tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 9 Julai 2010

MELAYU MENJADI MINORITI DALAM MAJORITI

Mampukah penguasaan politik orang Melayu bertahan di negara ini di masa akan datang?Melihat keadaan semasa realitinya ia boleh lenyap bila-bila masa.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengingatkan tentang kemungkinan ini beberapa kali.

Faktor di depan mata sekarang ialah majoriti orang Melayu di negara ini yang berpecah tiga dalam fahaman politik vs minoriti orang bukan Melayu yang bersatu dan terbukti boleh menjadi kuasa penentu yang kuat.

Jangan main-main dengan golongan minoriti ini yang bersatu dan bertindak bersama.

Dr Mahathir mengulangi ingatan ini semasa bercakap dalam forum rancangan Malaysia ke 10 yang disiarkan secara langsung oleh RTM dari PWTC Khamis malam.

“Yang minoriti bersatu dan bertindak bersama maka pada waktu itu dia memang kuat…tetapi yang (majoriti) apabila ia terbelah tiga ia sudah menjadi kumpulan yang majoritI kerana ia memiliki satu pertiga dari 60 peratus (penduduk negara ini),”katanya.

Dr Mahathir menyingkap situasai ini semasa bertanding melawan calon PAS (Allahyarham Yusof Rawa) di masa lampau dimana beliau tewas kerana golongan minoriti pengundi bukan Melayu kawasan itu menyokong calon PAS.

Beliau melihat kekuatan majoriti kuasa politik orang Melayu sekarang tergugat kerana adanya orang (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dakwanya begitu takasub nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup pecahbelahkan orang Melayu.

“Asal dia dapat jadi (Perdana Menteri) ..tak apalah..apa pun taka pa,”katanya.

Sementara itu menyentuh tentang syarikat berkaitan kerajaan (GLC),bekas Perdana Menteri itu berpendapat ia perlu disemak semula bagi melihat sama ada ia masih melaksanakan tujuan asal penubuhannya.

"Kita perlu tahu. Jelas sekali ramai orang tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh GLC. Kita perlu melihat sama ada GLC sudah menyimpang dari tujuan dan matlamat penubuhannya atau tidak."

"Kita kelihatan seperti meniru Singapura pada setiap masa," katanya.


Katanya, dulu, tidak ada GLC. Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) ditubuh untuk menjaga saham Bumiputera.

"Bila beri saham kepada Bumiputera, mereka jual saham untuk keuntungan. Jadi, kita tubuh PNB untuk menyimpan saham dalam satu badan untuk mengekalkan dalam bentuk saham amanah.

"Khazanah pula ditubuh untuk simpan segala saham Bumiputera yang tidak dapat dibeli oleh Bumiputera dan untuk menentukan saham yang diperuntukkan untuk Bumiputera tidak hilang

"Pegangan Khazanah yang menyebabkan angka ekuiti 20 peratus Bumiputera menjadi kenyataan," katanya.

Mengenai Wawasan 2020,Dr Mahathir Malaysia boleh mencapainya sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar.

Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancang.

"Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya.


Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar.

"Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut.

"Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia adalah satu daya penarik.

"Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka adalah kerana dakwanya orang Melayu masih "tidak dapat mengawal nafsu dan terlalu boros."

"Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi duit sendiri pun sudah belanja," katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera.

"(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di belakang tidak dapat kejar yang di depan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger