Malangnya projek berkenaan tidak mendapat kerjasama Kerajaan Pusat... tapi tak apalah itu saya faham sebab Perak di bawah pakatan pembangkang.

Apa yang saya nak cerita ialah Nizar sendiri sebagai Menteri Besar tak ambil peduli pun tentang projek pelancongan, jadi kenapa mahu salahkan saya sedangkan beliau sebagai ketua tidak bagi sokongan.

Cerminlah diri dulu sebelum hendak salahkan orang lain.

Mengapa rakyat dan pengundi perlu menolak pakatan ‘palsu’ pembangkang?
Cukuplah kira-kira 11 bulan Mohammad Nizar dan konco-konconya menipu rakyat dan putar belit apa yang berlaku.

Rakyat boleh lihat sendiri macam mana tingkah laku dan tindakan mereka semasa memerintah dan selepas BN memerintah semula Perak.

Saya sudah masak dengan perangai mereka, banyak kata-kata pembohongan yang mereka keluarkan untuk mempengaruhi rakyat. Saya yakin satu hari nanti segala pembohongan itu akan terbongkar dan rakyat pasti tahu siapa mereka yang sebenarnya.

YB sudah bersedia dan berkempen untuk BN di Bukit Gantang?
Sudah pasti saya bersedia dan turun padang berkempen bersama BN bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka harus menolak pembangkang.

Saya juga berpendapat pengundi wajar memilih calon BN, Ismail Saffian yang merupakan anak tempatan dan cukup pengalaman mentadbir demi kebaikan pengundi.

................................................................................................................................................................


Saya dihalau pakatan pembangkang – Jamaluddin

TINDAKAN bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang mengejutkan banyak pihak.

Ada yang menuduh beliau dibeli oleh Barisan Nasional (BN) dan ada pula yang mengatakannya sudah tidak sepakat dengan pakatan ‘bidan terjun’ antara Pas, DAP dan PKR bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Bagaimanapun, terlalu ramai yang belum mengetahui punca sebenar beliau mengambil tindakan nekad tersebut.

Kepada wartawan Utusan Malaysia ZAINI RABAN, Jamaluddin meluahkan perasaan dan punca sebenar beliau ‘menderhaka’ kepada pakatan pembangkang.

UTUSAN: Ramai masih tertanya kenapa Yang Berhormat (YB) meninggalkan pakatan pembangkang. Benarkah YB dipaksa atau sebaliknya?
JAMALUDDIN: Terus terang saya nyatakan berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Walaupun saya telah membuat keputusan ini, sebenarnya ia berlaku tanpa dirancang. Tetapi atas perlakuan musuh dalam selimut maka terjadilah semua ini.

Kalau kita mengikut kronologi apa yang terjadi pada hari ini, saya tidak pernah keluar daripada pakatan pembangkang tapi sebenarnya saya dihalau keluar oleh mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan dan cita-cita peribadi untuk membunuh karier politik saya dalam PKR.

Kalau ikut kronologinya pada 26 hingga 27 Januari 2009 adalah cuti Tahun Baru Cina. Pada 28 hingga 30 Januari 2009 saya cuti sakit. Saya ke Pahang untuk dapatkan rawatan tradisional bagi mengubati penyakit saya (sakit di bahagian pinggang) dan disambung pula dengan cuti hujung minggu.

Sepanjang tempoh itu mereka ada menghubungi saya bermula pada hari Jumaat (iaitu pada 30 Januari 2009).

Saya ada menerima banyak panggilan telefon daripada pemimpin DAP, PKR dan juga Pas termasuk juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Saya membuat keputusan untuk tidak menjawab sebarang panggilan kerana risau kemungkinan ada kata-kata yang kurang disenangi dan menyakitkan hati mana-mana pihak kerana saya menghormati mereka terutama Anwar.

Sebenarnya saya amat menunggu panggilan daripada Mohammad Nizar. Tujuan saya menunggu panggilannya adalah kerana ingin menegur sikap kepimpinan beliau terhadap saya dan PKR negeri. Beliau tidak mengamalkan prinsip keadilan.

Tapi pada hari Ahad melalui media arus perdana saya mendapat maklumat bahawa saya telah pun meletak jawatan dengan menghantar surat ke rumah Speaker Perak pada petang hari tersebut.

Sedangkan saya ketika itu masih berada di Pahang. Jadi dengan insiden tersebut saya merasakan tidak diperlukan dalam perjuangan mereka, dengan erti kata lain saya dihalau.

Berbalik kepada soalan sama ada saya dipaksa atau tidak, sebenarnya saya memang dipaksa untuk keluar oleh PKR.

Ramai orang tuduh YB sudah kena beli dan dapat wang berjuta ringgit. Ada juga menuduh YB penderhaka rakyat. Apa penjelasan YB?
Pada saya ini adalah tuduhan liar dan tidak adil pada saya. Selama 10 tahun saya berjuang dalam PKR, wang ringgit tidak pernah menjadi buruan malahan saya telah berkorban segala-galanya termasuk wang ringgit demi PKR. Tapi inilah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada saya.

Soal penderhaka pada rakyat tidak timbul kerana setelah saya dihalau keluar dari pakatan pembangkang saya telah memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas kerana apa lagi pilihan yang saya ada.

Jika saya dibayar sudah pastilah saya diminta untuk menyertai parti tersebut. Mana mungkin saya dibayar dan saya menjadi wakil rakyat Bebas.

Saya harap rakyat memahami situasi sebenar daripada terpengaruh dengan sentimen yang sengaja diadakan untuk memburuk-burukkan saya.

Tindakan keluar pakatan pembangkang telah menyebabkan penyokong amat marah. Jadi macam mana keadaan sekarang, adakah mereka sudah faham?
Sebenarnya di peringkat awal penyokong saya terkejut dan keliru. Bagaimanapun setelah diberi penjelasan, mereka akhirnya faham tentang apa yang terjadi terhadap saya dan pakatan pembangkang.

Alhamdulillah, mereka menerima dengan hati yang terbuka.

Terus terang saya katakan sebenarnya pergolakan dalam PKR telah berlaku bermula dari tertubuhnya kerajaan negeri campuran antara DAP, Pas dan PKR.

Ada pemimpin tertentu di peringkat negeri cemburu dan berminat untuk menjatuhkan saya. Dalam kepimpinan PKR bahagian Tanjung Malim pun sudah ada keretakan dan sebahagian besar ahli PKR mahu bersama-sama saya.

Kenapa sokong BN sekarang dan tidak dari dulu lagi. Adakah pakatan pembangkang ini tidak bagus?
Saya menyokong BN kerana saya dihalau dari pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang tidak mahu saya bersama mereka lagi. Soalnya apakah pilihan yang saya ada untuk terus berkhidmat untuk rakyat atas mandat dan amanah yang diberikan pada saya oleh rakyat Behrang untuk membela nasib mereka?

Soal bagus atau tidak bagusnya pakatan pembangkang itu boleh dinilai oleh rakyat sendiri.

Tapi terus terang saya nyatakan beberapa dasar pakatan pembangkang bertentangan dengan prinsip saya yang lebih mengutamakan perjuangan bangsa, agama dan negara.


.............................................................................................................................................................

Saya dihalau pemimpin DAP 24 jam – Yit Foong

Sejak dua bulan lalu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang dan wartawan mencari Hee Yit Foong dan semalam beliau mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengapa beliau keluar daripada parti yang dianggotainya sejak 22 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang daripada DAP itu mencetuskan kontroversi kerana tindakannya melepaskan kedudukannya dalam parti telah menyebabkan kerajaan pakatan pembangkang tumbang di Perak.

Wartawan Utusan Malaysia, ABDUL RAZAK DIN yang mengikuti sidang akhbar itu diberitahu oleh ADUN tersebut bahawa, ia bukan dibuat kerana hampir dengan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tetapi dibuat setelah selesai kes di mahkamah baru-baru ini yang mana mengesah serta mengekalkan beliau sebagai ADUN Jelapang.

UTUSAN: Apa kedudukan sebenar isu keluar parti ini?
HEE YIT FOONG: Saya sebenarnya hanya melepaskan keanggotaan parti DAP kerana saya tidak mahu menghadapi pelbagai lagi tuduhan di mahkamah.

Saya tidak tahan dengan penghinaan dan hipokrit yang dilakukan oleh pemimpin parti itu yang sepatutnya mereka saling hormat menghormati dan saya meminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menunaikan kerajaan yang Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) terlebih dahulu di Pulau Pinang.

Sebenarnya saya tidak hilang, dalam tempoh 24 jam semasa diberi tempoh yang diberikan oleh pemimpin DAP yang mengatakan mana-mana ADUNnya yang tidak dapat dihubungi dianggap keluar parti.

Ingin saya tegaskan mereka tidak pernah menghubungi saya sejak dari tarikh itu sehingga sekarang.

Ingin saya tegaskan, jika saya mendapat apa-apa tawaran, kerajaan pembangkang tidak boleh wujud sehingga 10 bulan pun.

Saya melepaskan jawatan dalam parti kerana masalah dalaman dalam parti dan bukan disebabkan masalah lain.

Apa masalah lain menyebabkan YB keluar parti?
Saya keluar (parti) disebabkan kerajaan pembangkang Perak tidak menunaikan pemberian kuota pegawai kerajaan yang perlu berkhidmat kepada Exconya walaupun saya diberi seorang pegawai untuk berkhidmat kepada saya.

Saya juga dituduh meminta konsesi balak beribu-ribu hektar daripada kerajaan walaupun saya sendiri tidak mengisi borang untuk permohonan tersebut.

Selepas itu, saya tidak berpuas hati dengan isu wanita di Perak yang seolah-seolah tidak diambil berat oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun pengundi wanita di Perak melebihi 51 peratus.

Saya juga ingin menolak dakwaan (ke luar negara) bahawa saya tidak pernah ke luar negeri sejak tahun 2004 lagi setelah ada orang mengatakan saya pergi ke Hong Kong. Ingin juga saya tegaskan bahawa saya tidak berhutang dengan pejabat (khidmat) ADUN yang saya gunakan untuk urusan di kawasan saya.

Apa yang YB lakukan dalam tempoh dua bulan lalu?
Saya mengelilingi Malaysia untuk melihat pendekatan yang dilakukan oleh wakil rakyat lain dalam mendekati rakyat. Dalam lawatan itu saya ingin mengambil pendekatan ‘mengambil yang jernih dan membuang yang keruh’ supaya nasib rakyat terus diperjuangkan.

Setelah mengambil keputusan melepaskan jawatan parti adakah YB dikenakan ancaman mana-mana pihak?
Saya tidak dikenakan ancaman apa-apa pun, cuma SMS itu adalah, itu pun telefon berkenaan telah diambil oleh polis untuk dibuat siasatan. Sebenarnya saya rindu untuk kembali ke Jelapang dan bertemu pengundi saya secepat mungkin.

Mengapa YB tidak kembali selepas melepaskan jawatan?
Saya ada balik ke kawasan tetapi secara senyap-senyap kerana tahu kesan tindakan itu. Kini saya lebih kerap bertemu mereka untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung. Ahli keluarga saya pun tidak diancam.

Apa sebenarnya yang menyebabkan YB keluar parti?
Saya tidak akan keluar parti jika tidak dihalau 24 jam dari parti yang saya anggotai sejak 22 tahun yang lalu.

Apakah tugas YB sekarang?
Tugas saya berkhidmat untuk rakyat yang mengundi saya, terutama penduduk kampung dan saya sedang menunggu untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Adakah YB akan menyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak?
Saya menyokong mereka jika membela nasib rakyat kerana saya kini calon Bebas dan saya berharap keadaan yang berlaku sekarang kembali pulih seperti sedia kala.

KEPADA SELURUH PENGUNDI DIBUKIT GANTANG JANGAN LAH KITA PILIH PEMIMPING YANG MENUTUPI KESALAHANNYA DISEBALIK TOPENG.APAKAH INI PEMIMPIN YANG IKHLAS.KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH