tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 5 Disember 2010

BN PERLU BERUBAH DAN SEDAR

HARI ini bertempat di Wisma MCA, sebanyak 2,340 perwakilan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) berkumpul. Pastinya, perhimpunan atas nama Konvensyen BN itu mempunyai maksud serta matlamat tersendiri.

Biarpun BN menjadi induk kepada 13 komponen, namun jarang sekali ahli-ahli yang berlatarkan pelbagai kaum dan agama dihimpun di dalam satu dewan. Kebiasaannya pertemuan bersifat eksklusif untuk parti masing-masing. Maka lahirlah agenda untuk UMNO, MCA, MIC dan lain-lain secara berasingan. Lantas berlakulah pengukuhan di peringkat komponen dengan harapan dapat menunjangi induknya. Namun, pengasingan itu adakalanya menimbulkan perbezaan dan silap faham sehingga melemahkan BN itu sendiri. Biar pun ada pertemuan di peringkat Dewan Tertinggi BN, timbul persoalan adakah cukup hanya dengan mempertemukan ketua-ketua. Pada masa yang sama anak-anak, cucu-cicit bertebaran membawa haluan tanpa ada peluang berlaga bahu, sapa menyapa dan lebih daripada itu berbincang dari hati ke hati.

Lantaran sebagai parti yang menjadikan dacing sebagai lambang, tuntutannya amat besar - menimbang dengan adil dan memastikan tiada yang berat sebelah. Tugas itu tidak mudah. Apabila sebelah dacing lebih berat akan timbul rasa tidak puas hati di pihak yang satu lagi, maka ia ia perlu diperjelaskan. Hanya dengan pertemuan di peringkat ahli-ahli akan memudahkan mereka memahami mengapa dacing itu tidak seimbang kedudukannya. Ia bukan kerana ketamakan pihak tertentu, juga bukan kerana ada arahan pihak atasan, sebaliknya persetujuan nenek moyang yang dipateri ketika negara mencapai kemerdekaan menjadikannya begitu.

Konvensyen

Sebab itu ramai yang berpendapat perlunya Konvensyen BN malah sepatutnya penganjurannya dibuat setahun sekali. Apatah lagi dalam keadaan BN itu sendiri dikatakan mempunyai saingan. Ada parti lain yang sudi untuk menaungi ahli yang pelbagai bangsa dan agama. Semestinya perkembangan itu tidak boleh dipandang remeh biar pun ada yang memperlekehkan keupayaan pihak yang satu lagi untuk menandingi kedudukan BN.

Fellow Kanan Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman ditanya tentang cabaran BN untuk kekal sebagai parti pilihan rakyat terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Perkara utama yang menjadi perhatian beliau adalah peri pentingnya BN memulihkan imej parti. Katanya, biarpun pucuk pimpinan negara yang juga menerajui BN telah berubah namun sukar diramal atau dipastikan adakah BN benar-benar telah pulih atau diterima oleh rakyat.

Ini kerana siri pilihan raya kecil selepas kemerosotan prestasi BN dalam pilihan raya 2008 menyaksikan keputusan yang berbaur.

Ditanya sama ada ia boleh menjadi penanda aras sejauh mana penerimaan rakyat terhadap BN, Nidzamuddin mengulas panjang.

‘‘Sememangnya menakjubkan apabila terlalu banyak pula pilihan raya kecil terpaksa dijalankan selepas 2008,’’ katanya sambil mengimbas kemenangan BN di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Batang Ai, Batu Sapi dan Galas.

Kelebihan kelihatan kepada pakatan pembangkang dengan bilangan kemenangan pilihan raya kecil yang lebih, tetapi pengundi Sabah dan Sarawak, katanya, kelihatan masih kabur. Malah jika dicampur semua keputusan pilihan raya kecil tidak juga BN kalah dengan teruk, kerana terdapat juga kerusi yang mereka menang. Gelombang perubahan gaya pengundian di kalangan bukan Melayu di Semenanjung kelihatan tidak menular dengan kuat di Sabah dan Sarawak.

Nidzamuddin yakin ramai masih memilih BN, jika ada pengecualian pun di kawasan bandar yang menjadi sasaran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

‘‘Keadaan sekarang agak tidak menentu, jika BN mempunyai kelebihan pun, majoritinya adalah amat terhad dan begitu juga sebaliknya,’’ katanya.

Menyorot keputusan pilihan raya umum 2008, Nidzamuddin mengakui memang muncul gelombang pembangkang namun tidak juga menyeluruh. BN masih mengekalkan dominasi Parlimen meskipun menyusut. Parti pembangkang sendiri tidak menjangkakan perubahan besar yang berlaku pada 2008.

Ketika itu ramai pengundi melepaskan kekecewaan mereka melalui kertas undi terutamanya kaum bukan Melayu. Pemimpin BN seperti dari MIC, Gerakan dan MCA yang sudah terlalu lama berada di atas dan tidak mahu melepaskan kerusinya telah menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan.

Menurut beliau, pengundi sebenarnya mahukan perubahan, tetapi merasakan tidak didengari, lantas bertindak demikian. Ia merupakan campuran kemarahan kepada calon tertentu yang sudah begitu lama tidak mahu turun dan kemarahan kepada parti turut mempengaruhi.

Ditanya tentang isu-isu yang ditimbulkan komponen BN menyentuh hak bumiputera dan bukan bumiputera selain tuntutan kesamarataan, beliau menjawab: ‘‘Perkara ini sensitif.’’

Biar pun begitu, ia tetap menjadi perhatian pemimpin, pengundi dan orang ramai. Katanya, BN tidak perlu bimbang untuk mengakui bahawa perkara itu sudah menjadi ‘seperti duri dalam daging’ di dalam parti. Selama ini dominasi UMNO berupaya menekan dan berjaya mengkonstruksikan penerimaan atau keakuran komponen lain. Namun lama kelamaan, dengan dibantu media sosial yang semakin bebas isu itu dibincang secara terbuka dan meluas. Ia tidak dapat dipertahan dan disekat lagi. Ia akan tetap menjadi tuntutan bukan pribumi selagi peruntukan khas ini masih wujud dalam perlembagaan, apa lagi disokong oleh badan-badan hak asasi manusia.

‘‘Memang ia merumitkan, apa lagi dalam keadaan politik yang meruncing persaingannya kini,’’ katanya.

Ditanya bagaimana cabaran tersebut dapat ditangani untuk memastikan BN terus relevan, katanya, sememangnya induk akan berasa serba-salah dalam hal tersebut. Serba-salah antara mahu mempertahankan prinsip yang didokong selama ini dan menerima semangat politik baru yang mendokong unsur kesaksamaan dan keadilan.

Sensitiviti

Namun beliau percaya sensitiviti seumpama itu boleh diserap menerusi pelaksanaan pengagihan sumber dengan semangat dan kaedah profesionalisme yang tinggi. Agihan sumber, katanya, harus tepat kepada yang selayaknya - yang miskin dan amat memerlukan, biasiswa kepada yang pintar tetapi daif ekonominya; lesen dan permit kepada yang layak dan belum pernah mendapatnya; peruntukan pertanian kepada petani dan usahawan yang benar-benar mengharapkan dan kepada yang belum pernah menerima; serta pemerintah harus melayan permintaan secara terbuka dan telus.

Lantas beliau menyarankan beberapa perkara yang mesti dipandang berat oleh kerajaan BN.

‘‘Kurangkan pemberian kepada orang yang sama, kelak tetap dituduh mengamalkan kronisme. Pengurusan yang telus dan profesional boleh meningkatkan keyakinan orang ramai.

‘‘Jika boleh dikurangkan kerahsiaan keputusan yang dibuat adalah lebih baik, seperti pemberian tender dan kontrak dimaklum kepada orang ramai melalui akhbar. Agihan boleh bersifat kepada pelbagai kaum, namun tetap juga kelihatan nanti golongan pribumi yang lebih kerana memang mereka lebih rendah kedudukan ekonominya,’’ katanya.

Nidzamuddin berkata, BN perlu memulihkan keyakinan orang ramai terutamanya dari kalangan pengundi bukan Melayu. MCA, Gerakan dan MIC perlu menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi jambatan yang berkesan kepada kepentingan bukan Melayu.

Setiap pemimpin, katanya, harus tangkas dalam memerhati masalah orang ramai khususnya penyokong dan segera membawa ke peringkat atasan untuk diatasi. Kini pengundi bukan Melayu merasakan peranan mereka tidak berkesan. Malah menuduh ketua mereka amat takut dan terlalu tunduk kepada dominasi UMNO menyebabkan mereka beralih sokongan.

‘‘Dalam memperjuangkan kepentingan tidak semestinya mereka mengambil hak pribumi secara zero sum. Agihan masih boleh dibuat dalam bentuk positive sum atau kedudukan menang-menang,’’ katanya.

Pengamatan Nidzamuddin BN bakal berhadapan persaingan sengit dalam pilihan raya ke-13 nanti kerana parti pemerintah dan pembangkang masing-masing memiliki sokongan yang baik. Masing-masing juga memiliki penyokong tegar yang tidak mungkin berganjak. Cuma pengundi di atas pagar yang akan membuat keputusan. Adalah tidak mengejutkan apabila lanskap politik akan mengalami sedikit perubahan apabila kerjasama parti turut melalui perubahan strukturnya.

Mungkin ada parti yang bertukar sokongan untuk menjamin majoriti. Di sini juga terletaknya kepentingan kemahiran politiking, desakan, tawar menawar, rundingan, tolak ansur dan permuafakatan dalam kalangan pemimpin parti.

‘‘Perkembangan politik dan pilihan raya Britain baru-baru ini harus diambil iktibar,’’ katanya.

BN harus berubah daripada prinsip parti sebagai penguasa kepada parti sebagai badan yang memberi khidmat. Zaman sudah berubah dan pengundi kemudian tetap akan menilai output atau kesan (delivery). Jika pemimpin hanya sibuk dengan majlis perasmian dan memalu gong sahaja ia tidak menarik sokongan lagi, walaupun itu menjadi perhatian pengundi zaman dulu. Mereka harus berkhidmat dalam maksud yang nyata. Slogan memang boleh menarik perhatian tetapi agihan nyata yang akan mengekalkan sokongan, dan ia tidak seharusnya bersifat berpilih. Dalam keadaan media sosial yang pesat berkembang seperti facebook dan blog, semua wakil rakyat dan pemimpin menjadi perhatian orang ramai.

Sepatutnya barisan pemimpin harus merasai keadaan di mana mereka berada dalam pemerhatian atau diaudit sepanjang masa. Keadaan ini harus diikuti dengan kesedaran dan perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH