SPR sudah menetapkan 25 April ini adalah hari pengundian sekiranya ada pertandingan.Sudah dijangkakan yang PKR akan meletakan calon dari kalangan orang melayu bagi memenangi hati orang melayu dikawasan yang majoritinya adalah orang melayu.Kalangan rakyat disana memang mahukan BN meletakan calon dari Umno untuk menyaingi calon PKR yang dijangkan meletakan calon melayu bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Dr Zainal pada PRU 12 dahulu.
Pucuk pimpinan BN harus mengambil kira kemahuan pengundi di Hulu Selangor yang menolak wakil calon dari MIC semasa PRU yang lalu.Sekiranya BN mahu merampas kembali Hulu Selangor BN harus meletakan calon dari UMNO kerana ini adalah kemahuan dari kalangan pengundi di sana.Sebenarnya kawasan Hulu Sellangor adalah hak milik Umno bila buat pertama kalinya Umno memenangi pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian, dan 'diserahkan' kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya 'diserahkan' kepada MIC pada 1986 sehingga kini.
Jadi amat wajar sekali pucuk pimpinan BN meneliti akan perkara ini dan kita sebagai ahli UMno tidak mahu BN kehilangan kawasan yang sememangnya adalah kubu kuat BN.Mungkin ada sesuatu yang rakyat tidak puas hati pada calon dari MIC pada PRU lalu dan sebagai tanda protes ramai dikalangan pengundi melayu beralih kepada pembangkang.Diharapkan permintaan ahli-ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.
Mengikut bancian yang dibuat,ramai yang mahukan kerusi Hulu Selangor ini dikembalikan pada UMNO.Jadi inilah masa yang terbaik bagi BN untuk merampas kembali kerusi ini dari Pembangkang.Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini.Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu.
SUDAH 4 PENGGAL MIC DUDUK DISANA ....TIADA APA PERUBAHAN YANG DILAKUKAN....BAGI LAH UMNO PELUANG UNTUK MERUBAH KAWASAN HULU SELANGOR UNTUK MENJADI KAWASAN YANG MAJU....KITA SAMA SAMA LAH PIKIRKAN..........
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA