Apa lagi yang Mat Sabu nak buat lagi di Kuala Lumpur nanti kalau bukan nak menghuru harakan keadaan.Semua ini akan menyusahkan peniaga peniaga yang hanya untuk mencari sesuap nasi.Memang takda otak betul si Mat Sabu ni.Menurut laporan sudah ada 260 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh negara berkait rancangan pembangkang mahu adakan himpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai ini.Malah PERKASA juga nak buat himpunan serupa bagi halang demo yang boleh timbulkan macam-macam masalah kepada warga kota seperti berlaku semasa himpunan serupa beberapa tahun lalu.
Sepatutnya penganjur Bersih, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Srennevasan ambil kira keresahan dan tentangan rakyat terhadap himpunan tersebut kerana kesan ‘kotor’nya jika Bersih dibuat juga.
Justeru itu memang tepat jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuuddin Tun Hussein anggap penganjur Bersih sebagai degil dan sengaja hendak teruskan demo tersebut walaupun tahu banyak pihak lain tidak setuju.
Diasak soalan mengenai perkara itu, Hishammuddin yang bercakap di lobi parlimen pada Rabu serba salah mahu menjawab isu berkenaan kerana khuatir dianggap macam campur tangan politik sedangkan perkara itu berkaitan undang-undang dan keselamatan negara.
Sebab itu beliau yang juga Naib Presiden UMNO serahkan kepada kebijaksanaan polis memantau perkara dengan bersikap profesional.
Menurutnya, polis sudah diarah pantau keadaan dan bertindak berlandaskan undang-undang serta keselamatan awam dan negara.
Menjawab soalan, Hishammuddin berkata, polis masih ada masa jika mahu memanggil penganjur himpunan tersebut bagi membincangkan kesan demonstrasi pada 9 Julai nanti.
Beliau turut mengesahkan penganjur belum memohon permit bagi perhimpunan tersebut.
Sebelum ini di Dewan Rakyat, timbalan speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menolak usul yang dibawa ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri ZahrainMohd Hashim bagi Dewan membincangkan usul kecam tindakan penganjur Bersih adakan perhimpunan itu.
Wan Junaidi berkata, usul itu tidak perlu disegerakan selain pihak berkuasa sedang memantaunya.
Dalam pada itu dijangka lebih banyak laporan polis serta bantahan akan dibuat terhadap pihak yang menganjurkan himpunan itu.
Soalnya adakah Mat Sabu dan Ambiga mahu mengalah demi menjamin keselamatan rakyat atau lebih mementingkan agenda politik masing-masing.
Cuma mereka kena sedar dan faham, jika pihak berkuasa bertindak terhadap mereka dengan dakwaan cuba mencetuskan kegelisahan rakyat, mereka kena bersikap ‘berani buat berani tanggung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA