Sokongan orang Melayu terhadap UMNO dilihat semakin meningkat berbanding ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu.Peningkatan 70 peratus pengundi Melayu menyokong Barisan Nasional (BN) di sesetengah tempat dapat dilihat semasa pilihan raya kecil Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini.Bagaimanapun, peningkatan sokongan orang Melayu masih belum mencukupi kerana UMNO masih memerlukan penglibatan parti komponen lain agar kemenangan pada PRU 13 nanti akan berpihak pada BN.Perubahan sikap orang Melayu itu disebabkan mereka mula sedar dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang iaitu tidak sama seperti apa yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu.
Lihat sahaja di Pulau Pinang dimana kerajaan PP telah tidak menunaikan janjinya pada orang Melayu dengan meminggirkan orang melayu dari arus pembanggunan negeri.Tak cukup dengan itu Kerajaan PP telah mengusir orang melayu dari perkampungan mereka dengan alsan ingin melakukan pembanggunan.Bagi saya orang melayu harus bersatu untuk terus mempertahankan kerajaaan BN yang telah terbukti selama ini mempertahankan kedaulatan orang melayu.
Lihat apa sudah jadi dengan orang india di kampung buah pala yang dihalau oleh kerajaan DAP hanya kerana inginkan pembanggunan.Sesudah mendapat menjadi Kerajaan ,Dap lupa yang kemenangan mereka pada pru lalu adalah sokongan orang india dan melayu.Sebelum ini satu persatu isu mengenai masalah Melayu ditonjolkan. Selepas gerai ikan bakar, gerai buah-buahan dan gerai atas pokok dirobohkan, timbul pula isu Kampung Jalan Pokok Asam, yang juga melibatkan orang Melayu.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA