tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 7 Disember 2010

KELANTAN ADA DUA SULTAN

Tengku Razaleigh Hamzah menambah tekanan kepada Sultan Muhammad V yang baru ditabalkan, dengan mengatakan kini seolah-olah Kelantan mempunyai dua pemerintah, dan menggesa campur tangan kerajaan pusat dalam konflik tersebut.

Malaysian Insider dalam laporannya menyebut, putera Kelantan itu turut memberi amaran bahawa situasi di negeri itu agak kritikal apabila pertikaian sama mengenai takhta juga boleh berlaku di kalangan kerabat diraja di negeri lain.

"Begitulah nampaknya," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu apabila disoal sama ada Kelantan mempunyai dua pemerintah, pada sidang akhbar di sini, Isnin. "Rakyat keliru. Saya juga keliru."

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li turut berkata, beliau menganggap Sultan Ismal Petra sebagai pemerintah yang hak dan bukan anakandanya atau bekas pemangku sultan, Tengku Muhammad Faris Petra, yang ditabalkan sebagai Sultan Muhammad V pada September lalu.

"Saya menganggap Sultan Ismail sebagai Sultan," kata Ku Li. "Baginda masih hidup. Baginda masih tinggal dalam istana Mahkota."

Sidang akhbar Ku Li diadakan selepas Sultan Muhammad V melucutkan dua pingat darjah kebesaran Kelantan yang dianugerahkan kepadanya minggu lalu. Putera Kelantan itu merupakan datuk saudara kepada pemerintah baru Kelantan.

Ku Li berkata, beliau menganggap penarikan balik pingat kebesaran itu sebagai tidak penting, sebaliknya lebih bimbang mengenai implikasi perbalahan diraja dan dakwaan bahawa Sultan Ismail Petra telah 'disingkir'.

"Saya merasakan akan berlaku huru-hara apabila Sultan boleh disingkir dengan mudah oleh pewarisnya, yang mempunyai kuasa dan kedaulatan, jadi dia sanggup menyingkirkan pemerintahnya, walaupun ia adalah ayahandanya," dakwa beliau.

"Ini adalah situasi luar jangka. Jika raja boleh dibuang, bagaimana pula dengan rakyat jelata?"

Pemimpin Umno itu turut mengedarkan dokumen kepada media, yang didakwa pengisytiharan daripada Sultan Ismail Petra bertarikh 27 November mengatakan baginda masih pemerintah yang berhak, mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Beta adalah Sultan dan Pemerintah Berdaulat Kelantan Darul Naim," titah Sultan Ismail Petra dalam proklamasi itu. "Ini adalah hak beta berpandukan perlembagaan dan perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Persekutuan Perjanjian Malaya 1948 dan Perjanjian Kemerdekaan Malaya 1957 serta Perlembagaan Persekutuan."

Ku Li menambah, beliau juga bimbang dengan apa yang bakal berlaku apabila Sultan Kelantan ditabalkan sebagai Yang diPertuan Agong kira-kira enam tahun lagi, selepas Sultan Terengganu dan Kedah, sekiranya pertikaian itu tidak diselesaikan menjelang tempoh itu.

"Saya rasa Umno perlu bertindak untuk menyelesaikan konflik istana Kelantan," katanya. "Saya juga rasa bahawa kerajaan negeri dan pusat harus mengambil tindakan kerana kedudukan Agong harus dilindungi di bawah perlembagaan."

Tengku Razaleigh berkata, terdapat hanya tiga cara di bawah perlembagaan negeri untuk pemangku ditabalkan menjadi sultan, iaitu kemangkatan, penurunan takhta atau keluar negeri selama lebih 12 bulan tanpa sebab munasabah kepada Majlis Perajaan Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintah baru itu pada 13 September selepas pertabalan diraja dibuat mengikut perlembagaan Kelantan. Kedua-duanya baru-baru ini berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu haji.

Isnin, 6 Disember 2010

KHIR TOYO LEPAS JAWATAN KETUA PEMBANGKANG

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Mohamad Khir dalam blognya www.drkhir.com berkata, kedudukannya dalam UMNO pula akan diserahkan kepada pucuk pimpinan dan beliau sedia berundur jika ia menjadi masalah besar kepada parti.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta, dua tahun lalu.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin.

KHIR TOYO DI HADAPKAN KE MAHKAMAH

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7, di sini pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

Pengakuan Mohamad Khir direkodkan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan pada pukul 12.05 tengah hari Isnin.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dua tanah lot dan sebuah rumah yang terletak di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, di sini melalui Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Bekas Menteri Besar yang kini merupakan Ketua Pembangkang Selangor didakwa mendapatkan hartanah tersebut pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh Ditamas Sdn Bhd dengan harga RM6.5 juta, pada 23 Disember 2004.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh Mohamad Khir pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini.

Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar pada 2001 sehingga Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum 2008.

Mohamad Khir tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dalam keadaan tidak bergari dan diiringi oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendakwaan terhadap Mohamad Khir, yang juga seorang doktor gigi dikendalikan sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Abdul Gani, turut hadir bagi pihak pendakwaan ialah Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Jabatan Peguam Negara, Dzukifli Ahmad.

Abdul Gani menawarkan jaminan RM1juta memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh Mohamad Khir adalah serius dan melibatkan jumlah yang tinggi.

“Tertuduh adalah seorang wakil rakyat dan menjawat jawatan tertinggi di Selangor pada masa tersebut. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih tahu dan tidak melakukan kesalahan tersebut.

“Saya perlu menawarkan jumlah yang dapat memberi jaminan bukan sahaja kepada pihak pendakwaan, tetapi kepada semua untuk memberi jaminan kepada sistem perundangan,”katanya.

Bagaimanapun, peguam M.Athimulan yang mewakili Mohamad Khir merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan.

“Tertuduh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dan beliau tidak akan melarikan diri serta akan menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Tujuan jaminan juga hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan jumlah jaminan yang terlalu tinggi seolah-olah akan menghukum beliau yang masih belum dibuktikan bersalah,” kata Athimulan. Selain Athimulan, barisan pembelaan turut diwakili peguam Mohd Afifuddin Hafifi.

Azhaniz Teh selepas mempertimbangkan rayuan membenarkan Mohamad Khir dibebaskan dengan jaminan RM750,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga membenarkan permohonan Abdul Gani untuk memindahkan kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan tersebut dengan Mohamad Khir di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh yang beralamat di Jalan Gobek 11-9, di sini didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama dan Seksyen 165 kanun sama.

Azhaniz Teh menetapkan jumlah jaminan untuk Shamsuddin pada jumlah yang sama dengan Mohamad Khir, iaitu RM750,000 dengan seorang penjamin.

Turut berada di mahkamah ialah Pengarah Siasatan SPRM Putrajaya, Mustaffa Ali dan Ketua Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Maahad.

Pada sidang media yang diadakan selepas prosiding mahkamah, Abdul Gani berkata, terdapat beberapa saksi yang terlibat dengan kes tersebut kini diletakkan di bawah Program Perlindungan Saksi.

“Sehingga kini, sekurang-kurangnya terdapat 16 saksi dan pihak kami juga akan memohon supaya tarikh awal diberikan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan juga perbicaraan dijalankan dengan segera,” katanya.

Abdul Gani juga menambah, beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Saya tidak menafikan siasatan oleh SPRM mengambil masa yang agak lama, tetapi saya amat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat menyeluruh dan membawa kepada pertuduhan hari ini

ISTANA KELANTAN LUCUT GELARAN TENGKU RAZALEIGH

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima, menarik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) serta pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang dianugerahkan kepada datuk saudara baginda, Tengku Razaleigh Hamzah, berkuat kuasa Khamis lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata Sultan Kelantan juga menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) serta pelantikan Jaksa Pendamai (JP) yang dianugerahkan kepada peguam Tuanku Ismail Petra, Dr Yaacob Hussain Merican, juga berkuat kuasa Khamis lalu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Istana Balai Besar, di sini, lewat malam semalam.
Hadir sama, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam penasihat Sultan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.

Aiseri berkata, kedua-dua yang terbabit dalam penarikan sudah dimaklumkan melalui surat yang diserahkan pada Jumaat lalu.

“Penarikan balik ini hak Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda, sama seperti penarikan balik darjah kebesaran sebelum ini, mengikut kaedah sama,” katanya.

Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan menarik balik anugerah dan darjah kebesaran empat individu termasuk gelaran Datuk kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Ditanya sebab penarikan anugerah itu, Aiseri berkata, ia berdasarkan kenyataan Tengku Razaleigh dalam akhbar berbahasa China, Shin Chew Daily, bertarikh 14 September lalu.

“Antara kenyataan Tengku Razaleigh ialah kerana Sultan (Tuanku Ismail Pe-tra) masih ada dan tidak meninggalkan negeri melebihi setahun atau sukarela mengundur diri, jadi pengumuman pemangku raja sebagai raja adalah diragui.

"Penarikan Dr Yaacob pula disebabkan ucapannya semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober lalu, selain Tuanku Sultan ada sebab tersendiri yang lain menyebabkan penarikan ini dibuat baginda,

Ahad, 5 Disember 2010

SAIFUL MENGAKU DILIWAAT KETIKA KERJAKAN HAJI DI MEKAH

Masih ingat Muhabalah atau sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan pembantu Ketua Pembangkang itu di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.

Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dengan dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.

Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.

“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.

Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.

Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.

Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.

Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan di liwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.

Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.

Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini.

Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.

Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.

Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.

Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita pasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.

Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.

Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.

Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelik atau sesuatu yang baru tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.

Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong

BN PERLU BERUBAH DAN SEDAR

HARI ini bertempat di Wisma MCA, sebanyak 2,340 perwakilan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) berkumpul. Pastinya, perhimpunan atas nama Konvensyen BN itu mempunyai maksud serta matlamat tersendiri.

Biarpun BN menjadi induk kepada 13 komponen, namun jarang sekali ahli-ahli yang berlatarkan pelbagai kaum dan agama dihimpun di dalam satu dewan. Kebiasaannya pertemuan bersifat eksklusif untuk parti masing-masing. Maka lahirlah agenda untuk UMNO, MCA, MIC dan lain-lain secara berasingan. Lantas berlakulah pengukuhan di peringkat komponen dengan harapan dapat menunjangi induknya. Namun, pengasingan itu adakalanya menimbulkan perbezaan dan silap faham sehingga melemahkan BN itu sendiri. Biar pun ada pertemuan di peringkat Dewan Tertinggi BN, timbul persoalan adakah cukup hanya dengan mempertemukan ketua-ketua. Pada masa yang sama anak-anak, cucu-cicit bertebaran membawa haluan tanpa ada peluang berlaga bahu, sapa menyapa dan lebih daripada itu berbincang dari hati ke hati.

Lantaran sebagai parti yang menjadikan dacing sebagai lambang, tuntutannya amat besar - menimbang dengan adil dan memastikan tiada yang berat sebelah. Tugas itu tidak mudah. Apabila sebelah dacing lebih berat akan timbul rasa tidak puas hati di pihak yang satu lagi, maka ia ia perlu diperjelaskan. Hanya dengan pertemuan di peringkat ahli-ahli akan memudahkan mereka memahami mengapa dacing itu tidak seimbang kedudukannya. Ia bukan kerana ketamakan pihak tertentu, juga bukan kerana ada arahan pihak atasan, sebaliknya persetujuan nenek moyang yang dipateri ketika negara mencapai kemerdekaan menjadikannya begitu.

Konvensyen

Sebab itu ramai yang berpendapat perlunya Konvensyen BN malah sepatutnya penganjurannya dibuat setahun sekali. Apatah lagi dalam keadaan BN itu sendiri dikatakan mempunyai saingan. Ada parti lain yang sudi untuk menaungi ahli yang pelbagai bangsa dan agama. Semestinya perkembangan itu tidak boleh dipandang remeh biar pun ada yang memperlekehkan keupayaan pihak yang satu lagi untuk menandingi kedudukan BN.

Fellow Kanan Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman ditanya tentang cabaran BN untuk kekal sebagai parti pilihan rakyat terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Perkara utama yang menjadi perhatian beliau adalah peri pentingnya BN memulihkan imej parti. Katanya, biarpun pucuk pimpinan negara yang juga menerajui BN telah berubah namun sukar diramal atau dipastikan adakah BN benar-benar telah pulih atau diterima oleh rakyat.

Ini kerana siri pilihan raya kecil selepas kemerosotan prestasi BN dalam pilihan raya 2008 menyaksikan keputusan yang berbaur.

Ditanya sama ada ia boleh menjadi penanda aras sejauh mana penerimaan rakyat terhadap BN, Nidzamuddin mengulas panjang.

‘‘Sememangnya menakjubkan apabila terlalu banyak pula pilihan raya kecil terpaksa dijalankan selepas 2008,’’ katanya sambil mengimbas kemenangan BN di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Batang Ai, Batu Sapi dan Galas.

Kelebihan kelihatan kepada pakatan pembangkang dengan bilangan kemenangan pilihan raya kecil yang lebih, tetapi pengundi Sabah dan Sarawak, katanya, kelihatan masih kabur. Malah jika dicampur semua keputusan pilihan raya kecil tidak juga BN kalah dengan teruk, kerana terdapat juga kerusi yang mereka menang. Gelombang perubahan gaya pengundian di kalangan bukan Melayu di Semenanjung kelihatan tidak menular dengan kuat di Sabah dan Sarawak.

Nidzamuddin yakin ramai masih memilih BN, jika ada pengecualian pun di kawasan bandar yang menjadi sasaran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

‘‘Keadaan sekarang agak tidak menentu, jika BN mempunyai kelebihan pun, majoritinya adalah amat terhad dan begitu juga sebaliknya,’’ katanya.

Menyorot keputusan pilihan raya umum 2008, Nidzamuddin mengakui memang muncul gelombang pembangkang namun tidak juga menyeluruh. BN masih mengekalkan dominasi Parlimen meskipun menyusut. Parti pembangkang sendiri tidak menjangkakan perubahan besar yang berlaku pada 2008.

Ketika itu ramai pengundi melepaskan kekecewaan mereka melalui kertas undi terutamanya kaum bukan Melayu. Pemimpin BN seperti dari MIC, Gerakan dan MCA yang sudah terlalu lama berada di atas dan tidak mahu melepaskan kerusinya telah menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan.

Menurut beliau, pengundi sebenarnya mahukan perubahan, tetapi merasakan tidak didengari, lantas bertindak demikian. Ia merupakan campuran kemarahan kepada calon tertentu yang sudah begitu lama tidak mahu turun dan kemarahan kepada parti turut mempengaruhi.

Ditanya tentang isu-isu yang ditimbulkan komponen BN menyentuh hak bumiputera dan bukan bumiputera selain tuntutan kesamarataan, beliau menjawab: ‘‘Perkara ini sensitif.’’

Biar pun begitu, ia tetap menjadi perhatian pemimpin, pengundi dan orang ramai. Katanya, BN tidak perlu bimbang untuk mengakui bahawa perkara itu sudah menjadi ‘seperti duri dalam daging’ di dalam parti. Selama ini dominasi UMNO berupaya menekan dan berjaya mengkonstruksikan penerimaan atau keakuran komponen lain. Namun lama kelamaan, dengan dibantu media sosial yang semakin bebas isu itu dibincang secara terbuka dan meluas. Ia tidak dapat dipertahan dan disekat lagi. Ia akan tetap menjadi tuntutan bukan pribumi selagi peruntukan khas ini masih wujud dalam perlembagaan, apa lagi disokong oleh badan-badan hak asasi manusia.

‘‘Memang ia merumitkan, apa lagi dalam keadaan politik yang meruncing persaingannya kini,’’ katanya.

Ditanya bagaimana cabaran tersebut dapat ditangani untuk memastikan BN terus relevan, katanya, sememangnya induk akan berasa serba-salah dalam hal tersebut. Serba-salah antara mahu mempertahankan prinsip yang didokong selama ini dan menerima semangat politik baru yang mendokong unsur kesaksamaan dan keadilan.

Sensitiviti

Namun beliau percaya sensitiviti seumpama itu boleh diserap menerusi pelaksanaan pengagihan sumber dengan semangat dan kaedah profesionalisme yang tinggi. Agihan sumber, katanya, harus tepat kepada yang selayaknya - yang miskin dan amat memerlukan, biasiswa kepada yang pintar tetapi daif ekonominya; lesen dan permit kepada yang layak dan belum pernah mendapatnya; peruntukan pertanian kepada petani dan usahawan yang benar-benar mengharapkan dan kepada yang belum pernah menerima; serta pemerintah harus melayan permintaan secara terbuka dan telus.

Lantas beliau menyarankan beberapa perkara yang mesti dipandang berat oleh kerajaan BN.

‘‘Kurangkan pemberian kepada orang yang sama, kelak tetap dituduh mengamalkan kronisme. Pengurusan yang telus dan profesional boleh meningkatkan keyakinan orang ramai.

‘‘Jika boleh dikurangkan kerahsiaan keputusan yang dibuat adalah lebih baik, seperti pemberian tender dan kontrak dimaklum kepada orang ramai melalui akhbar. Agihan boleh bersifat kepada pelbagai kaum, namun tetap juga kelihatan nanti golongan pribumi yang lebih kerana memang mereka lebih rendah kedudukan ekonominya,’’ katanya.

Nidzamuddin berkata, BN perlu memulihkan keyakinan orang ramai terutamanya dari kalangan pengundi bukan Melayu. MCA, Gerakan dan MIC perlu menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi jambatan yang berkesan kepada kepentingan bukan Melayu.

Setiap pemimpin, katanya, harus tangkas dalam memerhati masalah orang ramai khususnya penyokong dan segera membawa ke peringkat atasan untuk diatasi. Kini pengundi bukan Melayu merasakan peranan mereka tidak berkesan. Malah menuduh ketua mereka amat takut dan terlalu tunduk kepada dominasi UMNO menyebabkan mereka beralih sokongan.

‘‘Dalam memperjuangkan kepentingan tidak semestinya mereka mengambil hak pribumi secara zero sum. Agihan masih boleh dibuat dalam bentuk positive sum atau kedudukan menang-menang,’’ katanya.

Pengamatan Nidzamuddin BN bakal berhadapan persaingan sengit dalam pilihan raya ke-13 nanti kerana parti pemerintah dan pembangkang masing-masing memiliki sokongan yang baik. Masing-masing juga memiliki penyokong tegar yang tidak mungkin berganjak. Cuma pengundi di atas pagar yang akan membuat keputusan. Adalah tidak mengejutkan apabila lanskap politik akan mengalami sedikit perubahan apabila kerjasama parti turut melalui perubahan strukturnya.

Mungkin ada parti yang bertukar sokongan untuk menjamin majoriti. Di sini juga terletaknya kepentingan kemahiran politiking, desakan, tawar menawar, rundingan, tolak ansur dan permuafakatan dalam kalangan pemimpin parti.

‘‘Perkembangan politik dan pilihan raya Britain baru-baru ini harus diambil iktibar,’’ katanya.

BN harus berubah daripada prinsip parti sebagai penguasa kepada parti sebagai badan yang memberi khidmat. Zaman sudah berubah dan pengundi kemudian tetap akan menilai output atau kesan (delivery). Jika pemimpin hanya sibuk dengan majlis perasmian dan memalu gong sahaja ia tidak menarik sokongan lagi, walaupun itu menjadi perhatian pengundi zaman dulu. Mereka harus berkhidmat dalam maksud yang nyata. Slogan memang boleh menarik perhatian tetapi agihan nyata yang akan mengekalkan sokongan, dan ia tidak seharusnya bersifat berpilih. Dalam keadaan media sosial yang pesat berkembang seperti facebook dan blog, semua wakil rakyat dan pemimpin menjadi perhatian orang ramai.

Sepatutnya barisan pemimpin harus merasai keadaan di mana mereka berada dalam pemerhatian atau diaudit sepanjang masa. Keadaan ini harus diikuti dengan kesedaran dan perubahan.

Sabtu, 4 Disember 2010

I.S.A KAN AJE SI WAN AZIZAH

Penasihat Undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai "ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lepas.

Beliau berkata kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus 'dibakulsampahkan' merupakan satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

Memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan ini disambut oleh pemimpin-pemimpin daripada badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga pakar-pakar perundangan, beliau menyarankan supaya ISA diguna pakai dalam menangani isu itu.

"ISA perlu dilakukan terhadap pemain-pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini," katanya dalam wawancara dengan UMNO-online.com.

Beliau berkata apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.

Artikel 152 ialah berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya daripada segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Maka, dengan ini satu laporan polis dengan mengatakan bahawasanya satu kenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawah seksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948," katanya.

Mohd Hafarizam berkata perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Dr Wan Azizah ialah kenyataannya bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperti mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya, melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.

Perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi Presidennya.

"Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini," katanya.

Beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawal selia pertubuhan politik dan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR diambil tindakan.

"Malah, Umno sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebaL

Jumaat, 3 Disember 2010

BEKAS PERMAISURI AGONG SAMAN SYED ABDULLAH DAN SYED HUSSEIN

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

HANYA NIK AZIZ SORANG YANG SOKONG KIT SIANG

Ramai pemimpin Pas tidak setuju dengan cadangan Anwar untuk melantik Kit Siang sebagai TPM,malah tidak pernah di bincangkan dalam mesyuarat PR.Hanya Pok Nik yang setuju Kit Siang di lantik.Kenapa dalam barisan kepimpinan tertinggi Pas pun tidak sehaluan dalam perkara besar ini.Kerana itulah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Malahan, kata beliau, hal pelantikan Kit Siang serta pelantikan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang sebagai Timbalan Perdana Menteri pada masa depan juga tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pas.

"Kami langsung tidak pernah berbincang mengenai pelantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri baik di peringkat Pakatan Rakyat mahu pun pimpinan Pas.

"Jadi, saya menganggap hal pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri di kalangan Pakatan Rakyat bukan merupakan isu (non issue)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Nasharudin diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan beliau tidak mempunyai masalah dengan pelantikan Kit Siang ke jawatan itu jika pakatan pembangkang berjaya menguasai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13.

Dalam sidang akhbar di Kota Bharu semalam, Nik Abdul Aziz mengatakan beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelantikan Kit Siang itu selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.

Anwar menyatakan cadangan pelantikan Kit Siang tersebut dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Nasharudin enggan menyatakan beliau juga tidak mempunyai masalah dengan pelantikan Kit Siang ke jawatan tersebut kerana mendakwa belum membaca kenyataan penuh Nik Abdul Aziz.

Khamis, 2 Disember 2010

LAGI CERITA KISAH CINTA BEKAS PERMAISURI AGONG

Andaian dan dakwaan yang paling hangat berlegar ialah Uncleseekers menggunakan jampi serapah dan ilmu hitam dalam usahanya memikat awek-awek cun termasuk bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.

Betulkah begitu?


Entahlah…namun dari yang kami lihat semasa perbualan lebih dua jam dengannya dan memerhati gelagat dan perawatakannya, memang Syed Abdullah Alattas mempunyai keistimewaan tersendiri.

Walaupun berambut panjang, rugged tetapi manisnya ada. Memang betullah kata bapanya, penulis buku politik terkenal,Syed Hussin Alattas bahawa awek boleh ‘cair’ melihat wajahnya.

Setelah mendengar pelbagai pengakuannya termasuk kisah dua orang bekas isterinya, awek-awek yang ‘lekat’ padanya serta ‘cinta syyhh’ dengan Cik Puan Aishah serta’ sayang’nya, Agendadaily meledakkan soalan yang menjadi tandatanya ramai mengenai jampi dan ilmu hitam itu.

“Saya bukan gigolo. Saya buka kasanova. Wallahi,, Wabillahi…saya tak buat. Saya tak guna jampi….saya hanya guna psikologi,’’ jelasnya.

Syed Abdullah bagaimanapun pintas mengakui bahawa: “Abah kata saya pandai menyusun kata--kata. Ayat-ayat saya ada ‘power’, boleh buat awek cair. Itu sebab awek-awek cun jatuh cinta kat saya….- itu Abah yang kata,…bukan saya kata.’’

Berkali-kali Syed Abdullah menegaskan bahawa dia hanya mahu membantu Cik Puan Aishah kerana itulah permintaan ibu bekas Permaisuri itu yang dipanggilnya ‘mama’. Sejak pertemuan kali pertama lagi katanya mama meminta bantuan dan atas permintaan itulah dia laksanakan setakat yang boleh.

Peliknya Syed Abdullah, mendakwa bahawa dia lakukan itu semua secara tidak ikhlas walaupun dia telah menunaikan empat keping cek yang diterimanya sebagai ‘peneman’ kepada Cik Puan Aishah.

‘Apa maksud Syed tidak ikhlas…?

“Dia dan keluarga datang ke rumah ni jam 9.30 pagi. Saya masih tidur. Adik saya kejutkan kerana disuruh oleh abah. Pagi-pagi macam tu waktu saya tidur…. Mana ada ikhlas tetapi kerana abah suruh layan tetamu… saya buatlah,’’ katanya selamba.

Ditanya lagi selepas menerima cek, menjadi peneman dan perawat serta melalui pelbagai peristiwa termasuk di hotel Mandarin Oriental, Syed Abdullah tegas mengatakan dia tidak ikhlas dalam perhubungannya itu, lantaran itulah langsung tidak menyintai Cik Puan Aishah.

Syed Abdullah mendakwa hubungannya dengan Cik Puan Aisyah mula rapat setelah dia berjaya mengalihkan ‘benda’ dari tubuh Cik Puan Aisyah. Katanya selesai proses itu, Cik Puan Aisyah mencium tangannya dan memanggilnya ‘Abang’.


Laptop dan gelang tangan yang Syed Abdullah kata dihadiahkan oleh Cik Puan Aishah padanya


“Selepas itulah Mama, ibu Aisyah meminta saya ‘take care’ anaknya dan sanggup membayar sejumlah wang setiap minggu. Pada hari itu juga saya terima cek dari Mama,” kata Syed Abdullah.

“Tapi saya bukan gigolo. Saya dibayar untuk menjaga Aisyah. Sibuk macam mana pun, saya kena layan dia dan selepas itulah saya mula terima panggilan dan sms bertalu-talu darinya, paling kurang 8 kali sehari.

Menurut Syed Abdullah, walaupun tidak ditugaskan untuk mengawal kewangan bekas Permaisuri, dia dicadangkan oleh mama untuk membatalkan dua hari daripada tiga hari penginapan yang ditempah oleh Cik Puan Aishah di Hotel Mandarin Oriental,Kuala Lumpur. Kadarnya, RM28,000 semalam.

“Mama kata, batalkan sahaja tempahan tu dan Syed ambillah bayaran itu,’’ katanya tetapi walaupun dibatalkan, dia tidak mengambil baki wang berkenaan.

Dia juga mendakwa Cik Puan Aisyah mempunyai tabiat yang boros berbelanja. Dia belanja macam air, macam esok nak kiamat.”

“Hari itu dia beli,hand-phone tiga biji. Dia nak bagi saya, tapi saya tak ambil sebab kalau saya ambil, tergadailah body, sedangkan saya sudah ada sayang saya,” katanya.


Cik Puan Aishah bersama bapa Syed Abdullah,penulis buku Syed Husein Alattas

NIK AZIZ SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI DENDAM KESUMAT PADA UMNO

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, tidak hairanlah sekiranya Menteri Besar Kelantan itu sanggup membelakangkan bangsa dan agamanya untuk tujuan itu.

"Saya cabar beliau (Nik Aziz) supaya menunjukkan nas atau dalil yang mewajarkan pelantikan pemimpin bukan Islam seperti Kit Siang selaku orang nombor dua dalam kerajaan.

"Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya hanya mahu bermain dengan api dan mencetuskan huru-hara sahaja, sama seperti Anwar Ibrahim," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz hari ini menegaskan beliau tiada masalah jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.

Sementara itu, Muhammad Zahid memberitahu, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya membandingkan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dengan jawatan Menteri atau Timbalan Menteri kerana bila-bila masa sahaja sesiapa yang jadi Timbalan Perdana Menteri akan naik menjadi Perdana Menteri.

"Sehubungan itu, saya percaya, semua ini tidak lebih daripada hanya satu perangkap oleh pembangkang termasuk Pas untuk memainkan isu-isu sensitif bagi menarik sokongan rakyat," ujar beliau.

Rabu, 1 Disember 2010

NIZAR BINGAI:SIDANG DUN PERAK TERUS PANAS

Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) hari ini bertikam lidah dengan speaker, Datuk R Ganeson dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada hari kedua membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh.

NONEPusingan pertama menyaksikan perang mulut dengan Ganeson kerana tidak membenarkan wartawan membuat liputan langsung sidang DUN itu.

Nga berkata: “Ini mengarut dan tidak adil apabila hanya media yang mesra BN dibenarkan masuk dan membuat liputan manakala media berkecuali dihalang.”

Ganeson kemudian membalas semua media tidak bersikap sopan dan tidak menghormati dewan dengan merakamkan gambar dan mengadakan sidang akhbar di dalam dewan.

ngah kor mingNONENga (kiri) menuduh Ganeson (kanan) menghina media kerana adalah suatu pembohongan bahawa media mengadakan sidang akhbar di dalam dewan.

Menurut beliau semua sidang akhbar dilakukan di bilik media yang dibuat oleh perwakilan yang dilantik rakyat.

“Ini adalah jelas menghina pihak media dan bukti BN kecut bahawa media akan melaporkan perkara yang benar,” kata Nga.

NONESelain Nga, ADUN BN juga kurang senang dengan telatah Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semasa perbahasan Bajet 2011.

Anggota exco Datuk Hamidah Osman mendakwa Mohamad Nizar "berceramah" dan meminta Ganeson mengarahkan ADUN PAS-Pasir Panjang itu supaya tidak menyeleweng daripada topik perbahasan.

NONE"Jangan bazirkan masa dewan, jangan merewang dengan berceramah kerana kita bahas mengenai bajet," kata Hamidah.

Sesi perbahasan Mohammad Nizar yang berlarutan lebih sejam sebelum itu telah menggamatkan dewan beberapa kali apabila beliau menyentuh pelbagai isu politik terutama kritikan terhadap Umno.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinjamaluddin mohd radziWalaupun "panas" tetapi sesi perbahasan Mohammad Nizar (kiri) turut melucukan apabila beliau memberi laluan kepada beberapa wakil BN untuk mencelah tetapi tidak mengendahkan permintaan Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang).

Jeritan "katak" kedengaran dari kerusi pembangkang setiap kali Jamaluddin bangun meminta laluan malah Ganeson juga turut merayu kepada Mohammad Nizar untuk memberikan peluang kepada wakil Behrang itu tetapi tidak diendahkan.

Jamaluddin adalah antara tiga wakil rakyat pakatan pembangkang yang berpaling tadah hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri yang dipimpin Mohammad Nizar sebelum ini.

NONEMohammad Nizar sementara itu menegaskan bahawa kerjasama antara Pakatan Rakyat terutama antara PAS dan DAP tidak merugikan Melayu dan Islam malah parti itu kini lebih memahami prinsip-prinsip Islam.

Beliau berkata pemimpin DAP tidak anti-Islam dan orang Islam tidak rugi jika parti terbabit mahu berjinak-jinak dengan Islam.

raja ahmad zainuddin raja omarDatuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) dalam perbahasannya memberitahu dewan bahawa antara punca pelabur kini "takut" melabur ke Perak adalah disebabkan oleh gelagat pembangkang yang keterlaluan.

"Ada pelabur takut datang ke Perak kerana takut perangai pembangkang... persidangan ini disiarkan secara langsung dalam internet, eloklah semua boleh lihat sendiri perangai pembangkang," katanya.

Sidang dewan disambung esok.

DEPAN CINA ANWAR LEBIH CINA DAN LEBIH INDIA DEPAN INDIA....DEPAN MELAYU ????

JANJI Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak menjadikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri hakikatnya tidak lebih daripada wayang yang biasa dimainkan Penasihat PKR itu.

Anwar sebenarnya tidak ada locus standi untuk menghitam-putihkan janji-janjinya. Pertama, sebab beliau tidak ada dalam kemungkinan akan berkuasa, lebih-lebih lagi dalam keadaan partinya ketika ini yang hampir berkecai. Apatah lagi, soal perundangan peribadinya yang tidak selesai.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari tampil dengan komen yang tepat. Rakyat harus berhati-hati dengan janji Anwar yang tidak semestinya dapat ditunaikan, kata beliau.

Kadang-kadang dia cakap lain kepada orang Melayu dan cakap lain pula kepada orang Cina, kata Perdana Menteri lagi.

Banyak pengalaman yang diraih oleh orang Melayu, Cina dan India tentang tembelang Anwar. Masih ingatkah lagi dengan rancangan hendak menukar kerajaan yang sah pada 16 September 2008?

Pada satu majlis di Jakarta menjelang 16 September tahun berkenaan, Anwar dengan bangganya mencanangkan tarikh berkenaan untuk "merehatkan" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirehatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia," kata Anwar yang dipetik oleh wartawan akhbar republik itu. Namun, semua itu hanya impian dan pembohongannya sehingga saat ini.

Apabila Anwar pergi ke depan orang Melayu, maka dialah "paling Melayu" dan habis 'disilatnya' kaum lain. Di depan orang Cina pula, dialah "Fong Sai Yuk" Malaysia yang berjuang demi kaum Cina di Malaysia dan habis 'dikungfunya' kaum lain, terutamanya Melayu.

Dan apabila tiba di depan orang India pula, dialah "hero tamil" paling hebat di Malaysia yang memperjuangkan bangsa India di Malaysia dan habis 'disilambamnya' kaum lain terutama orang Melayu dan Cina. Tak habis di situ saja, bila ke Sabah dan Sarawak, Anwar meneruskan "tarian talam 'bermuka-mukanya.'

Sebelum "janji TPM untuk Kit Siang" yang dilafazkan Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Jit Poh pada 26 November lalu, sebuah blog terkemuka Amerika The New Ledger telah melondehkan lagi tembelang Anwar di luar negara. Artikel blog pronegara Uncle Sam itu telah menyokong kenyataan bahawa sememangnya "Anwar adalah sesumpah".

The New Ledger mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang di dalam "pelarian" ke AS telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh "American Jews" (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar "manis mulut" ketika itu. Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi.

Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Apabila Anwar kembali ke Malaysia, sikapnya berubah menjadi sebaliknya. Mungkin Anwar tahu bahawa budaya rakyat Malaysia yang tidak suka pada Israel (Yahudi). Maka Anwar terpaksalah bertukar "wajah" seakan-akan anti-Yahudi dan Amerika. Ketidakpuasan hati mereka terhadap Anwar itu diterjemahkan oleh The New Ledger sebelum ini.

Ketika Anwar aktif bersama Abim dahulu, dia dijangka menyertai Pas. Malah Anwar merupakan anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh Pas yang terkenal. Namun, apabila masuk UMNO atas undangan Tun Dr Mahathir Mohamad, dia dikatakan "memujuk" rakan-rakannya dalam Abim dan Pas dengan mengatakan bahawa kemasukannya ke dalam UMNO adalah untuk "memutihkan" UMNO.

Kini, Anwar beralih arah kepada Kit Siang pula.

Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Anwar boleh berjanji apa sahaja.

"Saya tidak terfikir Kit Siang tertarik dengan janji-janji kosongnya itu yang semata-mata untuk menarik sokongan masyarakat Cina serta demi habuan politiknya sendiri.

"Saya percaya Kit Siang di sini hanyalah sekadar 'kayu api politik' Anwar sahaja," kata Rais.

Dan seperti mana diharapkan oleh Perdana Menteri di Pekan, Pahang Mei lalu:

"Terpulang kepada rakyat, yang penting rakyat tidak boleh telan bulat-bulat kerana dia (Anwar) dah berjanji macam-macam sebab nak kuasa."

ZIZAH DAN AZMIN WAJAR DI USIR DARI NEGARA INI

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali wajar diusir keluar daripada negara ini jika tidak dapat menerima konsep ketuanan Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan kedua-dua pemimpin PKR itu jelas menunjukkan mereka buta sejarah dan tidak memahami makna sebenar konsep yang dimaksudkan.

"Jika mengisytiharkan 'perang' kepada ketuanan Melayu, secara tidak langsung, mereka tidak menerima Perlembagaan Negara yang mengiktiraf kedudukan sebenar orang Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi mengulas tindakan Dr. Wan Azizah dan Azmin yang mengumumkan 'perang' terhadap ketuanan Melayu ketika kongres parti itu berlangsung baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Mohd. Hilmi berharap, masyarakat Melayu di negara ini menginsafi nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

Semalam, baginda melahirkan rasa dukacitanya dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan peranan institusi raja dalam sistem pemerintahan negara.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' dihapuskan," titah baginda.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Hilmi, orang Melayu perlu sedar negara ini adalah satu-satunya tanah air untuk generasi mereka.

"Orang Melayu harus insaf dan mendengar nasihat tuanku kerana tanah Melayu adalah tanah tumpah darah dan tempat kita dikuburkan.

"Orang Melayu tiada tanah lain melainkan tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia," katanya.

Sementara itu di Shah Alam, Gerakan Belia 4B negeri membuat laporan polis terhadap Presiden PKR tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kepada ketidakstabilan kaum di negara ini.

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Zaini Mohd. Taha berkata, kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR di Petaling Jaya dekat sini 27 November lalu telah mencetuskan rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalangan orang Melayu termasuklah ahli gerakan belia itu sendiri.

Dakwanya, kenyataan Presiden PKR itu jelas satu cubaan menafikan hak serta kedudukan kaum Melayu termasuk raja-raja Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Gerakan Belia 4B Selangor melihat kenyataan Dr. Wan Azizah itu bersifat politik untuk menarik sokongan terhadap PKR. Bagi kita, ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

"Sehubungan itu kita buat laporan agar pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Wan Azizah mengenai perkara tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis sambil ditemani kira-kira 10 orang ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B negeri di sini.

Mohd. Zaini serta penyokongnya turut membawa sepanduk dengan ungkapan mengkritik serta memberi amaran kepada Presiden PKR itu seperti 'Wan Azizah, Jangan Main Api', 'Jangan Hina Kaum Kami' dan 'Gerakan Belia 4B Daulat Ketuanan Melayu'.

Tambah Mohd. Zaini, pihaknya menyokong agar Wan Azizah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan laporan polis itu merupakan fasa pertama pihaknya bagi membantah dasar PKR yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Katanya, pihaknya merancang mengadakan perhimpunan di pejabat Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 9 pagi esok dan membakar gambar Dr. Wan Azizah sebagai tanda protes terhadap dasar PKR yang disifatkannya tidak bertanggungjawab.

Selasa, 30 November 2010

SIDANG DUN PERAK:NIZAR DAN KUNCU BUAT HAL LAGI

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan mengarahkan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan keluar dari dewan sehingga tamat sidang hari ini kerana didakwa berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.

NONEPada jam 11.15 pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Meskipun Ganesan memberi amaran supaya tidak meneruskan soalannya, Kesavan berkeras berkata beliau adalah perwaklian rakyat Hutan Melintang, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.

Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.

pkr weekly pc 020807 kesavan subramaniamApabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.

Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bawah, kanan) meninggalkan dewan.

Mereka kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang).

NONEPada sidang media itu, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.

Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.

HADI TAK AKUI KIT SIANG TPM

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah berbincang untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah.

“Itu pandangan peribadi dan bukan keputusan PR. Saya difahamkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak buat kenyataan sebegitu.

“Media salah lapor. Apa yang dia (Anwar) sebut tidak ada dalam Perlembagaan menyatakan siapa akan jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat arena Rodeo Malaysia di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini bahawa Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mengulas lanjut, Hadi berkata PR tidak pernah membuat perbincangan mengenai cadangan untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya difahamkan Anwar memberi penerangan mengenai Perlembagaan dan perkara itu telah jelas” katanya.

Ketika ditanya sama PAS dijanjikan apa-apa jawatan sekiranya PR memerintah negara, Hadi berkata: "Tunggu sampai masa kita memerintah dahulu.”

Mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan parti tidak akan memperjuangkan ketuanan Melayu sebaliknya mereka akan memperjuangkan ketuanan rakyat, Hadi berkata PAS hanya akan memperjuangkan ‘Ketuanan Islam’ dan bukannya ketuanan bangsa.

“Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak.

LAGI KISAH BEKAS PERMAISURI AGONG:21 HARI UNTUK BEKAS PERMAISURI AGONG KAHWIN

Sewaktu dalam perjalanan turun dari Janda Baik untuk balik ke Kuala Lumpur petang Isnin, masih banyak yang bermain dalam pemikiran kami.

Sebelum itu lebih dua jam saya bersama dua wartawan Agendadaily Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz dan Helme Hanafi serta jurugambar Mohd Hiekal bersemuka dengan Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncleseekers.

Lelaki berusia 44 tahun ini kebelakangan ini menjadi bahan bualan apabila menulis di laman blognya mengenai hubungannya dengan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.

Pelik…memang pelik orangnya. Itu yang kami sama-sama dapat simpulkan semasa cuba merumuskan hasil perbualan yang panjang dengannya untuk mencari jawapan kepada berbagai-bagai persoalan yang berbangkit hasil tulisan sebanyak tujuh siri di laman blognya itu.

Anak kepada penulis buku politik terkenal ini, Syed Hussin Alattas, tertawa panjang apabila kami memberitahu ramai pembaca dan kami juga jadi semakin keliru mengenai jalan cerita hubungannya dengan Cik Puan Aishah apabila membaca dari satu siri ke siri yang lain.

Dia nampaknya tidak kisah dan seperti hendak menyerahkan kepada mereka yang membaca laman blognya itu membuat tafsiran sendiri mengenai kisah yang sensasi itu.


"Pembaca bebas untuk membuat tafsiran atau andaian sendiri.... saya tulis apa yang terjadi,'' ujarnya.
Setakat ini sudah berbakul-bakul kutukan daripada pembaca terhadapnya kerana menulis tentang hal itu. Rata-rata mereka merasa martabat seorang bekas Permaisuri Agong perlu dipelihara.

Syed Abdullah sebaliknya mendakwa dia membuka kisah ini semua untuk menggambarkan Cik Puan Aishah juga seorang manusia biasa yang perlu menjalani hidup seperti orang lain sekalipun pernah duduk di atas takhta di Istana Negara.

Lokasinya kami berbual dengannya di Wadi Hana, Janda Baik. Mulai jam 5 petang kami menembak pelbagai soalan kepadanya untuk mengorek lebih dalam mengenai kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Apa yang pasti Syed Abdullah tidak berganjak dari jalan cerita yang digambarkan dalam laman blognya.

Kini yang orang tertunggu-tunggu ialah kemunculan bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang dia dakwa akan buka habis segala-galanya.

Menjawab soalan mengenai buku itu, Syed Abdullah mengakui ia belum siap lagi.



Katanya dia akan siapkan buku itu Sabtu ini - tarikh akhir atau 'deadline' yang dijanjikan dengan pencetak.

Adakah dia nak teruskan juga dengan penerbitan buku itu sekalipun ramai yang mengutuknya.

Uncleseekers ada jawapannya.

Kata Syed Abdullah kepada kami dia bersedia 'tekan brek', yakni hentikan penerbitannya dengan syarat Cik Puan Aishah berkahwin dalam tempoh 21 hari dari sekarang.

‘Saya sememangnya mahu mengeluarkan buku yang memuatkan kisah percintaan syyhh.. saya dengan bekas permaisuri itu dalam tempoh 21 hari lagi. Tetapi, saya sedia untuk menahan pengeluaran buku, termasuk menghentikan cetakannya, jika, Aishah berkahwin dalam tempoh itu. Itu janji saya,’ katanya.

“Ini bermakna, dia (Cik Puan Aisyah) ada 20 hari untuk berbuat demikian. Jika tidak buku itu akan saya keluarkan,’ kata Syed Abdullah.

Semasa perbualan itu dia turut menceritakan bibit-bibit pertemuan yang memulakan segala-galanya, termasuk bagaimana dan cara mana dia membantu mengeluarkan “benda” dari dalam tubuh Cik Puan Aishah, disaksikan ahli keluarga bekas Permaisuri Agong itu sendiri.

Kami juga telah dibawa ke bilik rawatan di mana dia dakwa berlakunya “pengalihan” atau “pengeluaran” benda dari tubuh Cik Puan Aisyah yang dikatakan hanya memakan masa selama 5 minit.

Syed Abdullah yang sudah lapan tahun menduda dan pernah dua kali berkahwin juga mengaku telah memperkenalkan Cik Puan Aisyah kepada seorang professor bagi merawat penyakit kronik bekas Permaisuri Agong itu yang dakwanya menghidap barah payudara.

Dia yang yang sebelum ini hanya dikenali menerusi rancangan televisyen ‘Seekers’ ini juga tetap berpegang pada dakwaannya Cik Puan Aisyah menyintainya dan pernah mengajaknya berkahwin.

“Tetapi saya langsung tidak ada hati dengannya dan tidak terlintas sedikitpun untuk berkahwin dengannya kerana saya sudah ada sayang saya,” ujar Syed Abdullah yang juga mempunyai dua orang anak dan dua cucu.

Dia berkata demikian ketika ditanya adakah akan berkahwin jika tidak timbul halangan daripada bapa bekas Permaisuri Agong itu.

Paparan cerita dan gambar dalam pose yang intim di dalam blognya sejak 2 November lalu mendapat perhatian ramai hingga jumlah pelawat ke laman blognya naik mendadak bagai roket naik ke bulan.

Namun dia kena berdepan dengan keraguan pada kesahihan ceritanya.

Syed Abdullah juga didakwa sengaja mencari publisiti dan kontroversi bagi tujuan peribadi, iaitu untuk melariskan produknya.

Selain bakal mengeluarkan buku, dua buah filemnya juga bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Ada juga komen dakwa Syed Abdullah menggunakan jampi atau ilmu hitam serta ilmu pengasih untuk memikat wanita, termasuk Cik Puan Aishah.

Benarkah Syed Abdullah tidak cintakan Cik Puan Aishah, dan siapakah pula lelaki 'bertuah' yang dimaksudkan untuk mengahwininya...? Kisah selanjutnya…di bahagian kedua nanti…

PKR MAKIN GELABAH DAN BUTA SEJARAH

KETIKA kaum bukan Melayu dilihat semakin jelas memahami maksud ketuanan Melayu, orang Melayu sendiri pula mengambil sikap seperti buta sejarah dan enggan mengiktiraf kedudukan bangsa di tanah air sendiri. Kelantangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali yang secara terbuka menolak konsep ketuanan Melayu seolah-olah menggambarkan pemimpin parti pembangkang itu terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana PKR ketika ini berdepan dengan pelbagai konflik kepercayaan dan sokongan apabila ramai ahlinya termasuk pemimpin kanan bertindak keluar parti. Proses pemilihan parti yang baru sahaja berakhir pula semakin mendedahkan wajah sebenar PKR apabila ahli-ahlinya bercakaran sesama sendiri kerana tidak puas hati dengan amalan nepotisme dan kronisme. Dalam situasi seperti ini, PKR perlu mencari satu isu untuk menutup kelemahan parti itu dalam masyarakat.

Isu paling mudah sudah semestinya ketuanan Melayu kerana konsep ini lebih dikaitkan dengan perjuangan UMNO. Isu ini juga satu ketika dulu berjaya memberi kelebihan kepada pembangkang apabila ramai orang bukan Melayu berjaya ditakut-takutkan dengan tafsiran yang salah mengenainya. Dari kaca mata pembangkang, ketuanan Melayu cuba digambarkan sebagai satu bentuk hubungan ‘tuan dan hamba’ antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Kerana itu, istilah ketuanan Melayu juga acap kali cuba disamakan dengan maksud Malay supremacy, Malay hegemony, slave and serf dan banyak lagi. Ini merupakan satu tafsiran yang jauh terpesong kerana pemahaman ketuanan Melayu adalah berasaskan kepada fakta sejarah, sosiobudaya dan pencorakan kuasa politik di rantau ini sejak ribuan tahun lalu. Konsep ini juga bukanlah satu bentuk ideologi atau pendekatan berasaskan perkauman kerana sehingga kini, tidak ada orang bukan Melayu yang disisihkan atau dianaktirikan oleh orang Melayu dalam apa jua bidang sekali pun.

Malah dalam beberapa aspek, kaum bukan Melayu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan berjaya berbanding dengan orang Melayu sendiri. Justeru, di mana asas ketakutan terhadap konsep ketuanan Melayu dan apa pula bezanya konsep tersebut dengan ketuanan rakyat? Begitupun, adalah lebih tepat untuk memahami mengenai konsep ketuanan Melayu dari sudut pandang Perlembagaan Persekutuan yang telah memperincikannya dengan jelas.

Lihat sahaja apa yang disebut oleh Artikel 153 yang bukan sahaja mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, malah turut memberi jaminan mengenai kedudukan itu. Antara lain Artikel 153 itu berbunyi: ‘‘Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel itu memspesifikasikan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mewujudkan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu - kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia,”. Artikel 153 ini juga mengukuhkan beberapa aspek mengenai hak-hak dan status orang Melayu sebagai penduduk asal Malaysia yang mesti dilindungi. Ia termasuk jaminan kedudukan Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu serta agama Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi Malaysia.

Mengapa kedudukan orang Melayu disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan memerlukan kita untuk kembali menyelak sejarah penubuhan negara Malaysia. Ia sudah semestinya ada kaitan dengan sejarah awal kemasukan orang bukan Melayu ke Tanah Melayu sehinggalah kepada wujudnya konsep jus soli dan kontrak sosial dalam pemberian kewarganegaraan. Ia ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal.

Dalam hal ini, jika orang bukan Melayu tidak lagi boleh menerima kontrak sosial dan jus soli, maka mereka perlu melihat kembali status kewarganegaraan mereka. Pernyataan ini mungkin berbunyi agak keras dan menyimpang dari usaha kerajaan menubuhkan negara bangsa menerusi Gagasan 1Malaysia. Namun jika konsep ketuanan Melayu terus dipersoalkan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu terus dipertikaikan, maka fakta sejarah dan Perlembagaan sahaja yang tinggal sebagai tembok kelangsungan Melayu di bumi Malaysia ini.

Barangkali fakta inilah yang ditakuti oleh pihak tertentu yang seperti cacing kepanasan apabila kerajaan mewajibkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Kumpulan ini tidak mahu generasi baru terikat dengan pemahaman mengenai jus soli, kontrak sosial dan Perlembagaan yang pastinya merupakan intipati kepada subjek itu. Pemahaman yang jelas mengenainya terutama dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu akan menggagalkan usaha pihak tersebut dalam perjuangan kesamarataan dan ideologi Malaysia Malaysia yang diperjuangkan.

Tindak tanduk kumpulan yang terus mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan itu juga mengingatkan kita kepada usaha mewujudkan perlembagaan baru. Perkara ini pernah didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Menurut beliau, perlembagaan baru itu bakal menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Seperti yang diingatkan banyak pihak, usaha merangka perlembagaan baru itu adalah satu niat jahat yang boleh meruntuhkan negara.

Ini kerana ia bakal menafikan ketuanan Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua negara. Orang Melayu yang bersekongkol dengan usaha-usaha sebegini sebenarnya telah memperlihatkan kepada masyarakat bahawa mereka sanggup menggadai maruah bangsa sendiri semata-mata mahu mendapatkan kekuasaan dan sokongan. Mereka juga sanggup mengikut telunjuk bangsa lain yang mahu keistimewaan orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan kesamarataan antara kaum yang pada akhirnya hanya merugikan bangsa mereka sendiri.

ORANG MELAYU HARUS TINGGALKAN PARTI YANG NAK HAPUSKAN MELAYU

Orang Melayu harus meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu kini tidak lagi mengutamakan kaum pribumi itu setelah menolak terang-terangan ketuanan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sepatutnya PKR tidak lari daripada tanggungjawab memperjuangkan kuasa politik teratas dan terkuat menerusi formula politik ikut bilangan.

Malah, tegas beliau, apatah lagi orang Melayu mewakili 60 peratus komposisi penduduk negara ini sekali gus bermakna keutamaan dan keteguhan politiknya semestinya menjadi idaman setiap orang.

"Jadi, apabila mana-mana individu seperti Presiden PKR (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tidak lagi berminat dengan kuasa Melayu menerusi politik, maka orang Melayu perlu segera tinggalkan parti itu.

"Dengan PKR tidak lagi berminat dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu yang mempunyai kedaulatan dan keteguhan di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi apa perlu lagi ditunggu oleh orang Melayu dalam PKR," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais berkata, dengan perakuan dan ketegasan kedua-dua pemimpin PKR itu yang memperlekehkan ketuanan Melayu, ia sekali gus bermakna PKR tidak lagi relevan untuk orang Melayu.

Sementara itu, Timba-lan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasrat PKR untuk menghapuskan konsep ketuanan Melayu hanya menunjukkan parti itu juga tidak mampu mempertahankan hak-hak kaum itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Katanya, kebanyakan perkara yang termaktub dalam perlembagaan adalah untuk menjaga, melindungi kepentingan serta masa depan orang Melayu termasuk kuasa-kuasa raja Melayu.

''PKR faham perkara itu tetapi buat-buat tak faham. Ini kerana ketuanan Melayu bukan bermaksud Melayu menjadi tuan sebaliknya ia merujuk kepada raja-raja Melayu iaitu sampai bila-bila mengikut Perlembagaan, kedudukan sultan tidak boleh ditukar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Wan Azizah adalah sangat jahil tentang kedudukan 'ketuanan Melayu' di dalam landskap perlembagaan negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hanya kerana terlalu 'kemaruk politik', Presiden PKR itu sanggup melancarkan propaganda politik yang menolak sama sekali teras perlembagaan negara selama ini.

''Kita tidaklah terlalu terperanjat, kerana dengan kedudukan PKR yang menjadi 'punca kelemahan' Pakatan Rakyat; parti tersebut memerlukan suatu propaganda yang lebih berkesan dan mampu menarik perhatian masyarakat,'' katanya.

Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan Azmin bahawa 'perang' yang bakal Timbalan Presiden PKR tersebut jayakan bagi menentang 'ketuanan Melayu' akan disambut oleh Pemuda UMNO seluruh Negara.

Isnin, 29 November 2010

NIZAR BUAT HAL LAGI DI PERAK

Pakatan pembangkang memberi amaran mereka mungkin memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak diberi masa secukupnya untuk mengemukakan soalan lisan.

ADUN Tronoh yang juga bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga perlu diberi masa tanpa had untuk membahaskan Bajet 2011 demi kepentingan rakyat. Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Perak dua minggu lalu berkata, ketika Pakatan Rakyat mentadbir dulu mereka memberi masa kira-kira dua jam kepada ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali daripada Barisan Nasional (BN) untuk membahaskan Bajet 2009.
Katanya, semua ADUN pembangkang akan bertindak keluar beramai-ramai seperti sidang sebelum ini jika mereka tidak dibenarkan berbahas.

"Kami tidak mahu buat (keluar beramai-ramai). Tetapi jika kami ditekan dalam dewan...wakil rakyat tidak dibenarkan berbahas, Ketua Pembangkang tidak dibenarkan berbahas, apa guna kita berada dalam dewan?

"Kami tidak mahu perkara itu berulang dan sanggup bekerjasama tetapi kita meminta BN bekerjasama memberi ruang kepada semua wakil rakyat berbahas," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sivakumar berkata, pembentangan bajet adalah persidangan penting dan sidang berkenaan patut diadakan sekurang-kurangnya lima hari.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH