Sayu dan menyayat hati! Itulah perasaan yang dapat digambarkan sejurus melihat kehidupan pasangan Yusuf Wahab, 35, dan Fatimah Jalin, 36, bersama tiga anak mereka yang kini terpaksa mendiami bawah rumah yang sebelum menjadi bekas reban ayam.
Ruang yang mempunyai ketinggian kira-kira satu meter berdindingkan jaring besi serta papan buruk sudah pasti tidak selesa untuk didiami pasangan terbabit bersama tiga anak iaitu Nur Atikah Yusuf, 6, Mohd Haikal, 5, dan Mohd Aiman, 3. Berbeza keluarga lain yang hidup selesa di rumah masing-masing, mereka tiada pilihan, selain terpaksa menduduki bekas reban ayam itu sebagai rumah berikutan kesempitan wang. Sebelum ini, mereka sekeluarga tinggal di rumah adik iparnya yang ketika itu kosong. Fatimah berkata, selepas adik ipar kembali ke rumah berkenaan, mereka sekeluarga mengambil keputusan membersihkan reban ayam di bawah rumah itu untuk dijadikan tempat tinggal.
"Saya dan suami tidak mempunyai masalah dengan adik ipar, cuma sejak dia balik tinggal di rumah ini, kami mengambil keputusan untuk tinggal di bawah rumahnya dengan anak secara rela.
"Walaupun sedih dengan keadaan sekarang terpaksa tinggal di bekas reban ayam, kami tiada pilihan lain kerana suami tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Pendapatan suami sebagai pemandu lori hanya RM350 sebulan dan itu pun hanya bawa lori untuk dua kali sebulan. Bagi menampung kehidupan, suami memelihara ternakan dan beberapa jenis burung dan arnab untuk dijual," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Suri rumah itu berkata, berikutan ketinggian bekas reban ayam itu hanya kira-kira satu meter, pergerakan mereka terbatas sehingga memaksanya untuk memasak di luar kawasan rumahnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Syukurlah, walaupun hidup dalam keadaan kekurangan, kami masih tidak putus makanan dan anak pun tidak cerewet. Saya juga sebak memikirkan anak selalu mengadu kepala sering terhantuk pintu rumah," katanya yang tidak pernah memohon bantuan kerajaan kerana malu.
Selain itu, Fatimah yang mengakui mengalami sakit bahagian belakang badan kerana terpaksa membongkok ketika berada di dalam rumah berkata, beliau bersama suami sering berendam air mata memikirkan nasib mereka terutama anak yang semakin membesar.
"Paling sebak, apabila ada yang bertanya kepada anak di mana tempat tinggal, mereka hanya mampu menjawab tinggal di reban ayam," katanya yang mengakui tempat tinggalnya sudah dua kali ditenggelami banjir sebelum ini.
Kesempitan hidup keluarga itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat pasangan berkenaan dan menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan.
Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO mengakui terkejut dengan kehidupan keluarga berkenaan, berkata pihaknya akan membantu mereka berpindah selain menghulurkan bantuan sewajarnya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa memberitahu saya mengenai keadaan keluarga ini dan kalau saya tak datang, memang susah nak percaya.
"Mereka perlu dipindahkan. Saya akan meminta JKM dan UMNO Pengkalan Chepa untuk memberi bantuan," katanya yang turut menyerahkan bantuan makanan kepada pasangan berkenaan.
APA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PAS DALAM MENGHAPUSKAN KEMISKINAN TEGAR DI KELANTAN....DILIHAT MASIH RAMAI LAGI ORANG YANG MISKIN DI KELANTAN....APAKAH KEPIMPINAN NIK AZIZ TIDAK MELIHAT SEMUA INI .MUNGKIN KERANA ASYIK MENCARI KESALAHAN DAN KELEMAHAN UMNO PAS TERUTAMA NIK AZIZ TIDAK TAHU YANG RAKYAT DI NEGERI PEMERINTAHANNYA MASIH ADA TINGGAL DIDALAM REBAN AYAM....TIDAK GUNA ASYIK MENYALAHKAN UMNO DAN BN TIDAK MEMBELA RAKYAT SEDANGKAN RAKYAT SENDIRI MASIH MENDERITA.....
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Salam Bro kamalfarsya,
BalasPadamIni adalah fitnoh orghe UMNO. Utk pengetahuan saudara, kelantan sudoh maju dan ado hypermarket carrefour, wayang bergambar tanpa mematike suislampu, hasil balak yang byok, pasar siti khadijah dan mace2 lagi. Dan, kerajae ambo buleh wi pitih pado kickdefella 4 juta. Puok mano ghoyak rakyat klate miskin?
Membangun bersamo Isle PAS,
Ulamak Selipar - N. Ajis
salam 1 malaysia
BalasPadamTuan
Mohon untuk link blog tuan dalam blog saya. dan mohon tuan link blog saya dalam blog tuan.
Url saya http://www.cikguleepk.blogspot.com/
Terima kasih
Nik ajis apa dia tau, dia tau fikir tembolok dia ja. Nanti keluar pulak fatwa syirik ambik bantuan dari UMNO. Ehmmm atau mmg dasar kaki auta orang PAS ni, suka lepas tangan, tapi mcmana punya dajal PAS perintah Kelantan, org Kelantan mmg tak serik serik, agaknya satu keperluan kot bagi PAS perintah nanti masuk syurga, Pemimpin PAS ni layak sekodeng duduk dlm reban ayam merasa betapa seksanya rakyta mereka, bukan kata rumah, air pun sama tak de inisitif..cuba bagi DAP pegang Kelantan DAP pun tak hingin, PKR jauh sekali, UMNO jugak laa yg kena tempias, nanti menjajalah orang PAS kata semua tu mereka yg buat dan beri bantuan, dasar penipu.
BalasPadamPada Nik Aziz itu adalah dugaan dari Allah dan rakyat Kelantan harus menerimanya kerana mereka telah diberi jaminan syurga dan kehidupan mereka kelak akan lebih baik dari sekarang maklumlah duduk disyurga Nik Aziz.
BalasPadamItulah orang lain jadi alim ulamak awak pun nak jadi alim ulamak, orang pakai serban dan jangut sejemput awak pun nak ikut juga tapi jadi penipu rakyat awak hidup senang lenang anak bini rakyat hidup merempat sampai dalam reban ayam.
Apakah ini dikatakan PERJUANGAN ISLAM. Pada zaman Nabi aku rasa tak ada umat nabi yang sampai terpaksa tinggal dalam reban ayam tapi zaman Nik aziz jangan kata dalam reban ayam yang tinggal dikaki lima pun ramai tak ingat kisah sekeluarga yang tinggal di kaki lima didepan Istana Kelantan.