Andaian dan dakwaan yang paling hangat berlegar ialah Uncleseekers menggunakan jampi serapah dan ilmu hitam dalam usahanya memikat awek-awek cun termasuk bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.
Betulkah begitu?
Entahlah…namun dari yang kami lihat semasa perbualan lebih dua jam dengannya dan memerhati gelagat dan perawatakannya, memang Syed Abdullah Alattas mempunyai keistimewaan tersendiri.
Walaupun berambut panjang, rugged tetapi manisnya ada. Memang betullah kata bapanya, penulis buku politik terkenal,Syed Hussin Alattas bahawa awek boleh ‘cair’ melihat wajahnya.
Setelah mendengar pelbagai pengakuannya termasuk kisah dua orang bekas isterinya, awek-awek yang ‘lekat’ padanya serta ‘cinta syyhh’ dengan Cik Puan Aishah serta’ sayang’nya, Agendadaily meledakkan soalan yang menjadi tandatanya ramai mengenai jampi dan ilmu hitam itu.
“Saya bukan gigolo. Saya buka kasanova. Wallahi,, Wabillahi…saya tak buat. Saya tak guna jampi….saya hanya guna psikologi,’’ jelasnya.
Syed Abdullah bagaimanapun pintas mengakui bahawa: “Abah kata saya pandai menyusun kata--kata. Ayat-ayat saya ada ‘power’, boleh buat awek cair. Itu sebab awek-awek cun jatuh cinta kat saya….- itu Abah yang kata,…bukan saya kata.’’
Berkali-kali Syed Abdullah menegaskan bahawa dia hanya mahu membantu Cik Puan Aishah kerana itulah permintaan ibu bekas Permaisuri itu yang dipanggilnya ‘mama’. Sejak pertemuan kali pertama lagi katanya mama meminta bantuan dan atas permintaan itulah dia laksanakan setakat yang boleh.
Peliknya Syed Abdullah, mendakwa bahawa dia lakukan itu semua secara tidak ikhlas walaupun dia telah menunaikan empat keping cek yang diterimanya sebagai ‘peneman’ kepada Cik Puan Aishah.
‘Apa maksud Syed tidak ikhlas…?
“Dia dan keluarga datang ke rumah ni jam 9.30 pagi. Saya masih tidur. Adik saya kejutkan kerana disuruh oleh abah. Pagi-pagi macam tu waktu saya tidur…. Mana ada ikhlas tetapi kerana abah suruh layan tetamu… saya buatlah,’’ katanya selamba.
Ditanya lagi selepas menerima cek, menjadi peneman dan perawat serta melalui pelbagai peristiwa termasuk di hotel Mandarin Oriental, Syed Abdullah tegas mengatakan dia tidak ikhlas dalam perhubungannya itu, lantaran itulah langsung tidak menyintai Cik Puan Aishah.
Syed Abdullah mendakwa hubungannya dengan Cik Puan Aisyah mula rapat setelah dia berjaya mengalihkan ‘benda’ dari tubuh Cik Puan Aisyah. Katanya selesai proses itu, Cik Puan Aisyah mencium tangannya dan memanggilnya ‘Abang’.
Laptop dan gelang tangan yang Syed Abdullah kata dihadiahkan oleh Cik Puan Aishah padanya
“Selepas itulah Mama, ibu Aisyah meminta saya ‘take care’ anaknya dan sanggup membayar sejumlah wang setiap minggu. Pada hari itu juga saya terima cek dari Mama,” kata Syed Abdullah.
“Tapi saya bukan gigolo. Saya dibayar untuk menjaga Aisyah. Sibuk macam mana pun, saya kena layan dia dan selepas itulah saya mula terima panggilan dan sms bertalu-talu darinya, paling kurang 8 kali sehari.
Menurut Syed Abdullah, walaupun tidak ditugaskan untuk mengawal kewangan bekas Permaisuri, dia dicadangkan oleh mama untuk membatalkan dua hari daripada tiga hari penginapan yang ditempah oleh Cik Puan Aishah di Hotel Mandarin Oriental,Kuala Lumpur. Kadarnya, RM28,000 semalam.
“Mama kata, batalkan sahaja tempahan tu dan Syed ambillah bayaran itu,’’ katanya tetapi walaupun dibatalkan, dia tidak mengambil baki wang berkenaan.
Dia juga mendakwa Cik Puan Aisyah mempunyai tabiat yang boros berbelanja. Dia belanja macam air, macam esok nak kiamat.”
“Hari itu dia beli,hand-phone tiga biji. Dia nak bagi saya, tapi saya tak ambil sebab kalau saya ambil, tergadailah body, sedangkan saya sudah ada sayang saya,” katanya.
Cik Puan Aishah bersama bapa Syed Abdullah,penulis buku Syed Husein Alattas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA