Hanya beberapa jam selepas ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendedahkan beliau ada maklumat bahawa Datuk Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin (RPK) menginap di hotel sama di United Kingdon, Penyelaras Pakatan Rakyat itu terus melenting.
Dalam blognya, Zaid yang baru dilantik Pengerusi PKR Wulayah Persekutuan membidas Zahrain kerana mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu dan menganggap Zahrain sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
Zaid turut memperlekeh Zahrain kononnya sebagai wakil rakyat, bekas pemimpin PKR itu sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.
“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.
Menurut Zaid, tidak salah beliau jumpa Raja Petra kerana lelaki itu isterinya, Marina adalah kawan beliau.
“Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia,” katanya.
Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.
Ambil kira kenyataan itu, bermakna benarlah Zaid ada bertemu Raja Petra seperti didakwa Zahrain.
Zahrain yang meninggalkan PKR beberapa bulan lalu, mendakwa mempunyai dokumen tempahan hotel Raja Petra dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel sama dari 1 hingga 3 Oktober.
Beliau mendedahkan maklumat itu pada sidang media di Lobi Parlimen petang Rabu dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat menentukan kaitan kedua-dua mereka.
"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.
Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.
Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.
Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.
"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu SPRM menyiasat,” katanya.
Zahrain kemudian menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.
Bercakap kepada Agendaily kemudiannya, Zahrain berkata banyak persepsi ekoran pertemuan Zaid dan Raja Petra kerana penulis blog itu kini sedang dicari oleh polis untuk membantu siasatan.
Begitu juga katanya, dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London.
Katanya selain Amarjit Singh, seorang lagi peguam, Americk Singh Sidhu peguam yang bertemu Bala adalah peguam yang rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita lihat semua perkara ini menjurus kepada Ketua Pembangkang. Tidak pelik kalau ada pihak boleh buat macam-macam andaian siapa disebalik semua ini,” katanya.
Sehubungan itu katanya, SPRM tidak perlu menghantar pegawai untuk menyoal Bala sebaliknya perlu menumpukan siastaan terhadap pembabitan individu-individu ini serta mengesan siapa membiayai Raja Petra dan Bala di luar negara.
SPRM sebelum ini bersetuju merakam kenyataan Bala di Holiday Villa di London dari 5 hingga 7 Julai.
Dalam perkembangan terbaru Zahrain memberitahu Agendadaily malam tadi, jawapan Zaid itu bukti memang mereka berjumpa.
“Ini terbukti sebab Zaid dah jumpa Raja Petra, dia nak kata kat saya, dia punya pasal. Dengan pengakuan itu polis dan SPRM kena siasat sebab Zaid jumpa pelarian (Raja Petra)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA