tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 4 Julai 2010

HAJI HADI DAN NIK AZIZ HARUS JAWAB PENDIRIAN ANWAR DENGAN YAHUDI

Pemimpin pembangkang terutamanya parti yang kononnya memperjuangkan Islam seperti PAS harus memberi jawapan mereka setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sanggup tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata inilah dilemma yang dihadapi parti-parti pembangkang yang telah mengangkat Anwar, penasihat Parti Keadlian Rakyat (PKR) sebagai pemimpin utama mereka.

"Terserah kepada rakyat untuk memilih siapa yang sesuai, siapa yang sebenarnya harus dipilih sebagai pemimpin yang tulen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sepetang Mengemping Bersama Masyarakat Kampung Gagu di sini hari ini.

Beliau berkata Anwar adalah sesumpah di kampung di mana beliau boleh menukar warnanya mengikut suasana harian.

"Kalau sesumpah misalnya hinggap di pokok kelapa maka warna badannya berubah mengikut kulit batang kelapa, jadi Anwar saya lihat pun begitu," katanya.

Di Kuala Lumpur, beliau menghentam Zionis dan Israel tetapi apabila di Washington minggu lalu, Anwar melutut kepada pemimpin Zionis dan memohon maaf seolah-olah beliau menghendaki dirinya itu disayangi Israel dan Zionis.

"Jadi masyarakat khususnya dalam parti PKR dan juga parti-parti sekutunya harus bertanya pada diri sendiri jika mahukan seorang pemimpin yang teguh dan cekal perangainya atau seseorang yang main kelentong dengan prinsip perjuangan," katanya.

Terserahlah kepada rakyat untuk memilih pemimpin di kalangan mereka dan sekarang rakyat sudah boleh nilaikan siapa pemimpin yang tulen, katanya.

Anwar baru-baru ini berkunjung ke Washington dan lawatannya itu dilaporkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.

Diehl dalam tulisannya yang berjudul Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa pemimpin PKR itu meluangkan masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Penjelasan itu diberikan selepas beliau bimbang dengan sokongan barat selepas meniup semangat anti Yahudi di Malaysia dengan bertujuan untuk memburukkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Sabtu, 3 Julai 2010

PKR AKAN HANCUR

Pengagihan kuasa dalam pentadbiran dan politik di kalangan pimpinan PKR di Selangor dilihat oleh pemerhati politik bahawa parti itu akan berdepan dengan risiko perpecahan.

Kebimbangan mereka itu berikutan pelantikan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Negeri kerana ia memperlihatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah hilang kredibilitinya sebagai seorang Menteri Besar yang sepatutnya mentadbir negeri dengan kuasa mutlak.

Pada 27 Jun lepas, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid berkuatkuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Shah Alam, Selangor.

Menurut pemerhati politik keputusan itu juga mengambarkan bahawa PKR cuba mengadakan pengasingan kuasa antara jawatan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri dengan Mohamed Azmin diberikan kuasa politik manakala Abdul Khalid diberikan kuasa eksekutif.

Perkembangan itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Khalid yang juga ADUN bagi kawasan Ijok dilihat seperti "hilang taring" kerana beliau kini tidak lagi mempunyai kuasa atau pengaruh dalam politik di negeri itu.

Seorang pemerhati politik, Asri Salleh berkata pengasingan kuasa antara jawatan Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar bakal mencetuskan konflik yang lebih besar khususnya di peringkat membuat keputusan dan ia dikhuatiri boleh boleh menyumbang kepada kejatuhan pakatan pembangkang di Selangor.

Perkembangan ini, katanya, seolah-olah wujud dua nakhoda mengemudi sebuah bahtera yang bakal menimbulkan masalah kerana kebiasaanya mereka yang memegang jawatan Pengerusi parti di peringkat negeri akan juga memegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri, kata Asri yang juga Pensyarah Sains Politik di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara
(UiTM) kampus Dungun, Terengganu itu kepada Bernama, di Kuala Lumpur.

Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008 pula menunjukkan bahawa daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, 36 kerusi DUN adalah milik pembangkang dan daripada jumlah itu, PKR mempunyai 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8) sementara Barisan Nasional (BN) dengan 20 kerusi.

Pada masa ini, komposisi DUN Selangor menyaksikan BN menambah satu lagi kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 manakala PKR yang sebelum ini mempunyai 15 kerusi DUN, telah kehilangan satu kerusinya apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai BN pada 29 Okt tahun lepas.

Asri berkata pengasingan kuasa itu juga dilihat akan menambahkan lagi keretakan yang sedia ada dalam PKR Selangor.
Katanya, ekoran pelantikan tersebut, implikasi yang dapat dilihat bakal berlaku terhadap parti itu ialah penyokong parti PKR akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang menyokong Menteri Besar dan kumpulan yang menyokong Naib Presiden PKR itu.

"Kita juga melihat kebergantungan rakan lain iaitu DAP dan PAS kepada PKR. Katakanlah jika berlaku perpecahan dalam PKR, ia akan memberi kesan yang buruk kepada pakatan pembangkang di Selangor yang mana akan mewujudkan senario lompat parti di kalangan Anggota Parlimen dan ADUN kerana krisis keyakinan kepada kepimpinan," katanya.

Bagaimanapun, selepas pengumuman itu dibuat, Abdul Khalid yang juga Anggota Parlimen Bandar Tun Razak menafikan bahawa tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Sebaliknya, Menteri Besar itu berkata aktiviti pentadbiran negeri telah membataskan masanya untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan parti itu dan turut mengakui kekurangan pengalamannya dalam politik memungkinkan jawatan tersebut diberikan kepada Mohamed Azmin.

Bagaimanapun, menurut Asri, dalam perspektif lain, pelantikan Mohamed Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor juga dilihat sebagai orang yang diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan segala keretakan dalam PKR Selangor.

"Pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini dilihat sebagai penyumbang kepada perpecahan di kalangan anggota-anggota Parlimen dan ADUN mereka sehingga ada antara mereka yang melompat parti. Makin lama Abdul Khalid duduk di atas, makin banyak anggota yang berpecah," katanyanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa pelantikan tersebut juga boleh dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar tersebut.

Katanya, gerakan untuk menjatuhkan Abdul Khalid itu telah lama dilakukan, cumanya sekarang ia dilakukan dalam keadaan yang lebih terbuka.

"Ini adalah permulaan secara terang-terangan untuk menjatuhkan Abdul Khalid dan saya melihat sekarang ialah masa untuk direalisasikan agenda tersebut.

Sememangnya kumpulan untuk menjatuhkan Menteri Besar itu memang wujud. Cumanya dahulu ia dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan sekarang ada pihak yang telah mula menonjolkan diri," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati politik Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata pengasingan kuasa tersebut dilihat bakal mewujudkan satu risiko perbezaan pendapat yang ketara di antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid.

Beliau melihat pelantikan itu lebih kepada soal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Abdul Khalid dan ia akan mewujudkan perbezaan pendapat ketara di kalangan mereka dan sekiranya ia dapat mewujudkan kestabilan dan kebaikan, maka itu adalah baik.

Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam itu berkata percubaan PKR itu untuk mengasingkan kuasa di antara parti dan pentadbiran kerajaan negeri mungkin akan membuahkan hasil yang baik sekiranya perbezaan pandangan dapat diatasi.

Dalam pada itu, Shaharuddin tidak menafikan bahawa perlantikan Mohamed Azmin itu juga dilihat bersifat untuk mengawasi dan menegur kerajaan negeri di mana parti boleh menegur kerajaan untuk penambahbaikan implikasinya lebih buruk jika perbezaan pendapat di antara kerajaan dan parti tidak mencapai kata sepakat.

UMNO HARUS KUAT DAN TIDAK AKAN TENGGELAM

Umno diingatkan supaya tidak tenggelam dengan peranan yang dimainkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu tidak perlu takut untuk memainkan peranannya bagi membela hak Melayu yang menjadi wadah perjuangannya selama ini.Sekarang ini ada orang kata sesetengah NGO yang ada lebih lantang daripada Umno, seolah-olah perjuangan membela nasib Islam dan bangsa lebih diambil berat oleh kumpulan NGO.Sedangkan agenda itu adalah agendakita, tapi sekarang Umno macam tenggelam... kita tidak dilihat sehebat dulu, kenapa Umno dilihat lesu?

Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu tidak harus rasa takut untuk terus bersuara dengan lantang bagi pertahankan hak Melayu,kepentingan Melayu, agama Islam dan bahasa Malaysia," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian pada mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya di sini malam ini.Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, ahli parti tidak perlu takut jika dilihat terlalu bersifat ultra Melayu.Jangan takut kalau orang tuduh kita terlalu ultra Melayu, itu memang hak kita... kalau kita tak sedia pertahankannya, orang akan persoalkan pula apa tujuan perjuangan kita.Tapi ingin saya tegaskan, dalam masa yang sama kita tetap jaga kepentingan kaum lain," katanya.

Selain itu Timbalan Perdana Menteri juga menyeru supaya ahli Umno tidak leka dan mengambil mudah tanggungjawab yang ada terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.Di Putrajaya kita menang dulu, tapi kita jangan ambil mudah, trend semasa sudah berubah.Dalam situasi sekarang ini waktu kita tak banyak, adakah kita punya cukup masa untuk turun ke bawah buat perubahan... inilah cabaran yang harus kita hadapi sekarang," katanya.Katanya lagi, Umno bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) perlu bergerak pantas untuk mendekati dan memahami kehendak rakyat.Umno sepatutnya perlu bergerak lebih pantas, kita perlu ambil tahu apayang dikehendaki oleh rakyat... sebab itulah kita anjurkan program Juara Rakyat," katanya.

Tambah Muhyiddin lagi, menjelang pilihan raya umum akan datang, parti itu perlu mengambil langkah yang lebih radikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat.Dalam tempoh yang begitu singkat, kita perlu mempelopori langkah yang radikal iaitu dengan memulihkan keyakinan ahli parti dan masyarakat bahawa Umno masih berupaya bangkit dan berubah melalui Gagasan1Malaysia seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri.Kita perlu yakinkan rakyat bahawa perjuangan Umno adalah perjuanganyang betuln" katanya.

Jumaat, 2 Julai 2010

PAS LEBIH BAIK IKUT UMNO DARI JADI BARUA DAP

Sebenarnya ramai ahli Pas ingin bersama sama Umno untuk membangunkan negara ini tapi kerana masih ada ulama yang degil seperti Nik Aziz yang hanya mementing kan politik dari mementingkan perpaduan ummah maka segala apa yang dirancang oleh HH dalam penubuhan kerajaan perpaduan hancur berkecai dek kedegilan Nik Aziz.

Maka jika kita lihat Pertelingkahan dua pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari PAS dan Karpal Singh dari DAP, membuktikan betapa rapuhnya ikatan kedua-dua parti yang mempunyai pendirian serta ideologi bertentangan.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata PAS sepatutnya menyedari sejak awal lagi bahawa kerjasama dengan DAP tidak akan berhasil kerana pendirian kedua-dua parti jauh berbeza.

"Satu pihak nak negara Islam, satu pihak lagi kata langkah mayat aku dulu. Jadi, tak mungkin mereka dapat berpakat dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini.

Justeru, Mukhriz berkata, PAS lebih sesuai bekerjasama dengan Umno kerana pada dasarnya, kedua-dua parti tidak banyak berbeza.

"Persamaan PAS dan Umno sebenarnya lebih banyak daripada perbezaan, tetapi sebaliknya, perbezaan itu yang diperbesar-besarkan," katanya.

Mukhriz berkata perbezaan pendirian kedua-dua pemimpin sepatutnya memberi peluang parti dan penyokong mereka kembali menilai kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang yang turut disertai PKR itu.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika diminta mengulas perkembangan terbaru kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

PKR MAKIN HANCUR LAGI KELUAR PKR

Seramai 230 penyokong dari empat cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan parlimen Bagan Datoh telah keluar daripada parti itu untuk menyertai parti Makkal Sakhti.

Empat cawangan PKR itu ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25 M.Subaramaniam menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakhti Pusat, N.Ramu di sini malam tadi.

Kebanyakan mereka yang menyertai Makkal Sakhti berusia sekitar 35 tahun.

Subramaniam berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang sejak akhir ini tidak konsisten dalam memperjuangkan nasib masyarakat India selain gagal menunaikan pelbagai janji yang ditabur.

Beliau berkata kesemua bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Hutan Melintang daripada PKR.

Ramu pula berkata berkata pihaknya menyasarkan 2,000 anggota baru Makkal Sakhti dalam tempoh tiga bulan akan datang.

KISAH YANG HARUS MENJADI PENGAJARAN PADA SEMUA

 JAAFAR  ditinggalkan anak di rumah jagaan orang tua   bukan Islam di Mount Erskine, Georgetown  sejak setahun lalu.
Seorang warga emas berusia 85 tahun yang uzur mendakwa 'dibuang' ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini, sejak setahun lalu. Jaafar Ali, yang terpaksa menggunakan topang untuk bergerak kerana pahanya dimasukkan besi selepas terbabit kemalangan serta menghidap kencing manis, kini tinggal sebumbung dengan bukan Islam yang turut membela anjing.
Dengan usianya yang semakin lanjut, Jaafar amat mengharapkan dapat tinggal di tempat lebih selesa untuk beribadat dengan tenang dan sempurna bersama sebelum 'menutup mata' selama-lamanya.

Jaafar yang sebak apabila menceritakan nasib malangnya, berkata dia tidak kisah jika anaknya menghantarnya ke rumah orang tua diuruskan orang Islam, bukannya tempat didiami sekarang.

"Selepas meninggalkan saya di sini sejak setahun lalu, anak saya tidak pernah datang menjengok dan bertanya khabar. Saya sangat sedih dan tidak sangka mereka buat saya macam ini.

"Tergamak mereka buang saya di sini. Saya tidak kisah jika mereka hantar ke rumah orang tua yang diuruskan oleh orang Islam, bukannya tempat macam ini, yang turut membela anjing.
“Pak cik dah tua, nak beribadat dengan tenang dan sempurna sebelum habiskan sisa-sisa hidup. Tetapi, tempat macam ini tidak sesuai. Mana lagi saya nak pergi,” katanya yang sebak mengenangkan nasibnya dalam pertemuan dengan Berita Harian, semalam.

Bekas pekerja Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berasal dari Kampung Dodol, Jalan Perak di sini, mempunyai isteri, Rafiah Senapi, 70-an, yang lumpuh dan tinggal bersama anaknya di Penanti, Bukit Mertajam.

Jaafar mendakwa, walaupun anaknya menghantarnya ke pusat jagaan itu, bayaran bulanan sebanyak RM700 kepada pusat itu, menggunakan wang pencennya.

Difahamkan, pusat jagaan itu mempunyai kira-kira 10 penghuni bukan Islam, manakala sebahagian besar petugasnya adalah wanita.

Jaafar yang mempunyai empat anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia, mendakwa tiada seorang pun anaknya sanggup membelanya, walaupun mereka bukanlah orang susah.

"Saya begitu sedih kerana tiada siapa yang mahu tolong saya. Adik beradik dan anak semuanya tidak mahu tolong. Anak tidak ingatkan bapa lagi walaupun kita yang bela sejak kecil," katanya sambil merintih dia tidak `tahan' lagi tinggal di pusat jagaan itu kerana tidak dapat beribadat dengan sempurna.

Dia beberapa kali menadah tangan tanda bersyukur apabila melihat wakil Berita Harian mengunjungi rumah jagaan itu.

"Saya mahu keluar dari sini, tak kisah pergi ke mana-manapun," katanya yang merayu mana-mana pihak untuk membantu menempatkannya di rumah orang tua yang diuruskan orang Islam.

Khamis, 1 Julai 2010

ANWAR IBARAT SESUMPAH LIDAH BERCABANG

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'sesumpah luar biasa", mendasarkan kepada satu laporan dalam akhbar Washington Post.

Artikel yang diterbitkan Isnin lalu itu berkata Anwar memberitahu kawan-kawannya di Amerika Syarikat bahawa beliau menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa memberi penjelasan kepada teman-teman lama, termasuk pengerusi jawatankuasa halehwal luar negara Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi," tulis Jackson Diehl dalam artikel bertajuk 'Flirting with zealotry in Malaysia'.

Diehl merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Anwar juga dipetik berkata beliau menyesal menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis' dan menegaskan yang beliau harus lebih berhati-hati menggunakan istilah tersebut, jangan sampai menyebabkan timbul salah faham.

Khairy (kanan) berkata perkara itu membuktikan pelbagai wajah Anwar.

"Baru beberapa minggu lalu, beliau berdemonstrasi di luar Kedutaan Amerika Syarikat, dan sekarang, beliau mohon maaf di AS," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau meminta bekas timbalan perdana menteri itu menjelaskan tindakan itu kepada rakyat.

"Anwar harus menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Ini sangat serius," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Dalam reaksinya pula, anak perempuan Anwar, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah berkata ia menunjukkan ayahnya konsisten dalam usahanya berdialog dengan pihak Barat dengan tujuan untuk menghentikan pencerobohan dan keganasan Yahudi terhadap rakyat Palestin.

ULAMA PAS MINTA ANWAR NYATAKAN PENDIRIAN ISU YAHUDI

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington DC yang menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Isu terbaru mengenai Anwar memohon maaf kepada Yahudi Amerika itu juga turut diperkatakan dengan meluas dalam blog-blog politik dan juga sosial tempatan.

Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan kenyataan Anwar itu lebih bersifat peribadi.

"Saya tak nak komen banyak mengenai laporan itu, kami anggap itu adalah soal peribadi beliau," katanya.

Namun tegasnya, PAS tetap dengan pendirian mereka seperti yang dibangkitkan pada Muktamar Tahunan parti itu baru-baru ini iaitu lantang mengutuk kekejaman Israel terutama selepas tragedi berdarah serangan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

ULAMA MASUK UMNO:SIAPA TIPU SIAPA SEKARANG

Beberapa pihak yang mendakwa diperdaya Umno dicabar mendedahkan identiti individu yang bertanggungjawab membawa mereka ke majlis serahan borang keahlian kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Jurucakap kepada 40 ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid - yang sering mengulangi dakwaan ditipu 'menyertai' Umno - hendaklah tampil menjelaskan perkara itu supaya masyarakat dapat menilainya.

"Buat masa ini kami tidak mahu layan dia (Hosni). Amat tidak cerdik untuk melayannya. Kalau dia dakwa ditipu? Siapa tipu dia?

"Biar dia jelaskan siapa yang bawanya datang (ke majlis itu)? Saya minta dia dedahkan dua perkara ini sahaja dalam siri ceramahnya," kata Fathul ketika ditanya langkahnya bagi menangani dakwaan berterusan Hosni terhadap kumpulan mereka.

young ulama join umno 250610 02 Selepas tampil dengan dakwaan itu awal minggu ini, Mohd Hosni dilaporkan mengulanginya berkali-kali, termasuk kepada pihak media dan di pentas ceramah pembangkang.

Tiga lagi rakannya turut didakwa berkongsi nasib yang sama.

Selain mereka, laman web PAS Harakahdaily juga melaporkan seorang lagi ulama daripada Perlis Abdul Wahab Abdullah juga mendakwa ditipu menyertai Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul sekali lagi mengulangi penafiannya bahawa Hosni, tiga rakannya dan Abdul Wahab tidak termasuk dalam senarai kumpulan ulama muda yang menyertai Umno.

"Mereka tidak ada dalam senarai kami," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Hussin.

Sementara itu, ketua kumpulan 40 ulama itu Fadlan Mohd Osman pula berkata pihaknya tidak pernah menerima borang permohonan menjadi ahli Umno daripada kesemua nama yang dilaporkan membuat penafian itu.

"Kami memang tak ada panggil dia. Kalau dia kata dia ditipu, bukan kami yang menipunya," kata Fadlan yang juga pensyarah pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ZAID MENGGAKU JUMPA RAJA PETRA

Hanya beberapa jam selepas ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendedahkan beliau ada maklumat bahawa Datuk Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin (RPK) menginap di hotel sama di United Kingdon, Penyelaras Pakatan Rakyat itu terus melenting.

Dalam blognya, Zaid yang baru dilantik Pengerusi PKR Wulayah Persekutuan membidas Zahrain kerana mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu dan menganggap Zahrain sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.

Zaid turut memperlekeh Zahrain kononnya sebagai wakil rakyat, bekas pemimpin PKR itu sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.

“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, tidak salah beliau jumpa Raja Petra kerana lelaki itu isterinya, Marina adalah kawan beliau.

“Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia,” katanya.

Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.

Ambil kira kenyataan itu, bermakna benarlah Zaid ada bertemu Raja Petra seperti didakwa Zahrain.

Zahrain yang meninggalkan PKR beberapa bulan lalu, mendakwa mempunyai dokumen tempahan hotel Raja Petra dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel sama dari 1 hingga 3 Oktober.

Beliau mendedahkan maklumat itu pada sidang media di Lobi Parlimen petang Rabu dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat menentukan kaitan kedua-dua mereka.

"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.

Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.

Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.

"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu SPRM menyiasat,” katanya.

Zahrain kemudian menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.

Bercakap kepada Agendaily kemudiannya, Zahrain berkata banyak persepsi ekoran pertemuan Zaid dan Raja Petra kerana penulis blog itu kini sedang dicari oleh polis untuk membantu siasatan.

Begitu juga katanya, dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London.

Katanya selain Amarjit Singh, seorang lagi peguam, Americk Singh Sidhu peguam yang bertemu Bala adalah peguam yang rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita lihat semua perkara ini menjurus kepada Ketua Pembangkang. Tidak pelik kalau ada pihak boleh buat macam-macam andaian siapa disebalik semua ini,” katanya.

Sehubungan itu katanya, SPRM tidak perlu menghantar pegawai untuk menyoal Bala sebaliknya perlu menumpukan siastaan terhadap pembabitan individu-individu ini serta mengesan siapa membiayai Raja Petra dan Bala di luar negara.

SPRM sebelum ini bersetuju merakam kenyataan Bala di Holiday Villa di London dari 5 hingga 7 Julai.

Dalam perkembangan terbaru Zahrain memberitahu Agendadaily malam tadi, jawapan Zaid itu bukti memang mereka berjumpa.

“Ini terbukti sebab Zaid dah jumpa Raja Petra, dia nak kata kat saya, dia punya pasal. Dengan pengakuan itu polis dan SPRM kena siasat sebab Zaid jumpa pelarian (Raja Petra)

ANWAR MELUTUT DEPAN YAHUDI KERANA ISU APCO

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin.

Diehl dalam tulisannya bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

"Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati." kata Anwar seperti dipetik oleh Diehl yang merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Kenyataan Anwar itu turut didedahkan oleh blog AnwarIbrahimDot Com selain berpuluh-puluh blog lain di negara ini.

Pada 4 Mei lalu, laman web berhaluan kanan AS, melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Dalam tulisan bertajuk 'The Reversal of Anwar Ibrahim', Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma menjadi punca munculnya semangat anti-Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan Anwar "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Dalam lawatan ke AS itu juga, Anwar dilaporkan menemui beberapa tokoh politik Parti Demokrat yang diharap dapat membetulkan salah faham tentang isu 'antisemitik' yang telah dilemparkan kepadanya berkaitan kritikan beliau terhadap syarikat perunding perhubungan awam APCO di Dewan Rakyat baru- baru ini.

Antara tokoh Parti Demokrat yang ditemui beliau ialah bekas Setiausaha Pertahanan, Sir William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan Campbell supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya.

Namun dalam pertemuan terbaru dengan Campbell, Anwar turut menyatakan kekecewaan dengan kerajaan Presiden Barack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya.

"Kami kecewa. Kami menjangkakan kerajaan Presiden Obama melakukan lebih baik daripada Presiden George W. Bush dalam memberi sokongan kepada kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang (sekular)", kata Anwar kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Selain bertemu dengan tokoh Yahudi di Washington, Anwar turut diberi peluang berucap di Woodrow Wilson International Center anjuran Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam International Crisis Group (ICG).

Woodrow Wilson International Center merupakan pusat antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat AS ke-28, Thomas Woodrow Wilson.

Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana semasa pemerintahannya, beliau mengesahkan Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menubuhkan 'negara' di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi.

Dalam ucapan bertajuk 'Islam and Democracy in Southeast Asia' (Islam dan Demokrasi di Asia Tenggara), Anwar dengan tegas menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan mengkritik kerajaan Malaysia yang tidak bertoleransi terhadap penggunaan kalimah Allah.

''Tindakan melarang orang bukan Islam memanggil tuhan mereka dengan apa nama sekali pun adalah gila dan mengarut. Keputusan ini hanya dibuat oleh sebuah kerajaan yang tidak berpandangan jauh, bersifat perkauman, tiada bertolak ansur dan tidak demokratik," katanya.

Anwar turut mengulangi kecamannya itu ketika diwawancara oleh agensi berita AFP.

Malahan Anwar juga secara lantang mengkritik dasar Islam sederhana yang diamalkan oleh Malaysia dengan berkata;

''Apa yang anda maksudkan dengan negara Islam sederhana? Adakah ia bermaksud anda boleh ditahan tanpa dibicarakan, menafikan kebebasan asas, anda boleh memberi layanan buruk dan mendiskriminasi penganut agama minoriti?''

Rabu, 30 Jun 2010

BERITA GEMPAR:ZAID TINGGAL BERSAMA RPK DALAM SATU HOTEL

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menginap di hotel yang sama ketika berada di United Kingdom, tahun lalu.

"Saya mempunyai dokumen tempahan hotel mereka. Raja Petra membuat tempahan dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel yang sama dari 1 hingga 3 Oktober,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.

"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.

Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.

Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.

"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.

Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.

PEJABAT SUARA IBLIS DISERBU

Kira-kira 200 orang menyerbu pejabat organ PKR Suara Keadilan di Shah Alam alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap laporan terbaru di muka depannya yang berjudul 'Felda Bankrap', kata ketua editor akhbar berkenaan.

Dzulkarnain Taib berkata, sejak jam 1.30 tengah hari tadi, kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.

"Saya difahamkan mereka datang daripada sekitar Selangor, Johor dan Perak. Terima kasihlan sebab datang jauh-jauh.

"Bagi kami tidak ada apa (masalah), (perhimpunan) ini merupakan satu proses demokrasi," katanya.

Menurut Dzulkarnain, beberapa naskhah Suara Keadilan dibakar turut dibakar.

Insiden itu adalah yang kedua selepas satu acara yang sama di Klang Ahad lalu yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sejak akhbar itu memuatkan laporan kontroversinya tentang status kewangan FELDA minggu lalu, ia mengundang reaksi negatif pelbagai pihak termasuk diancam saman oleh syarikat milik kerajaan itu.

Ketika dihubungi hari ini Dzulkarnain turut memberitahu, dalam perhimpunan depan pejabatnya itu, kumpulan itu membawa kain rentang, bersorak dan membaca memorandum bantahan yang menyifatkan akhbar itu memfitnah FELDA.

Memorandum itu tambahnya diserahkan kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin yang bertindak sebagai peguam Suara Keadilan.

Sementara itu, TV Selangor - akhbar rasmi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu - melaporkan sekurang-kurangnya enam bas membawa kumpulan tersebut daripada seluruh negara.

Akhbar web PAS Harakahdaily pula memetik seorang wartawan Suara Keadilan yang sedang bertugas di parlimen bahawa beberapa buah kereta peronda dan trak polis kelihatan turut berada di bawah pejabat mereka di Seksyen 13 sejak tengah hari tadi.

"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengulas bantahan berterusan terhadap Suara Keadilan, Dzulkarnain berkata siaran muka depan akhbarnya itu tidak langsung bertujuan menentang peneroka FELDA.

"Sebenarnya kita perjuangkan hak mereka. Kami harap mereka faham. Buat masa ini biarlah proses undang-undang berjalan," katanya.

Seorang pegawai FELDA ketika dihubungi berkata pihaknya tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan bantahan itu.

INILAH BEZANYA ULAMA MUDA UMNO DENGAN ULAMA TUA PAS

Ulama muda Umno telah menggariskan beberapa cadangan bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan PemudaUmno.Ini merupakan langkah awal ulama muda Umno dalam menenggani gejala yang menimpa umat islam di kala ini.Inilah bezanya Ulama Umno dan ulama Pas.

Bagi ulama Pas yang pertama dikejar adalah kuasa politik sehingga sanggup menggadai maruah dan kesucian agama Islam tersebut.Terlalu banyak ulama Pas menggadaikan ugama Islam hanya berkehendakan kuasa politik.Ulama Pas sanggup menjual agama sendiri dan bersekongkol dengan orang yang mahu menjehanamkan agama Islam hanya kerana ketaksuban untuk menjatuhkan Umno.Bagi saya ulama dalam Pas hanya pentingkan politik dan ini berlainan sekali dengan ulama muda Umno.
Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali), dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua).

"(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

"Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

Fathul - Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu - diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul bagaimanapun menjelaskan, semua cadangan itu masih di peringkat awal dan akan dibincangkan lagi dengan pertemuan-pertemuan susulan selepas ini, termasuk dengan pelbagai pihak lagi dalam Umno.

"Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi," kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.

Ditanya sama ada cadangan Islam for All itu mahu menyaingi pendekatan PAS for All dalam parti lawan, Fathul sambil ketawa menafikannya.

"Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu," katanya ulama dalam bidang hadis itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata "ramai".

Sementara itu, Fadlan Mohd Osman - yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu - pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.

"Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro)," kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

"Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno.

DALAM PAS BAIK ULAMA YANG MUDA DAN YANG SUDAH TERLALU LANJUT USIA YANG DIBERI PERHATIAN ADALAH POLITIK.......APA YANG DIBUAT OLEH ULAMA PAS BAGI MENGGUKUHKANPEGANGGAN DAN AKIDAH UMAT ISLAM....SEBALIKNYA ULAMA PAS ASYIK BERPOLITIK TAK KIRA WAKTU.

Selasa, 29 Jun 2010

KALAU ZAID ANAK EMAS ANWAR...KHALID PULAK ANAK APA????

Kalau Zaid diberi berbagai keistimewaan walaupun baru menganggotai PKR dan diberi jolokan anak emas Anwar,apa pula gelaran untuk MB Selangor yang semakin hari semakin hilang pengaruhnya.Mungkin bagi Anwar, Khalid ibarat sampah yang sudah tidak berguna lagi dan kerana itulah Anwar memberi cuti pada Khalid agar segala apa jua rancangan Anwar tidak dapat dikesan Khalid...Keadaan bagaimana TKM PP yang pada mulanya meletakan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran rupanya hanyalah helah Anwar untuk menutup segala tindakannya.Nasib yang sama berkemungkinan akan terkena pada Khalid dimana Khalid diarah bercuti dan dalam bercuti ini nantilah Anwar akan mengatur strategi untuk menghapuskan khalid dan meletakan Zaid dan Azmin sebagai orang kanannya di Selangor.

Ibarat kata MP Kulim Bandar Bharu yang mana Khalid masih tidak membaca apa yang telah dilakukan oleh Anwar pada dirinya.Walau pun Anwar menafikan semua ini namun apa yang dilakukan oleh Anwar pada Zaid adalah ibarat ‘anak emas’ ekoran perlantikan Zaid sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Sebaliknya, perlantikan tersebut hanya sebagai memberi peranan khusus kepada tokoh-tokoh dalam PKR yang belum mempunyai tugas yang spesifik.

"Ini isu Parti Keadilan Rakyat. Ada tokoh-tokoh yang belum ada tugas khusus kita bagi tugas.

"Ada yang jaga Pulau Pinang, ada yang jaga Wilayah, ada yang jaga Selangor. Tidak ada kaitan pun dengan apa-apa selain itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun terus diasak dengan soalan yang membandingkan mereka yang lebih lama dalam PKR berbanding Zaid, namun tidak mendapat "keistimewaan" sama.

MUNGKIN BAGI ANWAR ZAID ADALAH ANAK EMASNYA DALAM POLITIK ...MUNGKIN KHALID BUKAN LAGI ANAK EMAS TAPI SUDAH MENJADI TAIK NAGI ANWAR DAN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK MENANAMNYA HIDUP HIDUP........INILAH KELEBIHAN ANWAR......

ZAID DAN AZMIN ANAK EMAS ANWAR....JADI KHALID JADI ANAK APA?????MUNGKIN ANAK BAB.....LU PIKIR LA SENDIRI......

MB SELANGOR KELUAR NEGERI UNTUK BERCUTI ...APA MAKNA SEMUA INI......

Dengar khabar MB Selangor akan mula bercuti mulai esok dan akan terus keluar negara...Apakah ini tanda tanda yang beliau akan di singkirkan dari jawatannya.Jika diteliti mungkin ini ada kaitan dengan jawatannya sebagai ketua PKR Selangor yang di serahkan pada Azmin.Walaupun Khalid memberikan seribu satu alasan tapi rakyat sudah tahu menilai yang mana jawatannya di kerusi MB sudah tergugat dan ini merupakan satu muslihat PKR untuk menyingkirkan Khalid nanti.

Walaupun Khalid menafikan semua ini dan menyatakan yang semua ini adalah satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya.

Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor.

"Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.

"Untuk negeri Selangor, satu daripada perkara yang terpenting ialah selain daripada kita mentadbir dan menentukan pembangunan negeri, kita juga mesti memantapkan (sokongan politik) untuk menentukan pakatan rakyat akan terus memerintah di negeri Selangor," katanya.

Bercakap di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, Khalid juga berkata media tidak perlu mencampuri urusan pelantikan akan penarikan jawatan pemimpin parti.

"Tak ada, itu you tak payah campur. Kita tak payah campur pihak tersebut. Ini pasal letak jawatan, terima jawatan, ini tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai kedudukannnya sebagai menteri besar di Selangor.

"Yang termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita membawa satu pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana Malaysia akan diurus untuk masa depan,

KITA MASIH INGAT DENGAN TKM PULAU PINANG YANG MANA MELEPASKAN JAWATAN UNTUK BELAJAR KELUAR NEGERI....MUNGKIN CARA YANG DI GUNA TERHADAP KHALID JUGA MENYERUPAI SEBAGAIMANA DENGAN TKM PP DULU....MUNGKIN BILA BALIK DARI LUAR NEGARA NANTI JAWATAN KHALID SUDAH TIADA ATAU KHALID DISURUH UNTUK DUDUK DIAM DIAM DILUAR NEGARA....MANA TAHU.....

ULAMA MUDA:ULAMA UPAHAN PAS CUBA SABOTAJ KEMASUKAN ULAMA

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang "ulama" untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka.

Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.

"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur," kata beliau.

Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai Umno.

Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai Umno.

Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama" itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu.

INILAH KERJA PAS YANG HANYA PANDAI MEMBUAT FITNAH....PAS SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK MEMBURUKAN UMNO

UMNO PERLU TARIK ORANG MELAYU SEMUA GOLONGAN

Tak kira apa kedudukannya,Umno perlu menarik semua golongan untuk sama sama berada didalam Umno bagi memperkukuh dan memperkuatkan perjuangan Umno.Oleh itu Umno perlu berwaspada kerana

BANYAK yang sinikal dengan perkembangan terbaru dalam UMNO apabila 40 agamawan atau ulama muda menyertai parti itu baru-baru ini.

Meskipun jumlah ulama ini tidaklah besar jika dibandingkan dengan parti pembangkang yang rata-ratanya diwakili oleh cendekiawan Islam, namun perkara ini menimbulkan rasa kurang senang yang agak hebat.

Malah ada yang sehingga ke tahap mempersoalkan layakkah agamawan muda itu digelar ulama kerana bersekongkol dengan UMNO. Hakikatnya tidak ada apa yang peliknya dengan pandangan kalangan mereka yang menjadikan agama sebagai agenda politik.

Kumpulan ini pastinya berasa bimbang sekiranya UMNO semakin diterima oleh agamawan dan yang muda pula, maka strategi mereka menggunakan agama untuk bertahan dalam politik tidak lagi menjadi relevan.

Sedangkan di pihak UMNO sendiri, keterlibatan ahli-ahli agama di kalangan ahlinya yang Melayu dan beragama Islam bukanlah sesuatu yang asing. Ini kerana perjuangan membela agama, bangsa dan negara itu sendiri adalah intipati kepada perjuangan UMNO selama ini.

Maka wajarlah UMNO dibarisi oleh pelbagai golongan termasuk mereka yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat kerana ajaran Islam itu sendiri bukanlah mengenai ritual semata-mata. Kepimpinan yang ada di dalam UMNO hari ini juga ramai yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh dan merupakan tokoh Islam yang disegani.

Tetapi bagi sesetengah pihak, fenomena UMNO dan Islam itu seperti terlalu asing dan seolah-olah tidak pernah wujud hubungan atau kaitan antara kedua-duanya. Cuma apa yang perlu diakui barangkali perjuangan tokoh-tokoh agamawan di dalam UMNO sebelum ini agak tenggelam kerana beberapa perkara.

Sebaliknya yang jelas kelihatan daripada parti itu ialah keghairahan sesetengah ahlinya mengumpul kekayaan dan kuasa sesama mereka. Lama-kelamaan, imej tersebut menjadi sesuatu yang sinonim dengan UMNO sekali gus menjauhkannya dengan rakyat kebanyakan termasuk generasi muda.

Kerana itu kesediaan 40 orang ulama muda untuk bersama-sama perjuangan UMNO adalah satu perkembangan yang positif secara keseluruhannya. Ia menggambarkan bahawa UMNO masih mempunyai tarikan dan relevan kepada kelompok-kelompok ulama muda ini. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa landasan perjuangan Islam tidak hanya wujud malahan tetap dipraktikkan di dalam UMNO.

Lebih daripada itu seperti yang dikongsi oleh pemerhati politik tempatan, Khairuddin Mohd. Zain, UMNO membuktikan bahawa kepimpinan Islamik mestilah mampu dan berwibawa dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan menangani kegelisahan rakyat.

Lebih lanjut beliau turut melihat banyak sumbangan yang boleh dibawa oleh ulama muda ini menerusi penyertaan mereka di dalam UMNO. Ia termasuk dalam soal memperteguhkan nilai perjuangan parti itu sama ada di peringkat kepimpinan atau dengan ahli akar umbi secara keseluruhannya.

Sudah semestinya, ia merupakan usaha berterusan yang perlu dihidupkan dalam sebuah keluarga besar UMNO. Tegas beliau lagi, perdebatan sama ada UMNO itu Islamik atau tidak lebih bersifat kepada polemik politik yang sengaja disensasikan oleh sesetengah pihak.

Apabila perkara itu diheret ke gelanggang politik, maka perdebatan mengenainya juga tidak akan pernah selesai. Sedangkan dalam masa yang sama, rakyat menagih kepada satu bentuk tindakan iaitu mencari kepimpinan yang mampu mengisi permasalahan semasa yang terpaksa di depani mereka.

''Ini termasuklah soal ekonomi, masalah sosial dan kebajikan serta banyak lagi yang lebih mampu memberi gambaran dan penyelesaian Islam yang sebenar," katanya.

Namun di sebalik rasa gembira dengan penerimaan di kalangan ulama muda ini, UMNO juga perlu menilai semula sistem yang ada di dalam parti itu bagi membolehkan golongan tersebut berperanan dengan sewajarnya.

Sesuatu yang pasti, golongan ulama muda ini perlu diakui sama pentingnya dengan hali-ahli yang lain dan tidak tidak sesekali dilihat sebagai komoditi politik. Mereka tidak boleh diajak bersama-sama fikrah yang sudah terbiasa wujud dalam UMNO yang mungkin hanya memberi kelebihan kepada ahli-ahli tertentu sahaja.

Sebaliknya, pandangan seimbang dan berani mereka perlu mampu untuk menjadi aset kepada UMNO dalam usaha menambah baik parti itu yang kini sedang bergerak dalam proses pemulihan keyakinan.

UMNO perlu menyedai sekiranya pemikiran dan tindakan golongan ulama muda ini disekat dan suara mereka dikawal, kredibiliti mereka sebagai kelompok intektual dengan sendirinya akan runtuh. Ini pastinya akan merugikan UMNO sendiri kerana gagal mendapat memanfaatkan keuntungan sebenar daripada potensi yang dimiliki oleh kelompok ulama muda ini.

Meskipun secara relatifnya golongan ini dilihat lebih menguasai bidang-bidang berkaitan agama, namun tingkat keintelektualan mereka mungkin menjangkau sehingga ke bidang-bidang lain. Antaranya seperti ekonomi, pendidikan, prinsip hak asasi manusia dan banyak lagi sesuai dengan bidang kepakaran mereka yang pelbagai.

Bagi Khairuddin juga, dengan tahap pendidikan yang ada, kumpulan ini adalah mereka yang boleh dianggap serba boleh dan mampu menggalas amanah yang besar kepada parti. Kerana itu UMNO perlu membuka ruang supaya idea-idea ulama muda ini boleh dipraktikkan dan tidak hanya sekadar menjadi pandangan yang sia-sia.

Khairuddin berpendapat, adalah satu kerugian sekiranya pergerakan ideologi dan tindakan kelompok ulama muda ini hanya dibataskan di bawah biro-biro tertentu sahaja seperti Biro Keagamaan. Sebaliknya mereka perlu diberi lebih banyak ruang untuk berkhidmat kepada parti menerusi biro-biro yang lebih strategik.

''Mereka juga perlu diletakkan di bawah cawangan atau bahagian atau lebih tepat di setiap peringkat dalam UMNO itu sendiri. Barulah mereka dapat berperanan dengan lebih positif," katanya.

Keterbukaan yang sama sebenarnya perlu diperluaskan oleh UMNO kepada golongan lain yang dilihat turut mampu menyumbang kepada kekuatan parti. Cadangan membuka jawatan dalam UMNO kepada kakitangan awam, pegawai kerajaan, guru dan pensyarah misalnya perlu dipertimbangkan sewajarnya.

UMNO perlu menyedari bahawa parti itu mempunyai sokongan yang besar di kalangan kumpulan ini. Sebahagian daripada mereka pula merupakan individu berpengaruh yang mampu menarik lebih banyak sokongan orang ramai.

Maka, adalah wajar sekiranya penglibatan individu ini dalam UMNO tidak dihadkan hanya sebagai ahli sebaliknya diberi peluang menerajui beberapa bidang yang bersesuaian dengan kepakaran mereka.

Tidaklah selama-lamanya UMNO dilihat hanya memberi kelebihan kepada tokoh korporat yang berjaya untuk memegang jawatan yang sebenarnya lebih menggalakkan kronisme, nepotisme dan budaya tidak sihat yang lainnya.

Tetapi bagi Khairuddin, perkara itu bukanlah permasalahan parti atau perlembagaan parti sepenuhnya. Sebaliknya ia lebih kepada amalan politik dalam UMNO itu sendiri.

Jelasnya, segelintir pemimpin pertengahan dan akar umbi gemar meletakkan batu sempadan dalam memastikan mereka mampu meneruskan kepimpinan dengan tenang. ''Ini adalah hambatan yang besar kepada usaha pengukuhan UMNO

SEMINGGU DIBERI PADA SUARA IBLIS UNTUK JAWAB ISU

Akhbar Suara Keadilan akan diberikan tempoh selama tujuh hari bermula semalam untuk memberi penjelasan berhubung laporan berita yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, selain penjelasan berhubung isu berkenaan, akhbar itu juga diminta memberikan keterangan berhubung kegagalannya menjawab tiga surat tunjuk sebab yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.

Penjelasan bagi ketiga-tiga surat itu katanya, harus diberikan tidak lewat dari pukul 5 petang esok di kementerian berkenaan jika gagal akan berhadapan dengan tindakan tegas.

"Antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung atau membatalkan permit mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung dengan keputuan Felda untuk menyaman akhbar itu ekoran laporan muka depannya pada keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010.

Ketika ditanya mengenai kandungan tiga surat tunjuk sebab berkenaan, beliau berkata surat tunjuk sebab pada Januari dan April, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan untuk mematuhi peraturan KDN iaitu menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian.

"Setiap akhbar kena hantar lapan salinan kepada KDN, bermula dari waktu ia dicetak untuk setiap keluaran. Kalau akhbar harian hantar setiap hari dan macam dia (Suara Keadilan) seminggu dua kali. Dia tak pernah buat...(ia) tak pernah berlaku," kata Mahmood.

Surat tunjuk sebab pada Februari, katanya mengenai tiga artikel dalam akhbar berkenaan yang bertajuk Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas, BN Bolot Jualan Saham Pernas serta Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan.

"Saya rasa anda semua faham mengenai tanggungjawab ini, janganlah berdegil sangat. Kita hantar peringatan dan berulang kali mengingatkan (mereka)...degillah dan kita panggil (dia) hari Jumaat lepas, dia tak datang juga dan dia keluarkan kenyataan pada kita, jadi tak eloklah keluar kenyataan macam tu kan," tambahnya.

"Ini kali pertama KSU (Ketua setiausaha) panggilkan, KSU tak pernah panggil sebelum ini," katanya.

Ketika ditanya sama ada penjelasan itu perlu dijawab melalui surat atau secara lisan oleh editor, Mahmood berkata segalanya terserah kepada budi bicara pihak akhbar itu untuk menentukannya.

"Terpulang kepada dia. Kami memerlukan penjelasan mereka dan selepas itu kita akan bermesyuarat untuk melihat sama ada penjelasan itu boleh diterima pakai atau tidak.

"Dia janji dia akan datang. Itu sangat adil kerana kita dah bagi dia surat ingatan. Alasan dia kata dia tak terima (surat) jadi itu sangat mustahil," katanya.

Sementara itu, Dzulkarnain ketika ditemui selepas pertemuan itu mendakwa, ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya sedangkan pejabat operasi akhbarnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

"Mungkin (ada kesilapan) dari segi komunikasi sebab pejabat operasi Suara Keadilan terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan surat itu dihantar ke ibu pejabat parti di Tropicana.

RAKYAT SELANGOR HARUS BUKA MATA

Krisis kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini menjejaskan keberkesanan pentadbiran negeri Selangor yang akhirnya merugikan rakyat negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, krisis berkenaan seharusnya membuka mata rakyat Selangor kerana ia jelas menunjukkan kepimpinan PKR bukan sahaja tidak dapat diterima rakyat, tetapi juga ahli-ahli parti pembangkang itu sendiri.

"Perkara ini seharusnya membuka mata seluruh rakyat Selangor, apa yang berlaku nampak jelas kepimpinan PKR bukan sahaja tidak dapat diterima rakyat, tetapi juga ahli-ahli mereka.

"Sejak beberapa bulan ini banyak isu yang jelas timbul, maknanya kepimpinan PKR tidak ada kesepakatan sehingga ganggu-gugat pentadbiran negeri dan rakyat akan rugi.

''Ia harus dijadikan satu iktibar, saya pasti rakyat Selangor mahu pembangunan dan pentadbiran lancar. Negeri termaju merosot hanya kerana parti tidak ada kemampuan mentadbir dan menjadi beban merugikan," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan kerja tiga hari di sini sejak semalam.

Muhyiddin diminta mengulas pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor bagi menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengenepikan Menteri Besar tersebut kerana tidak lagi mendapat kepercayaan Anwar.

Menurut sumber, beberapa isu yang tercetus di negeri berkenaan memperlihatkan kelemahan Abdul Khalid sebagai pemimpin parti dan negeri.

Ini termasuk ketidakpercayaan ahli akar umbi PKR terhadap kepimpinan Abdul Khalid di Kuala Selangor, penyelewengan penjualan pasir dan pengambilan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang gagal ditangani baik sehingga menyumbang kepada kekalahan PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH