INI kes berat dan sesat, yang perlu pihak berkuasa bertindak segera. Kisahnya… isteri pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad, Khadijah Aam mendakwa suaminya tidak mati sebaliknya ghaib dan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi bagi mengerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.
Menurut Khadijah atau dipanggil Bonda Ummu Jah, Ashaari atau lebih dikenali dengan nama Abuya yang meninggal dunia pada 13 Mei tahun lalu akibat jangkitan paru-paru tidak mati sebaliknya hanya ghaib sahaja dan akan menjelma semula “sedikit masa lagi”.
Lebih menggerunkan lagi, bila isteri ketiga Ashaari itu mendakwa Rasulullah muncul dan berdialog, serta memberi arahan kepada beliau dalam bentuk CAHAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA