tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 6 Julai 2010

LAGI MELAYU DIUSIR DARI TANAH AIR SENDIRI

Belum pun selesai masalah kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang cuba diusir pemaju lima hari lalu, kini sebuah lagi kampung Melayu di kawasan sama bakal mengalami nasib serupa.

Kira-kira 100 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk di Kampung Tengah yang terletak bersebelahan Kampung Jalan Pokok Asam bakal dibangunkan untuk projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain dalam waktu terdekat.

Perkara itu didedahkan seorang penduduk kampung tersebut, Abdul Wahab Abdullah yang juga Pengerusi Badan Bertindak Projek Pembangunan kampung berkenaan.

Abdul Wahab berkata, pihak pemaju menawarkan pampasan wang tunai sebanyak RM70,000 bagi setiap rumah yang terlibat dan mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing serta keluar daripada kawasan tersebut.

"Seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, kami juga telah diberikan notis selama tiga bulan dan tawaran pampasan sebanyak RM70,000. Namun, kami semua tidak mahu menerima tawaran tersebut.

"Kami tidak menolak pembangunan tetapi janganlah pembangunan tersebut memberi ketidakadilan kepada penduduk asal yang boleh dianggap sebagai peneroka kawasan penempatan itu.

"Inikah balasan atau pampasan kepada jasa mereka. Wang yang diberikan tidak mampu untuk membeli sebuah rumah pun di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir. Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari tersebut dengan sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju dari Kuala Lumpur.

Menurut Abdul Wahab, seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, penduduk di kampungnya juga sedia berpindah jika pemaju memberi pampasan dalam bentuk rumah di kawasan berdekatan yang setimpal dengan keluarga masing-masing.

Beliau mendakwa, wujud konspirasi terancang yang dilakukan pemaju terhadap perkampungan Melayu di kawasan Jelutong sejak lima tahun lalu.

Katanya, ia jelas dapat dilihat menerusi nasib yang menimpa enam kampung lain di kawasan itu yang kini sudah dibangunkan dengan projek komersial sekali gus menindas penduduk asal Melayu yang sudah tinggal berpuluh tahun di kawasan itu.

"Kampung Melayu di kawasan Jelutong ada 13 dan enam daripadanya telah dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Penduduk asal kampung tersebut telah disisihkan dan hilang begitu sahaja apabila wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina pemaju.

"Kini, dua kampung lagi bakal berdepan nasib yang sama jika yang diterima hanyalah ganti rugi berbentuk wang. Kita tidak dapat bukti yang jelas (mengenai dakwaan konspirasi). Tetapi dari bentuk perancangan yang dilakukan, (seakan) wujud satu perancangan tersusun dan rapi.

"Pembangunan sememangnya diperlukan tetapi penduduk asal akan hilang. Inilah yang kita ragu dan bimbang. Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan supaya nasib orang Melayu di sini terbela," katanya.

Abdul Wahab mendakwa, selain perkampungan berkenaan, wujud beberapa perbincangan oleh pemaju untuk mengambil alih beberapa lagi perkampungan Melayu di kawasan Jelutong.

"Maklumat yang saya terima menunjukkan bukan hanya enam kampung sudah 'tergadai' dan dua bakal menerima nasib sama, tetapi terdapat lagi beberapa perbincangan sedang diatur pemaju di perkampungan lain.

"Mereka ingin memajukan kawasan ini, namun yang menjadi mangsanya adalah penduduk kampung itu apabila mereka diusir dari tanah sendiri.

"Penduduk patut mendapat imbuhan atau ganjaran yang setimpal supaya dapat terus tinggal di kawasan tersebut. Barulah ia berbaloi dan pembangunan dapat dinikmati semua penduduk," katanya.

1 ulasan:

  1. Nak salah kan siapa salah diri sendiri kerana pandai sangat mengundi pembangkang dan nam merasakan perubahan kerajaan sekarang rasakan dan nikmati perasaan itu.

    Bukan tak simpati tapi apa yang telah dilakukan oleh penduduk Pulau Pinang dan melampau sangat akibat nak memuaskan hati dan menikam belakang kepada kerajaan BN mereka sanggup memberikan undi mereka kepada pembangkan dan apabila dan susah baru nak menyesal dan merayu bantuan orang lai.

    Rasakan apa nikmatnya hidup dibawah pembangkang dan jangan merungut sebab semua ini adalah kehendak mereka.

    Jangan nak menunding jari menyalahkan orang lain dalahkan diri sendiri dulu.

    TAK GUNA DIBANTU RAKYAT PULAU PINANG NI KALAU TAK PERNAH NAK MENGHARGAI APA YANG DAH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SELAMA INI BIAR SAHAJA PULAU PINANG DIPERINTAH OLEH PEMBANGKANG AGAR IANYA MENJADI PEDOMAN DAN GUIDE KEPADA NEGERI-NEGERI LAIN.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH