Bagi penyokong BN, keresahan mengenai wakil parti komponen mana yang akan dipilih sebagai calon mungkin semakin reda berdasarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu berkemungkinan besar akan mengekalkan calon dari MIC untuk bertanding.Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN juga dilaporkan berkata, perkara itu berasaskan formula yang telah dipersetujui oleh semua pimpinan komponen parti berkenaan.Jadi maknanya hampir pastilah bahawa BN akan menurunkan calon dari MIC sebagai perisai utamanya pada pilihan raya kecil kali ini.
Jika ditakdirkan MIC diberi tanggungjawab untuk merampas kembali Hulu Selangor saya percaya BN perlu bekerja keras kerana sudah pasti PKR akan meletakan seorang calon melayu yang sudah pasti akan menggugat peluang BN untuk memenangi kerusi tersebut sebagaimana pada PRU ke 12 yang lalu.Pada asasnya, Hulu Selangor adalah kubu kuat BN. Bagaimanapun, ia tercalar pada pilihan raya lepas apabila Palanivel tewas di tangan Allahyarham Dr Zainal Abidin.Namun kemenangan pembangkang di kawasan berkenaan bukanlah kemenangan mutlak kerana tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi BN iaitu Hulu Bernam (majoriti 3,459 undi - Umno), Batang Kali (2,179 undi - Umno) dan Kuala Kubu Bahru (448 undi - MCA).Jika diteliti pada tiga tiga Adun yang dimenangi oleh BN adalah jelas yang undian Pada Parlimen Hulu Selangor adalah undi Protes dari akar umbi.Apakah makna nya semua ini.......Pilihan raya kecil Parlimen di daerah Selangor itu - negeri yang diperintah Pakatan pimpinan PKR - bakal menguji kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dengan krebiliti dan kebolehan PM Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan ketua BN.
Apapun, PM Najib dilapurkan masih yakin pendedahan cerita Zahrain dan Zul boleh mempengaruhi minda rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor tentang perpecahan dan krisis yang semakin meruncing dalam PKR. Menurutnya lagi, peluang BN adalah cerah memandangkan majoriti kemenangan calon PKR dalam PRU ke-12 lalu amat tipis, cuma 198 undi. Timbalannya, Muhyiddin juga yakin BN mempunyai kelebihan untuk menang tetapi mengingatkan ahli jangan terlalu over-confident.
Walaupun Umno Selangor sudah mendesak dan mencadangkan supaya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai calon yang didakwa boleh memberi kemenangan mudah berdasarkan latarbelakang, kepopulariti dan jumlah pengundi Melayu yang banyak. Kehadiran beliau dikatakan boleh mempengaruhi undi orang Melayu serta menandingi calon Melayu dari PKR yang sudah disebutkan berpotensi dan dikenali ramai.
Jadi walau siapa pun yang akan terpilih sebagai calon BN nanti,rakyat perlu memberi sokongan agar pembangunan di Hulu Selangor dapat di teruskan setelah terencat semasa PKR berkuasa dahulu.Jadi kita renung renung kan lah agar nasib anak bangsa kita tidak merempat di tempat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA