Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada akhbar Cina, terutama Sin Chew Jit Poh supaya jangan mencari pasal dengan menuduh pertubuhan itu sebagai rasis atau Ultra Malay, padahal pada masa yang sama, mereka sendiri secara konsisten memainkan isu perkauman. “Jika nak banding dengan akhbar Melayu seperti Berita Harian dan Utusan, akhbar Cina lebih rasis. Cuba anda kumpulkan keratan artikel akhbar-akhbar Cina dan letakkan bersama akhbar Melayu, tengok siapa yang lebih banyak mainkan isu perkauman,” katanya. Bercakap pada sidang media di lobi parlimen, Rabu, Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkata akhbar-akhbar Cina telah secara konsisten menyiarkan tulisan yang membakar semangat orang Cina supaya membenci Melayu sama ada secara langsung atau tidak langsung. “Jangan main api. Jangan ingat orang Melayu duduk diam. Akhbar Cina sepatutnya menulis artikel yang menyatupadukan rakyat. Jangan apikan rakyat. Kami tidak akan memandang ringan perkara ini. Kami serius,” katanya. Ibrahim memberi contoh berita yang terkeluar dalam ruangan pendapat di dalam Sin Chew yang menyerang Perkasa dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya, temasuk sebagai rasis. “Akhbar-akhbar Cina ini menulis perkara-perkara yang membakar semangat perkauman. Selepas itu apabila akhbar seperti Utusan Malaysia dan lain-lain pihak, termasuk saya cuba mempertahan dan memberikan pandangan, mereka tidak siarkan. Mereka cuma siarkan sebelah pihak sahaja,” katanya. Menurut Ibrahim, pihaknya mempunyai rakaman penuh persidangan Perkasa baru-baru ini dan ia tidak langsung menyentuh isu perkauman. “Kita ada CD. Mereka boleh periksa ada unsur perkauman atau tidak. Semuanya sekitar permasalahan Bumiputra dan langsung tidak menyentuh kepentingan kaum lain. “Kenapa suratkhabar Cina tak tulis mengenai perhimpuan Siqiu pada 1999 yang membahaskan isu sekolah vernacular yang dihadiri lebih 2,095 orang? Ketika mereka membuat tuntutan, tidak ada sesiapa yang bising. Kita juga tidak pernah tuduh mereka rasis. “Tetapi apabila Perkasa berjaya menghimpunkan banyak NGO Melayu buat persidangan, mereka bising dan tuduh kita rasis dan macam-macam. Kalau akhbar-akhbar Cina ini terus mencabar dan mengungkit perkara-perkara ini, akan sampai waktu nanti Perkasa akan bongkar segala tuntutan yang dibuat oleh mereka temasuk tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar Cina,” katanya. Ibrahim berkata Perkasa telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau dan menterjemah semua tulisan yang disiarkan dalam akhbar Cina yang dianggap rasis dan menyentuh kepentingan kaum Melayu serta Bumiputra. “Semua tulisan ini saya akan edar ke seluruh negara. Saya nak orang Melayu tahu apa yang mereka tulis sebab kita dah tak tahan dah cukup memendam rasa. Selama ini kita tidak membesar-besarkan apa yang ditulis dalam akbar Cina sebab orang Melayu tak tahu baca. “Saya nak ingatkan kepada Sin Chew, kita juga boleh buat supaya orang Melayu benci kepada orang Cina, kalau kita mahu. Tapi kita tak akan buat sebab Perkasa bertanggungjawab. “ Kita tetap dengan pendirian iaitu berjuang mengikut perlembagaan dan mendukung perpaduan rakyat Malaysia. Bangsa teras Malaysia ialah bangsa Melayu dan kaum Bumiputra. Sekiranya orang Cina dan Melayu mahu menuntut sesuatu, itu adalah hak masing-masing. Ia terpulang kepada kerajaan untuk memenuhinya atau tidak,” katanya. Ibrahim juga menyelar tindakan Ketua Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nam yang mengkritik Tun Dr Mahathir.dengan mengatakan ucapan beliau pada perasmian Perkasa, Ahad lalu sebagai jijik. “Parti gerakan ini saya anggap sebagai parti tin kosong. Pilihanraya pun tak menang. Ketua gerakan ini suka sangat buat kenyataan tanpa mengetahui apa yang dicakapkan oleh Tun. “Ucapan Tun langsung tidak rasis. Berkali-kali kita ulang. Semasa persidangan Perkasa, mana ada kita sentuh kaum lain?. Kita hanya mempertahankan hak kaum Bumiputra. Tapi dia kata ucapan itu jijik.Ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar,” katanya. Ibrahim berkata, Perkasa tidak akan menuntut Tan memohon maaf. “Saya rasa tak perlu. Cuma kalau kita bantai dia nanti, mereka kena terimalah.” Ibrahim mengingatkan Gerakan bahawa pada pilihanraya akan datang, mereka mungkin tidak akan mendapat sokongan orang Melayu. “Gerakan akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional. Walaupun dia bertanding di kawasan majoriti orang Cina, di mana sahaja kawasan terdapat juga pengundi bukan Cina. Begitu juga kawasan Melayu, terdapat pengundi Cina. “Kalau Ketua Gerakan terus buat seumpama ini, saya percaya orang Melayu tak akan bagi sokongan. Sekarang ini dua atau tiga undi pun kira.” Dalam sidang media itu juga Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan bahawa dia memiliki saham dalam syarikat Vincent Tan. Ibrahim berkata dia sudah menyerahkan kepada peguamnya untuk mengkaji sama ada mereka mempunyai kes untuk menyaman Saifuddin atau Malaysiakini yang memutarbelitkan berita berkenaan. “Kenyataan Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang telah diputarbelitkan oleh Malaysiakini. Saya telah menyerahkan kepada peguam samada tindakan undang-undang dapat dibuat terhadap mereka. “Pada masa yang sama, saman saya terhadap akhbar The Sun tetap akan diteruskan walaupun mereka telah menjawab surat saya. “Menurut The Sun, mereka akan merujuk kepada peguam sebelum datang kepada saya. Tetapi apapun, saya akan tetap saman mengenai artikel yang membabtikan saya dan Sultan Selangor itu,” katanya. Dalam sidang media itu juga Ibrahim mengumumkan pendirian Perkasa yang menentang keras sekiranya cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menubuhkan Suruhanjaya Kesaksamaan Hak (EOC) didapati menggugat hak keistimewaan orang Melayu. “Kita mahu kerajaan berhati-hati terhadap EOC kerana pada pendapat kita, di bawah konsep 1Malaysia memang semua rakyat diberi peluang yang sama, tetapi ia tidak boleh mengabaikan Fasal 153 Perlembagaan Negara,” kata Ibrahim. Menurut Ibrahim, Perkasa mahukan kepastian daripada EOC sama ada apa yang dimaksudkannya dengan kesaksamaan peluang itu akan merampas hak istimewa orang Melayu, termasuk dalam bidang tertentu seperti biasiswa dan sebagainya. “Jika ini berlaku, kami akan menentang habis-habisan.
Ya dedahkan apa yang ditulis akhbar rasis Cina itu. Kalau tak dedahkan pun kami dah tahu. Memang aku dah lama geram kat Cina malaysia ini.
BalasPadam