tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 10 April 2010

PKR KALAU ANAK JANTAN PERLU LETAK CALON INDIA JUGA

Pkr takut untuk meletakan calon dari India kerana sememangnya Pkr akan hancur.Kerana takut akan tewas Pkr sanggup untuk meletakan calon dari orang Melayu.Tidak seperti BN yang sentiasa mengamalkan sikap tolak ansur dan perpaduan untuk menjayakan 1 Malaysia dalam perjuangan BN.Jadi sebaiknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut. Ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu.Oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.Justeru jika PKR tidak meletakkan calon bukan Melayu, bererti PKR tidak adil kepada kaum lain dari segi pembahagian kerusi.

Pada pilihan raya umum lalu, PKR meletakkan calon Melayu di kerusi yang ditandingi parti itu iaitu Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali manakala DUN Kuala Kubu Bharu pula ditandingi DAP manakala Pas bertanding di DUN Hulu Bernam.Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.Jadi konsep pembahagian kuasa yang diamalkan BN melambangkan pemerintahan yang adil berteraskan gagasan 1Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan calon berketurunan India bertanding di Parlimen Hulu Selangor.Beliau berkata, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai keberanian meletakkan calon daripada kaum minoriti seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).Khalid tidak sedar bahawa langkah BN ini menepati konsep 1Malaysia. Oleh itu, saya cabar dia untuk letakkan calon kaum India jika pembangkang merasakan mereka benar-benar lebih hebat daripada BN.

Puak PKR ini hanya pandai bercakap sahaja. Mereka sebenarnya tidak boleh buat seperti mana BN. Saya percaya dalam pilihan raya ini mereka tidak berani untuk meletakkan calon daripada kaum minoriti.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy mengulas hasrat Abdul Khalid untuk menyerang gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil itu kerana didakwanya banyak kelemahan dan ditolak oleh rakyat.

Bagi Khairy, Abdul Khalid harus berpijak di bumi nyata bahawa konsep 1Malaysia semakin diterima oleh rakyat negara ini termasuk generasi muda.

''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy hairan melihat telatah kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang memberi pelbagai habuan kepada penduduk di kawasan Hulu Selangor.

''Saya mendapat maklumat Abdul Khalid dan barisan pemimpin lain berkampung di kawasan Hulu Selangor dan memberi pelbagai habuan dan bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau kelulusan geran tanah.

''Bila ditanya mengenai kelulusan yang diberi ini mereka kata kebetulan hendak diberi sekarang. Inilah tuduhan yang telah dibuat kepada BN sebelum ini. Rupa-rupanya mereka yang melakukan perbuatan itu sebenarnya

Jumaat, 9 April 2010

UMNO TIDAK MAHU CALON SAMY

Umno bahagian Hulu Selangor dikatakan mahu ketua Pemuda MIC Hulu Selangor V Mugilan dicalonkan mewakil BN bertanding dalam pilihan raya kecil di situ pada 25 April ini.Dan dengan ini Umno Bahagian tidak akan menerima cadangan Samy yang mahu timbalannya bertanding semula .Apakah kemelut ini akan mendatangkan masaalah pada BN yang mahu merampas semula Hulu Selangor yang terlepas ketangan PKR pada PRU ke 12 lalu.Mugilan sendiri pun sedar yang bahagian mahukan beliau menjadi calon kata sumber-sumber yang rapat dengan BN.Mugilan juga merupakan timbalan ketua Pemuda MIC pusat.
.
Sebelum ini, Umno bahagian berkata mereka menerima keputusan pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan MIC bertanding di situ tetapi menolak Datuk G Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan semula.Menurut sumber-sumber itu, Mugilan merupakan pemimpin akar umbi yang rapat dan mudah didampingi pemimpin Umno bahagian.Beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Dia boleh makan bersama dengan pemimpin Umno. Malah, orang Umno menganggap Murigan bagaikan orang Umno, bukan MIC," kata sumber-sumber lagi.

Mugilan juga, menurut sumber-sumber itu, aktif terlibat di peringkat belia dan kini merupakan naib pengerusi majlis belia daerah Hulu Selangor.

Sebelum ini, Mugilan menyandang jawatan exco majlis belia daerah selama lapan tahun sejak 1997, menjadi naib pengerusi sejak 2005

"Beliau bermula dari bawah, (dan) berkawan dengan semua orang di akar umbi. Beliau rapat dengan golongan belia Melayu di situ," kata sumber-sumber itu lagi.

Selain Mugilan, koordinator Putera MIC, P Kamalanathan turut disebut-sebut menjadi calon di situ.

Sehingga semalam, MIC dilaporkan hanya mencalonkan Palanivel untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Sebelum ini, 54 pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP) menuntut agar kerusi tersebut dikembalikan kepada kepada Umno.

Bagaimanapun, , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudiannya mengumumkan MIC akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu, tetapi beliau tidak menyebut calonnya.

Palanivel mewakili parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum kalah kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

Zainal Abidin menumbangkan Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Kerusi tersebut kosong selepas kematian Zainal Abidin pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 17 April ini.

Sementara itu, ketua penerangan Umno bahagian Hulu Selangor, Yusof Nawawi, ketika ditanya mengenai perkara itu berkata: "Kalau Datuk Palanivel tidak dicalonkan semula, maka Mugilan adalah calon terbaik untuk menggantikannya."

Katanya, ia kerana Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor dan juga seorang pemimpin Pemuda MIC pusat.

MIC/SAMY KENA DENGAR PANDANGAN UMNO BAHAGIAN KERANA KALAU BN MAHU MERAMPAS KEMBALI HULU SELANGOR MIC/SAMY PERLU DENGAR PANDANGAN UMNO KERANA SELAKU TUAN RUMAH UMNO BAHAGIAN LEBIH ARIF TENTANG SIAPA YANG PATUT MENJADI CALON,,,BUKANNYA SAMY YANG TIDAK TAHU MASAALAH DALAMAN DI HULU SELANGOR.....MACAMANA NAK MENANG KALAU SOAL CALON PUN DAH BERTELAGAH.....

SATU LAGI PILIHANRAYA PARLIMEN

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Khamis, 8 April 2010

LAGI SANDIWARA ANWAR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.

APAKAH KITA MAHU PM SEORANG KAKI PELIWAT DAN KAKI PENIPU???

Saya rasa rakyat satu Malaysia sudah mengenali siapa diri Anwar sebenarnya dan tidak akan menyokong DSAI untuk menjadi PM dimana Anwar amat terkenal dengan kaki penipu dan pemimpin yang suka main belakang.Anwar juga adalah pemimpin yang suka membuat fitnah terutama pada PM kita sekarang bila mereka reka cerita yang DSN adalah pembunuh dalam kes Altantuya.Walau macamana licik sekali Anwar akhirnya akan terbongkar juga segala muslihatnya untuk berkuasa dan inilah yang dibongkar oleh semua rakannya yang tidak tahan dengan perangai Anwar yang sengaja mahu mereka reka cerita untuk memalukan Najib sebagai PM.

Lihat saja apa yang diceritakan oleh Ezam dimana Ezam merasa bersalah bila membela Anwar semasa tuduhan kes liwat nya dahulu.Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar.

Begitu juga dengan rakan baik Anwar yang mendedahkan perangai Anwar yang mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Pendedahan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru sendiri.Anwar juga merupakan orang yang sama mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Jadi amat bahaya sekali sekiranya Anwar diberi kepercayaan untuk mentadbir negara ini dimana negara ini akan hancur oleh kerakusan Anwar kelak.Percayalah yang Anwar akan menghancurkan negara ini hanya dengan sekelip mata sahaja.

Jadi sebagai bukti kita menolak Anwar marilah kita sama sama menolak calon PR yang mungkin meletakan calon PKR di Hulu Selangor nanti.

ANWAR RANCANG SEGALA GALANYA

SETIAP kali membaca akhbar, sering kali juga melihat kisah Anwar Ibrahim yang mencetuskan kontroversi. Anwar boleh dikategorikan sebagai pencetus propaganda dan provokasi untuk mencetuskan huru-hara negara. Rakyat semakin muak dan mula membenci sikap beliau yang sebagai pemimpin patut mempunyai nilai yang baik.

Kisah terbaru adalah tindakan Anwar menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan perisik Israel dan bersekongkol. Tindakan Anwar bukan sahaja tuduhan politik malahan telah melukakan seluruh anggota PDRM . Anwar telah membuat tuduhan demi kepentingan politik beliau.

Lebih mengejutkan, Datuk S. Nallakarupan telah mendedahkan rancangan Anwar merancang berhijrah ke Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri jika PKR menang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Sikap Anwar adalah bukti bahawa beliau hanya ingin menjadi Perdana Menteri dengan apa cara pun termasuk menggadaikan negara. Rakyat Malaysia perlu disedarkan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin yang hebat dan teragung kerana beliau hanya kuat kerana ada penyokong fanatik.

Anwar hanya seorang yang pandai berpidato dan melakonkan pelbagai watak untuk mengaburi mata rakyat. Pada hari ini kita hanya perlu mencari seorang pemimpin yang mampu membangunkan negara.

Rakyat hanya ingin hidup dalam keharmornian dan hidup dalam keadaan selesa dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Bayangkan rakyat Malaysia siang dan malam berkerja keras untuk memajukan negara, tetapi ada pemimpin yang sibuk memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan berusaha untuk menghancurkan negara .

Tindakan Anwar mendakwa PDRM terlibat dengan Israel adalah tuduhan yang melampau dan mencemar imej PDRM. Anwar cuba meraih populariti dan cuba berlagak sebagai hero sedangkan isu beliau berkaitan kes liwat belum selesai.

Saya berpendapat, Anwar semakin tertekan kerana harapan beliau menjadi Perdana Menteri semakin pudar. Kepintaran Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan yang diterima oleh rakyat termasuk Gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru (MEB) meletakkan Anwar tidak relevan dan tidak lagi popular seperti dulu. Anwar semakin risau dan mula tertekan.

Anwar harus ingat, jika beliau bukan bekas Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai nilai apa-apa kepada rakyat. Anwar hanyalah seorang manusia yang biasa, bukan luar biasa dan mempunyai banyak kelemahan dan bukanlah seorang pemimpin yang bijak selain pandai berpidato.

Kenapa Anwar mula melatah dengan mendakwa 1Malaysia meniru Israel, PDRM berkerjasama dengan ejen Israel dan pelbagai lagi tuduhan liar. Mungkin Anwar terasa bahang dan merasa pedas kerana beliau telah dilabel sebagai ejen Israel sebelum ini dan kebenarannya makin terbukti?

Sebagai seorang bekas graduan, saya hanya mahu Anwar menjadi ahli Parlimen yang baik dan mempunyai idea untuk membangunkan negara bukan mencetuskan fitnah. Kami hanya ingin hidup dalam keadaan selesa dan menikmati keharmornian negara.

Jika Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan cara yang salah, saya nasihatkan beliau menukar kewarganegaraan di Afghanistan dan di Afrika yang telah lama bergolak.

Di sana ramai pemimpin seperti Anwar boleh bersama-sama kerana mereka sibuk merebut jawatan pemimpin tetapi membiarkan rakyat sendiri menderita dan menjadi pelarian.

Saya kadang-kala sedih melihat sikap Anwar yang selalu berpura-pura untuk membantu negara tetapi pada hakikatnya merosakkan negara. Tetapi masih ada yang mempercayainya.

Sehubungan dengan itu, PDRM harus mengambil tindakan terhadap Anwar kerana 'serangannya' itu. Beliau telah mencetuskan persengketaan dengan PDRM. Adakah Anwar mempunyai dendam terhadap PDRM dan cuba memalukan imej PDRM?

Rabu, 7 April 2010

APA NIK AZIZ BUAT UNTUK RAKYAT KELANTAN

Selama hampir 20 tahun Nik Aziz berkuasa di kelantan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz untuk membantu rakyat Kelantan keluar dari kemelut kemiskinan.Langsung tidak satu program yang dibuat kerajaan Pas Kelantan untuk membantu rakyat keluar dari kemelut yang disebut tadi.Berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan yang tidak jemu jemu untuk membantu rakyat Kelantan.

Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) memperuntukkan RM1 bilion bagi membantu rakyat di negeri ini keluar daripada kepompong miskin tegar, kata Pengarahnya, Makhtar Mustapha.

Beliau berkata, sehingga kini 1,184 penduduk negeri ini diisytiharkan keluar daripada miskin tegar berbanding 3,507 yang dikesan dan dikenal pasti.

"Hampir 2,500 orang lagi dijangka keluar daripada miskin tegar sebelum menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat tiga kawasan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan dalam bandar di sini hari ini.

Pada lawatan tersebut Makhtar dan beberapa kakitangan JPPK yang terlibat, turut sama melihat perkembangan program itu di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terlibat di Jalan Bayam dan Kampung Wakaf Mek Zainab dekat sini.

Beliau berkata, antara beberapa bantuan yang disalurkan melalui JPPK di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah bantuan rumah, latihan kemahiran dan bina insan, bantuan dari segi kecemerlangan pelajar, pembangunan masyarakat setempat dan peningkatan pendapatan.

Beliau berkata, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, JPPK turut memberi bantuan am kepada kanak-kanak, orang tua, orang kelaiana upaya (OKU) dan pesakit kronik.

"Untuk program pembasmian kemiskinan dalam bandar, kami memberi bantuan seperti tambang bas sekolah, sewa rumah, ibu tunggal dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, bantuan peralatan seperti mesin rumput, mesin jahit, peralatan membuat kuih-muih, mesin tebu serta motor roda tiga turut diberikan bagi membantu peniaga sayur dan ikan meneruskan perniagaan masing-masing.

Selain itu Makhtar berkata, JPPK turut menyediakan peruntukan untuk projek ekonomi seperti ternakan lintah, itik telur, cendawan, cili dan pelbagai lagi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

6 SEBAB KENAPA SELANGOR JATUH KETANGAN PEMBANGKANG






Ada 6 perkara yang perlu Umno Selangor beri perhatian sekiranya BN mahu merampas semula Selangor dari pembangkang yang harus bermula di PRK Hulu Selangor nanti.Enam punca tersebut haruslah diberi perhatian serius bagi mengembalikan semula Selangor yang selama ini adalah kubu kuat BN sejak dari mula PRU lagi.

Enam Punca tersebut adalah


Pertama, prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat.

Kedua, usaha menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat.

Ketiga pergolakkan dalaman lebih ditumpukan berbanding usaha membina kekuatan.

Keempat, khidmat dan pendekatan lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Kelima BN agak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat.

Penyebab terakhir, aspirasi pengundi muda kurang difahami.

Selain dari enam punca tersebut BN perlu mempunyai semangat seperti adik-beradik antara semua kaum kerana keharmunian dan kesefahaman antara kaum di negara ini penting dalam memperkukuhkan kembali kedudukan BN di negeri ini jika benar-benar mahu memenangi kembali hati pengundi.Semangat adik-beradik itu perlu dalam BN bagi melakukan perubahan dalam BN di mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.Melalui hubungan adik-beradik ini juga kita perlu sedar bahawa masalah orang Melayu adalah masalah orang Cina, masalah orang India dan begitulah juga apabila masalah orang Cina dan India adalah juga masalah orang Melayu.Semua pihak perlu bersatu dan mesti sedia melakukan perubahan sejajar dengan slogan BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'.

Jadi BN mesti kena menang (di Hulu Selangor)) kalau tidak menang, kita tidak boleh ambil Selangor selepas pilihan raya umum ke-13.BN perlu meneruskan perjuangan terutama di Hulu Selangor. Ia bukan satu pekerjaan yang mudah kerana kita berhadapan dengan kerajaan negeri. Mereka akan menggunakan segala kemudahan untuk mempertahankan Selangor.

Bermula dengan skandal seks Elizabeth Wong kepada kenyataan MB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka tidak memerlukan Model Ekonomi Baru yang selama ini membantu menaikan ekonomi orang melayu.Sebagai contoh bila Isu Elizabeth Wong, dia nak letak jawatan, tetapi Ketua Muslimat PAS yang pakai tudung mempertahankannya. Orang nak telanjang, dipertahankan.Inilah perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

PADA RAKYAT SELANGOR TERUTAMA PENGUNDI DIHULU SELANGOR FIKIRKAN NASIB KITA SEMASA KITA BERADA DIBAWAH KERAJAAN YANG TIDAK LANGSUNG MENGAMBIL TAHU AKAN MASAALAH RAKYAT TERUTAMA RAKYAT YANG DIBAWAH.SEMOGA PRK DIHULU SELANGOR NANTI KITA SINGKIRKAN KERAJAAN YANG HANYA TAHU MENABUR JANJI.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU ORANG PIKIR LA SENDIRI........

HANGSAP BETUL SI ANNUAR NI

Hangsap ni adik beradik dengan gila babi....Dengan sokongan yang semakin merudum ...Si Hangsap Anwar akan lakukan apa sahaja untuk meyakinkan rakyat dengan berbagai bagai cerita yang ikut sedap mulut nya sahaja untuk menjahanamkan negara ini.Sejak dua menjak ini Anwar seakan akan mereka reka cerita yang Malaysia dalam keadaan yang sangat bahaya dengan perisik perisik Israel sudah menyusup kedalam pentadbiran negara ini.

Bermula dengan 1 Malaysia sama dengan One Israel,Anwar semakin terdesak dengan cuba pula mereka reka cerita yang keselamatan negara dalam keadaan bahaya bila Anwar mendakwa
ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Anwar boleh mendakwa apa sahaja tapi hanya orang yang bodoh sepertinya sahaja yang percaya dengan kenyataannya ini.Bagi rakyat yang bodoh pun tidak akan mempercayainya selagi Anwar tidak memberikan bukti bukti yang boleh dipercayai.
sila baca disini juga
http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/04/bangsat-anwar-potensi-jadi-thaksin-lari.html
http://jurirakyat.blogspot.com/2010/04/anwar-alih-isu-1malaysia-ciplak-yahudi.html

ANWAR SEORANG YANG PENGECUT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan.

“Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut.

“Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan.

Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.

Sambil mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut, dakwa Anwar, perkara itu telah disahkan oleh cawangan khas Bukit Aman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menamakan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Israel yang telah mendapat projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Bukit Aman.

Selasa, 6 April 2010

HULU SELANGOR:MENANGKAH BN ANDAI MIC MENJADI CALON

Mungkin kah BN sekali lagi akan kalah pada PKR pada PRK Hulu Selangor nanti?Perkara ini memang rumit untuk di andaikan.Tapi dari apa yang berlaku sejak kebelakangan ini mungkin angin perubahan yang sedikit memberi kelebihan pada BN akan menguntungkan BN untuk merampas kembali kawasan ini dari PKR,Tapi BN mesti meletakan seorang calon yang boleh diterima oleh seluruh pengundi disana dan seorang yang sangat popular dikalangan pengundi.

Bagi penyokong BN, keresahan mengenai wakil parti komponen mana yang akan dipilih sebagai calon mungkin semakin reda berdasarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu berkemungkinan besar akan mengekalkan calon dari MIC untuk bertanding.Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN juga dilaporkan berkata, perkara itu berasaskan formula yang telah dipersetujui oleh semua pimpinan komponen parti berkenaan.Jadi maknanya hampir pastilah bahawa BN akan menurunkan calon dari MIC sebagai perisai utamanya pada pilihan raya kecil kali ini.

Jika ditakdirkan MIC diberi tanggungjawab untuk merampas kembali Hulu Selangor saya percaya BN perlu bekerja keras kerana sudah pasti PKR akan meletakan seorang calon melayu yang sudah pasti akan menggugat peluang BN untuk memenangi kerusi tersebut sebagaimana pada PRU ke 12 yang lalu.Pada asasnya, Hulu Selangor adalah kubu kuat BN. Bagaimanapun, ia tercalar pada pilihan raya lepas apabila Palanivel tewas di tangan Allahyarham Dr Zainal Abidin.

Namun kemenangan pembangkang di kawasan berkenaan bukanlah kemenangan mutlak kerana tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi BN iaitu Hulu Bernam (majoriti 3,459 undi - Umno), Batang Kali (2,179 undi - Umno) dan Kuala Kubu Bahru (448 undi - MCA).Jika diteliti pada tiga tiga Adun yang dimenangi oleh BN adalah jelas yang undian Pada Parlimen Hulu Selangor adalah undi Protes dari akar umbi.Apakah makna nya semua ini.......Pilihan raya kecil Parlimen di daerah Selangor itu - negeri yang diperintah Pakatan pimpinan PKR - bakal menguji kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dengan krebiliti dan kebolehan PM Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan ketua BN.

Apapun, PM Najib dilapurkan masih yakin pendedahan cerita Zahrain dan Zul boleh mempengaruhi minda rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor tentang perpecahan dan krisis yang semakin meruncing dalam PKR. Menurutnya lagi, peluang BN adalah cerah memandangkan majoriti kemenangan calon PKR dalam PRU ke-12 lalu amat tipis, cuma 198 undi. Timbalannya, Muhyiddin juga yakin BN mempunyai kelebihan untuk menang tetapi mengingatkan ahli jangan terlalu over-confident.

Walaupun Umno Selangor sudah mendesak dan mencadangkan supaya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai calon yang didakwa boleh memberi kemenangan mudah berdasarkan latarbelakang, kepopulariti dan jumlah pengundi Melayu yang banyak. Kehadiran beliau dikatakan boleh mempengaruhi undi orang Melayu serta menandingi calon Melayu dari PKR yang sudah disebutkan berpotensi dan dikenali ramai.

Jadi walau siapa pun yang akan terpilih sebagai calon BN nanti,rakyat perlu memberi sokongan agar pembangunan di Hulu Selangor dapat di teruskan setelah terencat semasa PKR berkuasa dahulu.Jadi kita renung renung kan lah agar nasib anak bangsa kita tidak merempat di tempat sendiri.

Isnin, 5 April 2010

KES BERAT:NIK AZIZ BERBOHONG?????BETUL KE????


Perang antara Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella dengan bekas majikannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi semakin hangat apabila beliau menuduh Menteri Besar Kelantan itu berbohong berhubung isu derma atau sumbangan syarikat balak yang mendapat konsesi daripada kerajaan negeri.

Bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) itu sebelum ini mendedahkan di blognya modus operandi beberapa syarikat yang memohon konsesi balak memberi sumbangan kepada PAS termasuk kepada Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti).

Malah, blognya turut menyiarkan surat beberapa syarikat yang bersertuju memberi sumbangan kepada PAS termasuk surat persetujuan menerima wang berkenaan.

Menurut Syed Azidi, selepas lama menanti jawapan Nik Aziz mengenai pendedahan itu, Mursyidul Am PAS itu bersuara juga.

“Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini.

“ Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur daripada YAB Menteri Besar Kelantan, katanya.

Beliau buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang.

Ini bagi membuktikan pemimpin PAS itu tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa PAS Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme

Berikut ialah posting terbaru di laman blog Kickdefella:

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa derma atau sumbangan oleh syarikat pembalakan yang menerima konsesi di negeri ini kepada Pas, adalah sesuatu yang di luar pengetahuannya.

Berikutan itu, katanya, beliau tidak suka untuk mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh penulis blog tertentu berhubung sumbangan atau derma terbabit.

Namun, masa sama, beliau membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.

“Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu.

“Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melakukan pelepasan konvoi kira-kira 1,300 motosikal berkuasa tinggi sempena acara Kelantan Bike Week di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini, hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas dakwaan yang dilontarkan penulis blog Kickdefella yang mendakwa syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Pas, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.(di sini)

Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.

Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme

Ahad, 4 April 2010

TEMPOH PKR DI HULU SELANGOR SUDAH TAMAT

Dari tinjauan yang dibuat pada rakyat di Hulu Selangor rata rata semuanya mahu BN kembali menjadi wakil mereka yang selama ini diabaikan oleh wakil rakyat terdahulu.Jadi diwaktu inilah kesempatan yang terbaik bagi BN untuk merampas kembali kawasan Hulu Selangor dari terus dibiarkan lesu oleh pemimpin PKR yang gagal dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan rakyat Hulu Selangor.

Kerana itu lah PM telah menyifatkan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai pinjaman, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh itu sudah tamat.Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini kerana kawasan itu merupakan kawasan tradisi BN dan sudah tiba masanya ia dikembalikan semula kepada BN.Tempoh pinjaman sudah tamat...cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang,katanya ketika berucap kepada jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor di perkarangan Bangunan Umno Hulu Selangor di sini

Perdana Menteri berkata yang kemenangan BN perlu sebagai tanda pulihnya keyakinan rakyat.Kemenangan ini juga akan mnembuktikan sentimen bahawa sokongan kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 hanyalah sementara dan kemenangan ini juga akan menyumbang kepada sasaran majoriti dua pertiga kerusi Parlimen BN sebagai parti pemerintah.

Jadi diharapkan pada 25 April nanti rakyat di Hulu Selangor akan membuat pilihan yang tepat agar mereka tidak lagi menjadi rakyat yang terpinggir dalam arus kemajuan yang dikecapi oleh rakyat yang dibawah kerajaan BN.

RAKYAT HULU SELANGOR JANGAN MEMILIH PEMIMPIN YANG HANYA PERJUANGKAN KEPENTINGAN PERIBADI....PILIHLAH PEMIMPIN YANG SENTIASA MENDAHULUKAN RAKYAT........KITA FIKIR FIKIRKAN LA....LU ORANG PIKIR LA SENDIRI

Sabtu, 3 April 2010

LUCUTKAN DARJAH KEBESARAN NIZAR DAN KUNCU KUNCUNYA

Sebenarnya memang tiada tempat bagi Nizar dan geng nya di negeri Perak kerana sikap kurang ajar mereka pada Raja Perak.Kemarahan rakyat Perak pada petualang dan penderhaka Sultan ini sampai kemuncaknya bila pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta supaya darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada wakil rakyat pembangkang terutama pada Si Nizar Barua ditarik balik.

Tidak ada gunanya SiNizar malaun ini menggunakan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan sekiranya SiNizar berterusan terus menghina Intitusi Raja di Perak dengan tidak mengiktiraf perlantikan MB yang di Perkenankan oleh Sultan.Rakyat Perak rasanya sudah muak dengan tingkah laku Nizar yang dilihat berterusan mengheret Intitusi Raja dalam kemelut perlantikan MB Perak.Sepatutnya Nizar dan kuncu kuncunya mendengar nasihat Nik Aziz yang mahu semua pihak kembali kepada peraturan bagi mengelakkan berlaku kekecohan sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Nik Aziz berkata, setiap kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada sesuatu sebab dan apa yang berlaku di Perak adalah kerana sikap tidak menghormati Intitusi Beraja Di Perak oleh Nizar dan kuncu kuncunya.Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Nizar menghormati undang undang dan memahami fungsi kuasa Sultan dengan baik.

Menurut Nik Aziz lagi dewan adalah suatu tempat yang mulia dan tempat mereka yang cerdik dan tahu mengenai undang-undang untuk membincangkan sesuatu perkara.Jadi jelas disini yang Nizar memang tidak cerdik jika diamati dari kata kata Nik Aziz tadi.Selaku Pemimpin tertinggi Pas Nik Aziz perlu menasihatkan Nizar agar tidak menongkah arus dalam terus mempertikaikan kuasa Sultan.

Kata Nik Aziz lagi,Untuk mengelak perkara seperti itu berlaku, kita kena kembali kepada peraturan dan undang-undang.Jadi Nizar perlu kembali pada undang undang dengan tidak lagi mempertikaikan kuasa Sultan.

Nizar harus ingat yang segala tingkah laku nya akan di balas oleh rakyat bila sampai PRU ke 13 nanti.Sebagai rakyat negeri Perak harus kita singkirkan perosak perosak ini dari terus merosakan keharmunian yang dikecapi oleh rakyat selama rakyat berada dibawah pentadbiran kerajaan BN.

Apa yang dilakukan oleh Nizar selama berkuasa adalah mengaut segala kekayaan dan menanam sifat benci rakyat pada Intitusi Raja Raja Melayu.

SAMA SAMA LAH KITA RENUNGKAN.......LU PIKIR LA SENDIRI.........

Jumaat, 2 April 2010

HULU SELANGOR WAJAR DIKEMBALIKAN PADA UMNO

SPR sudah menetapkan 25 April ini adalah hari pengundian sekiranya ada pertandingan.Sudah dijangkakan yang PKR akan meletakan calon dari kalangan orang melayu bagi memenangi hati orang melayu dikawasan yang majoritinya adalah orang melayu.Kalangan rakyat disana memang mahukan BN meletakan calon dari Umno untuk menyaingi calon PKR yang dijangkan meletakan calon melayu bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Dr Zainal pada PRU 12 dahulu.

Pucuk pimpinan BN harus mengambil kira kemahuan pengundi di Hulu Selangor yang menolak wakil calon dari MIC semasa PRU yang lalu.Sekiranya BN mahu merampas kembali Hulu Selangor BN harus meletakan calon dari UMNO kerana ini adalah kemahuan dari kalangan pengundi di sana.Sebenarnya kawasan Hulu Sellangor adalah hak milik Umno bila buat pertama kalinya Umno memenangi pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian, dan 'diserahkan' kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya 'diserahkan' kepada MIC pada 1986 sehingga kini.

Jadi amat wajar sekali pucuk pimpinan BN meneliti akan perkara ini dan kita sebagai ahli UMno tidak mahu BN kehilangan kawasan yang sememangnya adalah kubu kuat BN.Mungkin ada sesuatu yang rakyat tidak puas hati pada calon dari MIC pada PRU lalu dan sebagai tanda protes ramai dikalangan pengundi melayu beralih kepada pembangkang.Diharapkan permintaan ahli-ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.

Mengikut bancian yang dibuat,ramai yang mahukan kerusi Hulu Selangor ini dikembalikan pada UMNO.Jadi inilah masa yang terbaik bagi BN untuk merampas kembali kerusi ini dari Pembangkang.Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini.Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu.

SUDAH 4 PENGGAL MIC DUDUK DISANA ....TIADA APA PERUBAHAN YANG DILAKUKAN....BAGI LAH UMNO PELUANG UNTUK MERUBAH KAWASAN HULU SELANGOR UNTUK MENJADI KAWASAN YANG MAJU....KITA SAMA SAMA LAH PIKIRKAN..........

ANWAR JERAT LEHER SENDIRI

Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Khamis malam mengenai pelan 16 September 2008 akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Ketika Ketua Pembangkang itu beria-ria mahu tebus malu ekoran pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini beliau gunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima ATM, tanpa disedarinya pekongnya sendiri terlondeh.

Antaranya, Anwar mengaku ada menulis surat kepada yang Dipertuan Agong , mempelawa Ahli-ahli parlimen BN menyertai pembangkang dan berbual telefon dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk tujuan itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu nyata ‘ sangkut’ bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mempertikai kenapa beliau hanya menghantar surat mohon untuk menghadap yang Dipertuan Agong tanpa menyertakan senarai Ahli parlimen BN yang kononnya mencukupi bagi membolehkan pembangkang ambil alih kerajaan.

Semua ini bermula apabila Nazri yang menggulung perbahasan menjunjungi kasih titah Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat menyentuh soal pelan 16 September Anwar menggunakan nama Agong dan ATM seperti didedahkan Zahrain.

Pengulungan menteri itu selama sejam telah mencuri tumpuan para Ahli Parlimen dan pemerhati yang hadir.

Menurut Nazri, dakwaan Ahli Parlimen BN beramai-ramai ingin melompat parti adalah tidak benar.

Beliau juga bertanya bilakah masanya kerajaan merampas dan mencuri Ahli Parlimen pembangkang sedangkan Ahli Parlimen PKR yang keluar menjadi Bebas dan tiada yang menyertai BN.

Katanya, tuduhan bahawa BN memberi imbuhan atau sogokan kepada mereka juga tidak berasas dan rakyat boleh menilai sendiri pembohongan itu selepas Ahli Parlimen PKR yang keluar parti membuat pendedahan.

Katanya, dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru dan beberapa orang lain yang keluar PKR serta Menteri Besar Perak semalam akhirnya terbongkarlah bahawa pembangkang sendiri yang mahu mencuri Ahli Parlimen BN.

“Ini termasuk usaha rombongan pembangkang ke Taiwan memburu ahli parlimen BN babitkan (ahli parlimen) Batu (Tian Chua), (ADUN) Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) dan Machang (Saifuddin Nasution Ismail),” katanya.

Ketika ini Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bangun mencelah mempersoalkan kenapa Dr Zambry membuat pendedahan itu selepas dua tahun sedangkan ada wakil rakyat BN pernah mengaku dihubungi Ketua Pembangkang tetapi mengatakan tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.

Menjawab perkara itu, Nazri berkata, beliau membangkitkan soal itu kerana hanya dikatakan sekarang.

Mengenai tawaran yang dimaksudkan, Nazri berkias mengatakan ada perkara-perkara yang beliau tahu dan pernah bercakap dengan Anwar tetapi tidak perlu disebut kerana menghormatinya sebagai kawan.

Jawapan beliau mengundang rasa tidak puashati Khalid yang mendakwa kononnya Nazri takut bercakap benar apabila memberi jawapan sedemikian.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tengku Jaafar terpaksa mententeramkan keadaan.

Apabila keadaan Dewan tenang, Nazri memberi laluan kepada Anwar mencelah.

Kata Anwar “merujuk kepada kenyataan Menteri Besar (Dr Zambry), saya buat pelawaan terbuka, bukan rahsia, Saya kata memandangkan apa yang ada pada pakatan rakyat (jumlah ahli parlimen) , saya pohon kerjasama rakan-rakan termasuk teman-teman saya (dalam BN) untuk bersama (Pakatan Rakyat).”

“Saya buat secara terbuka. Bukannya rahsia atau janji wang.” .

Beliau cuba mengungkit kisah dua ADUN PKR Perak (Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi) serta Adun BN Bota (Datuk Nasaruddin Hashim) yang didakwanya ‘hilang’ dan menimbulkan misteri .

Anwar juga mendakwa tiada pertemuan antaranya dengan Zambry.

Katanya yang ada hanyalah perbualan telefon beberapa minit bertanya khabar.

“Saya tidak bincang hal-hal sedemikian (tawar jawatan Menteri Besar). Apabila beliau (Zambry) sedia berbicara di telefon, saya tak umumkan apa yang dikatakan (tawar jawatan), tegasnya.

Ketika ini Dewan Rakyat diam tanpa sesiapa bangun mencelah kerana kedua-dua barisan Ahli Parlimen sama ada BN dan pembangkang mahu mendengar jawapan Anwar.

Menurut Anwar, Zambry tidak tuntut jawatan atau wang daripadanya mahupun apa-apa perbincangan.

Nazri yang menyambung hujah berkata, yang dimaksudkan (pujuk Zambry) bukan Anwar dan minta jangan bersikap ‘siapa makan cili berasa pedas’.

“Saya tak kata Yang Berhormat. Ini kerja-kerja Little Napoleons dalam PKR,” katanya.

Zahrain kemudian turut bangun mencelah membidas Anwar kerana buat pembohongan dan cerita-cerita dongeng 16 Sptember termasuk menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan ATM.

“Sekarang (pembangkang) tuduh kita ambil duit, imbuhan. Kalau ada buktilah. Kita hilang kepercayaan sebab tindak tanduk Ketua Pembangkang,” tegasnya.

Nazri kemudian menyokong kenyataan Zahrain dengan mengatakan, mereka yang sudah keluar (PKR) adalah kerana sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin parti itu.

Anwar sekali lagi meminta laluan menjawab dakwaan Zahrain dan menjelaskan mengenai pelan 16 Septembernya.

Beliau mengaku ada menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Sept 2008 untuk memohon menghadap bagi memaklumkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadap pakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan.

Katanya, adalah mustahil beliau berani menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong jika tidak cukup bilangan ahli parlimen untuk ambil alih kerajaan.

"Pada 18 September, saya mendapat persetujuan pimpinan tiga parti pembangkang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk menulis kepada Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) supaya diadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul dewan sudah hilang kepercayaan terhadapnya dan kepimpinan beliau.

"Mustahil jika saya berani menulis surat itu jika saya tidak mendapat perakuan Ahli Parlimen lain dan selepas surat itu ditolak, saya menulis pula kepada Speaker tetapi turut ditolak dan kemudian kepada Tuanku Mizan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menyebut nama-nama Ahli Parlimen BN yang didakwanya telah membuat perakuan untuk menyokong pakatan pembangkang ketika itu.

Pengakuan Anwar itu menyebabkan Dewan Rakyat riuh seketika dan beberapa Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Nazri yang meneruskan penggulungan mempertikaikan kebenaran dakwaan Anwar beliau sudah ada cukup bilangan Ahli Parlimen BN yang nak melompat itu.

Nazri berkata Anwar sudah pasti akan menghantar surat tersebut terus kepada yang Dipertuan Agong jika beliau berjaya "menarik" antara 20 hingga 30 anggota Parlimen BN tanpa perlu bersusah-payah mengikut saluran pertama ( Perdana Menteri) dan kedua (Speaker Dewan Rakyat) itu.

"Sepatutnya Anwar membawa tandatangan 20 atau 30 orang yang berjaya ditariknya dari BN kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi dia tidak ada. Pembangkang ada 82 dan BN ada 140, bagaimana nak buat undi tak percaya itu,

Khamis, 1 April 2010

ANWAR WAJAR DIHERET

Kerajaan akan mengemukakan usul merujuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu APCO.ini kerana ketua pembangkang itu gagal menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia ditiru daripada “One Israel” yang dikaitkan dengan APCO Worldwide.Usul akan dibuat di bawah aturan mesyuarat 18(2) yang memerlukan kerajaan memberikan notis kurang sehari. Keputusan ini berdasarkan kerana Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengelirukan Dewan Rakyat berkaitkan isu APCO,

Anwar gagal menjelaskan dakwaannya selepas beliau diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian pada Selasa lepas.kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan memndapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.Anwar langsung tidak tunjukkan bukti untuk sokong dakwaan 1Malaysia diambil daripada 1Israel.
Apa yang dijelaskan itu tidak beri bukti nyata, hanya kaitkan secara 'circumstantial' perkara lain, seolah-olah Apco diguna oleh operator-operator itu bukan bukti kukuh untuk kaitkan One Israel.

JADI AMAT WAJAR SEKALI KERAJAAN MALAYSIA MENGHERET ANWAR UNTUK DIHADAPKAN PADA JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN..SESEKALI ANWAR AMAT WAJAR DIBERI PENGAJARAN.....

AKHBAR CINA JANGAN CARI PASAL......


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada akhbar Cina, terutama Sin Chew Jit Poh supaya jangan mencari pasal dengan menuduh pertubuhan itu sebagai rasis atau Ultra Malay, padahal pada masa yang sama, mereka sendiri secara konsisten memainkan isu perkauman.

“Jika nak banding dengan akhbar Melayu seperti Berita Harian dan Utusan, akhbar Cina lebih rasis. Cuba anda kumpulkan keratan artikel akhbar-akhbar Cina dan letakkan bersama akhbar Melayu, tengok siapa yang lebih banyak mainkan isu perkauman,” katanya.

Bercakap pada sidang media di lobi parlimen, Rabu, Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkata akhbar-akhbar Cina telah secara konsisten menyiarkan tulisan yang membakar semangat orang Cina supaya membenci Melayu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Jangan main api. Jangan ingat orang Melayu duduk diam. Akhbar Cina sepatutnya menulis artikel yang menyatupadukan rakyat. Jangan apikan rakyat. Kami tidak akan memandang ringan perkara ini. Kami serius,” katanya.

Ibrahim memberi contoh berita yang terkeluar dalam ruangan pendapat di dalam Sin Chew yang menyerang Perkasa dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya, temasuk sebagai rasis.

“Akhbar-akhbar Cina ini menulis perkara-perkara yang membakar semangat perkauman. Selepas itu apabila akhbar seperti Utusan Malaysia dan lain-lain pihak, termasuk saya cuba mempertahan dan memberikan pandangan, mereka tidak siarkan. Mereka cuma siarkan sebelah pihak sahaja,” katanya.

Menurut Ibrahim, pihaknya mempunyai rakaman penuh persidangan Perkasa baru-baru ini dan ia tidak langsung menyentuh isu perkauman.

“Kita ada CD. Mereka boleh periksa ada unsur perkauman atau tidak. Semuanya sekitar permasalahan Bumiputra dan langsung tidak menyentuh kepentingan kaum lain.

“Kenapa suratkhabar Cina tak tulis mengenai perhimpuan Siqiu pada 1999 yang membahaskan isu sekolah vernacular yang dihadiri lebih 2,095 orang? Ketika mereka membuat tuntutan, tidak ada sesiapa yang bising. Kita juga tidak pernah tuduh mereka rasis.

“Tetapi apabila Perkasa berjaya menghimpunkan banyak NGO Melayu buat persidangan, mereka bising dan tuduh kita rasis dan macam-macam.

Kalau akhbar-akhbar Cina ini terus mencabar dan mengungkit perkara-perkara ini, akan sampai waktu nanti Perkasa akan bongkar segala tuntutan yang dibuat oleh mereka temasuk tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar Cina,” katanya.

Ibrahim berkata Perkasa telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau dan menterjemah semua tulisan yang disiarkan dalam akhbar Cina yang dianggap rasis dan menyentuh kepentingan kaum Melayu serta Bumiputra.

“Semua tulisan ini saya akan edar ke seluruh negara. Saya nak orang Melayu tahu apa yang mereka tulis sebab kita dah tak tahan dah cukup memendam rasa. Selama ini kita tidak membesar-besarkan apa yang ditulis dalam akbar Cina sebab orang Melayu tak tahu baca.

“Saya nak ingatkan kepada Sin Chew, kita juga boleh buat supaya orang Melayu benci kepada orang Cina, kalau kita mahu. Tapi kita tak akan buat sebab Perkasa bertanggungjawab.

“ Kita tetap dengan pendirian iaitu berjuang mengikut perlembagaan dan mendukung perpaduan rakyat Malaysia. Bangsa teras Malaysia ialah bangsa Melayu dan kaum Bumiputra. Sekiranya orang Cina dan Melayu mahu menuntut sesuatu, itu adalah hak masing-masing. Ia terpulang kepada kerajaan untuk memenuhinya atau tidak,” katanya.

Ibrahim juga menyelar tindakan Ketua Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nam yang mengkritik Tun Dr Mahathir.dengan mengatakan ucapan beliau pada perasmian Perkasa, Ahad lalu sebagai jijik.

“Parti gerakan ini saya anggap sebagai parti tin kosong. Pilihanraya pun tak menang. Ketua gerakan ini suka sangat buat kenyataan tanpa mengetahui apa yang dicakapkan oleh Tun.

“Ucapan Tun langsung tidak rasis. Berkali-kali kita ulang. Semasa persidangan Perkasa, mana ada kita sentuh kaum lain?. Kita hanya mempertahankan hak kaum Bumiputra. Tapi dia kata ucapan itu jijik.Ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar,” katanya.

Ibrahim berkata, Perkasa tidak akan menuntut Tan memohon maaf. “Saya rasa tak perlu. Cuma kalau kita bantai dia nanti, mereka kena terimalah.”

Ibrahim mengingatkan Gerakan bahawa pada pilihanraya akan datang, mereka mungkin tidak akan mendapat sokongan orang Melayu.

“Gerakan akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional. Walaupun dia bertanding di kawasan majoriti orang Cina, di mana sahaja kawasan terdapat juga pengundi bukan Cina. Begitu juga kawasan Melayu, terdapat pengundi Cina.

“Kalau Ketua Gerakan terus buat seumpama ini, saya percaya orang Melayu tak akan bagi sokongan. Sekarang ini dua atau tiga undi pun kira.”

Dalam sidang media itu juga Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan bahawa dia memiliki saham dalam syarikat Vincent Tan.

Ibrahim berkata dia sudah menyerahkan kepada peguamnya untuk mengkaji sama ada mereka mempunyai kes untuk menyaman Saifuddin atau Malaysiakini yang memutarbelitkan berita berkenaan.

“Kenyataan Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang telah diputarbelitkan oleh Malaysiakini. Saya telah menyerahkan kepada peguam samada tindakan undang-undang dapat dibuat terhadap mereka.

“Pada masa yang sama, saman saya terhadap akhbar The Sun tetap akan diteruskan walaupun mereka telah menjawab surat saya.

“Menurut The Sun, mereka akan merujuk kepada peguam sebelum datang kepada saya. Tetapi apapun, saya akan tetap saman mengenai artikel yang membabtikan saya dan Sultan Selangor itu,” katanya.

Dalam sidang media itu juga Ibrahim mengumumkan pendirian Perkasa yang menentang keras sekiranya cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menubuhkan Suruhanjaya Kesaksamaan Hak (EOC) didapati menggugat hak keistimewaan orang Melayu.

“Kita mahu kerajaan berhati-hati terhadap EOC kerana pada pendapat kita, di bawah konsep 1Malaysia memang semua rakyat diberi peluang yang sama, tetapi ia tidak boleh mengabaikan Fasal 153 Perlembagaan Negara,” kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, Perkasa mahukan kepastian daripada EOC sama ada apa yang dimaksudkannya dengan kesaksamaan peluang itu akan merampas hak istimewa orang Melayu, termasuk dalam bidang tertentu seperti biasiswa dan sebagainya. “Jika ini berlaku, kami akan menentang habis-habisan.

PEMBANGKANG PERAK IBARAT ........ DI ZOO

Perangai seperti ........ Di Zoo yang ditonjolkan oleh Nizar dan rakan rakan nya semasa sidang Dun Perak.Apakah ini yang rakyat Perak mahukan dari mereka ini.Rakyat sebenarnya kesal dengan sikap pembangkang terutama Nizar yang sengaja mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.Mereka terutama SiNizar Melaun ni yang mengaku mahu menjadi pembangkang yang baik,Tapi apa yang berlaku hari ini telah membuktikan segala yang dipertontonkan oleh mereka adalah sikap yang buruk dan seperti kebinatangan.Dewan yang mulia seolah-olah dijadikan kandang dan medan demonstrasi jalanan mempamerkan poster-poster. Inikah contoh ditunjukkan oleh mereka sebagai wakil rakyat yang mana rakyat mahu mereka menjadi sumber untuk membela nasib rakyat.

Adalah amat wajar sekali agar segala kurnian Pingat pada mereka ditarik balik kerana tindakan itu adalah amat wajar memandangkan kedua-dua pemimpin tersebut tidak menghormati keputusan baginda memperkenankan pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Speaker, Datuk R. Ganesan.

Rabu, 31 Mac 2010

HULU SELANGOR:BN PERLU LETAK CALON UMNO

Sekiranya BN mahu merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor,BN perlu meletakan calon dari UMNO bagi merampas kembali kerusi berkenaan.Dari apa yang disuarakan oleh rakyat dari akar umbi rakyat HULU SELANGOR mahu kawasan itu diwakili oleh wakil dari calon UMNO dan bukannya dari MIC.

Sudah tentu rakyat akan menolak sekiranya BN masih meletakan calon MIC kerana rakyat sudah muak dengan Samy Vellu.Saya mengharapkan yang BN akan mendahulukan kemahuan rakyat yang mahukan UMNO bertanding di sana nanti.

SAMY PERLU SEDAR YANG KAWASAN HULU SELANGOR ADALAH KAWASAN YANG MAJORITINYA ADALAH PENGUNDI MELAYU.....JADI FAHAM FAHAM SAHAJALAH.......LU ORANG PIKIR PIKIR KAN LA..............

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH