tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 4 Julai 2010

HAJI HADI DAN NIK AZIZ HARUS JAWAB PENDIRIAN ANWAR DENGAN YAHUDI

Pemimpin pembangkang terutamanya parti yang kononnya memperjuangkan Islam seperti PAS harus memberi jawapan mereka setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sanggup tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata inilah dilemma yang dihadapi parti-parti pembangkang yang telah mengangkat Anwar, penasihat Parti Keadlian Rakyat (PKR) sebagai pemimpin utama mereka.

"Terserah kepada rakyat untuk memilih siapa yang sesuai, siapa yang sebenarnya harus dipilih sebagai pemimpin yang tulen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sepetang Mengemping Bersama Masyarakat Kampung Gagu di sini hari ini.

Beliau berkata Anwar adalah sesumpah di kampung di mana beliau boleh menukar warnanya mengikut suasana harian.

"Kalau sesumpah misalnya hinggap di pokok kelapa maka warna badannya berubah mengikut kulit batang kelapa, jadi Anwar saya lihat pun begitu," katanya.

Di Kuala Lumpur, beliau menghentam Zionis dan Israel tetapi apabila di Washington minggu lalu, Anwar melutut kepada pemimpin Zionis dan memohon maaf seolah-olah beliau menghendaki dirinya itu disayangi Israel dan Zionis.

"Jadi masyarakat khususnya dalam parti PKR dan juga parti-parti sekutunya harus bertanya pada diri sendiri jika mahukan seorang pemimpin yang teguh dan cekal perangainya atau seseorang yang main kelentong dengan prinsip perjuangan," katanya.

Terserahlah kepada rakyat untuk memilih pemimpin di kalangan mereka dan sekarang rakyat sudah boleh nilaikan siapa pemimpin yang tulen, katanya.

Anwar baru-baru ini berkunjung ke Washington dan lawatannya itu dilaporkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.

Diehl dalam tulisannya yang berjudul Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa pemimpin PKR itu meluangkan masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Penjelasan itu diberikan selepas beliau bimbang dengan sokongan barat selepas meniup semangat anti Yahudi di Malaysia dengan bertujuan untuk memburukkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

4 ulasan:

  1. bro...hang baca x lagi text asal washington post tu...kalau hang dah baca takkan hang tak faham kot apa maksud dia.atau hang ni lembam english kot...tak boleh paham english.yang ulasan tentang kes liwat dan lain-lain dalam artikel tu pasai pa hang tak highlight sama...?

    Aku nasihat agar hang baca dan pahami betul-betul tentang kenyataan anti zionis yang anwar nyatakan dalam artikel tu dan ulas secara adil biar semua orang paham.jangan jadi munafik.biar hang sorang sesat tapi jangan menyesatkan orang lain..salam...

    BalasPadam
  2. KADANG KADANG SAYA SENDIRI TAK FAHAM DENGAN ORANG MACAM OMAQ NI...APA KE JADAHNYA MASIH LAGI INGIN MEMPERTAHANKAN SESUMPAH YANG SEMEMANG MEMPUNYAI LIDAH YANG BERCABANG....DEPAN CAKAP LAIN BELAKANG CAKAP LAIN...INI KE PEMIMPIN YANG KITA SANJUNG...SAYA TAK SESAT TAPI HANG YANG DAH DI SESATKAN....BAIK HANG BALIK KEPANGKAL JALAN....

    BalasPadam
  3. omaq aku rasa hang kena baca lagi sekali lagi kot. Untuk lebih faham hang baca juga artikel dari

    http://newledger.com/2010/07/anwar-ibrahim-in-bad-decline/ dan

    juga "Anwar Ibrahim: Not the Bright Spot We’d Hoped For" by Rachel Motte, The Evangelical Outpost had ni hang google la sendiri.

    BalasPadam
  4. Nak jawab apa kalau mereka sendiri dah dok tumpang sekaki.

    agbr47: Dunia dah tau, Yahudi dah tau, cuma pengikut PKR bebal nak tau.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH