Dari tinjauan yang dibuat pada rakyat di Hulu Selangor rata rata semuanya mahu BN kembali menjadi wakil mereka yang selama ini diabaikan oleh wakil rakyat terdahulu.Jadi diwaktu inilah kesempatan yang terbaik bagi BN untuk merampas kembali kawasan Hulu Selangor dari terus dibiarkan lesu oleh pemimpin PKR yang gagal dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan rakyat Hulu Selangor.
Kerana itu lah PM telah menyifatkan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai pinjaman, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh itu sudah tamat.Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini kerana kawasan itu merupakan kawasan tradisi BN dan sudah tiba masanya ia dikembalikan semula kepada BN.Tempoh pinjaman sudah tamat...cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang,katanya ketika berucap kepada jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor di perkarangan Bangunan Umno Hulu Selangor di sini
Perdana Menteri berkata yang kemenangan BN perlu sebagai tanda pulihnya keyakinan rakyat.Kemenangan ini juga akan mnembuktikan sentimen bahawa sokongan kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 hanyalah sementara dan kemenangan ini juga akan menyumbang kepada sasaran majoriti dua pertiga kerusi Parlimen BN sebagai parti pemerintah.
Jadi diharapkan pada 25 April nanti rakyat di Hulu Selangor akan membuat pilihan yang tepat agar mereka tidak lagi menjadi rakyat yang terpinggir dalam arus kemajuan yang dikecapi oleh rakyat yang dibawah kerajaan BN.
RAKYAT HULU SELANGOR JANGAN MEMILIH PEMIMPIN YANG HANYA PERJUANGKAN KEPENTINGAN PERIBADI....PILIHLAH PEMIMPIN YANG SENTIASA MENDAHULUKAN RAKYAT........KITA FIKIR FIKIRKAN LA....LU ORANG PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA