Satu keputusan yang tepat telah dilakukan oleh hampir 1,000 ahli PKR dengan keluar beramai ramai bagi membantah tindakan ketua umum PKR yang diibaratkan tidak mengenang budi kerana langsung tidak berterima kasih, sebaliknya, berbuat sesuka hati tanpa berbincang bersama akar umbi.
1,000 ahli PKR Merbok keluar parti
SUNGAI PETANI: Selepas kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai mengumumkan keluar parti minggu lalu, malam tadi lebih 1,000 ahli parti itu dari Bahagian Merbok pula, termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, Kamal Nasser Taufik mengikut langkah mereka.
Selain melepaskan jawatan AJK, Kamal turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Ketua Kaum India Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, setakat ini, mereka belum mengambil keputusan menyertai mana-mana parti tetapi akan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.
Beliau berkata, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu yang dilihat bukan lagi memperjuangkan rakyat sebaliknya, mengutamakan kepentingan peribadi.
"Kami sudah bercadang lama untuk keluar parti. Bagaimanapun, dua minggu lalu, barulah kami membincangkan perkara itu secara serius kerana PKR tidak lagi releven dengan kaum India dan penduduk di sini," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan ahli PKR Merbok menyesal kerana mereka tersalah memilih parti dan pemimpin pada pilihan raya umum lalu dengan mengundi pemimpin tidak mengenang budi.
"Saya adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan dan menaja wakil rakyat Bebas sebelum ini, V Arumugam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum lalu," katanya.
Kamal berkata, mereka amat kecewa dengan pemimpin PKR khususnya Anwar yang tiada budi bicara untuk mendengar pandangan ahli bawahan yang pernah berjuang bermati-matian demi parti itu.
"Saya kesal kerana beliau adalah pemimpin yang tidak mengenang budi kerana langsung tidak berterima kasih, sebaliknya, berbuat sesuka hati tanpa berbincang bersama akar umbi di sini," katanya.
Selain itu, katanya, kebanyakan pemimpin India PKR yang menjawat jawatan tinggi dalam parti hanya diperalatkan Anwar dengan menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan dan 'pak turut'.
Eloklah tu...berhijrahlah dari yg buruk kepada yg baik. Mungkin mereka tersilap dalam PRU 12 dulu. Sekarang dah sedar...Syukur..
BalasPadamBN akan menang di Bukit Selambau. Insya allah.