.
Mugilan juga, menurut sumber-sumber itu, aktif terlibat di peringkat belia dan kini merupakan naib pengerusi majlis belia daerah Hulu Selangor.
Sebelum ini, Mugilan menyandang jawatan exco majlis belia daerah selama lapan tahun sejak 1997, menjadi naib pengerusi sejak 2005
Selain Mugilan, koordinator Putera MIC, P Kamalanathan turut disebut-sebut menjadi calon di situ.
Sehingga semalam, MIC dilaporkan hanya mencalonkan Palanivel untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Sebelum ini, 54 pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP) menuntut agar kerusi tersebut dikembalikan kepada kepada Umno.
Bagaimanapun, , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudiannya mengumumkan MIC akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu, tetapi beliau tidak menyebut calonnya.
Palanivel mewakili parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum kalah kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR dalam pilihan raya umum 2008.
Zainal Abidin menumbangkan Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Kerusi tersebut kosong selepas kematian Zainal Abidin pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 17 April ini.
Sementara itu, ketua penerangan Umno bahagian Hulu Selangor, Yusof Nawawi, ketika ditanya mengenai perkara itu berkata: "Kalau Datuk Palanivel tidak dicalonkan semula, maka Mugilan adalah calon terbaik untuk menggantikannya."
Katanya, ia kerana Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor dan juga seorang pemimpin Pemuda MIC pusat.
MIC/SAMY KENA DENGAR PANDANGAN UMNO BAHAGIAN KERANA KALAU BN MAHU MERAMPAS KEMBALI HULU SELANGOR MIC/SAMY PERLU DENGAR PANDANGAN UMNO KERANA SELAKU TUAN RUMAH UMNO BAHAGIAN LEBIH ARIF TENTANG SIAPA YANG PATUT MENJADI CALON,,,BUKANNYA SAMY YANG TIDAK TAHU MASAALAH DALAMAN DI HULU SELANGOR.....MACAMANA NAK MENANG KALAU SOAL CALON PUN DAH BERTELAGAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA