Pas sanggup pusing segala kebenaran hanya untuk selamatkan kaki liwat dan kaki pelacur hanya kerana ingin bergantung nasib dengan kaki jubur ini.Jadi tak hairan la kita semua bila Haji Hadi mengangap segala apa yang menimpa Anwar adalah fitnah UMNO. Hishammuddin Tun Hussein berkata, PAS seharusnya tidak berdolak-dalih dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.
Menteri Dalam Negeri berkata, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan atau berasaskan kepada ajaran Islam sewajarnya mengetahui apakah kebenarannya di sebalik video tersebut.
"PAS sepatutnya melihat kepada pengisiannya. Tengok apa yang berlaku kepada pemimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pemimpin di Turki.
"Apakah bezanya pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kes video tersebut dengan mereka. Jadi nak berdolak-dalih sama ada ia dirakam oleh si polan, si polan... itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di sini, Isnin.
Media pada Isnin melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.
Sehubungan itu, PAS dikatakan berdolak-dalih dalam soal rakaman video seks tersebut.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, apa yang penting adalah mengetahui kebenaran dalam kes tersebut iaitu sama ada ia berlaku atau tidak.
"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA