tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 13 Julai 2010

PKR MAKIN MENGHAMPIRI KEHANCURAN MAKIN RAMAI YANG KELUAR PKR

Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Mohd. Azmi Egang Linitok bersama tujuh ketua mukim dan 200 ahli membuat keputusan nekad keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Mohd. Azmi berkata, dia dan ketua-ketua mukim mengambil keputusan menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang yang tidak komited dengan perjuangannya.

"Kita juga sedar bahawa semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti. Ini menunjukkan di kalangan pemimpin pun tidak sehaluan," pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO di sini semalam.

Beliau menyerahkan borang berkenaan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lajim Ukin selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Keningau di sini semalam.

Mohd. Azmi berkata, mereka memilih UMNO sebagai landasan perjuangan dalam BN kerana yakin dengan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kepimpinan Najib yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan mencerminkan bahawa seluruh rakyat pelbagai kaum, lapisan dan kepercayaan di negara ini tidak tercicir," katanya.

Sementara itu Lajim berkata, tindakan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya meninggalkan PKR merupakan langkah bijak demi kebaikan masyarakat bumiputera di negeri ini.

''Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin dan ahli PKR bukan sahaja di Keningau tetapi seluruh Sabah meninggalkan parti pembangkang itu dan menyertai UMNO," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno berharap keputusan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya itu menyedarkan ahli-ahli PKR lain tentang pembohongan yang dilakukan parti tersebut.

''Selain itu ia juga diharap dapat membuka minda pemimpin dan ahli pembangkang lain seperti Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kembali bersama BN,

Isnin, 12 Julai 2010

MB SELANGOR CUCI TANGAN



Pendedahan terbaru berhubung skandal kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal membuktikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'lepas tangan' serta tidak mengambil langkah proaktif bagi menangani kegiatan berkenaan, kata Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Beliau berkata, aktiviti melombong pasir secara haram tidak akan berleluasa sekiranya Abdul Khalid benar-benar serius membanteras kegiatan berkenaan yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun.

"Isu curi pasir di Selangor bukan perkara baru, saya yang mula-mula bangkitkan dulu, tapi masalah ini semakin merebak kerana kerajaan negeri tak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

"Sejak pendedahan yang saya buat dulu, Menteri Besar masih berdiam diri... tak ambil tindakan tegas," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media hari ini yang mendedahkan mengenai kegiatan melombong pasir di kawasan seluas 20 hektar tanah terletak kira-kira 50 meter dari taman rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil.

Aktiviti yang dipercayai dijalankan di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek.

Selain itu, Manikavasagam turut mendedahkan bahawa beliau mempunyai 25 kes serta bukti hasil aduan orang ramai mengenai penyeludupan pasir di seluruh Selangor.

"Sehingga kini saya menerima 25 kes yang diadukan kepada saya, orang awam datang bertemu saya dan maklumkan mengenainya.

"Malah saya sendiri pernah pergi melihat ke kawasan-kawasan berkenaan sekitar pukul 2 pagi bagi meninjau aktiviti haram mereka... ketika ini mungkin Menteri Besar sedang nyenyak tidur," katanya.

Bagaimanapun beliau masih mempertimbangkan sama ada mahu menyerahkan semua maklumat berkenaan kepada pihak berkaitan termasuk Abdul Khalid kerana tidak yakin dengan langkah yang diambil.

"Tapi saya sendiri pun tak pasti mahu ajukan kepada siapa kes-kes ini, kalau bagi kepada Menteri Besar, beliau mungkin tak ada masa nak tengok... beri kepada SELCAT (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) sama juga.

"Namun mungkin saya terpaksa bagi kepada dia juga, tapi sama ada beliau akan ambil tindakan ataupun tidak itu terpulang kepadanya," katanya.

Sebelum ini sesi pertama Pendengaran Awam SELCAT yang ditangguhkan 4 Jun lalu, tidak menemui bukti berlaku skandal pasir seperti yang didakwa Manikavasagam, sebaliknya mendapati wujud bukti berlaku kelemahan dalam urus tadbir pengurusan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Manikavasagam mendakwa pegawai KSSB, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri terbabit dalam kegiatan melombong pasir secara haram sehingga menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan sebanyak RM10 juta.

Dalam pada itu, Manikavasagam turut mendesak kerajaan negeri supaya mengembalikan kuasa kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengendalikan urusan galian dan mineral di Selangor.

Jelasnya, ini berikutan kegagalan syarikat KSSB mengendalikan urusan pasir dengan baik.

"Kembalikan kuasa kepada PTG, ini kerana KSSB tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin.

"KSSB gagal uruskan soal pasir, malah mereka tak lakukan pemantauan ataupun penguatkuasaan berhubung isu yang cukup serius ini.

KES AMINULRASYID SUDAH DI SERAH KE PADA TIMBALAN PENDAKWA RAYA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kertas siasatan berhubung kes remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada 26 April lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Isu sama ada suspek telah melakukan kesalahan atau tidak terletak di bawah bidang kuasa mahkamah.

"Oleh yang demikian, tidak wajar bagi kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan sebelum kes tersebut diputuskan oleh mahkamah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lim ingin tahu mengapa kerajaan tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga Aminulrasyid di Shah Alam, dan mengapa siasatan hanya dilakukan oleh Panel Khas diketuai Timbalan Menteri dan bukannya suatu siasatan terbuka.

Hishammuddin berkata, beliau "setakat ini berpuas hati bahawa siasatan yang dijalankan adalah telus dan telah diselesaikan dalam tempoh singkat."

Beliau berkata, Panel Khas yang ditubuhkan memantau secara langsung proses penyiasatan dijalankan oleh polis bagi memastikan siasatan adil, telus, tidak tertangguh dan menjamin keadilan kepada semua pihak terlibat.

Panel turut meneliti prosedur penggunaan senjata api oleh polis dan prosedur-prosedur lain berkaitan dengan operasi, penugasan polis dan seterusnya membuat syor bagi menambah baik prosedur berkaitan.

"Sehubungan itu, dakwaan bahawa Panel Khas ini menjalankan siasatan secara dalaman adalah tidak benar. Panel ini hanya memantau proses siasatan yang dijalankan oleh polis.

WAJARKAH ADUN BN TERIMA PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI PAC SELANGOR

Selangor akan melantik ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsuddin Lias dari BN sebagai pengerusi jawatankuasa kira-kira wang awam negeri bagi menggantikan Lee Kim Sin. Pelantikan itu akan dilaksanakan melalui satu usul yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri petang ini. Usul berkenaan juga akan mengekalkan Lee yang juga wakil PKR Kajang sebagai anggota jawatankuasa berkenaan.

BAI'AH TERBARU PAS....SIAPA TINGGALKAN PARTI HARAM PENDAPATANNYA

Bai’ah terbaru dalam PAS menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Rasa macam tak percaya tetapi dah dua tiga kali baca, betul la agaknya.

Nampak semakin banyak perbuatan yang pelik-pelik diamalkan PAS – parti yang berjuang kononnya atas nama Islam.

Sebelum ini, heboh pasal PAS mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya yang antara lain khabarnya turut tertalaq isteri jika wakil rakyat PAS lompat parti.

Kini ada bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin PAS yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor.

Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, PAS memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS.

Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.

Ahad, 11 Julai 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KHAIRY JAMALUDDIN

Bapa saudara kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Ahmad Ghazi, 67, bekas Presiden Persatuan Koperasi Malaysia Bhd dan bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia meninggal dunia pada pukul 3.30 petang setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 16 hari lalu selepas koma, menurut keluarga terdekatnya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumah ibu Khairy, yang merupakan kakak Ahmad Ghazi, Datuk Rahmah Abdul Hamid di 36, Jalan Setia Bistari, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak malam ini.

Allahyarham yang berkahwin dengan Datin Hasmah Abdul Hamid dikurniakan empat orang anak iaitu Adli, Aidi, Anisah dan Adilla.

Ahmad Ghazi yang berkelulusan sarjana sastera dari University of Ohio, Amerika Syarikat pernah bertugas sebagai guru, pensyarah Institut Teknologi Mara(ITM) dan perunding di MIDF Industrial Consultant sebelum dilantik sebagai Pengetua Maktab Kerjasama Malaysia dari tahun 1979 sehingga beliau bersara pada tahun 1998

Sabtu, 10 Julai 2010

PAS JANGAN CUBA BOHONG RAKYAT

Pemimpin Pas digesa supaya tidak terus membohongi rakyat bahawa DAP telah menerima Islam atas alasan kedua-dua parti boleh duduk bersama dalam pakatan pembangkang sehingga berjaya mencipta kejutan pada pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Karpal Singh yang menolak konsep tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP telah menolak negara Islam kerana beliau adalah pengerusi parti tersebut.

Malah beliau berkata, Karpal telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang sama dan Pas tidak perlu menunggu kenyataan secara rasmi daripada DAP untuk mengesahkan penolakan parti itu terhadap penubuhan negara Islam.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz berkata dia hairan kenapa DAP tolak negara Islam. Bagi saya perkataan hairan itu cukup untuk menghairankan saya, kenapa Pas boleh percaya DAP, ini yang menjadikan saya hairan.

"Justeru itu, wajar Pas dan Nik Aziz berbohong kepada rakyat bahawa selama ini sejak Pas berkawan dengan DAP, DAP telah menerima Islam.

"Berhentilah memesong orang dengan ceramah-ceramah di kampung sebab kenyataan Karpal adalah kenyataan DAP kerana beliau pengerusi parti itu, lagi pun Kit Siang dan Guan Eng sudah bercakap sebelum ini," katanya selepas pertemuan ringkas dengan dengan Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah di sini hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan secara kebetulan di sebuah hotel di sini dan mereka berdua sempat bertukar pendapat mengenai isu semasa negara termasuk perkembangan politik tanah air.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ibrahim berkata, perpecahan di kalangan kaum Melayu menyukarkan tugas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membahagi-bahagikan kekayaan negara secara adil mengikut latar belakang sosioekonomi sesuatu kaum.

Katanya, Perdana Menteri menghadapi dilema dalam perjuangan untuk membela ekonomi kaum bumiputera akibat perpecahan di kalangan Melayu sendiri yang sentiasa berbalah, tidak boleh bersatu dan berterusan merebut kuasa.

"Ada golongan Melayu yang tidak sedar diri sehingga sanggup menggalakkan pembahagian kekayaan negara secara sama rata untuk semua kaum dan bukannya secara adil mengikut sosioekonomi.

"Perpecahan Melayu juga membawa kepada kaum lain lebih berani untuk menekan kerajaan. Jika kita cakap mengenai kepentingan kaum Melayu lebih sedikit, kaum lain akan marah.

"Namun, Perdana Menteri perlu yakin dengan perjuangan untuk bumiputera, sementara orang Melayu sendiri perlu bersatu menyokong usaha pembahagian secara adil ini tanpa mengira parti atau ideologi politik," katanya.

Beliau mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya pembahagian kekayaan negara tidak dibuat secara sama rata untuk semua tetapi secara adil mengikut tahap sosioekonomi sesuatu kaum.

Jumaat, 9 Julai 2010

MELAYU MENJADI MINORITI DALAM MAJORITI

Mampukah penguasaan politik orang Melayu bertahan di negara ini di masa akan datang?Melihat keadaan semasa realitinya ia boleh lenyap bila-bila masa.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengingatkan tentang kemungkinan ini beberapa kali.

Faktor di depan mata sekarang ialah majoriti orang Melayu di negara ini yang berpecah tiga dalam fahaman politik vs minoriti orang bukan Melayu yang bersatu dan terbukti boleh menjadi kuasa penentu yang kuat.

Jangan main-main dengan golongan minoriti ini yang bersatu dan bertindak bersama.

Dr Mahathir mengulangi ingatan ini semasa bercakap dalam forum rancangan Malaysia ke 10 yang disiarkan secara langsung oleh RTM dari PWTC Khamis malam.

“Yang minoriti bersatu dan bertindak bersama maka pada waktu itu dia memang kuat…tetapi yang (majoriti) apabila ia terbelah tiga ia sudah menjadi kumpulan yang majoritI kerana ia memiliki satu pertiga dari 60 peratus (penduduk negara ini),”katanya.

Dr Mahathir menyingkap situasai ini semasa bertanding melawan calon PAS (Allahyarham Yusof Rawa) di masa lampau dimana beliau tewas kerana golongan minoriti pengundi bukan Melayu kawasan itu menyokong calon PAS.

Beliau melihat kekuatan majoriti kuasa politik orang Melayu sekarang tergugat kerana adanya orang (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dakwanya begitu takasub nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup pecahbelahkan orang Melayu.

“Asal dia dapat jadi (Perdana Menteri) ..tak apalah..apa pun taka pa,”katanya.

Sementara itu menyentuh tentang syarikat berkaitan kerajaan (GLC),bekas Perdana Menteri itu berpendapat ia perlu disemak semula bagi melihat sama ada ia masih melaksanakan tujuan asal penubuhannya.

"Kita perlu tahu. Jelas sekali ramai orang tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh GLC. Kita perlu melihat sama ada GLC sudah menyimpang dari tujuan dan matlamat penubuhannya atau tidak."

"Kita kelihatan seperti meniru Singapura pada setiap masa," katanya.


Katanya, dulu, tidak ada GLC. Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) ditubuh untuk menjaga saham Bumiputera.

"Bila beri saham kepada Bumiputera, mereka jual saham untuk keuntungan. Jadi, kita tubuh PNB untuk menyimpan saham dalam satu badan untuk mengekalkan dalam bentuk saham amanah.

"Khazanah pula ditubuh untuk simpan segala saham Bumiputera yang tidak dapat dibeli oleh Bumiputera dan untuk menentukan saham yang diperuntukkan untuk Bumiputera tidak hilang

"Pegangan Khazanah yang menyebabkan angka ekuiti 20 peratus Bumiputera menjadi kenyataan," katanya.

Mengenai Wawasan 2020,Dr Mahathir Malaysia boleh mencapainya sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar.

Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancang.

"Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya.


Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar.

"Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut.

"Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia adalah satu daya penarik.

"Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka adalah kerana dakwanya orang Melayu masih "tidak dapat mengawal nafsu dan terlalu boros."

"Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi duit sendiri pun sudah belanja," katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera.

"(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di belakang tidak dapat kejar yang di depan,

Khamis, 8 Julai 2010

KETUA BAHAGIAN UMNO BEBAS DARI TUDUHAN PENGGUBAHAN WANG HARAM

Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melepas dan membebaskan Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohd Fauzi Ismail daripada tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM138,210 pada tahun 2005.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian setelah menolak rayuan pihak pendakwaan setelah meneliti penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd Fauzi didakwa menerima RM91,650 hasil aktiviti haram daripada Mohd Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini antara 12.30 tengah hari dan 7 malam 6 Januari 2005.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima RM46,560 hasil aktiviti haram daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat Umno Bahagian Kubang Kerian dekat sini antara 1 tengah hari dan 2 petang 10 Jan 2005.

Pada 22 Jan 2008, Mahkamah Sesyen di sini mendapati Mohd Fauzi tidak perlu membela diri berikutan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi dua pertuduhan itu.

Namun, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan kes itu didengar semula sehingga Hakim Mohd Azman pada Khamis memutuskan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan.

Mohd Fauzi diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Mohd Fauzi ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan itu

ANWAR TERUS BURUKAN NEGARA MELALUI CNN

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dalam usaha menjejaskan imej negara di mata dunia.

Terbaru, ketika beliau diwawancara dalam rancangan Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu.

Selain menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan, Anwar dalam rancangan selama enam minit itu turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara apabila ditanya mengenai tuduhan liwat yang dihadapinya ketika ini.

Antara tuduhannya dalam rancangan itu, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

''Mereka juga mengamalkan polisi pemerolehan tanpa tender dan akhirnya yang mendapat faedah daripada corak pemerintahan ini ialah kroni-kroni mereka.

''Golongan ini yang mendapat habuan beratus juta ringgit. Kerajaan ini jugalah yang telah menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu orang Melayu yang miskin,'' katanya dalam rancangan tersebut.

Rakaman wawancara itu boleh dilayari http://edition.cnn.com/video/data/2.0/video/world/2010/07/02/ctw.cotd.anwar.ibrahim.cnn.html.

Ketika menjawab soalan mengenai tuduhan liwat ke atasnya, Anwar mendakwa yang beliau menjadi mangsa kepada rejim pemerintahan korup.

''Kerajaan ini telah menafikan hak saya. Anda bayangkan saya dituduh atas satu kesalahan jenayah tetapi saya tidak dibekalkan dokumen yang diperlukan.

''Mengenai laporan polis, pihak saya hanya dibenarkan melihat laporan itu enam bulan selepas ia dibuat. Jika benar-benar saya dituduh dalam satu sistem kehakiman yang adil mengapa ada cubaan untuk memburuk-burukkan peribadi saya dengan tuduhan ini?'' katanya.

Berhubung kenyataannya mempertikaikan sistem kehakiman di negara ini, beliau berkata, itu bukan pandangannya semata-mata tetapi ia disokong dengan pandangan oleh beberapa pihak.

Antaranya beliau berkata, Majlis Peguam, Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa, Persatuan Peguam Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan kehakiman.

''Mereka secara konsensus menyatakan ada yang tidak kena dalam keseluruhan proses kehakiman kita,'' ujarnya.

Anwar di dalam rancangan tersebut turut mengulas mengenai pelaksanaan hukuman syariah di Malaysia.

Soalan yang dikemukakan berkisar sama ada pelaksanaan dua sistem undang-undang di Malaysia iaitu sivil dan syariah yang kadang-kadang boleh menimbul kekeliruan.

''Dalam pelaksanaan undang-undang syariah, kita perlu pastikan ia adil dan dalam masa yang sama kita perlu membuat pembaharuan untuk memastikan sistem perundangan ini benar-benar memberi keadilan.

''Namun begitu, seperti mana ketetapan yang telah dibuat sebelum ini, undang-undang syariah tidak akan dilaksanakan kepada rakyat bukan Islam,'

Rabu, 7 Julai 2010

BUKTI PKR TAJA RPK

Bukti yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) membiayai perbelanjaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di London telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, kata Anggota Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Katanya beliau telah menyerahkan bahan bukti itu yang berbentuk kandungan e-mel kepada Nazri dan beliau sendiri sedia disoal siasat oleh polis berhubung perkara itu.

"Saya sudah bagi dokumen itu kepada Nazri. Bukti itu nanti akan didedahkan pada masa yang sesuai dan menteri pun saya percaya dia sedia disiasat polis dan saya pun bersedia jika polis nak jumpa (saya) dan bincang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sabtu lepas, Nazri berkata kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra, yang melarikan diri ke luar negara, dibiayai oleh PKR di London.

Zahrain berkata beliau berharap kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan terperangkap dengan permainan politik PKR khususnya yang melibatkan isu Raja Petra dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.

Sehubungan itu, beliau memuji keputusan SPRM baru-baru ini untuk tidak menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tahniah kepada SPRM kerana tidak pergi ke London jumpa Balasubramaniam. Kita pun tahu kalau pergi pun apa yang Balasubramaniam akan dedah sebenarnya adalah kata-kata atau skrip yang telah dibuat oleh peguam.

"Sebenarnya peguam ini ialah peguam PKR yang rapat dengan Anwar," katanya. Zahrain juga menggesa Anwar dan Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya supaya meminta Balasubramaniam dan Raja Petra pulang ke Malaysia. "Kalau mereka ini adalah pemimpin negara yang bertanggungjawab, mereka harus nasihat dan meminta supaya kedua-dua mereka pulang ke Malaysia dan berdepan dengan sesiapa sahaja," kata Zahrain.

Zahrain juga menyokong kenyataan Anggota Parlimen Bebas Wee Choo Keong mengenai peranan Anwar dan Zaid dalam kes yang melibatkan Raja Petra dan Balasubramaniam, kerana menurutnya, "mereka ini rapat".

"Beberapa akhbar juga telah mengeluarkan gambar mengenai sahabat-sahabat akrab ini di London. Duduk di London bukannya murah, ia melibatkan kos yang tinggi, saya percaya mereka ada orang yang taja," kata Zaharain

KENAPA ANWAR MELUTUT DEPAN YAHUDI

ISU tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui beberapa tokoh Yahudi di Amerika Syarikat (AS) bagi menyatakan kekesalannya kerana membuat kenyataan yang dilihat anti-Yahudi masih hangat diperkatakan.

Sementara pelbagai pihak mengecam tindakan Anwar tersebut yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politiknya, ada juga pihak yang cuba menggambarkan kononnya Anwar adalah anti-Yahudi dan menyamainya setaraf dengan Perdana Menteri Turki, Tayeep Erdogan yang kini bermusuh dengan Israel.

Anwar sebenarnya sudah terperangkap dengan mainan politik sendiri dalam isu ini. Beliau tidak menjawab persoalan utama iaitu kenapa perlu beliau pergi berjumpa dengan tokoh-tokoh Yahudi tersebut dan menyatakan kekesalan kerana mengeluarkan kenyataan yang dilihat anti-Semitik dan anti-Yahudi.

Kalaulah Anwar merasakan kenyataan itu tidak salah dan ia dibuat atas dasar kebenaran, kenapa perlu minta maaf dan menyatakan kekesalan? Bukankah dalam kehidupan ini kita hanya akan meminta maaf kalau kita membuat silap atau melakukan tindakan yang menyinggung perasaan orang yang rapat dengan kita?

Jika Anwar menganggap kawan-kawan Yahudinya di AS hanyalah kawan politik, maka tidak perlulah beliau bersusah payah ke sana bagi memohon maaf kerana biasalah dalam politik, kadang kala kita harus tegas dalam menyatakan pendirian.

Tetapi Anwar merasakan tindakannya membuat kenyataan yang dilihat anti-Yahudi dan anti-Zionis satu kesilapan serta menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya termasuklah bekas Setiausaha Pertahanan AS, William Cohen, Paul Wolfowitz dan rakan-rakan dalam International Crisis Group (ICG) seperti George Soros, Shimon Peres dan bekas Presiden AS, George W.Bush.

Oleh itu selepas bertindak bagaikan wira di negara sendiri dengan turun ke jalanan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan kononnya beliau anti-Yahudi dan anti-Zionis, Anwar bergegas pula ke AS untuk 'melutut' minta maaf kerana bimbang kalau tokoh-tokoh Yahudi itu marah dengan tindakannya.

Bagi Anwar menjaga hati tokoh-tokoh tersebut adalah penting demi survival politiknya. Kalau Anwar tidak mempunyai hubungan yang rapat sudah pastilah beliau tidak membuat tindakan sedemikian. Apatah lagi tokoh-tokoh yang menjadi kawan rapatnya itu bukannya mempunyai rekod yang baik dengan umat Islam.

Seperkara lagi, kalaulah Anwar takut disalah tafsir di negara sendiri kenapa beliau perlu berucap di Woodrow Wilson International Center anjuran Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam ICG.

Ia kerana Woodrow Wilson International Center merupakan pusat antarabangsa yang diambil daripada nama bekas Presiden Demokrat AS ke-28, Thomas Woodrow Wilson.

Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana semasa pemerintahannya, beliau mengesahkan Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menubuhkan 'negara' di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi.

Kita juga perlu bertanya kenapa di hadapan pemimpin dan tokoh Yahudi di majlis tersebut, Anwar memburuk-burukkan negara sendiri termasuk menganggap perbuatan kerajaan tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai 'gila dan mengarut'? Tidakkah tindakan itu semata-mata untuk menjaga hati puak-puak tersebut?

Jelaslah kepada kita, biarpun apa juga alasan Anwar terhadap kunjungannya ke AS, ia memang benar-benar bertujuan 'melutut' meminta maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi.

Sepatutnya Anwar tidak perlu rasa menyesal jika tokoh-tokoh tersebut tersinggung dengan kenyataannya kerana puak Yahudi tidak pernah berasa menyesal terhadap apa yang mereka katakan atau lakukan kepada orang Islam!

Kecualilah Anwar berhasrat ingin terus menjalin hubungan dengan rakan-rakan Yahudinya itu dan meraih sokongan mereka bagi mencapai cita-cita politiknya.

Selasa, 6 Julai 2010

ANWAR DALANG SEMBUNYI RAJA PETRA

Bekas teman baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan hari ini mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu merupakan dalang yang menyembunyikan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di London.

“Saya pasti Anwarlah, mastermind yang merancang kehilangan RPK di London.

“Bayangkan mana dia (RPK) dapat duit yang banyak untuk duduk di sana. Saya tahu Datuk Zaid Ibrahim bantu RPK bagi pihak Anwar,” katanya ketika dihubungi mStar Online Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas, pertemuan Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan dengan pengendali laman blog Malaysia Today itu tahun lalu.

Zaid melalui laman blognya sebelum ini mengaku keakrabannya dengan RPK itu selain mengatakan sering menemuinya setiap kali beliau ke kota London, termasuk membawa penulis blog kontroversi itu menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan kegemaran mereka, Manchester United di Old Trafford.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Nallakarupan berkata beliau sangat mengenali peribadi Anwar yang akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menggelakkan rakyat tahu sikap sebenarnya yang 'gila kuasa'.

“Saya kenal Anwar sudah lama, saya tahu cita-cita dia mahu jadi Perdana Menteri Malaysia.

"Sebab itu dia minta Zaid menjenguk RPK di London untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak mengesyaki hubungan mereka.

“Anwar masih sayang kepada RPK kerana dia dibayar untuk menulis pelbagai cerita untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

Sehubungan itu, bekas teman rapat menggesa pihak polis segera menahan Zaid bagi membantu siasatan berhubung pertemuannya dengan RPK.

“Saya tidak faham kenapa polis di sini tidak minta pertolongan Interpol untuk menangkap RPK kerana, mereka sudah tahu dia tinggal di London.

“Polis perlu tegas dalam isu ini, kerana RPK merupakan individu yang paling dikehendaki kerana dia berhadapan dengan kes fitnah di mahkamah,” katanya.

Nallakarupan berkata, pengendali laman blog Malaysia Today itu perlu segera ditahan kerana perbuatannya memburuk-burukkan nama negara di London hanya menjejaskan imej dan nama baik Malaysia.

GILIRAN HARAKAH DI BERI AMARAN

Selepas dua tabloid politik dipanggil 'mengadap' Kementerian Dalam Negeri (KDN), kini giliran akhbar organ PAS Harakah pula dipanggil ke Putrajaya.

Menurut portal berita kementerian itu iKDN, dalam pertemuan kira-kira setengah jam bermula pada 1.30 tengah hari tadi, Harakah antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

"Niat pertemuan ialah hasrat KDN agar Harakah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan pemberian permit.

"Antaranya seperti pihak percetakan sewajibnya memberikan KDN 8 naskhah suratkhabar mereka sebaik selesai dicetak," laporan berjudul 'Harakah Bersua KDN' itu dipetik.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi itu, Harakah diwakili pengarangnya Taufik Yahya.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran Datuk Zaitun Ab Samad.

Menurut laporan itu, Harakah juga dimaklumkan kesulitan berkaitan perkara itu dapat dielakkan sekiranya garis panduan KDN dipatuhi.

"Juga bukan niat KDN untuk memberi kesusahan tetapi sebagai entiti kerajaan yang bertanggungjawab maka KDN akan bertindak jika garis panduan itu diengkari," demikian menurut laporan itu lagi.

"Tiada perbincangan mengenai artikel-artikel yang terkandung dalam Harakah kerana motif sebenar perjumpaan ini diadakan adalah untuk memperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN."

Dalam pertemuan itu, Harakah dilaporkan menghormati fungsi KDN dalam memastikan setiap akhbar yang mempunyai permit penerbitan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta berkaitan.

"Bahkan beliau (Taufik) juga gembira dengan inisiatif KDN untuk mengadakan perjumpaan seperti ini kerana pastinya banyak perkara yang sebelum ini sering menjadi perbalahan diharapkan akan dapat diselesaikan dengan segera," kata laporan itu lagi.

MELAYU AKAN HILANG KUASA POLITIK JIKA TERUS BERPECAH

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj Umno bahagian Pagoh di Masjid Kampung Parit Raja, Gersik, di sini semalam.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia walaupun umat Islam negara ini hanya separuh dari jumlah penduduknya.

"Kejayaan kita memajukan negara ini sehingga diiktiraf sebagai sebuah negara Islam contoh dikagumi di kalangan negara Islam di dunia," menurut beliau.

Malah, katanya, kerajaan telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan, satu usaha yang dituntut Islam sehingga kadar kemiskinan telah menurun dari 66 peratus suatu ketika dulu kepada hanya tiga peratus ketika ini.

Beliau yakin, matlamat kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar pada hujung tahun ini akan tercapai sepenuhnya

LAGI MELAYU DIUSIR DARI TANAH AIR SENDIRI

Belum pun selesai masalah kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang cuba diusir pemaju lima hari lalu, kini sebuah lagi kampung Melayu di kawasan sama bakal mengalami nasib serupa.

Kira-kira 100 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk di Kampung Tengah yang terletak bersebelahan Kampung Jalan Pokok Asam bakal dibangunkan untuk projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain dalam waktu terdekat.

Perkara itu didedahkan seorang penduduk kampung tersebut, Abdul Wahab Abdullah yang juga Pengerusi Badan Bertindak Projek Pembangunan kampung berkenaan.

Abdul Wahab berkata, pihak pemaju menawarkan pampasan wang tunai sebanyak RM70,000 bagi setiap rumah yang terlibat dan mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing serta keluar daripada kawasan tersebut.

"Seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, kami juga telah diberikan notis selama tiga bulan dan tawaran pampasan sebanyak RM70,000. Namun, kami semua tidak mahu menerima tawaran tersebut.

"Kami tidak menolak pembangunan tetapi janganlah pembangunan tersebut memberi ketidakadilan kepada penduduk asal yang boleh dianggap sebagai peneroka kawasan penempatan itu.

"Inikah balasan atau pampasan kepada jasa mereka. Wang yang diberikan tidak mampu untuk membeli sebuah rumah pun di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir. Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari tersebut dengan sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju dari Kuala Lumpur.

Menurut Abdul Wahab, seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, penduduk di kampungnya juga sedia berpindah jika pemaju memberi pampasan dalam bentuk rumah di kawasan berdekatan yang setimpal dengan keluarga masing-masing.

Beliau mendakwa, wujud konspirasi terancang yang dilakukan pemaju terhadap perkampungan Melayu di kawasan Jelutong sejak lima tahun lalu.

Katanya, ia jelas dapat dilihat menerusi nasib yang menimpa enam kampung lain di kawasan itu yang kini sudah dibangunkan dengan projek komersial sekali gus menindas penduduk asal Melayu yang sudah tinggal berpuluh tahun di kawasan itu.

"Kampung Melayu di kawasan Jelutong ada 13 dan enam daripadanya telah dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Penduduk asal kampung tersebut telah disisihkan dan hilang begitu sahaja apabila wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina pemaju.

"Kini, dua kampung lagi bakal berdepan nasib yang sama jika yang diterima hanyalah ganti rugi berbentuk wang. Kita tidak dapat bukti yang jelas (mengenai dakwaan konspirasi). Tetapi dari bentuk perancangan yang dilakukan, (seakan) wujud satu perancangan tersusun dan rapi.

"Pembangunan sememangnya diperlukan tetapi penduduk asal akan hilang. Inilah yang kita ragu dan bimbang. Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan supaya nasib orang Melayu di sini terbela," katanya.

Abdul Wahab mendakwa, selain perkampungan berkenaan, wujud beberapa perbincangan oleh pemaju untuk mengambil alih beberapa lagi perkampungan Melayu di kawasan Jelutong.

"Maklumat yang saya terima menunjukkan bukan hanya enam kampung sudah 'tergadai' dan dua bakal menerima nasib sama, tetapi terdapat lagi beberapa perbincangan sedang diatur pemaju di perkampungan lain.

"Mereka ingin memajukan kawasan ini, namun yang menjadi mangsanya adalah penduduk kampung itu apabila mereka diusir dari tanah sendiri.

"Penduduk patut mendapat imbuhan atau ganjaran yang setimpal supaya dapat terus tinggal di kawasan tersebut. Barulah ia berbaloi dan pembangunan dapat dinikmati semua penduduk," katanya.

Isnin, 5 Julai 2010

RAKYAT KELANTAN MASIH MISKIN DIBAWAH KEPIMPINAN NIK AZIZ

Sayu dan menyayat hati! Itulah perasaan yang dapat digambarkan sejurus melihat kehidupan pasangan Yusuf Wahab, 35, dan Fatimah Jalin, 36, bersama tiga anak mereka yang kini terpaksa mendiami bawah rumah yang sebelum menjadi bekas reban ayam.

Ruang yang mempunyai ketinggian kira-kira satu meter berdindingkan jaring besi serta papan buruk sudah pasti tidak selesa untuk didiami pasangan terbabit bersama tiga anak iaitu Nur Atikah Yusuf, 6, Mohd Haikal, 5, dan Mohd Aiman, 3. Berbeza keluarga lain yang hidup selesa di rumah masing-masing, mereka tiada pilihan, selain terpaksa menduduki bekas reban ayam itu sebagai rumah berikutan kesempitan wang. Sebelum ini, mereka sekeluarga tinggal di rumah adik iparnya yang ketika itu kosong. Fatimah berkata, selepas adik ipar kembali ke rumah berkenaan, mereka sekeluarga mengambil keputusan membersihkan reban ayam di bawah rumah itu untuk dijadikan tempat tinggal.

"Saya dan suami tidak mempunyai masalah dengan adik ipar, cuma sejak dia balik tinggal di rumah ini, kami mengambil keputusan untuk tinggal di bawah rumahnya dengan anak secara rela.

"Walaupun sedih dengan keadaan sekarang terpaksa tinggal di bekas reban ayam, kami tiada pilihan lain kerana suami tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Pendapatan suami sebagai pemandu lori hanya RM350 sebulan dan itu pun hanya bawa lori untuk dua kali sebulan. Bagi menampung kehidupan, suami memelihara ternakan dan beberapa jenis burung dan arnab untuk dijual," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Suri rumah itu berkata, berikutan ketinggian bekas reban ayam itu hanya kira-kira satu meter, pergerakan mereka terbatas sehingga memaksanya untuk memasak di luar kawasan rumahnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Syukurlah, walaupun hidup dalam keadaan kekurangan, kami masih tidak putus makanan dan anak pun tidak cerewet. Saya juga sebak memikirkan anak selalu mengadu kepala sering terhantuk pintu rumah," katanya yang tidak pernah memohon bantuan kerajaan kerana malu.

Selain itu, Fatimah yang mengakui mengalami sakit bahagian belakang badan kerana terpaksa membongkok ketika berada di dalam rumah berkata, beliau bersama suami sering berendam air mata memikirkan nasib mereka terutama anak yang semakin membesar.

"Paling sebak, apabila ada yang bertanya kepada anak di mana tempat tinggal, mereka hanya mampu menjawab tinggal di reban ayam," katanya yang mengakui tempat tinggalnya sudah dua kali ditenggelami banjir sebelum ini.

Kesempitan hidup keluarga itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat pasangan berkenaan dan menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO mengakui terkejut dengan kehidupan keluarga berkenaan, berkata pihaknya akan membantu mereka berpindah selain menghulurkan bantuan sewajarnya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa memberitahu saya mengenai keadaan keluarga ini dan kalau saya tak datang, memang susah nak percaya.

"Mereka perlu dipindahkan. Saya akan meminta JKM dan UMNO Pengkalan Chepa untuk memberi bantuan," katanya yang turut menyerahkan bantuan makanan kepada pasangan berkenaan.

APA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PAS DALAM MENGHAPUSKAN KEMISKINAN TEGAR DI KELANTAN....DILIHAT MASIH RAMAI LAGI ORANG YANG MISKIN DI KELANTAN....APAKAH KEPIMPINAN NIK AZIZ TIDAK MELIHAT SEMUA INI .MUNGKIN KERANA ASYIK MENCARI KESALAHAN DAN KELEMAHAN UMNO PAS TERUTAMA NIK AZIZ TIDAK TAHU YANG RAKYAT DI NEGERI PEMERINTAHANNYA MASIH ADA TINGGAL DIDALAM REBAN AYAM....TIDAK GUNA ASYIK MENYALAHKAN UMNO DAN BN TIDAK MEMBELA RAKYAT SEDANGKAN RAKYAT SENDIRI MASIH MENDERITA.....

SOKONGAN MELAYU PADA UMNO DAN BN SEMAKIN MENINGKAT

Sokongan orang Melayu terhadap UMNO dilihat semakin meningkat berbanding ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu.Peningkatan 70 peratus pengundi Melayu menyokong Barisan Nasional (BN) di sesetengah tempat dapat dilihat semasa pilihan raya kecil Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini.Bagaimanapun, peningkatan sokongan orang Melayu masih belum mencukupi kerana UMNO masih memerlukan penglibatan parti komponen lain agar kemenangan pada PRU 13 nanti akan berpihak pada BN.Perubahan sikap orang Melayu itu disebabkan mereka mula sedar dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang iaitu tidak sama seperti apa yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu.

Lihat sahaja di Pulau Pinang dimana kerajaan PP telah tidak menunaikan janjinya pada orang Melayu dengan meminggirkan orang melayu dari arus pembanggunan negeri.Tak cukup dengan itu Kerajaan PP telah mengusir orang melayu dari perkampungan mereka dengan alsan ingin melakukan pembanggunan.Bagi saya orang melayu harus bersatu untuk terus mempertahankan kerajaaan BN yang telah terbukti selama ini mempertahankan kedaulatan orang melayu.

Lihat apa sudah jadi dengan orang india di kampung buah pala yang dihalau oleh kerajaan DAP hanya kerana inginkan pembanggunan.Sesudah mendapat menjadi Kerajaan ,Dap lupa yang kemenangan mereka pada pru lalu adalah sokongan orang india dan melayu.Sebelum ini satu persatu isu mengenai masalah Melayu ditonjolkan. Selepas gerai ikan bakar, gerai buah-buahan dan gerai atas pokok dirobohkan, timbul pula isu Kampung Jalan Pokok Asam, yang juga melibatkan orang Melayu.

ULAMA MUDA TOLAK IDEOLOGI PAS

Penyertaan 40 ulama muda sebagai ahli UMNO, baru-baru ini membuktikan golongan itu menolak ideologi Islam dibawa PAS, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, keputusan untuk menjadi ahli UMNO juga dibuat selepas kumpulan itu mengkaji dan meneliti peranan UMNO dalam menegakkan syiar Islam sejak negara mencapai kemerdekaan.Malah, kehadiran ilmuwan muda dalam UMNO mengetepikan tohmahan dilemparkan PAS terhadap UMNO selama ini. Berdasarkan perbincangan dengan mereka (ilmuwan muda), kemasukan dalam UMNO adalah ikhlas untuk membantu UMNO dalam banyak isu agama diputarbelitkan pembangkang, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah diketuai Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Ab Rauf menjelaskan, kemasukan kumpulan itu juga tanpa dijanjikan atau meminta sebarang jawatan, malah tidak diberi layanan istimewa.

Ahad, 4 Julai 2010

ANWAR PENYEBAB UTAMA PERPECAHAN ORANG MELAYU

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan di antara Datuk Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin di London baru-baru ini, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan hubungan yang jelas di antara PKR dengan penulis portal berita "Malaysian Today" yang sedang diburu oleh polis.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Muhyiddin mengingatkan anggota Umno bahawa mereka mempunyai tempoh tidak lebih daripada dua tahun untuk melakukan perubahan dan persedian bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Perubahan atau transformasi perlu dilakukan dengan cepat kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi," katanya sambil menambah bahawa anggota Umno perlu bergerak dengan segera dalam melaksanakan perubahan yang dituntut.

Timbalan Presiden Umno itu juga berkata, anggota Umno perlu melakukan perubahan kerana lanskap serta senario politik negara pada ketika ini telah jauh berubah hasil daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Katanya, perubahan itu perlu dilaksanakan untuk memulihkan perpaduan di kalangan orang Melayu yang berpecah kepada tiga golongan dan memastikan mereka kembali menyokong Umno serta perjuangannya.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH