Dibayangi isu video seks dengan pelacur China yang masih hangat diperbualkan,Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim buat muka sardin melangkah masuk balik ke Parlimen pagi Khamis setelah tempoh kena gantung selama enam bulan kerana isu Apco tamat.
Turut sama masuk setelah tamat tempoh gantung enam bulan ialah Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR Subang,R Sivarasa dan Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh.
Anwar tiba pada jam 10.08 pagi untuk membentangkan soalan nombor dua pada sesi soal jawab mengenai Felda yang dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Ketibaannya yang disambut oleh sebilangan Ahli Parlimen pembangkang lain telah mencuri perhatian wartawan,jurugambar dan pemerhati seketika di lobi Parlimen.
Sidang Parlimen kali ini yang bermula Isnin lalu dijadual berakhir Khamis depan.Ada kemungkinan ia disambung dua hari lagi untuk selesaikan beberapa urusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA