Kira-kira 200 orang menyerbu pejabat organ PKR Suara Keadilan di Shah Alam alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap laporan terbaru di muka depannya yang berjudul 'Felda Bankrap', kata ketua editor akhbar berkenaan.
Dzulkarnain Taib berkata, sejak jam 1.30 tengah hari tadi, kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.
"Saya difahamkan mereka datang daripada sekitar Selangor, Johor dan Perak. Terima kasihlan sebab datang jauh-jauh.
"Bagi kami tidak ada apa (masalah), (perhimpunan) ini merupakan satu proses demokrasi," katanya.
Menurut Dzulkarnain, beberapa naskhah Suara Keadilan dibakar turut dibakar.
Insiden itu adalah yang kedua selepas satu acara yang sama di Klang Ahad lalu yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sejak akhbar itu memuatkan laporan kontroversinya tentang status kewangan FELDA minggu lalu, ia mengundang reaksi negatif pelbagai pihak termasuk diancam saman oleh syarikat milik kerajaan itu.
Ketika dihubungi hari ini Dzulkarnain turut memberitahu, dalam perhimpunan depan pejabatnya itu, kumpulan itu membawa kain rentang, bersorak dan membaca memorandum bantahan yang menyifatkan akhbar itu memfitnah FELDA.
Memorandum itu tambahnya diserahkan kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin yang bertindak sebagai peguam Suara Keadilan.
Sementara itu, TV Selangor - akhbar rasmi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu - melaporkan sekurang-kurangnya enam bas membawa kumpulan tersebut daripada seluruh negara.
Akhbar web PAS Harakahdaily pula memetik seorang wartawan Suara Keadilan yang sedang bertugas di parlimen bahawa beberapa buah kereta peronda dan trak polis kelihatan turut berada di bawah pejabat mereka di Seksyen 13 sejak tengah hari tadi.
"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," beliau dipetik sebagai berkata.
Mengulas bantahan berterusan terhadap Suara Keadilan, Dzulkarnain berkata siaran muka depan akhbarnya itu tidak langsung bertujuan menentang peneroka FELDA.
"Sebenarnya kita perjuangkan hak mereka. Kami harap mereka faham. Buat masa ini biarlah proses undang-undang berjalan," katanya.
Seorang pegawai FELDA ketika dihubungi berkata pihaknya tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan bantahan itu.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA